Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Memaparkan catatan dengan label Poligami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Poligami. Papar semua catatan

Khamis, 1 November 2012

Perempuan kena faham, poligami hak suami

Kucing Jantan
SEBELUM Bro menulis lebih lanjut Bro nak peringatkan semua pembaca khususnya kaum perempuan bahawa poligami dibenarkan oleh Islam manakala perceraian adalah perkara yang dihalalkan oleh Islam tetapi dibenci oleh Allah.

Oleh itu Bro nak ingat puak-puak perempuan tak payah nak emosional apabila ada cadangan supaya lelaki yang sudah berkahwin tidak perlu meminta kebenaran isteri pertama kalau dia mahu berkahwin dengan perempuan berusia 30 tahun ke atas.

Bro sokong 300 peratus cadangan itu kerana ketika ini ramai perempuan yang berusia sedemikian tidak berkahwin. Bro percaya mereka juga ada keinginan untuk memiliki pasangan hidup seperti wanita-wanita lain yang sudah berkahwin.

Tetapi biasalah yang selalu kejam kat perempuan ini, perempuan sendiri, sebab itulah mereka emosional apabila sentuh sahaja bab-bab poligami ni. Macam-macam hujah mereka keluarkan untuk mempertahankan 'wilayah' mereka supaya tidak dicerobohi.

Bro nak tanya puak-puak perempuan yang emosional fasal poligami ni pernahkah mereka tidak fikir apa akan jadi jika mereka juga berada dalam kategori perempuan berusia 30 tahun ke atas tetapi belum berkahwin. Bro percaya mereka pun akan berdoa siang dan malam untuk diketemukan dengan jodoh. Kalau takdir menentukan bahawa jodoh mereka suami orang, mereka nak buat macam mana?

Janganlah bila dah berkahwin, rasa suami kita tu hak kita 100 peratus, perjalanan kehidupan ini bukan kita yang atur, kita hanya berusaha yang terbaik tetapi kalau ditakdirkan juga seorang perempuan tu kena bermadu, terima sahajalah.

Tetapi Bro nak ingatkan, Bro bukan sokong semua lelaki berpoligami, selain berkemampuan zahir dan batin, lelaki juga mesti beriman dan berakhlak, apabila semua syarat ini dah mencukupi Bro rasa tidak ada masalah untuk dia mengendalikan dua ke, tiga ke atau empat isteri.

Satu lagi kenapa perempuan suka sangat melihat soal poligami ni dari sudut negatif, sedangkan perkara itu dibenarkan oleh Allah, sudah pasti yang baik itu datang daripada-Nya dan yang buruk itu datang daripada manusia itu sendiri.

Menganiaya

Sebab itulah, Bro kata, yang selalu menganiaya perempuan bukan lelaki tetapi perempuan itu sendiri. Mereka sendiri kadang-kala tidak mahu melihat kaum sejenis mereka bahagia. Bab lain termasuk mengumpat siang malam mereka boleh berkongsi cerita, tetapi bila sentuh bab nak kongsi suami, mahu tercetus perang dunia ketiga, seolah-olah kalau mereka kena berkongsi kasih suami dengan perempuan lain dunia akan kiamat!

Namun mereka lupa, kadang-kala ada sebab kenapa suami mereka nak berpoligami apatah lagi dengan perempuan berusia 30 tahun ke atas, kalau suami mereka gatal buat apa nak cari perempuan berusia sedemikian lebih baik dia cari bak kata orang anak dara trang tang-tang. Tetapi ada lelaki yang berasa bertanggungjawab untuk turut memberi kebahagiaan kepada perempuan yang masih mencari suami ketika usia semakin meningkat atau si isteri sedia ada makin membosankan.

Bro percaya perempuan berusia sedemikian sudah ada kedudukan ekonomi yang baik, cuma kadang-kala kesibukan mereka menyebabkan tidak ada masa hendak bercinta tetapi apabila ditakdirkan mereka perlu bertemu jodoh dengan suami orang, Bro yakin mereka tidak akan tolak.

Lagipun, perempuan yang sedemikian tidak memerlukan apa-apa lagi daripada seorang lelaki, selain hendak berkongsi kasih sayang, sekurang-kurangnya dalam seminggu sekali atau dua kali, teman yang boleh dibuat berbual dan bergurau senda di malam hari, tak kan itu pun tak boleh!

Bro percaya lelaki yang mahu berpoligami dengan perempuan berusia 30 tahun ke atas tidak berhasrat untuk mengambil kesempatan terhadap perempuan berkenaan.

Lelaki ini baik, mereka sentiasa mempunyai sikap untuk membantu kaum perempuan, masalahnya kaum perempuan tidak mahu kaum sejenis mereka bahagia, sebab itulah jumlah perempuan tidak berkahwin semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Oleh itu, Bro berharap kaum perempuan tidak perlu emosional dalam berhadapan isu poligami ni. Bro tak kata, kalau apa yang dicadangkan itu boleh menyelesaikan semua masalah terutamanya mengurangkan jumlah wanita tidak berkahwin, cuma Bro fikir tidak ada salah kalau perkara itu betul-betul hendak dilaksanakan.

Kalau perempuan berusia sedemikian terperangkap dengan lelaki hidung belang atau akan mengikis hartanya itu nasib perempuan itulah, kenapa gatal tak mahu check latar belakang kekasih dia tu. Tetapi biasalah perempuan memang mudah lentuk, kena puji sikit mulalah jalan macam itik serati!

Apa pun Bro nak nasihatkan perempuan, cuba fikirkan soal poligami ini dengan tenang dan penuh rasional kerana sudah pasti ia ada kebaikannya. Lagipun lama mana sangatlah kita nak hidup kat dunia ni, sekurang-kurangnya melalui langkah mereka membenarkan suami berpoligami dengan perempuan berusia ini, ia akan mendatangkan pahala dan menceriakan dunia rumah tangga.
 
Akhir kata Bro nak nasihat kepada kaum perempuan yang sudah berkahwin, poligami adalah hak suami! Jadi tak payahlah nak makan hati!

- JUMPA LAGI!
read more...

Setuju syarat poligami dilonggar, bela anak dara tua

SAYA menyokong surat Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail yang berharap syarat berpoligami dilonggarkan. 

Saya amat setuju dengan kenyataan ini. Golongan andartu ini ramai tetapi tidak ada satu NGO atau parti politik pun yang membela nasib golongan ini. 

Jika ada golongan ini yang menjadi isteri kedua secara rahsia maka mereka digelar perampas. 

Pernahkah nasib mereka dibela? Bagi yang mempunyai karier pula tentulah akan mendiamkan diri kerana ingin menjaga status, tetapi naluri manusia tetap sama ingin berkeluarga. 

Di mana pejuang-pejuang wanita yang membela nasib wanita? 

Apakah golongan andartu bukan wanita? Kebanyakan mereka mendiamkan diri kerana budaya kita yang akan menyelar wanita yang tidak berkahwin bila cuba mendekati lelaki akan dianggap wanita tersebut gatal atau kemaruk jantan. 

Pernahkah mereka terfikir nasib wanita golongan ini bila mereka tua nanti?

Adakah ada tangan yang akan menyuapkan mereka nanti bila sakit nanti? 

Adakah ada tangan yang akan memimpin mereka bila tua nanti? 

Cubalah faham wahai penggubal undang-undang nasib golongan ini.

ZAHIZA
read more...

Longgarkan syarat berpoligami

WANITA Islam yang lanjut umur mencecah umur 35 tahun ke atas, atau apa yang dikatakan sebagai 'andartu' yang masih membujang membimbangkan kita. Ini kerana semakin ramai di antara mereka ini tidak pernah merasai kenikmatan berumahtangga sehingga ke akhir hayat.

Jangan salahkan jodoh atau takdir jika sekiranya umur semakin meningkat tetapi tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pasangan hanya kerana ego, terutama sekali wanita yang berkerjaya dan teguh ekonominya.

Perlu diingatkan bahawa perkahwinan di dalam Islam adalah sunnah Rasulullah SAW. 

Pertamanya, ia dapat menyambung zuriat dan menambahkan lagi umat Nabi Muhammad SAW. Baginda berbangga jika umat Islam semakin bertambah di muka bumi ini. 

Keduanya, untuk mengelakkan berlakunya maksiat yang menjurus seseorang itu ke dalam api neraka di akhirat kelak.

Ketiganya, dapat menjaga maruah diri dan keluarga.

Dalam hal ini, kita perlu kaji semula sistem perundangan dan peradapan serta budaya kita agar lebih terbuka ke arah membina masyarakat Islam yang mampu memberikan sesuatu yang menguntungkan, bukan mengongkong ke arah merugikan.

Oleh itu, dicadangkan agar dilonggarkan syarat bagi lelaki untuk berpoligami dengan wanita berumur lebih daripada 30 tahun, iaitu tanpa surat akuan kebenaran daripada isteri pertama. Tidak perlulah disyaratkan untuk mendapatkan salinan slip gaji atau pengesahan pendapatan seperti mana prosedur biasa.

Sebaliknya memadai disediakan perjanjian di antara pasangan yang hendak berkahwin itu mengikut akuan perjanjian masing-masing jika berlaku permasalahan di kemudian hari nanti. Tujuan utama adalah untuk menyelamatkan 'andartu' bagi mendapatkan zuriat. Difahamkan mengikut kajian perubatan sains moden, wanita yang belum pernah berkahwin memang susah untuk mengandung ataupun melahirkan anak apabila umur menjangkau 40 tahun ke atas. 

Kita kena terima hakikat lumrah rutin kehidupan manusia. Tetapi dalam pada itu, seseorang itu hendaklah berusaha menyelesaikan sendiri apa juga yang mendatang dan jangan biarkan ia tanpa pembelaan sewajarnya. Islam juga membenarkannya asalkan mampu memberikan manfaat kepada ummah.

Tidak keterlaluan jika disyorkan juga agar wanita dengan secara jujurnya melalui 'orang tengah' saperti saudara mara atau orang yang boleh kita percayai merisik lelaki yang boleh dan mahu mengambil mereka sebagai isteri kedua, ketiga atau keempat.

Selain untuk mendapatkan zuriat, ia juga bagi mengelakkan seseorang wanita itu hidup keseorangan di waktu tua nanti apabila tiada siapa untuk menjaganya.

Apa yang saya perkatakan ini bukan senda gurau atau sesuatu yang pelik. Secara tidak langsung dalam jangka panjang mampu menyelamatkan kaum wanita itu sendiri serta dapat membela hak-hak mereka. Fikirkanlah sudut positifnya dahulu sebelum membuat pelbagai andaian.
read more...