Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Memaparkan catatan dengan label APMM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label APMM. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Jun 2011

Serapkan bekas ATM ke agensi JPA

Oleh SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Jun - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai kemungkinan menyerapkan anggotanya yang telah bersara ke dalam lebih banyak agensi perkhidmatan awam.

Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, setakat ini ATM telah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara menerusi Strategi Lautan Biru untuk menyerapkan bekas tentera ke dalam kedua-dua perkhidmatan tersebut.

Katanya, usaha itu adalah penting kepada bekas tentera kerana mereka mempunyai kemahiran dan pengalaman yang boleh digunakan bagi meningkatkan lagi prestasi sektor awam seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

"Mereka merupakan golongan terlatih dan adalah satu kerugian sekiranya kemahiran, pengetahuan serta pengalaman yang mereka ada disia-siakan begitu sahaja apabila bersara.

"Jadi, kami akan berbincang dengan JPA supaya bekas tentera diberi peluang kedua dan diserapkan ke dalam sektor awam yang lain seperti APMM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan sebagainya," katanya selepas majlis penyampaian sijil Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) Siri 1/2011 di sini hari ini.

Zulkifeli yakin jabatan atau agensi awam yang lain akan mendapat manfaat daripada khidmat bekas anggota tentera.

Katanya, ia merupakan situasi menang-menang kepada kedua-dua belah pihak dan berharap ia dapat dilaksanakan bagi menjamin kebajikan golongan berkenaan.

Sementara itu, Zulkifeli berharap pesara-pesara tentera yang mengikuti kursus peralihan dalam pelbagai bidang dengan Perhebat dapat memanfaatkan dengan sebaik-baiknya peluang yang diberikan kepada mereka.

Katanya, peluang seumpama itu tidak terdapat pada agensi lain, malah ia juga tidak ditawarkan oleh angkatan tentera di negara lain.

"Mereka seharusnya bersyukur kerana diberi peluang menimba ilmu pengetahuan dan juga kemahiran supaya dapat menyediakan diri dengan suasana pasaran kerja ketika ini," ujarnya.

read more...

ATM Bercadang Serap Lebih Ramai Pesaranya Ke Jabatan Kerajaan

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bercadang memperluaskan penyerapan anggota tentera pelbagai pangkat yang bersara selepas berkhidmat 21 tahun ke perkhidmatan kerajaan lain selain sebagai polis dan warder penjara.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain berkata bakal pesara ATM ini akan diserapkan dalam perkhidmatan kerajaan melalui konsep "Strategi Lautan Biru" (Blue Ocean Strategy).

"Cara ini amat menarik di mana pesara ATM yang berhenti pada umur 42 tahun sebagai penjawat awam dalam ATM boleh menyambung khidmat dengan jabatan kerajaan yang lain di mana umur bersara adalah 58 tahun.

"Maka beliau (pesara tentera ini) mempunyai masa lebih dari 16 tahun lagi untuk berkhidmat dalam kerajaan," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Zulkefli sebelum itu menyampaikan sijil kepada 634 bakal pesara ATM yang tamat menjalani pelbagai kursus di antara enam hingga 18 bulan, termasuk kursus jahitan, jurubina bangunan, mekanik kenderaan motor dan pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dianjurkan oleh Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat).

Beliau berkata setakat ini Kementerian Pertahanan sedang berbincang dengan Jabatan Penjara untuk menyerap anggota tentera pelbagai pangkat yang bersara itu sebagai warder, selain mereka menyertai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

-- BERNAMA
read more...

Selasa, 7 Jun 2011

Komando Maritim sedia hadapi kemungkinan


TANGKAS... Pasukan Tindakan Khas Maritim Malaysia ketika mengikuti kursus mendapatkan beret komando di Lumut, baru-baru ini.


SERAMAI 10 pegawai lain-lain pangkat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah dianugerahkan beret Pasukan Khas Laut (Paskal) dan sijil daripada KD Panglima Hitam di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, baru-baru ini.

Untuk melayakkan diri mendapat anugerah itu, mereka perlu mengharungi pahit getir selama tiga bulan dengan melalui pelbagai peringkat latihan iaitu di peringkat kem, hutan, paya, laut dan seterusnya peringkat pelolosan serta pelarian.

Menurut Ketua Pasukan Tindakan Khas Agensi Maritim Malaysia, Kapten Maritim Abim ak Sungom, sebelum dipilih anggota terlibat telah menjalani latihan pemanasan selama sebulan bermula 2 Disember 2010 hingga 5 Januari 2011.

Semasa ujian akhir pemanasan, anggota-anggota perlu melepasi piawaian berlari sejauh 6.8 kilometer di bawah 30 minit dan berenang gaya bebas sejauh 500 meter di bawah 10 minit, gaya tepi 500 meter bawah 12 minit dan gaya campuran 500 meter bawah 12 minit.

"Walaupun gembira kerana terpilih menjalani latihan ala komando, mereka tidak menyangka ada di antaranya tidak dapat melepasi latihan yang amat mencabar sebelum diserapkan ke dalam PTK Maritim Malaysia,'' ujarnya.

Pemilihan awal calon Kursus Asas Komando itu bermula di Pangkalan TUDM Kuala Lumpur. Ia telah menghimpunkan 55 anggota Maritim Malaysia yang berminat untuk bergelar PTK.

Katanya, pemilihan anggota dilakukan mengikut standard yang digunapakai di dalam pasukan elit seperti Pasukan Khas Udara (Paskau), Paskal dan komando Tentera Darat.

Ia bertujuan memastikan kecekapan anggota-anggota PTK Maritim Malaysia selari dengan piawai pasukan elit yang ada sekarang.

Dalam fasa pertama pemilihan awal, semua anggota telah menjalani dua peringkat ujian iaitu Ujian Fizikal Air (UFA) dan Ujian Fizikal Darat (UFD).

Kesemua calon yang berjaya iaitu empat pegawai dan 43 anggota lain-lain pangkat meneruskan latihan Kursus Pra-Asas Komando selama dua minggu di sekitar kawasan Teluk Batik, Lumut, Perak. Ia untuk membina daya ketahanan mental dan fizikal selain pengenalan dan pendedahan awal mengenai pengendalian senjata kecil serta ilmu perang selain memupuk semangat kerjasama dan setiakawan dalam kumpulan.

Dari situ, hanya 30 calon yang berjaya dan mereka seterusnya menjalani latihan intensif selama tiga minggu.

Latihan tersebut menitikberatkan aspek fizikal di air dan darat.

Untuk itu setiap calon mesti melepasi ujian-ujian seperti larian 6.8 kilometer dalam masa kurang 34 minit, tekan tubi tidak kurang 50 kali dalam masa 90 saat, bangkit tubi tidak kurang 50 kali dalam masa 90 saat, panjat tali 15 meter dan sebagainya.

Mereka juga perlu melepasi ujian fizikal air seperti renang gaya bebas 500 meter bawah 10 minit, renang gaya tepi 500 meter bawah 12 minit, renang gaya campuran 500 meter bawah 12 minit, menyelam ke dasar sedalam tujuh meter, menyelam jauh 35 meter, terjun tinggi 10 meter.

Selain itu dalam keadaan tangan dan kaki diikat, mereka juga perlu berenang sejauh 75 meter, mengapung selama 15 minit dan menyelam sedalam lima meter.

Dalam pemilihan akhir, hanya 25 calon layak mengikuti Kursus Asas Komando iaitu seorang pegawai dan 24 anggota lain-lain pangkat di KD Panglima Hitam, Pangkalan TLDM Lumut.

Bagaimanapun, hanya 10 calon yang berjaya menamatkan cabaran tersebut.

Kursus pertama telah diadakan di Paskau Pangkalan TUDM Jugra, Banting, Selangor pada 2009 yang mana seramai 22 orang telah lulus dengan cemerlang.

Semua anggota yang berjaya itu akan ditugaskan sebagai anggota Penyelamat dan Penggempur Khas bagi melaksanakan pelbagai misi PTK.

read more...

Rabu, 1 September 2010

Pangkalan udara APMM di Kuching

KUCHING – Sebuah pangkalan udara akan dibina di Kuching bagi meningkatkan keupayaan penguatkuasaan serta mencari dan menyelamat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Sarawak.

Ketua Penguat Kuasa APMM Wilayah Sarawak, Laksamana Pertama Muhammad Abdul Basar Taji berkata, pangkalan udara itu akan dibina berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

"Setakat ini kita dalam proses perolehan tapak dan pembinaan dijangka dibuat dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bungkusan hari raya kepada petugas-petugas APMM Sarawak di ibu pejabat APMM di sini hari ini.

Muhammad Basar berkata, kos sebenar pembinaan pangkalan udara tersebut masih belum dimuktamadkan, namun ia adalah kesinambungan projek yang asalnya dirancang dilaksanakan pada Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

"Dengan adanya pangkalan udara tersebut operasi APMM Sarawak akan lebih mantap melibatkan aset di darat, udara dan laut,” katanya.

Bagi meningkatkan keberkesanan operasi di Sarawak, Muhammad Basar berkata, APMM bercadang membuka pangkalan atau pejabat baru di Mukah.

Setakat ini selain daripada Kuching, APMM Sarawak mempunyai pangkalan di Tanjung Manis, Bintulu dan Miri. – Bernama

read more...