Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Memaparkan catatan dengan label Kisahku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisahku. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Julai 2013

Majlis Kesyukuran Perkahwinan Naim dan Pasangan




Assalamualaikum w.b.t & selamat sejahtera,

"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." 
(Surah al-Rum, ayat 21) 

Saya, MOHD NAKHAIN BIN HJ MOHAMED ZAIN (NAIM) dan NORASYIKIN BINTI MUDA (SHIKIN) dengan rendah diri dan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi serta penuh takzim ingin menjemput saudara-saudari, sahabat handai serta seluruh kenalan ke MAJLIS PERKAHWINAN kami seperti berikut :-

Lokasi Majlis Pengantin Lelaki :

Tarikh   : 12 Ogos 2013 / 5 Syawal 1434
Hari       : Isnin
Waktu   : 11.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat : No 85, Kg Kebor Tok Bilal, Manir, 21200 Kuala Trg, Terengganu.


Semoga dengan kehadiran serta iringan doa restu rakan-rakan serta keluarga akan menyerikan lagi majlis kami serta dilimpahi rahmat dan diberkati Allah swt.

* Kepada sahabat handai yg memerlukan kad jemputan diharap dpt PM alamat/ email kepada kami. Kepada yang telah memberi alamat.. Insyaallah, tunggu ketibaannya... (“,)

P/S : Kalau tak dapat datang, jangan lupa doakan kelancaran majlis dan juga doakan segala urusan dipermudahkan ya.. dan yang lagi penting, doakan 'MASJID' yang bakal di bina kami nanti menjadi BAITUL MUSLIM yang diredhai dan diberkati oleh Allah S.W.T serta berkekalan bahagianya sampai ke Syurga Allah.. Amin..

Wassalam
Naim
013-212 7799
read more...

Isnin, 11 Jun 2012

Ogkl : Ekspedisi Jejak Gunung Peninjau

Oleh FAIZAL SAMAT
PARA peserta di puncak Gunung Peninjau di Chemor, Perak.

ADA awal April lalu, seramai 24 peserta termasuk penulis telah menyertai Ekspedisi Mendaki Gunung Peninjau yang dianjurkan oleh Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL). Gunung ini terletak di Hutan Simpan Kledang Saiong, Ulu Chepor, Chemor, Perak. Ia mempunyai ketinggian 1058 meter (3471 kaki) dari paras laut.

Walaupun tidak setinggi puncak gunung lain di Malaysia, namun cabaran menjejaki puncak Gunung Peninjau tidak kurang hebatnya. Ini kerana pelbagai halangan terpaksa ditempuh peserta. Gunung Peninjau juga pernah dijadikan 'gunung angkat' oleh Kelab Rakan Muda dan Persekutuan Mendaki Malaysia.

Ekspedisi dua hari satu malam ini diketuai oleh pemandu arah, Yassir Ishak, 36, atau dikenali dengan panggilan Pak Sheikh, manakala ketua program pula ialah Abdul Jalil Abdul Hamid, 31. Mereka dibantu beberapa ahli jawatankuasa kelab yang dilantik bagi menjayakan ekspedisi tersebut. Berikut catatan perjalanan kami.

Hari Pertama: Seawal pukul 7 pagi pada 7 April 2012, para peserta mula berkumpul di hadapan Heritage Cafe, Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Setelah mendengar taklimat perjalanan, para peserta mula bergerak secara berkonvoi dengan menaiki kereta menuju ke lokasi permulaan mendaki di kawasan perkelahan Ulu Chepor, Chemor, Perak.

Sebanyak lima buah kereta dan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4x4) telah digunakan. Konvoi kami menyusuri Lebuh Raya Utara Selatan hampir dua jam perjalanan, sebelum memasuki Plaza Tol Ipoh Selatan, seterusnya ke pekan Chemor. Setibanya di pekan itu, kami melapor diri di balai polis untuk memaklumkan tentang pendakian, selain 'menapau' makan tengah hari.

Apabila semuanya selesai, kami meneruskan perjalanan menuju ke lokasi permulaan mendaki. Sebelum mendaki, kami menikmati hidangan tengah hari yang dibeli tadi, mendengar taklimat pendakian dan melakukan senaman ringan serta bacaan doa. Pada awal pendakian, kami menempuh denai hutan di tepi sungai. Deruan air terjun yang deras di kawasan jeram sepanjang laluan mengiringi perjalanan.

Kemudian kami memasuki sebuah laluan gua kecil yang terbentuk secara semula jadi oleh gabungan dua bongkah batuan sungai yang agak besar. Sasaran kami pada hari pertama adalah tiba di lokasi tapak perkhemahan untuk bermalam.

BEBERAPA ahli jawatankuasa program sibuk menyiapkan hidangan makan malam.

Pada peringkat kedua pendakian, laluan yang ditempuh adalah di tepi tebing sungai yang telah lama tidak digunakan. Kami juga mula mendaki denai hutan yang agak curam. Memandangkan Gunung Peninjau ini jarang didaki, maka laluan denai hutan dipenuhi dengan semak dan paku resam, selain balak tumbang menghalang perjalanan.

Tanah gambut yang licin membuatkan setiap peserta berhati-hati setiap kali melangkah. Langkah kami terhenti apabila laluan yang mahu ditempuh perlu ditebas. Parang dihayun dan bermulalah tugas membersihkan laluan yang dilakukan oleh pemandu arah dan dibantu oleh beberapa peserta.

Hampir sejam laluan kami terhenti. Tanpa berlengah, kami meneruskan perjalanan sebaik sahaja laluan mulai 'cerah'. Pokok balak yang menghalang perjalanan memaksa kami merangkak dan meniti di atasnya. Selain itu, kami juga diminta berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling agar tidak terpegang tumbuhan berduri yang terdapat di kiri dan kanan laluan.

Setelah hampir empat jam mendaki, akhirnya kami tiba di tapak perkhemahan. Memandangkan hari semakin lewat petang, kami segera mendirikan khemah. Beberapa peserta mula membersihkan diri di sungai berhampiran. Senja berlalu dan setelah selesai solat Maghrib, kami mula memasak untuk makan malam dengan menu yang cukup istimewa.

Cuaca yang kering memudahkan unggun api dinyalakan bagi menerangi kawasan perkhemahan. Bagi mengisi masa terluang, sesi unggun api mula dilakukan oleh beberapa peserta yang berdiri mengelilinginya sambil bercerita mengenai pengalaman pendakian masing-masing.

Sebelum makan malam, semua peserta berkumpul bagi menjayakan program 'taaruf' iaitu sesi perkenalan antara setiap peserta. Tujuan program ini adalah untuk mengenali dan mengeratkan lagi silaturahim antara setiap peserta.

Hari Kedua: Setelah sarapan dan menyediakan hidangan tengah hari, kami mula mengatur langkah untuk menjejaki puncak Gunung Peninjau yang berada kira-kira dua jam pendakian dari kawasan perkhemahan. Peluh mula membasahi tubuh tatkala mendaki di laluan yang agak curam. Ada di antara laluan memaksa kami menggunakan tali keselamatan yang disediakan. Tidak kurang juga, ada peserta terpaksa merangkak dan berpaut pada akar-akar pokok untuk meneruskan perjalanan.

Laluan yang mencanak ini membuatkan seorang peserta mengalami kekejangan otot. Bantuan kecemasan segera diberi. Alat Pertolongan Cemas (First Aid Kit) yang dibawa digunakan untuk melegakan kesakitan yang ditanggung peserta terbabit. Setelah hampir dua jam memerah tenaga dan keringat, akhirnya puncak Gunung Peninjau berjaya dijejaki. Riak gembira dan keceriaan jelas terpancar pada wajah setiap peserta.

SESI unggun api yang meriah dengan pelbagai cerita daripada para peserta program.

Di puncak gunung ini, terdapat sebuah penanda puncak berbentuk segitiga yang diperbuat daripada besi dan zink. Tidak berapa jauh dari puncak ini terdapat kawasan untuk melihat pemandangan sekeliling. Kami dapat melihat pemandangan pekan Chemor, bandar raya Ipoh dan gunung kedua tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Korbu (2,183 meter/7,162 kaki) dari paras laut.

Beberapa peserta tidak melepaskan peluang merakamkan gambar di sini. Kami mengambil beberapa keping foto berkumpulan sebagai kenang-kenangan sebelum turun ke tapak perkhemahan untuk makan tengah hari.

Kemudian kami mula berkemas untuk turun ke kawasan perkelahan Ulu Chepor. Kami singgah di sebuah jeram untuk mandi-manda. Kesegaran air jeram membuatkan para peserta tidak melepaskan peluang untuk berendam di dalam sebuah kolam semula jadi. Aksi 'terjun tiruk' turut dilakukan oleh beberapa peserta. Ada juga yang mencuba nasib menaikkan beberapa ekor ikan air tawar yang menghuni sungai.

Tepat pukul 6 petang, kami meninggalkan kawasan perkelahan Ulu Chepor untuk pulang semula ke Kuala Lumpur.

Untuk ekspedisi mendaki gunung yang akan datang, Kelab OGKL menganjurkan program mendaki Gunung Tiong di Johor pada 16 dan 17 Jun 2012. Untuk maklumat lanjut, bolehlah melayari www.ogkl.com.my atau e-melcrew@ogkl.com.my atau laman sosial ogkl http://groups.to/ogkl/

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0602&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rekreasi&pg=rk_01.htm

read more...

Selasa, 29 Mei 2012

Himpunan Halaqian Halaqah Kali Kelima

Perbincangan Gathering 2012

Maklumat Perhimpunan

Lokasi Program HHH 5 di Kota Kuala Muda , Kedah.

Tarikh : 2 dan 3 Jun 2012;

Hari : Sabtu - Ahad;

Tempat: Chalet Matahari Condong, Pantai Merdeka Kedah;



Pendaftaran Peserta : 10.00 pagi pada 2 Jun 2012, Sabtu di Chalet Matahari Condong, Kg Matahari Condong, Pantai Merdeka , Kota Kuala Muda, Kedah.

Bayaran pendaftaran program adalah sebanyak RM 50.00 seorang (makanan dan penginapan diri sendiri).

Acara : Muzakarah, Kuliah Isya' , Jelajah Pantai dan belukar, melihat matahari terbenam, tazkirah,BBQ,Bersantai di pantai, qiamulail,futsal,kemahiran menyediakan makanan dan kemahiran di dapur untuk muslimat.

Program Ini melibatkan jangkamasa 2 hari 1 malam. Penginapan disediakan.Dijemput semua halaqian seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei menyertainya. Halaqah.net ingin merapatkan yang jauh, memesrakan yang dekat tanpa melanggar syariat.

read more...

Khamis, 10 Mei 2012

Khas buat Kakakku telantar sakit di hospital




Puisi 1 : Dirimu Umpama Bidadari Kayangan

Air mata
Teman sejatiku
Sejak kecil
Tika manusia meminggirkan
Tika manusia menghina
Tika manusia mencaci maki
Hanya air mata
Penawar mujarab hati

Di kala hatiku penuh amarah
Ia jadi tak keruan
Tiada mampu kutahan sendirian
Saat itulah
Kau hadir membawa ketenangan

Kau mendengar setiap luahan
Penuh kesabaran
Kau menyapu setiap titisan
Penuh kelembutan
Kau memegang erat tanganku
Penuh keyakinan
Kau mendakap tubuh longlaiku
Penuh kecintaan

Saat itu
Kurasakan dirimu umpama bidadari
Yang turun dari kayangan
Diutus Tuhan
Membawa pergi semua kedukaan
Yang menghimpit hati
Dalam dakapanmu
Kurasakan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya
Dalam dakapanmu
Kurasakan cas-cas ketenangan
Dialirkan dari tubuhmu ke tubuhku

Kakakku
Kau anugerah Tuhan buat diriku
Walau Tuhan mengujimu
Dengan ujian-ujian
Yang lebih hebat berbanding aku
Namun
Kau bisa melupakannya sebentar
Dan mengalihkan perhatianmu kepadaku
Sungguh kuterharu
Kerana saat ini
Kaulah yang pertama melakukan itu
Bersaksikan penduduk langit dan bumi
Aku amat mencintaimu
Kerana Tuhan amanahkan
Agar aku mencintai mereka
Yang tulus mencintai diriku

Puisi ini ku nukilankan khas untuk kakak-kakakku terutama Kak Lah (Along) merupakan orang paling aku sayangi, kasihi dan sangat rapat denganku sejak dariku lahir hingga sekarang. Sejak kematian arwah ibu, beliaulah yang menjaga, menasihati kami adik beradik semua.

Pada pagi khamis 10hb Mei, Kak Lah telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zaharah Kuala Terengganu kerana penyakit misteri belum dikenalpasti lagi.

Selama hidupku, beliaulah tempat aku mengadu masalah, minta pendapat dan nasihat. Tempat aku bermanja, menangis kenangkan nasib hidup kami sekeluarga. Dua minggu lepas kami berbual dalam telefon sambil menangis kenangkan apa berlaku dalam keluarga kami. Kenangkan juga nasib anak beliau yang sakit. Anaknya yang sakit berkata " Ma, aizi dah nak mati ma, aizi dah tak lama lagi hidup, aizi sakit ma, lepas ni dah tak jupa lagi, kesian ma abah sedih dansusah kerana aizi". Dari adik beradik, ibubapa dan termasuk anak Kak Lah pun ada penyakit. Masalah macam-macam. Arwah ibu meninggalkan kerana sakit. Sekarang ayah pun sakit, kerap sangat sakit termasuk diriku sampai sekarang. Kak Lah, Kak Ngah, Kak Teh, Kak Dek, Kak Ma ada masalah dan penyakit mereka sendiri.

Tempoh hari semasa aku berada di kampung aku dengar ayahku berkata "Ya Allah, apa yang terjadi pada anak-anakku ya Allah, pastu satu-satu masalah melanda"... ayahku berkata begitu disaat beliau tengah sakit, airmata ini mengalir. Disaat aku karang luahan hati ini, airmata ini tak berhenti tumpah sejak dengar berita kakakku masuk hospital, masa anak buahku telefon. Aku dengar anak buahku menangis. Dah la sekarang ni anak Kak Lah sakit telantar dirumah. Sakit sejak lahir lagi setiap bulan berulang alik ke hospital, kadang kala setiap minggu.

Ya Allah nasib malang apa yang menimpa keluarga kami dari dulu sampai sekarang, hidup kami miskin Ya Allah. merempat di tanah orang. Sejak dulu hidup kami cukup-cukup makan, semua kakak-kakakku pelajaran sekolah rendah saja. Tidak macam nasib adik-beradik ayahku, hidup senang, anak-anak mereka berpelajaran tinggi. Aku sendiri segan dan malu dengan sepupu-sepupuku Ya Allah. Selama ini susah senang kami sendiri.

Dua hari lepas baru selepas aku bercakap dengan Kak Lah dalam telefon pasal wasiat telah aku buat atas nama beliau. Beliau nak aku cerita tentang sakitku pada ayah. Aku tak nak susahkan ayahku yang dah susah. Biar susah senang aku sendiri. Akak kata " mana tau kak lah dulu mati dari koie, perancang Allah siapa tahu, tak usah bersedih dik, dah ini nasib keluarga kita" aku tak mampu mengawal airmataku.

Ya Allah, andai Kau selamatkanlah kakakku, beliau ada keluarga dan anak-anak masih kecil perlukan kasih sayang dan perjagaan dari beliau, jangan Kau ambil nyawanya, panjangkanlah usianya. Biarlah aku jadi penggantinya. Aku tiada apa-apa, aku tiada keluarga sendiri (isteri dan anak-anak). Aku kasihkan kakak. Jika hidup pun tiada erti apa-apa untuk aku jika kakakku pergi dulu dari. Tiada tempat aku nak menumpang kasih, bermanja.

Ya Allah, aku bersyukur padaMu. Dalam ada insan bernama manusia pernah hina, keji dan perli aku. Masih ada insan yang sudi menerima dan kasihkanku. Ya Allah, bukanku tidak hargai mereka semua tapi aku tidak mahu susahkan sesiapapun untuk hidup bersama aku, aku tau ada yang bersedih dan menangis. Sebaliknya aku satukan mereka dengan teman-teman baikku. Kejam sangat ke aku Ya Allah. Aku tahu aku tak mampu dan tidak layak untuk mereka semua. Niatku baik Ya Allah, biarlah mereka membenci aku, apakan mereka bahagia dan hidup sempuna. Memang betul jangkaanku mereka bahagia dan hidup senang. Ya Allah, pada Kak Lah dan Ayah lah tempatku mengadu, memang adik-beradikku marah dengan tindakkanku, marah kerana mereka kesiankan orang yang sayangkanku hubungi mereka bagitau apa telah ku lakukan.

Ya Allah, lapangkan dada dan hati kami, luahkanlah rezeki kami yang Kau jangka, tidak kami jangka halal lagi berkat. Berikanlah kami sekeluarga kesihatan yang baik. Tabahkan hati kami sekeluarga untuk menerima ujian dan dugaanMu Ya Allah. Rahmati, berkati dan sejahterakan kami sekeluarga. Ya Allah, sempena malam jumaat ini. Ku mohon, Kau ampunkanlah dosa arwah ibuku, Kau cucurilah rahmat ke atas rohnya, tempatkanlah ibuku dikalangan orang beriman dan beramal soleh. Amin ya rabbal alamin.


Ibu.... telah 3 tahun ibu meninggalkan kami semua. Kami merinduimu ibu... Ibu... anakmu ini merindui belaian kasih sayangmu. Masakkanmu ibu.... Anakmu sedih dan kecewa sangat bu... Ibuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.... kenapa nasib kita macam ni bu... Jahat sangat ke anakmu ni ibu.... Niat baik anakmu disalahertikan, dipandang serong tanpa usul periksa. Biarlah semua tu bu.. Allah maha mengetahui apa yang benar dan betul. Biar Allah hitungkannya suatu hari nanti kerana Dia Maha Mengetahui. Ibu anakmu teringat firman Allah yang ayah bacakan..

Ibu... selamat hari ibu yang ke 66 tahun... Ibu... telah 3 tahun kau berada di sisi penciptamu..

Allah swt berfirman : “Wahai orang2 yang beriman! Jauhilah kebanyakkan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa!”. Surah Al-Hijarat : Ayat 12, “Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang2 yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya!” Surah Thaha : Ayat 82

Puisi 2 : Buatmu Ibu

Ibu? bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu?

Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan?
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

Puisi 3 : Jasa bonda

Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwaPunyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

Puisi 4 : Kau Kakak Terbaikku

Setiap hari yang berlalu
Kujalani tanpa henti
Adakalanya
Ku ditinggalkan sendiri
Mengharungi cabaran hidup

Ramai sahabat seumur denganku
Punya keluarga sendiri
Masing-masing melupakan diri ini
Seolah-olah tidak pernah wujud
Nama ku dalam hidup mereka

Maafkan aku Tuhan
Andai aku bersu'uszhon
Tapi ini hanyalah luahan sekeping hati
Yang sering disakiti
Oleh tingkah manusia sendiri

Ada masa aku kesepian
Menyuap nasi ke mulut pun
Kadang-kala keseorangan
Tanpa teman
Namun siapa sangka
Dalam kesepian yang menguasai diri
Ada yang hadir sudi menemani
Dia seorang kakak
Yang aku kenali

Dia kakak yang sangat baik hati
Dia kakak yang sangat lembut
Yang pernah kutemui
Kata-katanya mencairkan
Mana-mana hati yang mendengarnya
Ucapannya memujuk hati yang sedang berduka
Dia membuatku hidup dari kesepian ini
Berdamping dengannya
Membuatku bahagia
Dan lebih mengenali diri

Kakakku
Kelembutanmu membelai jiwaku
Yang sering diasak kepiluan
Kau teman yang baik
Saat diri ini memerlukan
Kau sahabat yang baik
Saat diri ini kesusahan
Tiadakan dapat membalas kebaikanmu
Selain Tuhan
Kuharap akukan terus menjadi adikmu
Hingga ke hujung nyawaku
read more...

Rabu, 9 Mei 2012

Jom tonton kuch kuch hota hai malam ni

kuch kuch hota hai Ruined By Kuch Kuch Hota Hai!

Malam ni ada citer Kuch Kuch hota Hai di TV2 jam 10:00 malam.. citer popular penghujung 90an ... tak sabar untuk menontonnya... Citer Hindustan merupakan citer kegemaranku sejak kecil lagi selain citer aksi, dramatik, military dan kartun paling aku suka... hahaha... masih teringat zaman kecil dulu setiap kali balik kampung nenek di pasir mas Kelantan, mesti siaran hindustan dan kartun aku tengok.

Citer kuch kuch hota hai memang sedih jika kita hayati betul-betul jalan cerita dan watak setiap pelakon. Pengorbanan dalam cinta, cinta tidak kesampaian. Ia juga untuk mengubat hatiku yang terluka tika frust menonggeng kerana sukakan seseorang tapi cinta tak terbalas... huhuhu :(

Sejak akhir-akhir ni juga aku mengalami masalah kesihatan, dah 3 minggu terasa sakit. 2-4 kali seminggu berulang alik ke Klinik. Semalam baru lepas jumpa Dr... Hujung bulan lepas baru Dr X-Tray tulang belakang dan pinggul... perutku sangat sakit sekarang ni... nak makan keluar balik.. jika makan pun, dpt masuk ke perut.. keluar balik.. dah la tak habis makan, pastu cirit birit sakit perut.. muntah-muntah, pening kepala. Ya Allah sihatkan tubuh badanku.. amin

Tv rumah sewaku

Jom kita berhibur dengan citer kuch kuch hota hai.. setiap malam tonton TV seorang diri. time larat dan rajin masak.. malam ni takde selera nak makan... tadi makan sikit dah sakit perut habis.. tenaga dah kurang.. Esok kwn datang ziarah ke rumah... bestnya ada teman hujung minggu ni... :)

read more...

Jumaat, 26 Ogos 2011

Selamat Balik Kampung Berhari Raya



Selamat pulang ke kampung halaman House.

Jangan lupa Lock DoorWindow,

Laundry Jangan lupa angkat Clothes Line

Perkakas elektrik jangan lupa di OFF kan Sweeping di rumah,

Ironing Baju supaya senang di kampung nanti.
Mana yang Convertibleberhati-hati di jalan raya,

Pastikan kereta yang dipandu Truck dan Car Washdan
Jangan Road Ragejika highway jam.

Yang naik Airplane Bus, Bike Riding, ConductorCruising berhati-hati.
Yang memandu dan Motorcyle 2 jangan ingat macam di NASCAR,

Silap haribulan Police Car kejar kena saman.

Hati-hati dengan Rubber DuckChicken 2 DuckCow 3yang suka melintas.

Sesiapa yang ada bela Fishy jangan ditinggal kelaparan.

Kalau mengantuk singgah berehat sekejap ChocolateOrange JuiceSalad(malam lepas berbuka ajelah).
Baby Bottle Anak jangan lupa.

Nampak sign board Place Setting Women's RoomMen's Room berhenti la sekejap.

Pekena Hot Chocolate syok juga.
Jangan nanti balik kampung ada yang DoctorSling.

Jangan makan lebih-lebih nanti Sick In Bed susah sendirian.
Beringat-ingat semasa makan - sesiapa yang berdiet janganlah tak ingat diet langsung.

Nanti masa puasa turun 5kg WeighingScale,
Lepas Raya tambah 10kg pulakFat Woman 4baru ye!!

Eloklah kita beringat dan bersederhana semasa menyambut Aidil Fitri, panjatkan kesyukuran kita kepada Allah yang kita dapat menyambut Raya dalam keadaan sihat walafiat bersama keluarga dan dalam suasana yang aman dan harmoni.

Semoga selamat sampai ke kampung halaman dan pulang ke rumah semula.


Ingatlah Family Portrait tercinta.

Salam Aidil Fitri untuk semua

Maaf Zahir & Batin

Dari Naim dan Keluarga.

read more...