|
|
KUALA LUMPUR - Selepas lima hari menyembunyikan diri, seorang amah warga Indonesia yang dikehendaki bagi membantu siasatan kerana menyebabkan kematian seorang bayi berusia 15 bulan di Pusat Bandar Puchong dekat sini ditahan semalam.
Wanita berusia 25 tahun itu ditahan pukul 12.20 tengah hari ketika sedang berkeliaran di Jalan Permata 1, Jalan Permata Ampang dekat sini.
Wanita yang berasal dari Majalengka, Jawa Barat itu ditahan selepas seorang penduduk menghubungi polis sebaik wanita itu datang ke rumahnya untuk meminta bantuan.
Dia kemudian diserahkan kepada polis Serdang.
Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, ketika ditemui wanita tersebut berada dalam keadaan lemah.
Katanya, ketika ditahan, wanita itu hanya mendiamkan diri kerana trauma dengan penahanan tesebut.
"Ketika ditahan, dia berpakaian lengkap dan membawa sebuah beg plastik berisi pakaian.
"Bagaimanapun, tiada sebarang senjata ditemui bersamanya," katanya.
Semalam Kosmo! melaporkan, polis memburu seorang pembantu rumah, Rita Rohayati, 25, bagi membantu siasatan berhubung kematian anak majikannya, Tan Jin Yong akibat didera Jumaat lalu.
0 ulasan: on "Amah larikan diri dicekup polis"
Catat Ulasan