Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Memaparkan catatan dengan label Derma. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Derma. Papar semua catatan

Isnin, 25 Februari 2013

Dua jenis orang miskin



SAYA merasa pelik, ada orang miskin yang begitu mudah meminta-minta. Mereka merasa gembira menjadi penerima, malah seolah-olah bersyukur pula dengan kemiskinan yang menimpa. Namun, saya juga melihat ada kelompok fakir dan miskin yang cuba menyembunyikan kemiskinan dan mereka malu menerima bantuan. Apakah penjelasan ustaz terhadap kewujudan dua fenomena ini?

Jawapan

Memang benar kenyataan saudara, bahawa wujudnya dua kelompok berbeza dalam kalangan orang-orang fakir dan miskin. Ada kelompok yang meminta-minta dan ada kelompok yang enggan meminta-minta. Dalam hal ini, cuba kita renungi firman Allah SWT di dalam surah al-Ma'arij, ayat 24 dan 25: Dan orang-orang yang di dalam hartanya ada hak yang tertentu (bagi orang-orang fakir dan miskin), yang meminta-minta dan juga yang enggan meminta-minta.

Sebenarnya, sifat suka menzahirkan atau menyembunyikan kemiskinan ini mempunyai perkaitan yang amat rapat dengan tahap keimanan di dalam diri seseorang. Orang yang teguh imannya, maka mereka mempunyai suatu senjata rahsia, iaitu 'kaya jiwa' atau 'kekayaan hati', yang menjadikan mereka cukup tinggi maruah dirinya.

Natijahnya, mereka amat malu menyatakan kemiskinan, bahkan seboleh-bolehnya mereka akan cuba menyembunyikan kemiskinannya daripada pengetahuan orang lain, walhal orang lain memang tahu bahawa mereka memang miskin. Jujurnya, sikap ini mampu menerbitkan rasa hormat masyarakat kepada mereka dan sekali gus mengangkat martabat mereka pada kaca mata manusia.

Allah SWT menukilkan di dalam al-Quran dengan firman-Nya: (Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana (mereka) memelihara diri daripada meminta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. (al-Baqarah: 273)

Bahkan Nabi Muhammad SAW turut menegaskan seperti mana yang dilaporkan oleh Abu Hurairah RA: Yang dinamakan orang miskin (itu) bukanlah orang yang berkeliling-kelalang meminta-minta kepada orang ramai, lalu peminta-minta itu diberi orang (dengan) sesuap dua suap (makanan), atau sebutir dua butir kurma. Lalu bertanya para sahabat: "Kalau begitu, siapakah yang dinamakan miskin itu ya Rasulullah?" Jawab baginda: "Orang miskin itu sesungguhnya ialah orang yang tidak memiliki apa-apa untuk menutupi keperluannya, namun keadaannya itu tidak diketahui orang supaya orang bersedekah kepadanya dan tidak pula dia meminta-minta ke sana-sini. (Muslim)

Apa yang patut disedari oleh orang-orang miskin, bahawa kemiskinan yang menimpa mereka adalah suatu ujian. Seandainya mereka bersabar, maka mereka beroleh pahala yang besar. Bahkan orang-orang miskin amat sedikit hisabnya di sisi Allah di mahkamah akhirat. Lalu, ia memudahkan mereka memasuki syurga Allah lebih awal berbanding orang-orang kaya yang panjang hisabnya.

Ibnu Abbas telah melaporkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah menukilkan suatu hadis: (Kala baginda dibawa melihat neraka dan syurga pada peristiwa Israk wal Mi'raj): Aku melihat ke syurga, maka kelihatan olehku kebanyakan penghuninya ialah orang-orang miskin. Dan aku melihat pula ke neraka, maka kelihatan olehku kebanyakan penghuninya ialah wanita. (Muslim)

Oleh itu, orang-orang miskin hendaklah menyemai benih kekayaan hati, yakni menyuburkan jiwa dengan zikrullah dan ilmu, mengukuhkan tauhid dalam dada dengan jitu, tidak berprasangka dengan Allah atas kemiskinan mereka itu, bahkan cuba berusaha merubah kehidupannya selagi mampu.

Andai mereka berusaha, maka tidak mustahil Allah SWT akan mengurniakan kekayaan kepada mereka, sama ada kekayaan zahir atau fizikal, juga kekayaan hati yang lebih praktikal dan kekal. Hakikatnya, orang yang kaya hati itulah sebenar-benarnya kaya, kerana mereka memandang kekayaan dunia tidak lebih hanya sementara cuma. Apa yang utama bagi mereka adalah kaya hati dengan iman dan takwa. Bahkan orang yang kaya hatilah yang akan melestarikan harta kekayaannya atas nama sedekah, infak dan zakat.

Tepatlah sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW: Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa. (Bukhari dan Muslim). Wallahua'lam.

read more...

Jumaat, 22 Februari 2013

Didatangi peminta sedekah





KIta sedang duduk dimeja sebuah restoran, makanan depan mata ialah ikan siakap kukus, udang goreng tepung, tomyam...

Sedang kita makan, datang seorang buta bawa tisu, tisu tu harganya seringgit saja, apa yang kita buat?

"ishk...tak senang nak makan, asyik nak meminta saja"

Cuba bandingkan harga tisu tu cuma RM 1 je dibandingkan harga makanan yang kita kena bayar . Rugikah RM 1 yang kita keluarkan untuk beli tisu tu?

Adakah kita tahu, mungkin orang buta tu memang didatangkan oleh Allah untuk menguji keimanan kita? Adakah kita lupa tanggungjawap kita untuk membantu mereka yang memerlukan.

Sebab tu orang kaya suka makan tempat elit-elit supaya tidak diganggu oleh pengemis atau budak2 minta derma.

Tahukah kamu budak-budak tu bukan suka buat kerja tu, tetapi Allah memang dorongkan mereka untuk menguji kekayaan yang kamu miliki. Adakah saja-saja orang nak datang menyuap tangan untuk dapat sesuap nasi.

Masih terungkap dalam fikiran saya suatu nasihat, nak buat kerja amal kena ada dana sendiri?

Baik, jika saya kena buat bisnes untuk membolehkan saya buat kerja amal, tentu saya fokus dalam bisnes supaya untuk dapat keuntungan, habis siapa nak fokus dan uruskan kerja kebajikan?

Jadi apa salahnya saya fokus buat rumah perlindungan, dan anda bantu dari segi dana. Bukan banyak pun, jika ramai sumbang sedikit, jadi banyak juga. Dan anda tetap dapat saham yang dilaburkan tu diakhirat sana. Adakah anda fikir Allah tak pandang sumbangan anda tu? Sikit pun jika ikhlas, ia akan jadi gunung diakhirat sana.

Saya pun tak suka meminta-minta tapi saja nak ajak anda sama-sama lakukan kebajikan ikut ukuran yang mampu walaupun 10 sen saja. Ingatlah harta yang kita miliki tetap ada hak orang lain.


Penulis : Mak Liza
read more...

Rabu, 13 Februari 2013

Madrasah dan Yayasan Sulammi Ulummiah

Sijil Wakaf Tanah di Serkam Pulai Melaka




Yayasan Sulammi Ulummiah (YSU)
KM 6, Kg Permatang Pasir,
75460 Alai, Melaka.
Tel : 06-268 4086
En. Taufik : 013-357 9860
En. Buyong : 012-636 2631
Hj. Azlan : 016-337 3458

Tuan/Puan,

Sumbangan Derma dan Mengumpul Dana Melalui Amalan Wakaf Tanah
 

Amalan ini memberi peluang kepada masyarakat untuk beribadat dan menyumbang sejumlah wang sebagai derma atau Wakaf. Sumbangan wang yang diwakafkan digunakan sepenuhnya untuk membeli tanah yang ditentukan melalui nilai satu kaki persegi (satu kaki persegi dinilai dengan RM20 seperti gambar diatas) di Serkam Pulau, Melaka.

Ini bermaksud, walaupun kadar wakaf seseorang itu sangat sedikit, ia adalah perkongsian ramai pihak. Amalan yang dipraktikkan disini memberi peluang kepada umat Islam untuk melakukan amal jariah.

Cara Pembayaran

Derma, sumbangan dan wakaf boleh terus diberikan kepada YSU atau dimasukkan ke dalam akaun YSU

Nama Bank : BANK ISLAM
Nama : Yayasan Sulammi Ulummiah 
No. Akaun : 04 0150 1002 4567 

Sebarang pertanyaan atau permasalahan boleh hubungi :

En. Taufik : 013-357 9860
En. Buyong : 012-636 2631
Hj. Azlan : 016-337 3458

Firman Allah S.W.T: 
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha mengetahui. (al-Baqarah [2]: 261)

Dan semoga dengan sedekah yang kita keluarkan ini akan mendapat sebaik-baik gantian daripada Allah S.W.T

Firman Allah S.W.T:
“Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)." Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Saba’ [34]: 39)

Sabda Nabi S.A.W:
"Apabila mati seorang manusia, putuslah amalannya, kecuali dari tiga perkara: Sedekah yang jariah, ilmu yang dapat diambil manfaatnya oleh manusia, anak yang soleh yang berdoa untuknya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Segala jasa baik dan sumbangan/wakaf yang diberikan olehTuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, wasalam.
 


Mohammad Nakhain Bin Hj Mohamed Zain
Pengurus Raudhah Umrahajj Services
No. H/P : 013-212 7799
No. Fax : 06-762 0817

b/p Pengerusi Yayasan
TG Sheikh Hj Mohd Ali Bin Isnin

Pengerusi dan Jawatankuasa Yayasan Sulammi Ulummiah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih ke atas Tuan/Puan. Semoga Allah memberikan ganjaran yang berlipat ganda ke atas Tuan/Puan, amin.
read more...