Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Sabtu, 4 September 2010

Pulanglah - Kami tidak mahu dihina

SERUAN koordinator Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) agar 2 juta rakyat Indonesia yang berada di Malaysia pulang demi mempertahankan kehormatan serta kedaulatan negara mereka. Kemarahan juga membabitkan pembantu-pembantu rumah yang di dera sehingga mati oleh majikan dan kononnya majikan tidak dikenakan tindakan.

Saya merasakan ini adalah satu-satunya seruan yang paling logik untuk rakyat Indonesia yang berada di negara ini. Pulanglah ke negara asalmu. Itu bukan permintaan kami, tapi permintaan rakyat kamu sendiri.

Jika kamu datang untuk mencari rezeki secara halal, kepulanganmu kami iringi doa agar kamu peroleh pekerjaan di negara kamu kelak. Andai kata kamu tidak punya pekerjaan, Bendera punya banyak kekosongan dalam mengisikan agenda demonstrasi mereka dan mereka perlukan lebih banyak anggota untuk meneruskan demonstrasi dan agenda mereka.

Cuma ingin saya ingatkan kepada koordinator Bendera, kenapa hanya 2 juta sahaja yang diundang untuk pulang? Jutaan lagi yang datang tanpa diundang, atau lebih sopan, yang datang secara haram tidak mahu dijemput pulang?

AKU ANAK MALAYSIA

Keramat Permai, Kuala Lumpur


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Pulanglah - Kami tidak mahu dihina"

Catat Ulasan