Pakej Umrah Ziarah & Haji 2011



Sesiapa yang berminat mengerjakan ibadat UMRAH & HAJI serta membuat Badal Haji bagi orang tersayang. Sila email ke mohd_naim82@yahoo.com

Catatan Popular

Followers

Latest Posts

Selasa, 29 Mei 2012

AJK Program HHH ke 5

Perbincangan Gathering 2012

AJK Program HHH ke 5


Penaung
Ahmad Syarifuddin bin Ibrahim

Pengarah Program
Ummi Munaliza

Timbalan Pengarah Program
mei

Setiausaha
elsanx

Bendahari
Keju

AJK Penceramah
Intizhar

AJK Aktiviti Muslimin
Abdul Rahman bin Wahab

AJK Aktiviti Muslimat
Leesya/Ummu Fatimah

AJK Pendaftaran
Hada Islamic/Barakallah

Pembaca Doa
Fakir Billah

AJK Penyambut Tetamu
Fakir Billah

AJK Buku Program
elsanx

Pamplet
Azrinkun

AJK Makanan dan Minuman
Keju

AJK Jurugambar /Video
Nazirul Razali


AJK Sponsor dan Penajaan
Kemuncupp

AJK Cenderahati
hada Islamic

AJK Penunjuk Jalan/Pandu Arah
Saya Hamba/Fakir Billah

AJK Tabung Dana Halaqah
Yuzie

AJK Penginapan
Fakir Billah

AJK Pengangkutan
Fakir Billah


AJK Kebajikan
Fakir Billah

AJK Banner / Kain Rentang
Hairilnua
read more...

Aturcara yang disusun di dalam program HHH

Perbincangan Gathering 2012

Berikut ialah aturacara yang disusun di dalam program HHH 5.


Tema program kali ini : Demi Cintaku Padamu…Ya Rasulullah

Aturcara Program

Sabtu 02/06/2012

10.00 am: Pendaftaran peserta (Chalet Matahari Condong, Pantai Merdeka,Kota Kuala Muda, Kedah)

10.30 am: Taklimat aktiviti/program

11.00 am: Ucapan Aluan dan Doa

11.30 am: Tazkirah / Taklimat Perjalanan Program dan Ta’aruf Santai

12.30 tengah hari: Daftar masuk tempat penginapan

1.00 pm: Makan tengah hari

1.45 pm: Solat Zohor berjemaah

2.30 pm: Muzakarah: Tajuk; Fokus dan Halatuju Halaqah

4.40 pm: Solat Asar/ Perbincangan dalam kumpulan

5.30 pm: Bersantai di pinggiran pantai ~ Muslimin Bola Pantai
~ Muslimat Aktiviti Mengisi ketupat palas

6.30 pm : Rukyah melihat matahari terbenam

7.00 pm: Makan Malam

7.30 pm: Solat maghrib berjemaah ~ Tahlil, zikir dan yassin.

8.30 pm : Solat Isya’ berjemaah

9.00 pm : Kuliah Isya' bertajuk : Israk Mikraj
Disampaikan oleh : Ustaz Mohd Zamani bin Ismail

10.30 pm : “Happy BBQ”

11.30 pm: Tidur


Ahad 03/06/2012

3:30 a.m : Bangun tidur dan pengurusan diri

4.00 am : Qiamulail/zikir

6.00 am: Solat subuh /Tazkirah Subuh

7.30 a.m: Sarapan

8.30 a.m :Muslimat ~ Khidmat Masyarakat
Muslimin ~ Khidmat Masyarakat

10.00 am: Muslimin ~ Futsal
Muslimat ~ Kemahiran di dapur


12.30 Tengah hari : Makan


1.30 pm: Solat zuhur

2.00 pm: Mengemaskan barang-barang

2.30 pm: Jelajah Pantai/ Belukar

4:00 p.m: Penyampaian cenderahati /hadiah

5:00 p.m: Bersurai


p/s : Aturcara masih boleh berubah mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Semua acara muslimin dan muslimat dijalankan berasingan kecuali tarauf santai, muzakarah,kuliah, tazkirah dan kuiz.
read more...

HHH5 : Juruacara, pengerusi dan pengelola untuk setiap aktiviti


Sila ambil perhatian kepada semua peserta terlibat:

Juruacara, pengerusi dan pengelola untuk setiap aktiviti berikut:-

Taklimat Program : Mei

Pengerusi Majlis Taaruf Santai : Fakir Billah

Majlis Muzakarah halaqahnet: Tajuk; Fokus dan Halatuju Halaqahnet
Masa : 2.30 petang, 2 Jun 2012,Sabtu
Pengerusi :adeq_fauzy

Kuliah Isya' : Tajuk; Israk Mikraj
Masa : 9.00 malam
Pengerusi : Intizhar
Penceramah : Ustaz Mohd Zamani bin Ismail (peserta dikalangan halaqian juga)

Pengerusi Majlis Penutup & penyampaian hadiah : Pak_Long

Pengelola Aktiviti muslimin : rahman

Pengelola Aktiviti muslimat : barakallah

Pengelola Khidmat Masyarakat : Naim Qlate

Pengelola bahagian Dapur : keju

Pengendali kuiz Sirah Nabawi : hada_islamic
read more...

Sila ambil perhatian peserta HHH5


Sila ambil perhatian semua yang menggunakan pengangkutan awam.

Sekiranya peserta datang menggunakan pengangkutan awam, Ambil tiket menuju destinasi Sg Petani. Sila maklumkan turun di mana dan pukul berapa jika memerlukan AJK pengangkutan menjemput anda.

Adalah disarankan agar turun di PLAZA TOL SUNGAI PETANI SELATAN di awal pagi Sabtu, 2 Jun 2012. Semua pengangkutan awam melalui PLAZA TOL SUNGAI PETANI SELATAN, TAMAN SEJATI untuk ke Terminal Bas Ekspress yang berjarak 4 Kilometer di dalam Bandar Sungai Petani.

Kalau peserta Turun di TOL SUNGAI PETANI SELATAN, TAMAN SEJATI di situ senang urusan pengangkutan ke destinasi gathering di Kota Kuala Muda, dan menjimatkan masa untuk ke terminal bas Express.

Di kawasan rehat berhampiran Plaza Tol ini ada surau dan bilik air/tandas. Sekira peserta tiba awal subuh, boleh mengerjakan solat subuh dan urusan pengurusan diri di sini sebelum ajk pengangkutann tiba menjemput peserta.

Nama yang perlu dihubungi :
1.Ummi Munaliza - 0197799682
2.Fakir Billah - (nanti tuan diri tuliskan)
3.Keju -(nanti tuan diri tuliskan)
read more...

Himpunan Halaqian Halaqah Kali Kelima

Perbincangan Gathering 2012

Maklumat Perhimpunan

Lokasi Program HHH 5 di Kota Kuala Muda , Kedah.

Tarikh : 2 dan 3 Jun 2012;

Hari : Sabtu - Ahad;

Tempat: Chalet Matahari Condong, Pantai Merdeka Kedah;



Pendaftaran Peserta : 10.00 pagi pada 2 Jun 2012, Sabtu di Chalet Matahari Condong, Kg Matahari Condong, Pantai Merdeka , Kota Kuala Muda, Kedah.

Bayaran pendaftaran program adalah sebanyak RM 50.00 seorang (makanan dan penginapan diri sendiri).

Acara : Muzakarah, Kuliah Isya' , Jelajah Pantai dan belukar, melihat matahari terbenam, tazkirah,BBQ,Bersantai di pantai, qiamulail,futsal,kemahiran menyediakan makanan dan kemahiran di dapur untuk muslimat.

Program Ini melibatkan jangkamasa 2 hari 1 malam. Penginapan disediakan.Dijemput semua halaqian seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei menyertainya. Halaqah.net ingin merapatkan yang jauh, memesrakan yang dekat tanpa melanggar syariat.

read more...

Khamis, 10 Mei 2012

Khas buat Kakakku telantar sakit di hospital




Puisi 1 : Dirimu Umpama Bidadari Kayangan

Air mata
Teman sejatiku
Sejak kecil
Tika manusia meminggirkan
Tika manusia menghina
Tika manusia mencaci maki
Hanya air mata
Penawar mujarab hati

Di kala hatiku penuh amarah
Ia jadi tak keruan
Tiada mampu kutahan sendirian
Saat itulah
Kau hadir membawa ketenangan

Kau mendengar setiap luahan
Penuh kesabaran
Kau menyapu setiap titisan
Penuh kelembutan
Kau memegang erat tanganku
Penuh keyakinan
Kau mendakap tubuh longlaiku
Penuh kecintaan

Saat itu
Kurasakan dirimu umpama bidadari
Yang turun dari kayangan
Diutus Tuhan
Membawa pergi semua kedukaan
Yang menghimpit hati
Dalam dakapanmu
Kurasakan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya
Dalam dakapanmu
Kurasakan cas-cas ketenangan
Dialirkan dari tubuhmu ke tubuhku

Kakakku
Kau anugerah Tuhan buat diriku
Walau Tuhan mengujimu
Dengan ujian-ujian
Yang lebih hebat berbanding aku
Namun
Kau bisa melupakannya sebentar
Dan mengalihkan perhatianmu kepadaku
Sungguh kuterharu
Kerana saat ini
Kaulah yang pertama melakukan itu
Bersaksikan penduduk langit dan bumi
Aku amat mencintaimu
Kerana Tuhan amanahkan
Agar aku mencintai mereka
Yang tulus mencintai diriku

Puisi ini ku nukilankan khas untuk kakak-kakakku terutama Kak Lah (Along) merupakan orang paling aku sayangi, kasihi dan sangat rapat denganku sejak dariku lahir hingga sekarang. Sejak kematian arwah ibu, beliaulah yang menjaga, menasihati kami adik beradik semua.

Pada pagi khamis 10hb Mei, Kak Lah telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zaharah Kuala Terengganu kerana penyakit misteri belum dikenalpasti lagi.

Selama hidupku, beliaulah tempat aku mengadu masalah, minta pendapat dan nasihat. Tempat aku bermanja, menangis kenangkan nasib hidup kami sekeluarga. Dua minggu lepas kami berbual dalam telefon sambil menangis kenangkan apa berlaku dalam keluarga kami. Kenangkan juga nasib anak beliau yang sakit. Anaknya yang sakit berkata " Ma, aizi dah nak mati ma, aizi dah tak lama lagi hidup, aizi sakit ma, lepas ni dah tak jupa lagi, kesian ma abah sedih dansusah kerana aizi". Dari adik beradik, ibubapa dan termasuk anak Kak Lah pun ada penyakit. Masalah macam-macam. Arwah ibu meninggalkan kerana sakit. Sekarang ayah pun sakit, kerap sangat sakit termasuk diriku sampai sekarang. Kak Lah, Kak Ngah, Kak Teh, Kak Dek, Kak Ma ada masalah dan penyakit mereka sendiri.

Tempoh hari semasa aku berada di kampung aku dengar ayahku berkata "Ya Allah, apa yang terjadi pada anak-anakku ya Allah, pastu satu-satu masalah melanda"... ayahku berkata begitu disaat beliau tengah sakit, airmata ini mengalir. Disaat aku karang luahan hati ini, airmata ini tak berhenti tumpah sejak dengar berita kakakku masuk hospital, masa anak buahku telefon. Aku dengar anak buahku menangis. Dah la sekarang ni anak Kak Lah sakit telantar dirumah. Sakit sejak lahir lagi setiap bulan berulang alik ke hospital, kadang kala setiap minggu.

Ya Allah nasib malang apa yang menimpa keluarga kami dari dulu sampai sekarang, hidup kami miskin Ya Allah. merempat di tanah orang. Sejak dulu hidup kami cukup-cukup makan, semua kakak-kakakku pelajaran sekolah rendah saja. Tidak macam nasib adik-beradik ayahku, hidup senang, anak-anak mereka berpelajaran tinggi. Aku sendiri segan dan malu dengan sepupu-sepupuku Ya Allah. Selama ini susah senang kami sendiri.

Dua hari lepas baru selepas aku bercakap dengan Kak Lah dalam telefon pasal wasiat telah aku buat atas nama beliau. Beliau nak aku cerita tentang sakitku pada ayah. Aku tak nak susahkan ayahku yang dah susah. Biar susah senang aku sendiri. Akak kata " mana tau kak lah dulu mati dari koie, perancang Allah siapa tahu, tak usah bersedih dik, dah ini nasib keluarga kita" aku tak mampu mengawal airmataku.

Ya Allah, andai Kau selamatkanlah kakakku, beliau ada keluarga dan anak-anak masih kecil perlukan kasih sayang dan perjagaan dari beliau, jangan Kau ambil nyawanya, panjangkanlah usianya. Biarlah aku jadi penggantinya. Aku tiada apa-apa, aku tiada keluarga sendiri (isteri dan anak-anak). Aku kasihkan kakak. Jika hidup pun tiada erti apa-apa untuk aku jika kakakku pergi dulu dari. Tiada tempat aku nak menumpang kasih, bermanja.

Ya Allah, aku bersyukur padaMu. Dalam ada insan bernama manusia pernah hina, keji dan perli aku. Masih ada insan yang sudi menerima dan kasihkanku. Ya Allah, bukanku tidak hargai mereka semua tapi aku tidak mahu susahkan sesiapapun untuk hidup bersama aku, aku tau ada yang bersedih dan menangis. Sebaliknya aku satukan mereka dengan teman-teman baikku. Kejam sangat ke aku Ya Allah. Aku tahu aku tak mampu dan tidak layak untuk mereka semua. Niatku baik Ya Allah, biarlah mereka membenci aku, apakan mereka bahagia dan hidup sempuna. Memang betul jangkaanku mereka bahagia dan hidup senang. Ya Allah, pada Kak Lah dan Ayah lah tempatku mengadu, memang adik-beradikku marah dengan tindakkanku, marah kerana mereka kesiankan orang yang sayangkanku hubungi mereka bagitau apa telah ku lakukan.

Ya Allah, lapangkan dada dan hati kami, luahkanlah rezeki kami yang Kau jangka, tidak kami jangka halal lagi berkat. Berikanlah kami sekeluarga kesihatan yang baik. Tabahkan hati kami sekeluarga untuk menerima ujian dan dugaanMu Ya Allah. Rahmati, berkati dan sejahterakan kami sekeluarga. Ya Allah, sempena malam jumaat ini. Ku mohon, Kau ampunkanlah dosa arwah ibuku, Kau cucurilah rahmat ke atas rohnya, tempatkanlah ibuku dikalangan orang beriman dan beramal soleh. Amin ya rabbal alamin.


Ibu.... telah 3 tahun ibu meninggalkan kami semua. Kami merinduimu ibu... Ibu... anakmu ini merindui belaian kasih sayangmu. Masakkanmu ibu.... Anakmu sedih dan kecewa sangat bu... Ibuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.... kenapa nasib kita macam ni bu... Jahat sangat ke anakmu ni ibu.... Niat baik anakmu disalahertikan, dipandang serong tanpa usul periksa. Biarlah semua tu bu.. Allah maha mengetahui apa yang benar dan betul. Biar Allah hitungkannya suatu hari nanti kerana Dia Maha Mengetahui. Ibu anakmu teringat firman Allah yang ayah bacakan..

Ibu... selamat hari ibu yang ke 66 tahun... Ibu... telah 3 tahun kau berada di sisi penciptamu..

Allah swt berfirman : “Wahai orang2 yang beriman! Jauhilah kebanyakkan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa!”. Surah Al-Hijarat : Ayat 12, “Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang2 yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya!” Surah Thaha : Ayat 82

Puisi 2 : Buatmu Ibu

Ibu? bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu?

Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan?
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

Puisi 3 : Jasa bonda

Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwaPunyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

Puisi 4 : Kau Kakak Terbaikku

Setiap hari yang berlalu
Kujalani tanpa henti
Adakalanya
Ku ditinggalkan sendiri
Mengharungi cabaran hidup

Ramai sahabat seumur denganku
Punya keluarga sendiri
Masing-masing melupakan diri ini
Seolah-olah tidak pernah wujud
Nama ku dalam hidup mereka

Maafkan aku Tuhan
Andai aku bersu'uszhon
Tapi ini hanyalah luahan sekeping hati
Yang sering disakiti
Oleh tingkah manusia sendiri

Ada masa aku kesepian
Menyuap nasi ke mulut pun
Kadang-kala keseorangan
Tanpa teman
Namun siapa sangka
Dalam kesepian yang menguasai diri
Ada yang hadir sudi menemani
Dia seorang kakak
Yang aku kenali

Dia kakak yang sangat baik hati
Dia kakak yang sangat lembut
Yang pernah kutemui
Kata-katanya mencairkan
Mana-mana hati yang mendengarnya
Ucapannya memujuk hati yang sedang berduka
Dia membuatku hidup dari kesepian ini
Berdamping dengannya
Membuatku bahagia
Dan lebih mengenali diri

Kakakku
Kelembutanmu membelai jiwaku
Yang sering diasak kepiluan
Kau teman yang baik
Saat diri ini memerlukan
Kau sahabat yang baik
Saat diri ini kesusahan
Tiadakan dapat membalas kebaikanmu
Selain Tuhan
Kuharap akukan terus menjadi adikmu
Hingga ke hujung nyawaku
read more...

Rabu, 9 Mei 2012

ATM : PAMERAN PELANCARAN RTC KOTA BHARU, KELANTAN

Angkatan Tentera Malaysia (Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia), Jabatan Latihan Khidmat Negara, Jabatan Hal Ehwal Veteran dan Persatuan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera telah menyertai Pameran Pelancaran RTC Kota Bharu, Kelantan yang telah berlangsung bermula dari 3 Mei 2012 sehingga 5 Mei 2012. Pelancaran RTC Kota Bharu telah dilaksanakan pada 4 Mei 2012 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut menyertai pelancaran tersebut ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin.

read more...