Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Memaparkan catatan dengan label Thailand. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Thailand. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Jun 2011

McCain gesa AS bantu ASEAN hadapi China

WASHINGTON 21 Jun - Anggota kanan Parti Republikan, Senator John McCain menggesa kerajaan Amerika Syarikat (AS) meningkatkan sokongan ketenteraan dan politik kepada negara anggota ASEAN untuk menghadapi China dalam pertikaian semakin meningkat di Laut China Selatan.

Menurutnya, AS perlu membantu anggota ASEAN untuk membangunkan dan menempatkan sistem amaran awal serta bot peronda perairan pantai di kawasan yang menimbulkan pertikaian.

Kata bekas kapten tentera laut AS itu, Washington perlu juga menggunakan diplomasi untuk membantu negara ASEAN menyelesaikan pertikaian sesama mereka dan 'mengambil pendirian lebih bersatu'.

Beliau mengalu-alukan perjanjian yang dicapai antara Malaysia dengan Brunei pada Mac 2009 sebagai satu contoh.

"China cuba mengeksploitasi perpecahan di kalangan anggota ASEAN untuk melaga-lagakan mereka bagi memajukan agendanya sendiri," kata McCain pada majlis makan malam anjuran Pusat Kajian Strategi dan Antarabangsa, di sini.

McCain, pendukung dasar ketenteraan lebih tegas, menyambut baik pendirian pentadbiran Presiden Barack Obama mempertahankan kebebasan pelayaran di Laut China Selatan, tetapi beliau mahu White House mengambil langkah lebih tegas.

Katanya, negara lain perlu mengetahui tuntutan mana yang diterima dan mana yang ditolak oleh AS, dan bentuk tindakan yang bersedia diambil oleh AS untuk membantu, terutamanya dalam mempertahankan sekutu rapat, Filipina.

McCain menyambut baik hubungan kerjasama dengan China dan tidak mencari konflik dengan kuasa besar Asia itu, tetapi beliau menyalahkan 'tindakan agresif' China dan 'tuntutan wilayahnya yang tidak berasas' sebagai punca ketegangan baru-baru ini.

China minggu lepas berkata, Beijing tidak akan menggunakan kekerasan di Laut China Selatan dan menggesa negara lain supaya 'meningkatkan usaha bagi memelihara keamanan dan kestabilan di rantau itu'. - AFP

read more...

Jumaat, 17 Jun 2011

Empat Tentera Ditembak Mati Di Pattani

BANGKOK: Beberapa lelaki bersenjata menembak mati empat orang anggota tentera yang sedang menaiki motosikal ketika menjalankan pengawasan di Pattani, demikian menurut polis pada Jumaat.

Kesemua mangsa yang berusia 21 sehingga 48 tahun itu mati di tempat kejadian apabila sekurang-kurangnya empat pengganas melepaskan tembakan dari dua buah trak pikap pada malam Khamis.

Seorang remaja perempuan yang lalu di kawasan kejadian dilaporkan cedera dalam serangan berkenaan.

Sementara itu pada awal Khamis, satu letupan berlaku di sebatang jalan dekat Yala.

Kejadian tersebut telah menyebabkan seorang anggota polis dan seorang pegawai daripada Jabatan Lebuhraya cedera.

Lebih daripada 4,500 masyarakat beragama Islam dan Buddha terkorban dalam siri-siri serangan yang berlaku hampir setiap hari sejak pemberontakan dilancarkan sejak tahun 2004 dekat tiga wilayah selatan Thailand.

Pengkritik menuduh kerajaan gagal menangani tuntutan hak masyarakt Islam yang mahu indentiti bangsa, agama dan bahasa mereka dihormati oleh pemerintah.

Mereka juga mendakwa tentera telah melakukan terhadap mereka. -AFP

read more...