Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 1 September 2010

Kerajaan Diminta Tegas Tangani Isu Namewee

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta memberi keutamaan dan memandang serius isu klip video Namewee, bukan melihatnya sebagai mainan politik dengan mengenakan tindakan tegas terhadap pemuda dari Muar, Johor itu.

Wakil Sekretariat Penerangan Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN), Safarizul Mutafa berkata sudah sampai masanya untuk kerajaan bertindak tegas terhadap Namewee bagi mengelakkan kesan lebih buruk berlaku pada negara dan generasi akan datang.

"Namewee cukup terkenal sekarang. Dulu dia pernah menimbulkan kekecohan kerana mempersendakan lagu Negaraku dan kali ini orang yang sama lagi bertindak sedemikian.

"Kali ini kita rasa tak selesa dengan perbuatannya yang menghasilkan klip video berbaur perkauman menggunakan simbol dan isyarat lucah serta memuat turun klip video tersebut di internet," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Sebelum itu beliau membuat laporan polis terhadap Namewee setelah mendapati klip video itu boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi dan turut dihadiri Ketua Pemuda MIC Ampang, Sathasivam Kalimuthu.

Menurut Safarizul, isu Namewee sudah menjadi isu nasional dan tindakannya atau nama sebenarnya Wee Meng Chee perlu mendapat perhatian kerajaan kerana melibatkan soal perkauman.

Desakan juga dibuat bagi memastikan tiada siapa pun dari kalangan rakyat Malaysia terlepas dari usaha mereka secara sedar atau secara tidak langsung, dari kata-kata atau perbuatan yang boleh menggugat ketenteraman masyarakat majmuk negara.

Katanya, jika kerajaan masih berlembut negara akan mengalami kesan lebih buruk pada masa akan datang kerana ramai pihak akan mengambil kesempatan terhadap isu ini.

"Dalam hal ini kita tidak boleh berkompromi lagi. Kita telah menerima maafnya dulu dan kali ini tidak boleh berlembut lagi apabila dia mengulangi perbuatan yang sama.

"Jika tindakan tegas tidak dikenakan, tidak mustahil lebih ramai akan menjadikan kes Namewee sebagai rujukan apabila mereka melakukan perkara dan membangkitkan isu yang sama," katanya.

Safarizul, yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno Selangor berkata sebagai negara merdeka Namewee atau sesiapa sahaja tidak wajar menyentuh isu perkauman dengan apa cara sekali pun, termasuklah menggunakan medium canggih masa kini untuk dipertontonkan kepada umum.

Apa yang menjadi persoalan adalah tindakan Namewee yang jelas sekali tidak beretika.

"Sebagai rakyat Malaysia yang tinggal di satu negara yang sama tetapi berlainan bangsa, adakah perbuatannya menghasilkan klip video itu menjaga hati rakyat Malaysia yang lain," katanya yang turut bersetuju jika kerajaan melucutkan kerakyatan Namewee.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Kerajaan Diminta Tegas Tangani Isu Namewee"

Catat Ulasan