Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 2 September 2010

Media, ahli politik Indonesia sengaja keruh hubungan

SAYA berada di Indonesia sejak seminggu lalu kerana kunjungan tidak rasmi ke Bandung. Setiap kali berita utama di televisyen yang hampir 14 saluran (percuma) di Indonesia disiarkan, sudah pasti berita khas mengenai hubungan Malaysia-Indonesia hangat diperkatakan. Berita itu kebanyakannya mengecam Malaysia. Akhirnya saya memilih untuk menulis soal ini setelah mendengar ucapan khas Presiden Indonesia, Susila Bambang Yudhiyono yang disiarkan secara langsung di hampir di kesemua rangkaian TV Indonesia pada malam Rabu, 1 September 2010.

Saya mendengar dengan teliti segala pidato beliau dan mendapati bahawa apa yang diperkatakan beliau berdasarkan fakta dan sangat berdiplomasi. Beliau ditekan oleh segelintir kecil pimpinan Indonesia yang hilang pertimbangan dan mungkin untuk melarikan diri dari masalah dalaman Indonesia yang semakin meruncing terutama semakin dekat dengan sambutan Aidilfitri.

Kenyataan tegas beliau yang menjelaskan fungsi Malaysia kepada keuntungan negara dan penduduk Indonesia begitu jelas sekali. Katanya, hampir dua juta rakyat Indonesia mencari rezeki di Malaysia dan pelaburan Malaysia yang kedua tertinggi di Indonesia yang juga tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah pelaburan Indonesia di Malaysia. Kemasukan pelancong Malaysia adalah kedua tertinggi di Indonesia menjadi punca rezeki kepada peniaga mereka, begitu juga halnya dengan hubungan sejarah ‘serumpun’ yang telah terjalin sejak beratus tahun terdahulu.
Pendekatan penyelesaian masalah ditangani beliau dengan cukup bijak kerana menyedari bahawa setiap inci keputusan yang dibuat akan diperhatikan oleh masyarakat antarabangsa tambahan pula konsep ASEAN yang dipelopori oleh kedua-dua negara ini sangat ampuh dan berjaya selama ini. Sudah pasti, pendekatan diplomatik beliau amat dihargai walaupun umum mengetahui beliau bekas Jeneral Panglima Angkatan Tentera Republik Indonesia. Sifat seorang jeneral yang mahir diplomasi seperti beliau inilah yang amat rakyat Malaysia hargai dan wajar disanjung berbanding sifat segelintir kecil rakyatnya yang ‘naik angin tak tentu hala’ dalam menangani isu sempadan negara di perairan Johor-Singapura-Bintan.

Seorang pakar maritim Indonesia, Hashim Jalal yang berpengalaman selama 40 tahun dalam hal ini telah membuka horizon baru yang cukup jelas di SCTV. Beliau menerangkan mengenai keadaan di sempadan yang bergolak itu sebenarnya sedang dituntut oleh Malaysia dan Singapura di kawasan Pulau Pedra Branca dan beberapa pulau kecil yang mana keputusan mahkamah antarabangsa telah mencelarukan keadaan. Kenyataan beliau bahawa ketika Indonesia merdeka 65 tahun lalu, sempadan perairan mereka hanyalah 100,000 km panjangnya tetapi sekarang panjangnya telah mencakupi lebih sejuta kilometer.

Tanya beliau, adakah mereka mempunyai kemampuan untuk menjaga kawasan yang seluas itu sehingga perlu lagi menambah keluasan di perairan Johor? Sebagai makluman, kawasan yang direbut itu hanyalah sepanjang 20km saja.

Saya terkejut melihat berita di sebuah saluran televisyen di Indonesia yang membuat perbandingan kekuatan di antara Tentera Nasional Indonesia (TNI) dengan Tentera Diraja Malaysia (TDM).

Kenapa media mereka perlu ‘hilang akal’ sampai membuat perbandingan ini? Ketumbukan tentera mereka adalah dua kali ganda berbanding tentera kita padahal jumlah penduduk kita 27 juta hanya berjumlah lebih kurang lebih 15 peratus berbanding penduduk mereka 235 juta. Tidakkah analisis mereka ini sangat pelik dan menghairankan, seolah-olah mereka sudah bersedia untuk berperang dengan Malaysia?

JAIS ABDUL KARIM,
Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Media, ahli politik Indonesia sengaja keruh hubungan"

Catat Ulasan