Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Memaparkan catatan dengan label HUT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HUT. Papar semua catatan

Isnin, 24 September 2012

ATM : Ucapan PAT Semasa Upacara Perbarisan Sempena Hari ATM Ke-79


TEKS UCAPAN PANGLIMA ANGKATAN TENTERA SEMASA UPACARA PERBARISAN
SEMPENA HARI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE-79
DI PANGKALAN UDARA SUBANG
PADA 18 SEPTEMBER 2012

بسم الله الرحمن الرحيم

YANG BERBAHAGIA LAKSAMANA TAN SRI ABDUL AZIZ BIN HAJI JAAFAR, PANGLIMA TENTERA LAUT, DAN PUAN SRI SARAH BTE AB GHAFFAR,

YANG BERBAHAGIA JENERAL TAN SRI DATO’ SRI RODZALI BIN DAUD TUDM, PANGLIMA TENTERA UDARA, DAN PUAN SRI DATIN SRI ASNAH BTE DIN,

YANG BERBAHAGIA LEFTENAN JENERAL DATO’ SERI PANGLIMA HAJI AHMAD HASBULLAH BIN HAJI MOHD NAWAWI, MEWAKILI PANGLIMA TENTERA DARAT, DAN DATIN SERI HAJJAH NOOR AKMAR BTE YAACOB,

YANG BERBAHAGIA MANTAN PANGLIMA-PANGLIMA ANGKATAN TENTERA DAN ISTERI,

PARA PANGLIMA, PERWIRA, BINTARA, PERTANDA PERAJURIT DAN HADIRIN YANG SAYA KASIHI SEKALIAN,

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻣﺣﺭﻮﻢﻜﻳﻟﻋﻡﻼﺴﻠﺍ

Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat allah subhanahu wataala, serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihiwassalam. Berkat limpahan rahmatnya maka dapat kita bersama-sama pada pagi yang penuh bermakna ini di perbarisan bersempena dengan sambutan hari angkatan tentera malaysia ke-79.

Terlebih dahulu, saya dengan besar hatinya mengalu-alukan kehadiran dif-dif kehormat, terutamanya mantan-mantan panglima. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesudian tan sri-tan sri melapangkan masa untuk bersama-sama kami meraikan acara sambutan ini. Sesungguhnya, kami amat menyanjung tinggi sokongan padu yang disumbangkan kepada angkatan tentera malaysia selama ini. Sesungguhnya, segala jasa bakti yang telah disumbang merupakan legasi yang menjadi landasan kepada pembangunan angkatan tentera. Selaku generasi pewaris, kami amat berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin terdahulu yang telah mempelopori inisiatif ke arah pembangunan angkatan tentera malaysia ke tahap yang membanggakan ini. Justeru itu, saya bersama ketiga-tiga panglima perkhidmatan, darat, laut dan udara, akan terus komited untuk merealisasikan visi dan misi angkatan yang telah kukuh terencana di atas landasan yang dibina.

Para pahlawan dan hadirin yang saya kasihi sekalian,

Dalam kita menyambut hari yang penuh bermakna ini, marilah kita sama-sama mendoakan agar roh para pahlawan yang telah gugur dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan para syuhada. Kita juga turut mendoakan agar para balu, anggota yang tercedera dan hilang upaya serta keluarga mereka, akan sentiasa diberikan ketabahan dalam menempuhi kehidupan seharian. Sesungguhnya, segala pengorbanan dan khidmat bakti yang telah mereka curahkan sentiasa dikenang dan mendapat penghargaan tertinggi daripada negara. Justeru itu, marilah kita bertafakur sejenak bagi mengenangi jasa bakti mereka yang telah gugur. Bagi mereka yang beragama islam, sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah, al-fatihah... Amin.

Para pahlawan dan hadirin yang saya kasihi sekalian,

Kita seharusnya bersyukur ke hadrat allah subhanahu wataala kerana negara yang tercinta ini sentiasa dilimpahi dengan rahmat keamanan dan kemakmuran. Sesungguhnya, nikmat yang kita kecapi ini adalah hasil daripada usaha gigih yang telah dicurahkan oleh pelbagai pihak, terutamanya komitmen jitu antara ketiga-tiga cabang perkhidmatan angkatan tentera malysia, iaitu darat, laut dan udara. Pelbagai ancaman dan isu keselamatan telah dapat kita tangani secara profesional, berkesan dan penuh berhemah. Keberhasilannya ialah, usaha dan petunjuk yang konsisten angkatan tentera malaysia dalam menangani pelbagai cabaran, telah meneguhkan keyakinan kerajaan dan rakyat serta rakan-rakan global; bahawa malaysia mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi dari aspek keutuhan kekuatan dan integriti pertahanan. Ianya juga sesuai dengan tema sambutan tahun ini iaitu “komitmen kami, keyakinan anda”.

Namun begitu, jangan sekali-kali kita leka, dibuai dengan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi kini, malah hendaklah kita sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan yang bakal ditempuhi. Sesungguhnya, keamanan yang kita kecapi ini akan terjejas bilamana isu-isu tertentu tidak ditangani dengan bijaksana. Sebagai tunjang pertahanan negara, kita juga mesti sentiasa peka terhadap perkembangan geo-strategik serantau dan global.

Kita sedar bahawa kedaulatan, keselamatan dan kemakmuran adalah penyumbang utama kepada keberhasilan agenda-agenda pembangunan nasional yang seterusnya memacu kestabilan dan kemajuan negara, yang akan membawa kesejahteraan kepada rakyat. Justeru itu, angkatan tentera malaysia akan terus kekal berdiri teguh bersama-sama kerajaan sebagai perisai negara dalam memastikan kedaulatan, keselamatan dan kemakmuran bumi tercinta ini akan sentiasa terpelihara.

Sejajar dengan itu, angkatan tentera malaysia akan terus komited memberi keyakinan kepada semua pihak bahawa keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terjamin. Demi untuk mengekalkan tahap komitmen yang tinggi dalam memeliharai keyakinan kerajaan dan rakyat, maka agenda transformasi angkatan yang telah direncana ke arah mewujudkan angkatan objektif melalui Blueprint Pembangunan Strategik 4D MAF akan terus digerakkan dengan penuh kegigihan oleh semua lapisan pemerintahan dan pengurusan.

Sesungguhnya, pembangunan keupayaan ini akan dilaksanakan secara berterusan walaupun ianya akan melibatkan kos yang tinggi. Pun begitu, pembangunan keupayaan ini akan dilaksanakan secara kreatif serta inovatif dengan pengurusan sumber dan sistem logistik yang efisyen dan efektif. Dengan yang demikian, saya berkehendakkan agar sistem pengurusan strategik angkatan tentera malaysia dan seterusnya sistem-sistem pengurusan setiap perkhidmatan untuk sentiasa dipermantapkan.

Demi keutuhan kesiapsiagaan keupayaan tempur angkatan, saya juga menyeru agar semua perkhidmatan menentukan modal insan, aset dan doktrin sentiasa berada pada tahap pengoperasian yang tertinggi. Setiap anggota hendaklah terus diperkasakan dengan pengetahuan dan kemahiran, sesuai dengan kepakaran masing-masing. Eksesais-eksesais di peringkat perkhidmatan dan antara perkhidmatan hendaklah dilaksanakan secara konsisten. Dengan ini kita akan dapat mengevaluasi kemampuan kemahiran individu, unit dan formasi, kebolehgunaan aset serta keberkesanan doktrin sedia ada, dan seterusnya dapat merencana penambahbaikan keupayaan angkatan dengan lebih berkesan.

Para pahlawan dan hadirin yang saya kasihi sekalian,

Sebagai warga angkatan tentera malaysia, kita adalah sebahagian daripada masyarakat. Justeru itu, kita akan sentiasa bersama dengan rakyat dalam melaksanakan apa jua agenda pembangunan negara. Sejarah telah membuktikan bahawa keselamatan dan pembangunan telah menyumbang kepada kesejahteraan rakyat secara menyeluruh. Sokongan padu kerajaan dan rakyat telah dapat membantu kita dalam menangani ancaman insurgensi. Dalam konteks kini, sumbangan angkatan tentera malaysia terhadap usaha-usaha kerajaan ke arah pembangunan negara bangsa atau nation building dilunaskan melalui beberapa inisiatif dan program di bawah strategi lautan biru kebangsaan. Memandangkan usaha ini menunjukkan hasil yang positif bukan sahaja kepada kita malah kepada negara keseluruhannya, maka angkatan tentera malaysia akan terus menyumbang kepada program ini demi kesejahteraan masyarakat keseluruhannya. Walaupun tugas menjayakan agenda negara ini merupakan peranan sekunder angkatan tentera malaysia, namun fungsi utamanya dalam mempertahankan kedaulatan negara tidak akan sekali-kali diabaikan. Jelas terbukti bahawa inisiatif ini seiring dengan strategi pertahanan negara melalui konsep pertahanan menyeluruh ataupun hanruh yang jelas menekankan bahawa pertahanan negara adalah bukan hak mutlak angkatan tentera malaysia semata-mata, malah ianya menjadi tanggungjawab bersama seluruh rakyat malaysia.

Analisis geo-strategik juga masih menunjukkan bahawa ancaman keselamatan bukan tradisional akan terus mempengaruhi keadaan keselamatan serantau. Mengambil kira keadaan keselamatan serantau dan global yang semakin kompleks, maka kita dituntut agar sentiasa berwaspada dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Usaha-usaha kita dalam menangani isu-isu yang timbul memerlukan tindakan yang praktikal dan kolektif bersama-sama dengan negara-negara sahabat. Angkatan tentera malaysia berperanan mengukuhkan kesepakatan antara negara dan akan meneruskan usaha ke arah meningkatkan hubungan dan kerjasama dengan rakan serantau dan luar rantau, sejajar dengan prinsip diplomasi ketenteraan yang diperkasakan melalui mekanisme langkah-langkah pembinaan keyakinan. Saya menegaskan bahawa inisiatif dan kegiatan yang dilaksanakan ini telah berjaya meningkatkan persefahaman serta mengukuhkan lagi hubungan ketenteraan antara negara. Justeru itu, demi untuk keamanan sejagat angkatan tentera malaysia akan terus memperkasakan inisiatif ini.

Sebagai warga angkatan tentera malaysia, kita juga berbangga dengan pengiktirafan dan kepercayaan yang telah diberikan oleh masyarakat dunia atas khidmat cemerlang kita dalam misi-misi samada melalui peraturan bilateral atau multilateral, seperti pertubuhan bangsa-bangsa bersatu. Pada masa ini, hampir seribu warga angkatan tentera malaysia sedang bertugas dalam misi-misi operasi pengamanan di seluruh pelusuk dunia. Angkatan tentera malaysia juga akan terus berganding bahu menghulurkan bantuan apabila diperlukan melalui operasi bantuan kemanusiaan dan bencana alam, seperti yang telah dibuktikan di acheh, sumatera barat dan pakistan. Selain itu juga, kejayaan pelaksanaan operasi anti-pelanunan di teluk aden telah memartabatkan keupayaan angkatan tentera malaysia di kaca mata dunia. Kesemuanya ini juga jelas membuktikan bahawa kita mempunyai keupayaan dan kemampuan yang setaraf dengan angkatan tentera negara-negara maju.

Para pahlawan dan hadirin yang saya kasihi sekalian,

Tiada ertinya kita mempunyai angkatan yang perkasa jika ianya tidak bersatu. Kesatuan adalah tunjang kepada konsep kesepaduan yang menjadi pendokong ke arah memperkasakan kebersamaan angkatan kita. Saya menyeru sekalian peringkat pemerintahan agar memperkukuhkan saf dan barisan warga angkatan tentera malaysia keseluruhannya. Ingin saya mengingatkan warga angkatan tentera malaysia sekalian agar tidak sekali-kali membenarkan ketumbukan kita digugat oleh apa jua unsur-unsur negatif. Kita hendaklah sentiasa menentukan agar tiada anasir yang boleh menyelinap masuk ke dalam institusi yang murni ini untuk memecah-belahkan keutuhan kita. Dalam hal ini, ingin saya tegaskan supaya kita hendaklah bersikap sensitif dan sentiasa bijak dalam menapis dan menangkis apa jua yang disebarkan, dan tidak mudah terpengaruh dengan isu sensasi yang sengaja dijadikan gimik demi agenda pihak-pihak tertentu.

Dalam nada yang sama juga, ingin saya tegaskan bahawa kita sebagai warga yang bertanggungjawab hendaklah sentiasa peka dan menghayati dengan sedalam-dalamnya akan ikrar kesatria yang setiap daripada kita lafazkan berkali-kali. Kita juga hendaklah sentiasa berpegang teguh dengan etos-etos pahlawan yang telah kita serapi selama ini.

Para pahlawan dan hadirin yang saya kasihi sekalian,

Saya penuh yakin bahawa dengan sokongan serta pengorbanan saudara dan saudari sekalian, angkatan tentera malaysia akan berupaya untuk menempa kejayaan demi kejayaan serta kekal relevan sebagai tunjang pertahanan negara. Keupayaan angkatan tentera malaysia untuk bertindak sebagai angkatan pelbagai spektrum akan meningkatkan lagi keupayaan cegah rintang kita. Sekali lagi saya menyeru agar janganlah kita terlalu lena dengan kegemilangan lampau. Teruskan usaha untuk membangunkan keupayaan, memperkasakan imej serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap angkatan tentera malaysia. Saya juga dengan ini memberi jaminan bahawa selaras dengan perlembagaan negara, angkatan tentera malaysia akan terus berdiri teguh menyokong dan membantu kerajaan yang memerintah dalam melaksanakan agenda nasional demi tanah air dan rakyat jelata. Sesungguhnya, tekad ini dizahirkan dari kesedaran sejati bahawa tanpa sokongan penuh masyarakat keseluruhannya, angkatan tentera malaysia tidak akan mampu melaksanakan amanah negara dengan sebaik-baiknya.

Dalam pada itu, angkatan tentera malaysia juga tidak melupakan peranan badan kebajikan keluarga angkatan tentera atau bakat sebagai satu entiti yang berupaya meningkatkan kecemerlangan organisasi. Bakat memainkan peranan sebagai saluran bagi keluarga anggota tentera menyuarakan keperluan mereka di samping memberi sokongan kepada para suami menerusi pelbagai program dan aktivitinya. Peranan bakat mampu meringankan bebanan para suami bagi membolehkan mereka memberi sepenuh tumpuan terhadap tugas. Kepada para ahli bakat sekelian, teruskanlah usaha-usaha murni dalam membangunkan kesatuan puan-puan melalui program-program yang direncanakan, serta berikanlah sumbangan masing-masing dengan sebaik mungkin. Saya percaya bahawa dengan keprihatinan berpanjangan dan sikap pro-aktif di kalangan ahli-ahlinya, kewujudan bakat akan menjadi nilai tambah yang signifikan kepada aspek kebajikan dan kesejahteraan warga tentera dan keluarga mereka.

Saya juga menyeru kepada semua warga ANGKATAN TENTERA MALAYSIA untuk memperkukuhkan lagi institusi murni dan bermaruah ini, meningkatkan lagi tahap profesionalisme kita serta menyuburkan iltizam untuk memacu kemajuan organisasi ke tahap yang lebih tinggi. Sentiasalah berusaha memberi khidmat yang terbaik dan meletakkan kepentingan perkhidmatan mengatasi segala-segalanya kerana kitalah perisai negara yang menjadi harapan negara dan rakyat, dan kitalah pendokong utama pertahanan negara demi masa hadapan warisan bangsa malaysia.

Pada kesempatan ini, saya bagi pihak seluruh warga ANGKATAN TENTERA MALAYSIA melafazkan IKRAR TAAT SETIA yang tidak berbelah bahagi kepada SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Izinkan juga saya bagi pihak seluruh barisan warga Angkatan Tentera Malaysia melafazkan sokongan padu kepada kerajaan yang memerintah. Marilah kita memperbaharui iltizam untuk bersatu padu demi menentukan jaminan keselamatan yang konsisten kepada pentadbir negara dan seluruh rakyat melalui pelaksanaan tanggungjawab dengan profesional, berdedikasi dan ikhlas. Akhir kata, semoga allah subhanahu wataala memberkati segala usaha murni angkatan tentera malaysia dan mengurniakan kita dengan segala kecemerlangan, perlindungan dan kekuatan yang berterusan, InsyaAllah.

“KOMITMEN KAMI, KEYAKINAN ANDA”

“PERISAI NEGARA”

“SENTIASA BERSEPADU”

Sekian, Saya Sudahi Dengan

وبرکاتهاللهورحمةعليکموالسلاموالحدايةفيقالتووبالله
read more...

ATM : Khutbah Khas Dan Solat Jumaat Sempena Sambutan Hari ATM Ke-79


Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al Haj Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Khutbah Khas dan Solat Jumaat sempena Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-79 yang diadakan di Masjid Negara pada 21 Sep 12 yang lalu. Ketibaan beliau telah disambut oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud dan Ketua Staf MK ATM, Lt Jen Datuk Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor serta Pegawai-pegawai Kanan ATM.


Bacaan Khutbah Jumaat telah disampaikan oleh Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera, Brig Jen Dato’ Hj Mustafa bin Abd Manaf yang bertajuk “ANGKATAN TENTERA MALAYSIA – KOMITMEN KAMI KEYAKINAN ANDA”, sejajar dengan tema sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia pada tahun ini. Antara isi kandungan khutbah berkenaan adalah kepentingan untuk rakyat bersama-sama berganding bahu dengan Angkatan Tentera Malaysia dan agensi-agensi keselamatan yang lain dalam memastikan keamanan dan kedaulatan Negara terus terpelihara dan dikekalkan. Selain itu, khutbah juga menyeru kepada rakyat untuk menghayati pengorbanan oleh pejuang-pejuang terdahulu yang telah menumpahkan keringat bakti setia tanpa goyah sehingga mengalami kecederaan dan kecacatan.

Turut hadir dalam acara tersebut adalah Mantan-mantan Panglima Angkatan Tentera dan Panglima Perkhidmatan serta kira-kira 1000 orang pegawai dan anggota lain-lain pangkat ATM di sekitar Lembah Klang.

Ditulis oleh Mej Zuhairy bin Limat   
Isnin, 24 September 2012 12:59
read more...

Rabu, 9 Mac 2011

Hari Ulang Tahun TD Ke-78 @ Dataran Merdeka

BERTIWI, 6 Mac 2011 - Ribuan penduduk warga ibukota dan juga rakyat malaysia yang hadir ke Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat yang berlangsung di Dataran Merdeka yang selama 3 hari mulai daripada 4 Mac 2011 sehingga 6 Mac 2011. Pada hari terakhir, acara utama sepanjang Sambutan HUT TD ke 78 diadakan perbarisan aset-aset dan juga beberapa pertunjukkan. Selama perbarisan ini terdapat beberapa aset yang belum pernah ditunjukkan kepada orang awam sebelum ini dan di antaranya ialah peluru pintar Taming Sari yang dicipta oleh STRIDE.


Timbalan Panglima TD, Panglima TD dan Panglima Medan TD


PTD bermesra dengan pengunjung

Upacara sambutan dimulai dengan ketibaan Y.Bhg. Jeneral Dato' Sri Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Tentera Darat Malaysia. Beliau berkesempatan bermesra dengan pengunjung dan penonton yang hadir pada hari sambutan ketika menunggu Dif-dif jemputan. Selepas itu, Timbalan Menteri Pertahanan tiba dalam jam 0900H dan seterusnya ketibaan YB. Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.


10 Briged Para Bersedia untuk melakukan tarian perang

Majlis sambutan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan juga Lagu Tentera Darat Malaysia. Seluruh pengunjung dan penonton bersama-sama menyanyikan kedua-dua lagu dengan penuh semangat. Sebaik sahaja habis lagu, Pasukan 10 Briged Para mempersembahkan tarian perang yang sememangnya telah banyak kali dipertunjukan. Walaubagaimanapun ia tetap menjadi tumpuan orang ramai dan mendapat tepukan gemuruh sebaik sahaja pertunjukkan tarian para ditamatkan.


Perarakan Masuk Perbarisan yang dimulai oleh Pancaragam TD


Perarakan Bendera


Anggota Infantri TD


Perarakan Anggota daripada RGK


Perarakan Anggota daripada 10 Briged PARA


Perarakan Anggota daripada Pranita TD


Perbarisan Anggota TD yang berkhidmat dengan UN


Perbarisan Anjing Perang TD



Kenderaan Istiadat Unit Berkuda Kor Armor Diraja


Unit Berkuda Istiadat Kor Armor Diraja


Kenderaan Kor Polis Tentera Diraja

Perarakan masuk kontinjen-kontinjen TD didahululi oleh Pancaragam Tentera Darat Malaysia dan diikuti oleh Pasukan anggota Veteran Tentera Darat. Seterusnya dikuti oleh Anggota Pembawa Bendera Malaysia, ATM, TD dan semua Rejimen dan Kor dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) serta diikuti oleh perbarisan anggota-anggota yang terdiri Tentera Infantri TD, Grup Gerak Khas, Pasukan 10 Briged PARA , Pranita, Pasukan Pengawan TDM serta tidak ketinggalan juga pasukan anjing perang.


Motosikal Tempur RGK


Kenderaan SOV RGK


Tempat Masak Medan


Tandas dan Shower Medan


KOD Dobi Medan

Sebaik habis perbarisan anggota-anggota, perbarisan kenderaan menyusul didahulu dengan kenderaan yang digunakan oleh GGK termasuk kenderaan G-wagon dan juga motosikal. Selepas itu diikuti dengan kenderaan yang digunakan oleh Kor Perkhidmatan Diraja termasuk Bomba TD. Menyusul selepas itu kenderaan yang digunakan oleh Kor Ordnans Diraja yang baru digunakan pada tahun 2008 iaitu Bilik Mandi Medan dan Dobi Medan dan disertai oleh kenderaan digunakan oleh Kor Kesihatan Diraja. Kor ini dilengkapi dengan Ambulan Medan, hospital mudah Alih Medan dan juga Klinik Pergigian Bergerak.

RAD = Rejimen Artileri Diraja @ Royal Artillery Regiment

Oto Melara Howitzer 105mm


Denel G5 Howitzer 155mm 45 Caliber


Avibrás ASTROS II (Artillery SaTuration ROcket System) MRLS


Djigit SA-18 Igla missile launcher


STRIDE 155mm Taming Sari Peluru Pintar


Targeting pod untuk Taming Sari

Mengikuti KKD, kenderaan yang digunakan oleh Rejimen Semboyan Diraja yang mengunakan kenderaan Land Rover Defender dan juga Alvis Hägglunds AB. Kenderaan pengangkut Jambatan yang digunakan oleh Rejimen Askar Jurutera Diraja menyusuli RSD yang menonjolkan 4 Jenis Jambatan Medan. Rejimen Artileri Diraja membariskan meriam Oto Melara Howitzer 105mm, G5 155mm, Astross II, radar ARHTUR, sistem Dgiyit Igla, Jernas dan yang terbaru peluru pintar Taming Sari.

Kenderaan Infantri dan Kor Armor


VAMTAC 4x4 with HMG 12.7mm


FNSS Adnan ACV 300 with 25 mm Bustmaster


MIFV with 12.7mm


Alvis Scorpion 90


PT-91M "Pendekar"

Seterusnya adalah kenderaan yang digunakan oleh unit infantri TD yang didahului oleh VAMTAC 4x4 buatan sepanyol yang menyerupai Humvee. ACV Adnan dan MIFV menyusuri VAMTAC 4x4 yang terdiri pelbagai versi. Perbarisan terakhir adalah kenderaan di bawah Kor Armor Diraja yang didahului dengan kenderaan SIBMAS dan diakhiri dengan 10 buah PT-91M Pendekar. Lintasan 4 buah Heli PUTD iaitu A109 mengakhir perbarisan pada pagi itu.





Selepas sahaja habis perbarisan, acara terjun bebas dilakukan dengan pendaratan 8 orang anggota 21 RGK dari kumpulan 1 yang membawa bendera Malaysia, ATM, TD, 10 Para, GGK, dan lain-lain lagi mendarat di tengah-tengah Dataran Merdeka dan disertai 8 orang lagi dari kumpulan kedua.

Acara diteruskan pertunjukan wira merah dan pertunjukan tatu dan diakhiri dengan pertunjukan ULK yang berkisarkan Bas yang penuh penumpang ditawan oleh pengganas. Berakhirya pertunjukkan, satu upacara penyampaian pingat dilakukan di pentas utama.

Sambutan Hari HUT TDM sepatutnya tamat pada jam 1600 terpaksa dilanjutkan ke lewat petang kerana sambutan orang ramai yang masih mengerumuni tapak pameran walaupun sudah lewat petang.




read more...

Rabu, 2 Mac 2011

Perjumpaan Ahli Panggilan Pertiwi Semperna Hari Terbuka Ulang Tahun Tentera Darat ke 78

Perjumpaan untuk SEMUA ahli Panggilan Pertiwi semperna Hari Terbuka Tentera Darat Malaysia di Dataran Merdeka.

Anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan Majlis ini dan antara aktiviti bakal dijalankan :

1. Lawatan Pameran

2. Sesi Perjumpaan

3. TTS

4. Perbincangan Berkenaan Majlis Pelancaran Panggilanpertiwi.my

5. Perbincangan Berkenaan Penubuhan PP sebagai NGO

6. Sesi Bergambar

Antara Jadual Aktiviti

4 Mac 2011
0900-2200 - Pameran statik dan kerjaya TD
1600-1620 - Persembahan pancaragam
1649-1700 - Demonstrasi anjing perang
1700-1715 - Pertunjukan payung terjun (penerjunan bebas)

5 Mac 2011
0900-2200 - Pameran statik dan kerjaya TD
0900-1115 - Raptai penuh perarakan kontinjen dan aset TD
1600-1620 - Persembahan pancaragam
1640-1700 - Demonstrasi anjing perang
1700-1715 - Pertunjukan payung terjun (penerjunan bebas)
2100-2230 - Persembahan pentas oleh Badan Kesenian Tentera Darat (bktd)

6 Mac 2011
0855-0900 - Pertunjukkan oleh PARA warrior dance
0900-1600 - Pameran statik dan promosi kerjaya TD
0900-0959 - Perarakan kontinjen dan aset TD
0950-1115 - Demonstrasi kepakaran TD
- Pertunjukkan payung terjun (penerjunan bebas)
- Pertunjukkan akrobatik bermotor RED WARRIORS
- Demonstrasi Unit Melawan Keganasan (ULK) - 11 CGK

Lokasi :
Dataran Merdeka, Jalan Raja, 50350 Kuala Lumpur

Waktu :
From : Sunday, 06 March 2011 08:00
Until : Sunday, 06 March 2011 18:00

Event Creator :
HelangRimba
read more...

Selasa, 1 Mac 2011

‘Usah kait tentera dengan agenda politik’

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin meminta orang ramai supaya tidak mengaitkan anggota tentera dengan agenda politik tanah air.

Beliau berkata, pembabitan anggota tentera dalam pembangunan negara hanya untuk menyokong usaha kerajaan ke arah kesejahteraan rakyat dan tidak ada kena mengena dengan politik.

“Kami juga turut terbabit dengan ‘nation building’ demi kesejahteraan rakyat jelata maka bila kami terbabit dengan ini, kami juga terbabit dengan rakyat dan mungkin ini disalah tafsirkan, ataupun sengaja diputarbelitkan.

“Walaupun saya tentera, ini tidak bererti saya tidak ambil tahu tentang hal politik...tetapi saya tidak terbabit dalam politik. Saya mengambil tahu untuk pengetahuan, tetapi saya tidak terbabit,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Perutusan Hari Ulang Tahun Tentera Darat ke-78 di Kem Perdana Sungai Besi, di sini semalam.

Beliau yang mengulas tuduhan sesetengah pihak yang mengaitkan anggota tentera darat dengan kancah politik negara juga menyifatkan tindakan itu sebagai mahu menjatuhkan kredibiliti pasukan itu.

Zulkifeli berkata, sebagai tentera, tugas utama mempertahankan negara dan menyokong usaha dilakukan kerajaan memerintah.

Mengulas perkara berbeza, Zulkifeli berkata, tentera darat akan berbelanja mengikut kemampuan demi memantapkan angkatan tenteranya.

“Berdasarkan perkakasan dan sistem yang canggih, yang kita boleh mampu, sudah tentu kita perlu berbelanja. Ini seperti polisi insurans, kalau anda bayar premium pada sekian jumlah, maka anda akan dilindungi polisi untuk sekian jumlah,” katanya.

Terdahulu dalam perutusannya, beliau mahu aset utama tentera darat iaitu sumber manusia dibangunkan sebaik mungkin selaras peredaran masa.- Bernama
read more...

Tentera komited rakyatkan anggota

KOTA KINABALU 1 Mac - Tentera beriltizam untuk memantapkan komitmen merakyatkan Tentera Darat (TD) melalui pelbagai program mesra rakyat dan program pembangunan negara.

Panglima 5 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Abdul Halim Jalal berkata, ia bersesuaian dengan slogan 'Your Army' (Tentera Anda) yang bertujuan untuk mendekati rakyat.

Beliau mengakui, sering kali rakyat tidak mengetahui apakah peranan dan tugas sebenar TD terutama di Sabah, kerana mereka saban hari hanya melihat pihaknya melakukan latihan, tetapi pada masa sama tiada pula sebarang ancaman pengganas atau komunis.

"Pihak kita konsisten menjaga keamanan negara, terutama di perbatasan negara iaitu sempadan Malaysia dan Indonesia.

"Anggota kita menjaganya sepanjang 365 hari, tujuh hari seminggu, 24 jam sehari, langsung tiada sebarang rehat atau cuti, kadang-kadang ini tidak diketahui oleh rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perbarisan Hari Ulang Tahun TD ke-78 di Kem Lok Kawi di sini hari ini.

Pada majlis itu, Abdul Halim membacakan perutusan khas Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin.

Tambah Abdul Halim, sempena ulang tahun itu, pihaknya telah merancang pelbagai aktiviti melibatkan rakyat, antaranya ialah sembahyang Jumaat dan khutbah khas di masjid kem itu Jumaat ini yang akan dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Datuk Juhar Mahiruddin.

Kata beliau, pihaknya juga meneruskan program Jiwa Murni dengan membina rumah bekas pesara tentera, Ismail Tajib di Kampung Surati, Papar dekat sini.

Selain itu, katanya, pasukan kita di sempadan juga secara konsisten mengadakan program gotong-royong bersama penduduk kampung seperti membantu membina jambatan dan membersihkan kawasan perkuburan.

"Malah pasukan perubatan kita secara konsisten juga sering mengadakan klinik bergerak di kawasan pedalaman terutama di kawasan perbatasan bersama-sama dengan penduduk kampung dan pemimpin tempatan.

"Segala aktiviti baik ini bukan sahaja akan diteruskan, malah ia akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa, sesuai dengan matlamat kita bagi merakyatkan TD," katanya.

Seterusnya, Abdul Halim berkata, sebagai perancangan masa hadapan, pihaknya sedang merancang untuk mengadakan pameran kepada orang ramai mengenai TD, termasuk mengadakan bengkel kerjaya tentera kepada masyarakat yang akan diadakan di Padang Merdeka di sini.

"Pada masa ini pasukan kita sedang merancang untuk menjayakan aktiviti ini yang melibatkan setiap lapisan kumpulan masyarakat di negeri ini," katanya.
read more...

ATM setanding negara-negara luar

KUALA LUMPUR 1 Mac. - Meskipun Tentera Darat Malaysia genap 78 tahun hari ini, ia masih dianggap muda oleh Panglimanya, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin berbanding tentera darat beberapa negara lain.

Namun, itu bukan alasan untuk rakyat negara ini merasa rendah diri, sebaliknya perlu berbangga kerana Tentera Darat pada hakikatnya mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara tersebut.

Ketika menyampaikan perutusannya sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat ke-78 hari ini, beliau nyata berbangga dengan kemampuan Tentera Darat yang disifatkannya setanding dengan kemampuan beberapa negara maju yang lebih dahulu mewujudkan cabang tentera tersebut.

"Di persada antarabangsa, Tentera Darat berkhidmat dengan cemerlang dalam 42 misi di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selain menyumbang bakti dalam pelbagai misi bantuan kemanusiaan serta bencana alam.

"Selain itu, ketika ini terdapat 11 batalion yang bertugas di seluruh pelosok tanah air demi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara. Pada waktu ini juga, terdapat hampir 700 anggota tentera darat yang berkhidmat di serata dunia berperanan sebagai pemerhati, staf mahu pun anggota pengaman," katanya.

Perutusan itu dibacakan oleh Zulkifeli di hadapan lebih 5,000 anggota tentera dari pelbagai unit pada upacara Perbarisan Perutusan Ulang Tahun Tentera Darat ke-78 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, di sini hari ini.

Perbarisan perutusan itu melibatkan 19 pegawai serta 590 anggota lain-lain pangkat dari lima kontinjen iaitu Grup Gerak Khas (GGK), 10 Briged Para, Pemerintahan Medan Tentera Darat, Pemerintahan Latihan Tentera Darat dan Pemerintahan Logistik Tentera Darat.

Tema sambutan tersebut adalah 1 Angkatan: Tetap Gagah, Tetap Setia.

Beliau dalam pada itu turut menasihatkan seluruh agar berpegang teguh kepada nilai-nilai asas, adat resam, tradisi serta etos ketenteraan bagi mengelak daripada terpengaruh dengan unsur-unsur negatif dan anasir tidak bertanggungjawab.

"Semua nilai asas murni tersebut termasuk kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan dan pengorbanan perlu disuburkan serta dipraktikkan melalui sistem pemerintahan rejimental secara tersusun," katanya.

Mengakhiri perutusan tersebut, Zulkifeli mewakili seluruh warga Tentera Darat melafazkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
read more...

Jangan Heret Tentera

Oleh Nor Azizah Mokhtar
bhnews@bharian.com.my

Pasukan keselamatan berkecuali, tidak tunduk tekanan politik

SUNGAI BESI: "Jangan heret pasukan tentera ke kancah politik kerana kami bersifat berkecuali dan hanya bertanggungjawab menjaga keamanan dan kedaulatan negara," kata Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau juga menggesa semua pihak berhenti mempolitikkan isu pembelian kelengkapan ketenteraan dan aset pertahanan negara kerana tindakan sedemikian dikhuatiri boleh menjejaskan keselamatan negara.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menerusi blognya mendakwa pembelian enam kapal peronda luar pesisir (OPC) oleh Kementerian Pertahanan dengan kos RM6 bilon, lebih mahal daripada negara lain.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menuntut wakil rakyat DAP itu membuat laporan rasmi kepada agensi itu, sebaliknya beliau menolak permintaan itu.

Zulkifeli turut menyangkal dakwaan pasukan tentera tunduk kepada tekanan politik.

“Tentera tidak campur tangan langsung dalam urusan politik negara, namun menyokong sepenuhnya kepada kerajaan memerintah yang dipilih rakyat. Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita tidak ambil tahu pasal soal politik negara atau antarabangsa.

“Kita tetap mengikuti perkembangan politik Malaysia dan dunia. Ini hanya untuk pengetahuan, malah pegawai dan anggota tentera pun mempunyai hak memilih (mengundi),” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau sebelum itu menghadiri Perbarisan Perutusan Hari Ulang Tahun Tentera Darat ke-78 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.

Zulkifeli berkata, berikutan ancaman keselamatan yang sentiasa berubah berikutan pembangunan dan kemajuan negara, tentera darat juga sentiasa membuat pembaharuan dari segi latihan dan peralatan ketenteraan untuk memantapkan keupayaannya.

“Berikutan banyak projek pembangunan bandar baru di seluruh negara, landskap latihan ketenteraan kita turut berubah bagi memahirkan anggota kita bertempur dalam suasana itu sekiranya berlakunya sesuatu ancaman yang mampu menggugat keselamatan negara.

“Kita sentiasa mencari pendekatan baru untuk melatih anggota kita, antaranya menggunakan simulasi lapangan tempur berupa sebuah pekan atau bandar kecil,” katanya.

Dalam perutusannya pula, Zulkifeli menegaskan tentera darat sentiasa melakukan persiapan dari segi keupayaan tempur agar sentiasa berada di tahap tertinggi persediaan melaksanakan tugas yang digalas pasukannya.

Untuk memastikan matlamat itu tercapai, katanya, elemen terpenting yang dititikberatkan adalah menjaga kebajikan anggotanya untuk menjadikan mereka tentera yang bermotivasi, produktif dan bersedia untuk bertempur pada bila-bila masa.

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

DINO
Selamat menyambut Hari Tentera Darat untuk Warga tentera Semua.Jasa dan pergorbanan anda amat dihargai semoga Allah merahmati.

yotokuu
Bergitulah sepatutnya..tentera untuk melindungi rakyat dan negara bukannya untuk memerangi rakyat sendiri.tentera dibayar gagi oleh rakyat.tiada rakyat tiada tentera dan kerajaan.kalu ada tentera yang memerangi rakyat sendiri walaupun apa alasannya seperti di Libya baik cincang saja pagawai pemerentah tertinggi tentera tersebut.

abdul hadi manshor
ye pihak yg tidak bertangunggujawab dalam mengheret tentera dalam kincah politik harus dihukum

Othman Sitlin
Kelengkapan persenjataan pihak pasukan keselamatan khususnya tentera mmg perlu dipertingkatkan seiring dgn keadaan dan keperluan semasa.Kewaspadaan dan kesiapsediaan dlm bidang pertahanan utk menghindari ancaman dari dalam dan luar.

cyberkerisz
Teruskan berjuang kepada semua anggota tentera Darat dan semua warga ATM. Jalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab agar negara tidak diganggu oleh anasir-anasir durjana.

"Tentera dan Rakyat Berpisah Tiada"

rohana bt taib
semuga tentera malaysia tetap utuh dan maju dalam segala bidang. demi memakmurkan kedaulatan negara, mestilah sentiasa bersedia.

khunshikang
saya rasa pegawai2 atasan tentera pun perlu fit dan tidak over weight (memunyai BMI unggul).Dari apa yg saya lihat,sebahagian besar pegawai2 atasan tentera berbadan gempal / over weight.fikir2kan la..

Hj shari
Jangan ganggu tentera dengan isu-isu politik, ahli politik perlu berhati-hati jangan cuba mengambil kesempatan segala hal untuk kepentingan politik kumpulan masing-masing.

kai
bodohnya tony pua..
takkan nak beli kelengkapan tentera harga 5 ringgit satu..
jika tak betul dakwaannya ,kementerian patut saman.

Mawar
Teruskan memperlengkapkan peralatan moden untuk kepenteingan rakyat dan negara. Pembangkang hanya pandai bercakap sahaja kerana mereka BODOH tak tahu jaga keselamatan Negara. Syabas dan Tahniah kepada ATM yang menjaga keamanan Negara.

Nizam
Semoga Pasukan keselamatan negara kita khususnya Tentera Darat akan terus maju dan standing dengan pasukan lain di rantau ini bagi menjamin kestabilan dan kedaulatan negara tidak dipandang rendah malah mampu diancam oleh kuasa-kuasa lain di rantau ini.


Rakyat Malaysia mahukan yang terbaik untuk Pasukan Keselamatan yang bermati-matian berjuang untuk mempertahankan kedaulatan negara tercinta.

Sedia Berkhidmat. Gagah Setia.
read more...

Jangan Politikkan ATM

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
rafie.azimi@utusan.com.my

ZULKIFELI Mohd. Zin memakaikan pangkat kepada salah seorang anggota pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Tentera Darat ke-78 di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 1 Mac - Semua pihak diingatkan agar tidak mengheret mana-mana cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke kancah politik sempit demi kepentingan parti dan individu tertentu.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, beliau sedar terdapat sesetengah pihak yang tersalah tafsir atau sengaja menyalahtafsirkan peranan yang dimainkan oleh tentera dalam program melibatkan rakyat.

Namun katanya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana tentera hanya menyokong gagasan dan wawasan dibawa kerajaan yang memerintah sebagai salah satu tanggungjawab membentuk negara bangsa demi kesejahteraan bersama.

"Jika ada yang menuduh kami terlibat dengan politik, saya sangkal sama sekali. Perkara itu langsung tidak benar.

"Apabila terlibat dengan pembentukan itu (negara bangsa), mungkin ada yang tersalah tafsir atau sengaja memutar belit hanya kerana kami bantu kerajaan. Sebenarnya, kami menyokong gagasan dan wawasan kerajaan kerana ia berkaitan pembangunan negara bangsa," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas menghadiri Perbarisan Perutusan Ulang Tahun Tentera Darat ke-78 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, di sini hari ini.

Hadir sama timbalannya, Leftenan Jeneral Datuk Wira Zulkefli Zainal Abidin dan Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi.

Beliau mengulas kecenderungan beberapa pihak sebelum ini yang cuba mengaitkan cabang-cabang ATM dengan dunia politik apabila mendedahkan maklumat serta informasi-informasi tidak tepat mengenai ketenteraan.

Berhubung pembelian peralatan ketenteraan yang sering dijadikan isu kononnya teramat mahal oleh pihak tertentu, Zulkifeli menegaskan, keperluan pertahanan negara dalam mendapatkan perkakasan serta sistem yang canggih pastinya memerlukan perbelanjaan tinggi.

"Seperti membeli insurans, sekiranya anda bayar lebih, tentu sekali anda mendapat polisi lebih baik. Jadi kita sedaya mungkin mendapatkan polisi yang baik untuk meningkatkan keupayaan serta kebolehan tentera negara ini," ujarnya.

Beliau turut menyeru agar lebih ramai anak muda serta golongan wanita daripada pelbagai kaum menyertai tentera darat bagi sama-sama menjaga keamanan negara.

Menurutnya, pembabitan dalam tentera darat tidak semestinya menuntut seseorang itu menjadi anggota tetap malah ia turut boleh dilakukan dengan menyertai askar wataniah secara sukarela.

"Jika rasa kerjaya ini sesuai selepas menyertai wataniah, tiada masalah untuk mereka diserapkan menjadi anggota tetap. Saya memberi jaminan bahawa kerjaya sebagai anggota tentera darat adalah kerjaya yang baik," katanya.
read more...

Jumaat, 25 Februari 2011

Tayangan Drama Bersiri 15 Episod Platun Harimau Semperna HUT TDM

Tentera Darat Malaysia akan menyambut Hari Ulang Tahun ke 78 di Dataran Merdeka pada 4 - 6 Mac 2011 dengan slogan "1 ANGKATAN : TETAP GAGAH, TETAP SETIA".

Pada 1 Mac, TV1 akan menyiarkan drama bersiri (15 episod) PLATUN HARIMAU semperna HUT Tentera Darat yang Ke-78 (1 Mac 1933). Kisahnya bermula apabila Platun Harimau yang sedang menjadi latihan lanjutan di Pusat Latihan Peperangan Khas, Komando Sg Udang terpaksa dihentikan serta merta. Mereka di perlukan di belantara Pahang. Enam anggota dari Platun 6 Kompeni Bravo Terbunuh. Dua hari kemudian Platun 7 di serang hendap, 9 perajurit lagi terkorban. Empat perajurit terputus kaki dek letupan jerangkap samar (bobby trap). Darah Prebet Aleng bergenang, membeku dan berkilat di dalam keranda. Menitis di sepanjang langkah ke kubur. Sebahagian titisan, memerahkan baju anggota-anggota yang mengusung. Isteri yang sedang sarat mengandung, teresak sayu mengenangkan nasib di hadapan.

Bendera Malaysia, dilipat kemas, keranda diturunkan, yang tinggal hanyalah tanah merah sebatang dahan kemboja. Tujuh das tembakan dilepaskan, meruntun jiwa sesiapa sahaja yang mendengarnya. Bendera diserahkan kepada balu Prebet Aleng yang sarat mengandung.

“Puan, Saya bagi pihak Seri Paduka Baginda YDP Agong, negara Malaysia dan seluruh rakyatnya, Tentera Darat khususnya Rejimen Askar Melayu Diraja; dengan kalimah Allah, kami serahkan bendera Malaysia yang mana kerananya Perajurit Aleng binti Wan Minah telah berjuang dan terkorban. Tanah pertiwi dan rakyatnya bernafas dan hidup dengan nyawanya”.

Bendera Malaysia dilipat tiga segi diserahkan. Isteri perajurit Aleng terjelepok di pusara. Ayah mertuanya teresak-esak di dahan kemboja yang masih hijau dan harum.

Pengganas komunis adalah bangsat dan penderhaka. Mereka telah bertindak kejam kepada rakyat. Keduanya ialah Tentera Darat khususnya Askar Melayu telah dengan gigih berjuang. Dalam perjuangan itu, ramai perajurit askar Melayu yang terkorban, tercedera, putus kaki, cacat penglihatan dan sengsara hingga ke saat ini. Bangkitlah anak-anak Malaysia menentang golongan yang memperjuangkan komunis.

[Platun Harimau berlatih di Kem Komando. Mempersiapkan diri, mental dan fizikal bagi menyelinap ke dalam kem musuh - membunuh atau terbunuh]

Setelah mendapat khabar malang dari sahabat-sahabat di perbatasan, Platun Harimau yang sedang menjalani latihan lanjutan khas di Kem Komando, Sg Udang, menamatkan latihan lebih awal.

Kata Jurulatih Komando:

"Hari ini, sudah sampai masanya, anak-anak harimau kembali ke hutan. Ingatlah pesan terakhir, anda hanya ada dua pilihan iaitu 'membunuh atau terbunuh"

Kata jurulatih PARPU komando:

[Belantara tidak menyediakan tilam dan karpet merah untuk anda. Jangan hebat di atas tetapi jika jatuh ke bawah, anda tidak hebat. Nyawa di tangan anda sendiri]

[Kesemua anggota Platun Harimau berjaya di turunkan dengan pesawat di tiga lokasi; tasik Banding, Hutan Pahang dan Sempadan negara. Empat buah pesawat NURI terbang rendah iaitu 'tactical flying' membawa empat KTK Platun Harimau ke kawasan musuh]
Sedutan dari kisah Platun Harimau.
Sumber rujukan :

http://celoreng.blogspot.com/2010/11/drama-platun-harimau-15-episod.html

http://celoreng.blogspot.com/2011/01/latihan-akhir-platun-harimau.html

http://celoreng.blogspot.com/2010/12/harimau-kembali-ke-hutan.html

http://celoreng.blogspot.com/2010/12/platun-harimau-di-ambang-perang.html

http://celoreng.blogspot.com/2010/12/unit-penggempur-ke-6-pkm.html
read more...

1 ANGKATAN : Tetap Gagah, Tetap Setia - Hari Ulang Tahun TDM Ke 78

TARIKH 1 Mac merupakan tarikh keramat bagi setiapwarga Tentera Darat (TD). Sejak ditubuhkan pada 1Mac 1933 dianggotai oleh 25 orang anak watan yang menyertai Kompeni Percubaan Askar Melayu, TD telah melalui pelbagai cabaran serta evolusi yang tersendiri. Walaupun ramai yang beranggapan bahawa TD masih ‘muda’ jika dibandingkan dengan angkatan tentera darat yang lain, kita telah membuktikan keupayaan kita bukan sahaja mendokong dasar pertahanan negara tetapi juga kemampuan mempertahankan kemakmuran dan kedaulatan negara.

Selama 78 tahun juga, cukup banyak perubahan-perubahan yang telah dilaksanakan. Kelengkapan serta peralatan tempur yang diperuntukan kepada kita kian berkembang. Di dalam jangkamasa yang singkat ini kita telah berjaya membangunkan keupayaan TD menjadi sebuah angkatan yang kredibel dan mempunyai keupayaan mempertahankan kedaulatan negara. Walau apa jua perubahan yang dialami dari segi persenjataan mahupun peralatan, yang tidak boleh berubah adalah semangat dan nilai-nilai murni sebagai anggota tentera. Tidak ada perkara mustahil, yang tidak dapat dilakukan dengan disiplin serta semangat setia kawan yang tinggi. Dari sebuah pasukan yang kecil, TD telah melalui berbagai duri dan ranjau penaklukan Jepun ke atas Tanah Melayu, Darurat, Konfrontasi dan perang melawan insurgensi. Semua ini dilakukan dengan terbaik, dengan semangat perjuangan yang kental dan tidak kenal menyerah. Itulah TD yang harus kita banggakan. Setelah melalui pelbagai cabaran dan rintangan, kini TD telah berubah mengikut peredaran zaman dan cabaran masa kini. Perubahan-perubahan yang nyata lebih kompleks dan mencabar memerlukan TD lebih bersiap sedia bagi menghadapi evolusi yang mendatang.

Sebagaimana pepatah ‘jika tidak ada yang lama, masakan ada yang baru!”, justeru, pengorbanan para pahlawan mempertahankan kedaulatan negara perlu kita contohi dan hayati. Malah semangat sanggup berkorban yang menjadi pegangan para pahlawan yang terdahulu jangan sekali luput dari ingatan kita. Keikhlasan dalam melaksanakan tugas, rajin serta gigih berusaha untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan serta diri sendiri, mengekalkan tahap disiplin profesyen ketenteraan yang tinggi dan bermoral tinggi adalah antara nilai-nilai yang perlu dikekalkan dan dipertingkatkan lagi. Semua ini amatlah perlu agar TD dilihat sebagai sebuah organisasi yang terbaik. Ini akan melayakkan TD untuk bersaing dengan lain-lain angkatan pertahanan di rantau ini. Nilai-nilai ini juga akan menjadi landasan kepada kekuatan TD menjadi sebuah angkatan yang mampu mempertahankan kedaulatan negara dari apa jua bentuk ancaman. Melalui proses evolusinya, dan sejak kemerdekaan negara ini, peranan TD selaku benteng pertahanan dalam memelihara kedaulatan dan mengekalkan ketenteraman dan keamanan negara yang berdaulat menjadi suatu tuntutan yang besar. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa cabaran alaf globalisasi akan lebih tertumpu kepada peperangan teknologi dan ledakan era teknologi maklumat serta lahirnya masyarakat tanpa sempadan. Ini menjadikan tugas TD semakin sukar.

Sejajar dengan perubahan ini, adalah wajar untuk TD mempersiapkan organisasi dan anggotanya untuk menggalas cabaran-cabaran tersebut agar organisasi dapat berperanan dengan lebih berkesan. Persekitaran strategik global dan serantau sentiasa berubah dan tidak menentu, sekali gus membawa pelbagai ancaman, cabaran dan peluang. Ketidakstabilan rantau ini boleh mengundang kuasa-kuasa besar bertapak semula di rantau ini. Sebagai anggota tentera, kita perlu membuat persediaan yang terbaik. Secanggih manapun peralatan pertahanan yang dibekalkan kepada kita, sekiranya kita tidak berupaya menukar minda atau merubah paradigma kita dan mempertingkatkan ilmu ketenteraan serta kemahiran yang sedia ada, kecanggihan peralatan tersebut tidak mendatangkan manfaat. Dengan keyakinan serta tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat, amat jelas setiap warga TD harus berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan tahap profesionalisme di samping berusaha gigih melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan berkesan dan penuh kewibawaan. Kejayaan satu-satu angkatan tentera itu diukur melalui anggota yang berkualiti.

Oleh itu, tumpuan yang menyeluruh perlu diberikan untuk melahirkan anggota yang kompeten dan versatile. Keperluan menyediakan anggota yang berpengetahuan, kompeten dan bersikap positif amatlah penting bagi menentukan segala aset canggih yang dimiliki oleh TD dapat menghasilkan keupayaan yang dihasratkan. Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, setiap warga TD mestilah menyemai semangat perpaduan demi untuk keutuhan TD amnya, komited, bertanggungjawab serta ‘accountable’ dalam segala tindak-tanduk. Kelebihan inilah yang dapat membawa TD untuk mengharungi cabaran-cabaran masa hadapan dengan berkesan.

TD perlu mempamerkan keupayaan untuk bertindak sebagai sebuah angkatan tempur yang kredibel dan seimbang serta berdaya tahan untuk memikul amanah sebagai benteng pertahanan negara. Pun demikian, kelengkapan yang serba canggih tidak akan menjanjikan kejayaan dalam satu-satu pertempuran. Keupayaan serta aset sumber manusia juga perlu selaras dengan pembangunan teknologi pertahanan itu sendiri. Sebagai sebuah organisasi profesional, TD perlu sentiasa meningkatkan kepakarannya agar berupaya bergerak selaras dengan perubahan yang berlaku disekeliling. Perkembangan teknologi yang berlaku perlu diapplikasikan dengan sebaik mungkin. Mengekalkan keamanan dan kedaulatan yang dinikmati sekarang, adalah sumpah keramat dan amanah rakyat yang dipikul oleh TD.

Sebagai sebuah organisasi TD merupakan tulang belakang pertahanan negara dan memainkan peranan yang penting didalam menjamin keamanan dan kestabilan negara bagi membolehkan negara menjadi maju dan makmur. Oleh itu, demi memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat, TD perlu bersedia menggalas cabaran ini agar dapat berperanan dengan lebih berkesan serta memperlihatkan kemampuannya sebagai sebuah ketumbukan yang decisive dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi.

1 ANGKATAN : TETAP GAGAH, TETAP SETIA

read more...