Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Jun 2012

Part 2 : Penghapusan etnik umat Islam Rohingya

Baca dan sebarkan jika anda sayang saudara Islam anda di Myanmar..


Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa kerajaan dan pemimpin Islam di Malaysia dan seluruh dunia segera mengambil berat perkembangan yang sedang berlaku ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar sekarang ini.


(Gambar antara 8 orang pendakwah islam dalam perjalanan dari daerah Akyab ke Yangon ( ibu negera Myammar) melalui jalan darat tongu. Mereka telah dibunuh secara kejam oleh sekumpulan peganut Budhan dan NASAKA secara secara kejam antara tindakan kekejaman merekakencing keatas mayat dan membaling botol arak kepada mayat tersebut, ini merupakan penghinaan dan keganasa

n terhadap terhadap umat islam minoriti yang tertindas di Myanmar)

Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote, daerah Tongu di bunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.

Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya.


Lanjutan itu kami dimaklumkan puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap, ibu negeri Arakan.

Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah di bakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal.

Akibatnya ketegangan telah tercetus bila orang Islam Rohingya terus dijadi sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk dikawasan kampung lain diseluruh wilayah Arakan.


Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima, polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.

Dari maklumat langsung dari Maungdaw kami diberi informasi bahawa sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempuh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network, dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.

Namun mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga ini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan. Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga ini.

Namun pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan kepada kami mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.


Lebih memeranjatkan kami, pihak keselamatan, polis dan tentera, kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim.

Walaupun dharurat di istiharkan di Maungdaw dan kini diseluruh Arakan, pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.

Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakkan penduduk, namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran dibawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.


Setakat ini, berita yang diterima, empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gi telah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.

Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan, namun bukan untuk melindungi mereka, akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah. Lantaran itu penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.


Kelmarin, 9 hb Jun 2012 di sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar.

Terbaru, 10hb Jun 2012, dua kampung paling besar, iaitu Warlispara dan Saki Para (dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine. Dilaporkan ramai yang terbunuh, masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar.

Dari maklumat terkini, semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan.

Hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.

Kami mengutuk dengan keras terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya. Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1942 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.


Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh, 60000 di Thailand, 150000 di Pakistan, 40000 di Malaysia .

Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.


Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat keatas Umat Islam Rohingya yang maseh berada di wilayah Arakan, Myanmar .

Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah, tanah, ternakan, pemusnahan masjid, arahan tidak dibenarkan membaikki mana-mana Masjid, ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera, penangkapan, penyiksaan tanpa bicara, perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.

Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memilikki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memilikki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefon bimbit.

Kami dengan ini mendesak kerajaan Malaysia segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi. Sekretariat ASEAN perlu melaksanakan polisi melindungi hak Asasi Manusia dikalangan anggotanya terutama selepas Persidangan Kemuncak ASEAN pada 2009.

Kami juga menyeru supaya kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan Umat Islam oleh regim tentera Myanmar yang memberi kerjasama kepada golongan rasis nasionalis Rakhine Buddha.

Kami menegaskan jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan, kami akan bertindak dengan lebih tegas dan berkesan supaya regim tentera Myanmar tidak sewenangnya menzalimi Umat Islam Rohingya di Myanmar.

Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setuausha Agong MAPIM

Sumber : IKRAM
read more...

Part 1 : Penghapusan etnik umat Islam Rohingya



Dikala kita leka dengan EURO 2012, adakah kita terlupa pesanan Rasulullah?

عن أبي هريرة قال: قال رسول الله لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا، ولا يبع بعضكم على بيع بعض، وكونوا عباد الله إخوانا، المسلم أخو المسلم، لا يظلمه ولا يخذله، ولا يكذبه، ولا يحقره، التقوى ههنا، ويشير إلى صدره ثلاث مرات بحسب امرئ من الشر أن يحقر أخاه المسلم، المسلم على المسلم حرام دمه، وماله، وعرضه -رواه مسلم.

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim. Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.

Rohingya merupakan kaum minoriti yang paling teruk ditindas di dunia. Tiada tempat ingin pergi, tiada negara ingin menerimanya termasuklah negara sendiri. Pilihan hanya ada 2.

1. Lari meninggalkan yang tersayang
2. Mati di bunuh di rumah.


Mari kita mendoakan kesejahteraan umat Islam terutama di Myanmar dimana aktiviti penghapusan etnik bermaharajalela seperti menyembur ubat nyamuk.
read more...

Selasa, 8 Mei 2012

Islam tak dapat diukur berdasarkan tingkah laku ummah

Soalan: Negara umat Islam, khususnya di Timur Tengah, yang dihuni ramai bijak pandai Islam khasnya ulama-ulama besar, masih menerima pakai undang-undang dan peraturan manusia yang diistilahkan 'man made law' seolah-olahnya wajar berbuat demikian dan tidak bercanggah dengan Islam. Mengapa di Malaysia tidak boleh mengikut sedemikian? Mengapa perlu kepada undang-undang Islam? - MOHAMAD KHALID, Bukit Beruntung

Jawapan: Islam sebenar tidak boleh diukur dengan apa yang orang Islam hari ini lakukan.

Jika Islam hendak diukar dengan tingkah laku umat Islam hari ini, maka akan rosaklah Islam itu.

Lihatlah pada orang Islam yang melancong ke merata dunia. Apa yang mereka lakukan? Sikap dan pakaian mereka yang tidak melambangkan budaya Islam yang sebenar.

Oleh kerana itu, apa dilakukan di negeri-negeri umat Islam di Timur Tengah, tidak semestinya melambangkan Islam sebenar.

Semua orang tahu sama ada orang Arab atau bukan Arab, tidak boleh menjadi cermin kepada Islam. Kelakuan ramai orang Islam hari ini, kebanyakannya jauh menyimpang daripada tuntutan Islam sebenar.

Demikian juga dengan negara umat Islam sama ada di Timur atau di Barat. Keadaannya sama sahaja. Selagi negara tidak melaksanakan Islam dengan sebaik-baiknya, selama itu negara-negara itu tidak boleh dianggap Negara Islam yang sebenar.

Perlu kita fahami bahawa, negara umat Islam suatu ketika dahulu, semuanya patuh dan tunduk kepada Islam, sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. memerintah Madinah.

Maka berubahlah negara Madinah, Makkah dan seluruh Semenanjung Tanah Arab menjadi Islam sehingga ke hari ini.

Kedudukan negara Arab yang lainnya, sebuah demi sebuah menjadi negara Islam. Maka tertubuhkan kerajaan Islam pada zaman sahabat, tabiin yang digelar Khulafa ur-Raashidin, Daulah Umaiyah, Daulah Abasiyah sehingga kepada kerajaan Islam terakhir Khilafah Uthmaniyah yang tamat pada tahun 1924.

Semuanya kerajaan-kerajaan ini melaksanakan pemerintahan berasaskan hukum-hukum Islam.

Pada 1924, berlaku tragedi di mana musuh-musuh Islam dapat mengatasi dan menguasai kekuasaan Islam, seterusnya menukarkannya kepada pemerintahan sekular.

Dasar sekular tidak memberikan ruang penting kepada agama untuk menjadi asas pemerintahan, undang-undang Islam diketepikan dan undang-undang ciptaan manusia diterima pakai.

Berlaku perang dunia pertama dan kedua, yang berakhir dengan kemenangan pihak Barat yang memusuhi Islam. Umat dan negara Islam dijadikan harta rampasan Barat.

Wilayah umat Islam difaraidkan sesama kuasa Barat, di antara mereka, Indonesia dijajah oleh Belanda, Tanah Melayu dijajah British, demikian juga negara Arab, kebanyakannya jatuh kepada kuasa Barat.

Penjajah yang menguasai negara Islam menukar keseluruhan sistem pemerintahan dan undang-undang kepada sistem mereka.

Sejak daripada itu, meskipun negara umat Islam yang dijajah sudah merdeka kini, termasuk negara-negara Arab, pengaruh penjajahan masih menebal.

Barat tidak akan memerdekakan sebuah negara umat Islam, melainkan dipastikan dahulu, negara tersebut mesti berkiblat dan berundang-undangkan Barat.

Pelbagai tekanan dan ugutan dilakukan ke atas pemerintah baru negara umat Islam, supaya mereka ditabdir dengan kehendak Barat dengan tidak mengembalikan perundangan Islam asal.

Buktinya jelas. Misalnya Algeria yang suatu ketika dimenangi oleh Parti Penyelamat Islam (FIS) pada pilihan raya umum, tetapi dibatalkan oleh pemerintah yang disokong Barat.

Palestin, di mana Hamas yang menang dalam pilihan raya secara bebas dan demokrasi, tetapi dinafikan Barat, khususnya Amerika Syarikat. Kuasa memerintah dan ekonomi disekat.

Justeru umat Islam perlu memahami dan bangun bersatu di bawah perjuangan Islam bagi membolehkan Islam yang syumul dilaksanakan seperti yang dikehendaki Allah SWT.

Kayu ukur sebenar untuk mengukur Islam dilaksanakan atau tidak, adalah menerusi al-Quran dan as-Sunnah. Selagi kehendak kedua-dua ini tidak dilaksanakan, maka selagi itulah Islam yang sebenar belum terlaksana.

Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. menyebut (mafhumnya): "Pada suatu zaman nanti, umat Islam akan berhadapan dengan pelbagai percanggahan yang banyak, ingatlah ketika itu, pemerintah dengan al-Quran akan berpisah dan janganlah kamu berpisah daripada al-Quran."

Ertinya Nabi pernah memberi peringatan bahawa pada suatu zaman selepas baginda, pemerintah tidak lagi berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, hukum al-Quran terpisah dan diketepikan oleh pemerintah.

Nabi mengingatkan kita, jangan sesekali kita terpisah daripada al-Quran, kerana itu maka, perjuangan untuk mendaulatkan Islam menjadi suatu keperluan untuk diperjuangkan sehingga akhirnya. Wallahu a'lam

Dato' Dr Haron Din

read more...

Ahad, 10 Julai 2011

Layanan Istimewa Polis Kepada Penyokong Bersih 2.0

LAYANAN ISTIMEWA... Laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaparkan gambar-gambar yang menunjukkan kesemua mereka yang ditangkap diambil keterangan oleh pegawai dan anggota yang bertugas dalam keadaan tenang dan selesa. Mereka turut disediakan juadah di bawah khemah yang disediakan.

PETALING JAYA: Jika di sekitar ibu kota, para penyokong perhimpunan haram sama ada Bersih 2.0 atau Patriot perlu berdepan dengan meriam air dan gas pemedih mata sebelum ditangkap oleh polis, namun situasi itu berbeza sebaik sahaja mereka tiba di pusat tahanan sementara dekat sini.

Pusat tahanan sementara berkenaan bertempat di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak.

Hampir 650 orang termasuk wanita yang ditahan kerana terlibat dengan perhimpunan haram terbabit diberi layanan istimewa sebaik tiba di pusat berkenaan.

Pegawai perubatan turut ditugaskan untuk mereka yang tidak sihat atau cedera.

Laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaparkan gambar-gambar yang menunjukkan kesemua mereka yang ditangkap diambil keterangan oleh pegawai dan anggota yang bertugas dalam keadaan tenang dan selesa.

Mereka turut disediakan juadah di bawah khemah yang disediakan.

PDRM turut menyediakan kemudahan yang selesa untuk mereka bersolat dan berehat.

PDRM turut menyediakan kemudahan yang selesa untuk mereka bersolat dan berehat.

Pegawai perubatan turut ditugaskan untuk mereka yang tidak sihat atau cedera.

read more...

Sabtu, 9 Julai 2011

Bersih 2.0: Gas Pemedih Mata & Air Ditembak Untuk Suraikan Perarakan

Anggota FRU berkawal di depan Menara Kembar KLCC. - Foto THE STAR Oleh AZHAR MAHFOF

BERIKUT merupakan perkembangan terkini di Kuala Lumpur:

6.40 petang: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, semua yang ditahan dijangka dibebaskan pada pukul 9.30 malam. Difahamkan Ambiga dan beberapa pemimpin lain telah dibebaskan.

6.30 petang: Sejumlah 1,401 ditahan, termasuk 1,273 lelaki, 115 wanita, 12 remaja lelaki dan perempuan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, mereka akan dibebaskan selepas siasatan selesai.

Anggota FRU melepaskan gas pemedih mata ke arah ribuan penunjuk perasaan yang berkumpul di sekitar Pudu Raya, Kuala Lumpur pada tengah hari Sabtu.

Beribu orang penunjuk perasaan berarak di Jalan Sultan menuju ke Jalan Petaling, Kuala Lumpur. -Foto THE STAR Oleh DARRAN TAN

6.00 petang: Pasukan FRU dan polis bersurai pada pukul 6 petang di Jalan Ampang dan KLCC. Keadaan terkawal.

5.30 petang: Jawatankuasa Bersih 2.0 gagal menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. Namun, ia menyifatkan perhimpunan tersebut mencapai matlamatnya.

Ia juga menyelar penangkapan terhadap para peserta, termasuk daripada kumpulan lain.

Ahli jawatankuasa, Subramaniam Pillay berkata Bersih akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat dan tidak melibatkan perhimpunan.

Dia juga mengesahkan Ambiga telah ditahan oleh polis. Katanya, khidmat pesanan ringkas Ambiga menyatakan dia berada dalam keadaan baik.

5.25 petang: Seramai 924 tangkapan dibuat sehingga 3.30 petang. Sebanyak 875 lelaki dan 49 wanita ditahan, menurut polis.

5.10 petang: Ramai orang memasuki KL Sentral. Kebanyakannya memakai tuala muka dan botol air mineral.

Polis melepaskan gas pemedih mata kepada anggota Bersih yang tidak mengendahkan amaran yang diberikan. -Foto THE STAR oleh RAJA FAISAL HISHAN

4.25 petang: Di KLCC, Jalan Ampang, pasukan FRU dan polis bersiap sedia untuk menangani sebarang kemungkinan. Keadaan masih tenang dan tiada perarakan dilaporkan setakat ini.

4.30 petang: Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata para pemimpin perhimpunan haram itu ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk di bawah Seksyen 27, Akta Polis kerana berhimpun secara haram.

4.20 petang: Orang ramai yang berkumpul di Kuala Lumpur untuk Bersih dan Patrior bersurai. Polis memantau situasi. Seorang penganjur kanan Bersih meminta para penyokong berdekatan Dewan Perniagaan Cina di Jalan Maharajalela supaya bersurai.

3.36 petang: Dari Jalan Tun Perak, para penunjuk perasaan berjalan melalui Lebuh Ampang dan Jalan Ampang keluar dari bandar.

Seorang lelaki yang menyertai perhimpunan Bersih di Stesen KTM Kuala Lumpur ditahan pihak berkuasa. - Foto THE STAR oleh SHAHRUL FAZRY ISMAIL

3.34 petang: Orang ramai masih berarak di sepanjang Jalan Tun Perak sekarang.

3.32 petang: Kedua-dua stesen LRT Masjid Jamek masih ditutup sehingga sekarang.

3.18 petang: Orang ramai berkumpul di pintu utama Stadium Merdeka berdekatan MBSSKL. Sesetengah di halangan polis tetapi kebanyakannya berundur dan berjalan di sepanjang Jalan Hang Jebat. Situasi tenang.

3.01 petang: Polis berkata, sebanyak 672 ditahan sehingga 2.30 petang (624 lelaki dan 48 wanita).

3.00 petang: Nurul Iman, Nurul Nuha, Maria Chin, Ambiga, Abdul Hadi Awang ditahan polis.

Anwar dan Wan Azizah kembali ke KL Hilton.

2.30 petang: Penyokong Pakatan Rakyat dan Bersih 2.0 berjaya keluar dari KL Sentral yang sebelum ini dikepung oleh polis dan menuju ke Jalan Tun Sambanthan.

Ambiga, Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang dan beberapa lagi dilihat berada bersama penyokong mereka.

read more...

Jumaat, 8 Julai 2011

Bersih 2.0: Gas Pemedih Mata Dilepaskan, Meriam Air Ditembak

Beribu orang penunjuk perasaan berarak di Jalan Sultan menuju ke Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

BERIKUT merupakan perkembangan terkini di Kuala Lumpur:

2.45 petang: Abdul Azeez ditahan oleh polis. Sebelum itu, Khairy ditahan polis.

2.30 petang: FRU melepaskan gas pemedih mata terhadap penyokong gabungan itu.

2.15 petang: Perarakan tetap diteruskan dalam keadaan hujan.

2.10 petang: Pasukan FRU berkumpul di hadapan Am Bank, Jalan Pudu. Mereka dalam keadaan siap sedia untuk mengambil tindakan jika gabungan itu meneruskan perarakan menuju ke Stadium Merdeka.

2.10 petang: Pasukan FRU melepaskan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan yang berada di perkarangan luar KL Sentral dan sekitar Jalan Tun Sambanthan.

1.50 petang: Anwar Ibrahim, Ambiga, Hadi Awang, Wan Azizah dan Nurul Izzah bersama penyokong Bersih keluar dari Hotel KL Hilton untuk berarak bersama-sama para penyokong mereka ke KL Sentral sebelum menuju ke Stadium Merdeka.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang mula berarak bersama-sama anggota pergerakan itu dari Bukit Bintang menuju Stadium Merdeka di Kuala Lumpur, Sabtu. - Foto Malaysiakini

1.45 petang: Para penyokong Pemuda Umno dan Kelab Putera 1Malaysia mula berarak dari Jalan Imbi menuju ke Stadium Merdeka. Reezal Merican mengingkari perintah larangan untuk memimpin Patriot di Bukit Bintang.

Polis melepaskan gas pemedih mata kepada anggota Bersih yang tidak mengendahkan amaran yang diberikan.

1.40 petang: Khairy tiba di kawasan perarakan. Abdul Azeez menyusul lima minit kemudian.

1.30 petang: Para penyokong Pemuda Umno dan Kelab Putera 1Malaysia menyanyikan lagu, "Inilah Barisan Kita." Ia diketuai Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Pusat, Lokman Adam. Kelibat Khairy dan Abdul Azeez tidak kelihatan.

1.25 petang: Polis berkata, 514 orang ditahan sehingga 12.30 tengah hari (478 lelaki dan 36 wanita).

1.20 petang: Lebih 500 Pemuda Umno dan Kelab Putera 1Malaysia berkumpul di hadapan BB Plaza, Jalan Bukit Bintang dan mengedarkan baju Patriot berwarna merah.

Namun kelibat Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Presiden Kelab 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim masih belum kelihatan.

Seorang lelaki yang menyertai perhimpunan Bersih di Stesen KTM Kuala Lumpur ditahan pihak berkuasa.

Mereka melaungkan slogan, "Hidup rakyat, hidup Malaysia, hancur Anwar, hancur Ambiga."

1.20 petang: Kumpulan Bersih bergabung dengan kumpulan lain berhampiran Puduraya.

1.15 petang: Lebih 1,000 penyokong Bersih mula berarak dari Jalan Imbi menuju ke Stadium Merdeka.

1.10 petang: Ribuan penyokong Bersih mula berarak dari Pudu Plaza, melalui Bukit Bintang dan sedang dalam perjalanan ke Jalan Pudu dalam percubaan untuk sampai ke Stadium Merdeka.

1.07 petang: FRU setakat ini telah berjaya menyuraikan para penunjuk di hadapan Bank Agro dan Pasar Seni. Di kedua-dua tempat gas pemedih mata telah ditembak untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang menjerit "reformasi".

1 petang: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah menghantar mesej tweet bahawa beliau ditahan di hadapan Hilton kerana mengganggu tugas polis. Beliau berada dalam sebuah Black Maria sekarang.

12.55 tengah hari: Polis berkata, sebanyak 441 ditahan sehingga 12 tengah hari. 421 lelaki dan 20 wanita.

12.50 tengah hari: Gas pemedih mata ditembak ke arah penunjuk perasaan yang berarak dari hadapan Bank Agro menuju ke Pasar Seni melalui Daya Bumi.

12.45 tengah hari: Lim Kit Siang dan lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat berkumpul di Hotel KL Hilton. Mereka merancang untuk berarak ke stadium dari situ.

12.40 tengah hari: Anggota FRU melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang menjerit "reformasi" di Bank Agro berdekatan Daya Bumi di Kuala Lumpur.

12.30 tengah hari: Satu kumpulan besar penunjuk perasaan sambil menjerit "reformasi" meninggalkan Pasar Seni dalam percubaan menuju ke Masjid Jamek dan Dataran Merdeka. Berdekatan Masjid Negara, penunjuk perasaan turut membawa bendera PKR dan PAS sambil melaungkan "Bersih".

12.28 tengah hari: Ribuan orang sedang berarak sambil menjerit "reformasi" melintasi tebing sungai melepasi Pasar Seni menuju ke Dataran Merdeka dan Masjid Jamek.

Seorang penunjuk perasaan ditahan oleh polis di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru. - Foto THE STAR Oleh AZHAR MAHFOF

12.15 tengah hari: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub ditahan oleh polis di KL Sentral.

12.13 tengah hari: Polis membenarkan lima peguam daripada Majlis Peguam menuju ke stesen keretapi Kuala Lumpur ketika ramai orang menjerit "reformasi" dari dalam stesen keretapi.

12.05 tengah hari: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba di KL Hilton ditemani ahli Parlimen Subang, R Sivarasa dan peguam Latheefa Koya. Turut hadir, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

12.00 tengah hari: Polis mengesahkan seramai 338 orang termasuk 17 wanita ditahan di sekitar Kuala Lumpur.

11.35 pagi: Keadaan aman di KLCC. Para pelancong mengambil gambar. Pihak keselamatan mendirikan halangan di sekitar pintu masuk kecuali ruang kosong untuk pembeli belah masuk.

11.30 pagi: Jumlah tangkapan di sekitar Kuala Lumpur adalah seramai 236 orang termasuk lapan wanita, kata polis.

11.20 pagi: Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga menghantar mesej tweet meminta semua orang keluar dengan memakai baju kuning.

11.18 pagi: Sebuah trak polis membawa sekumpulan lelaki yang ditahan keluar dari kawasan Masjid Jamek menuju ke kawasan tahanan di Pulapol.

Polis membuat pemeriksaan rambang terhadap orang ramai ketika membuat rondaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman berdekatan Chow Kit. - Foto THE STAR Oleh AZHAR MAHFOF.

11.02 pagi: Tren RapidKL tidak akan berhenti di tiga stesen dari 10.15 pagi atas arahan polis. Stesen-stesen tersebut ialah Hang Tuah dan Maharajalela (laluan monorel) dan Hang Tuah (laluan Ampang).

11.00 pagi: Seorang lelaki memakai baju kemeja merah ditahan oleh polis dekat dengan stesen LRT Masjid Jamek.

10.40 pagi: Pusat media Bukit Media mengeluarkan kenyataan bahawa seorang daripada 21 orang yang ditahan pada awal Sabtu telah dibebaskan.

10.35 pagi: Sebuah Black Maria di Masjid Jamek memuatkan 13 orang ditahan, kebanyakannya lelaki. Mereka dipercayai merupakan penunjuk perasaan Bersih.

10.30 pagi: Ramai berkumpul di stesen keretapi berdekatan Masjid Negara. Turut kelihatan ramai anggota polis diketuai Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman mengawal situasi.

10.30 pagi: Lebih banyak trak polis tiba menyertai trak FRU di pintu utama Istana Negara tetapi situasi masih lengang.

Helikopter polis terbang berdekatan Stadium Merdeka, pagi Sabtu.

10.01 pagi: Kedai-kedai dibuka untuk perniagaan. 100 pelanggan beratur di hadapan Machines, Lot 10, untuk membeli iPad2.

10.00 pagi: Seorang lelaki ditahan polis di Jalan Melayu, off Jalan Masjid India, selepas menjerit secara agresif terhadap orang ramai dan wakil media.

9.50 pagi: Anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) mengawal pintu masuk Pasar Seni. Mereka berkata, ia akan dibuka seperti biasa pada pukul 10 pagi tetapi mereka akan mengawalnya. Polis meronda di sekitar Pasar Seni sebelum ia dibuka.

9.45 pagi: Sekumpulan 100 orang di sekitar Masjid India diarahkan bersurai oleh polis.

9.28 pagi: 12 peguam berjaket dan bertali leher berada di luar stesen LRT Masjid Jamek. Kehadiran ramai anggota polis. Aktiviti normal. Stesen masih dibuka.

9.15 pagi: Satu kumpulan dengan lebih 100 orang berada di stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) berdekatan Masjid Negara. Polis sedang memantau mereka.

9.10 pagi: Polis menahan satu kumpulan yang berkumpul berdekatan masjid Kampung Baru.

9.07 pagi: Sekatan jalan raya di lebuh-lebuh raya menghala ke Kuala Lumpur menyebabkan trafik bergerak perlahan. Satu sekatan berdekatan Batu Tiga menyebabkan kesesakan teruk. Pemandu terpaksa menggunakan lebih sejam untuk bergerak dari Shah Alam ke plaza tol menghala ke Kuala Lumpur. Bagaimanapun, trafik berjalan lancar selepas plaza tol itu.

9.05 pagi: Tiga peguam, berjaket hitam dan bertali leher, berjalan di Jalan TAR. Mereka memberitahu wartawan bahawa kehadiran mereka di situ adalah untuk memberikan bantuan guaman.

8.50 pagi: Kira-kira 15 trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berada di luar Istana Negara. Sekatan jalan dibuat 500 meter dari pinta utama ke istana.

8.45 pagi: Enam ambulans memasuki Jalan TAR dipercayai bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan.

8.40 pagi: 12 trak polis dan sebuah Black Maria ditempatkan di luar Sogo. Kira-kira 120 anggota polis di sekitar situ. Pemeriksaan rambang dibuat terhadap pejalan kaki di Jalan TAR.

8.15 pagi: Polis menutup laluan ke Jalan Stadium dengan dawai berduri. 20 Black Maria diletakkan di depan tempat letak kereta.

8.10 pagi: Kehadiran ramai anggota polis, kurang kenderaan di jalan raya dan tidak kelihatan kumpulan besar di kawasan sekitar Chow Kit dan Kampung Baru.

Anggota-anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bersiap sedia menghadapi sebarang perhimpunan haram di sekitar Istana Negara, Kuala Lumpur, Sabtu. - Foto THE STAR Oleh SIA HONG KIAU

8.05 pagi: Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) ditutup dengan kehadiran ramai anggota polis di luar Sogo.

8.00 pagi: Kuala Lumpur hampir lengang. Di Jalan Raja Laut, hanya kelihatan anggota polis bertugas. Di luar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, kira-kira 200 anggota polis kelihatan bersarapan pagi. Sebuah helikopter polis berlegar-legar di ruang udara.

7.55 pagi: Lebih ramai anggota tiba dengan menggunakan monorel dan mereka turun di stesen Maharajalela bertentangan dengan Stadium Merdeka.

7.30 pagi: Sejumlah besar trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) termasuk yang dilengkapi dengan meriam air, melalui Jalan Maharajalela dan menghala ke Masjid Negara serta Masjid Jamek.

read more...