Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 1 September 2010

Merdeka tak bermakna bebas berbuat sumbang

Formula tangani gejala keruntuhan akhlak remaja perlu dicari

KETIKA negara dan rakyat keseluruhannya masih bergembira memperingati ulang tahun ke-53 negara kita keluar daripada belenggu penjajahan British, mungkin baiknya kita merenungkan juga keadaan dan kedudukan kita sekarang. Apakah ertinya merdeka bagi kita?

Apakah hanya sekadar merdeka dari segi dapat menentukan corak pemerintahan dan hala tuju kita sebagai sebuah negara yang tidak lagi ditadbirkan untuk kepentingan orang lain? Atau merangkumi juga keadaan memerdekakan diri daripada gejala dan pengaruh buruk yang berterusan melanda kita daripada pelbagai saluran dan media yang sudah banyak mempengaruhi pemikiran dan tindak tanduk kita khususnya dalam kalangan muda mudi.

Apakah merdeka juga bermakna kita bebas melakukan apa saja, walaupun bertentangan dengan naluri semula jadi dan batasan kekeluargaan dan sosial yang menjadi pegangan kita sejak turun temurun? Banyak persoalan timbul apa sebenarnya sedang melanda masyarakat kita, khususnya masyarakat Islam yang berdepan dengan pelbagai gejala sosial buruk yang banyak membabitkan muda mudi.

Lebih membimbangkan ialah hasil kajian Universiti Putra Malaysia yang disiarkan akhbar ini pada 20 Jun lalu mengenai ‘Keterlibatan Remaja Dalam Salah Laku Seksual’ yang perlu membuka mata pemerintah dan pentadbir serta pelbagai badan agama mengenai pandangan dan tindak tanduk remaja khususnya yang beragama Islam.

Pandangan Pengarah Pusat Kokurikulum UPM yang mengetuai kajian itu, Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran, bahawa ada responden mengakui terdedah kepada ‘dunia seksual’ seawal sekolah rendah, termasuk muat turun gambar lucah menerusi telefon bimbit, menonton video lucah dan melayari laman web pornografi sungguh mencemaskan.

Kajian enam bulan berakhir Disember lalu itu membabitkan 400 responden dalam dua kumpulan sasaran di Lembah Klang dan juga kawasan luar bandar, iaitu pelajar sekolah menengah daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima serta remaja di bawah usia 25 tahun.
Yang amat memeranjatkan ialah lebih daripada 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas, sehingga ada yang menggugurkan janin.

Lebih mengejutkan, kira-kira 85 peratus daripada mereka yang melakukan perbuatan itu, bukan saja tidak kesal, malu atau takut dari segi dosa malah menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai menyeronokkan.

Menurut kajian itu, mereka yang terjebak perkara itu bukan pula disebabkan faktor tekanan akibat kegagalan institusi keluarga termasuk rumah tangga porak-peranda, sebaliknya tertarik dengan pengaruh rakan sebaya. Lebih mengharukan ialah sebahagian besar daripada mereka mengakui menerima pendidikan agama mencukupi.

Jelas sekali pendidikan agama saja tidak memadai untuk berhadapan dengan pendedahan mereka kepada pelbagai rancangan televisyen dan filem yang tidak lagi mendukung kesucian kekeluargaan, tetapi sebaliknya mendewakan bersekedudukan dan perlakuan seks tanpa batas.

Oleh kerana begitu menularnya pengaruh Barat yang banyak dikuasai Yahudi bahawa bebas bermakna bebas melakukan apa saja dan bebas untuk mengikut amalan songsang yang banyak dipaparkan melalui filem dan rancangan televisyen diedarkan, baik oleh Hollywood mahupun Bollywood termasuk lagu dan klip video yang disiarkan pelbagai saluran muzik di televisyen.

Demikian pula lagu popular Barat juga tidak kurangnya memuatkan seni kata lucah hingga kanak-kanak sekolah rendah mungkin tanpa mengetahui maknanya turut mendendangkan seni kata lucah.

Pengaruh kehidupan yang melanggar naluri semula jadi kekeluargaan ini tentunya akan membawa kepada akibat buruk yang mana muda mudi tidak lagi segan dengan tingkah laku begitu. Oleh itu, muda mudi beranggapan mereka kini bebas untuk melakukan apa saja sekali pun bertentangan dengan ajaran dan sifat semula jadi kita.

Antara akibatnya ialah gejala membuang bayi/janin yang sering saja dipaparkan di akhbar.

Walaupun gejala ini sudah mendapat pendedahan yang amat meluas dalam media tetapi ia seolah-olah tidak memberikan kesan, malah nampak seperti tidak berkesudahan kerana ada saja laporan mengenai kisah bayi yang baru dilahir berterusan dibuang.

Persoalan yang timbul kenapa hampir keseluruhannya membabitkan gadis Melayu Islam? Apa sudah jadi dengan laungan ‘penerapan nilai Islam.” Kenapa lagi kuatnya laungan demikian lagi banyak pula kejadian begini berlaku dan berterusan dilaporkan.

Gadis ini begitu mudah diperlakukan pemuda tidak bertanggungjawab. Akhirnya apabila sudah mengandung dan sampai masa untuk melahirkan bayi, lelaki tidak bertanggungjawab itu mudah saja menghilangkan diri meninggalkan gadis yang sesetengahnya masih mentah menghadapi sendiri kesakitan fizikal dan jiwa melahirkan bayi tanpa sebarang pertolongan dan tanpa mengetahui di mana boleh mendapat sokongan dan pertolongan.

Jadi hairankah kita dengan tindakan nekad gadis malang ini membawa ‘produknya’ itu kerana kehidupan sendiri pun sudah sukar, apatah lagi dengan bebanan bayi yang baru lahir yang memerlukan jagaan dan perhatian.

Tidak menghairankan juga ia membawa kepada keputusan nekad membuang saja bayi yang tidak dikehendaki itu dengan harapan ia boleh menutup keaiban ditempuhi, tanpa mengetahui bahawa tindakannya itu akan mendatangkan keadaan yang lebih buruk.

Maka itulah, mangsa begini memerlukan pertolongan bukannya pertuduhan di mahkamah. Cukup sudah derita yang mereka tempuh tanpa dibebankan lagi dengan hukuman di penjara. Yang perlu dicari untuk dikenakan hukuman ialah lelaki yang menyebabkan gadis yang mudah dipengaruhi ini.

Malangnya hingga kini tidak pula pernah kedengaran berita ada lelaki yang tidak bertanggungjawab ini dikenakan hukuman. Amalan songsang beginilah yang perlu ditangani dengan berhemah.

Jalan terbaik harus dicari bagaimana hendak mengatasi gejala keruntuhan akhlak remaja dewasa ini. Maka khutbah Jumaat lalu di masjid di Selangor dengan tajuk ‘mengamati erti merdeka’ tidak bermakna kita bebas melakukan apa saja, termasuk amalan songsang bertentangan dengan hukum hakam Allah hingga boleh memporak-perandakan masyarakat amat penting dihayati semua umat Islam.

Penulis adalah Felo Kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Merdeka tak bermakna bebas berbuat sumbang"

Catat Ulasan