SEBAHAGIAN daripada penduduk kampung yang pulang ke rumah masing-masing selepas kejadian letusan Gunung Sinabung di Tanah Karo, semalam.
Ancaman letusan Gunung Sinabung tak halang penghuni
TANAH KARO: Beribu-ribu penduduk kampung kembali ke kediaman mereka di sepanjang lereng yang dipenuhi debu dari gunung berapi Indonesia yang meletus walaupun pihak berkuasa memberi amaran ia boleh mengancam nyawa.

Kebanyakan penduduk mendakwa mereka tidak tahan tinggal di kawasan perlindungan sementara yang sesak manakala yang lain memberi alasan untuk melihat tanaman mereka.
Letusan pertama Gunung Sinabung sepanjang hujung minggu lalu diikuti dengan letupan kedua, yang lebih kuat pada Isnin memuntahkan debu lebih beberapa kilometer ke udara, menyebabkan wilayah itu dalam keadaan berwaspada.
Beberapa penerbangan tempatan di wilayah Utara Sumatera itu terpaksa dialihkan kerana masalah penglihatan dan dua orang dilaporkan meninggal dunia walaupun tidak pasti sama ada kematian itu berpunca daripada letusan gunung berapi berkenaan.
Daripada lebih 30,000 penduduk yang dipindahkan ke pusat penempatan sementara, masjid dan gereja, lebih 6,000 dilaporkan pulang semula ke rumah masing-masing, kata Yeni Hariani Sembiring dari pusat penerangan daerah Tanah Karo.
Kebanyakan mereka menaiki trak pikap manakala yang lain menaiki motosikal atau berjalan kaki ke kawasan pergunungan terbabit yang masih kelihatan mengeluarkan asap putih ke udara.
“Kami tidak tahu sekiranya ia selamat atau tidak,” kata Johnson Siagian, yang bekerja di sebuah pusat pemantau tempatan, menghadap ke arah gunung berapi terbabit.
“Tetapi jika mereka bertegas untuk pulang ke rumah, kami tidak boleh berbuat apa-apa.”
Kali terakhir Gunung Sinabung meletus adalah pada 1600. – AP

0 ulasan: on "Penduduk nekad balik ke rumah"
Catat Ulasan