Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 2 September 2010

Indonesia Tuduh Malaysia Proses Syabu Terbesar di Dunia

Belum lagi habis isu demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat negara indonesia. Kini bapak polisi negara berkenaan menuduh Malaysia mempunyai makmal memproses syabu terbesar dunia.

Kenapalah bangsa tak bertamadun ni nak cari pasal sangat dengan Malaysia?

Tak sedar di untung betullah bangsa ni, dah la negara dilanda bencana.

Kita bukan pusat edar syabu


KUALA LUMPUR: Bukit Aman menafikan dakwaan polis Indonesia bahawa Malaysia mempunyai makmal memproses syabu terbesar dunia.

Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Othman Harun, berkata dakwaan itu tidak betul kerana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Khusus Membanteras Dadah dan Jenayah (UNODC) tidak pernah mengesahkannya.

“Hasil siasatan terhadap suspek selepas berjaya menumpaskan 14 makmal haram sejak 2004, mereka mengakui bahawa kegiatan dadah dijalankan hanya untuk rakyat tempatan bukan untuk edaran luar.

“Kami juga turut mengambil tindakan dan pemerhatian secara berterusan terhadap sindiket itu dan terbukti mereka hanya memproses dadah untuk kegunaan di Malaysia, bukan untuk edaran ke negara jiran,” katanya pada Majlis Serah Terima Tugas Pengarah JSJN di Bukit Aman di sini, semalam.

Pengarah JSJN, Datuk Zulhasnan Najib Baharuddin bakal bersara pada 12 September ini menyerahkan tugas itu kepada Othman disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Media Indonesia baru-baru ini melaporkan Malaysia sebagai pusat pengedaran syabu terbesar dunia berikutan banyak tangkapan membabitkan penyeludup dadah itu didalangi rakyat Malaysia di negara itu sepanjang tahun ini.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Indonesia Tuduh Malaysia Proses Syabu Terbesar di Dunia"

Catat Ulasan