Ketua Penguat Kuasa APMM Wilayah Sarawak, Laksamana Pertama Muhammad Abdul Basar Taji berkata, pangkalan udara itu akan dibina berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
"Setakat ini kita dalam proses perolehan tapak dan pembinaan dijangka dibuat dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bungkusan hari raya kepada petugas-petugas APMM Sarawak di ibu pejabat APMM di sini hari ini.
Muhammad Basar berkata, kos sebenar pembinaan pangkalan udara tersebut masih belum dimuktamadkan, namun ia adalah kesinambungan projek yang asalnya dirancang dilaksanakan pada Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
"Dengan adanya pangkalan udara tersebut operasi APMM Sarawak akan lebih mantap melibatkan aset di darat, udara dan laut,” katanya.
Bagi meningkatkan keberkesanan operasi di Sarawak, Muhammad Basar berkata, APMM bercadang membuka pangkalan atau pejabat baru di Mukah.
Setakat ini selain daripada Kuching, APMM Sarawak mempunyai pangkalan di Tanjung Manis, Bintulu dan Miri. – Bernama
0 ulasan: on "Pangkalan udara APMM di Kuching"
Catat Ulasan