Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 1 September 2010

Pengganti kad BAT C 10

Seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menggunakan kad pengenalan pintar, MyTentera berkuatkuasa Februari tahun depan.

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Azizan Ariffin berkata, MyTentera akan menggantikan kad pengenalan BAT C 10 yang digunakan oleh ATM sejak tahun 60-an lagi.

“Penggunaan kad pintar ini akan membolehkan warga tentera memiliki akses dan integrasi yang sama seperti orang awam dalam apa jua rancangan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

“Pada masa yang sama, kecanggihan kad pintar ini juga mampu meningkatkan kualiti dan gaya hidup anggota tentera kerana ia menawarkan pelbagai kemudahan, sama seperti yang terdapat dalam MyKad,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan pelancaran MyTentera di Auditorium Wisma Pertahanan, di sini hari ini.

Hadir sama ialah Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral Datuk Abdul Hadi Hussin.

Menurut Azizan, penggunaan kad pengenalan pintar yang mempunyai ciri-ciri keselamatan dan teknologi biometrik terbaik itu bakal memberi imej baru kepada ATM sebagai agensi keselamatan negara.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, seramai 10,000 anggota tentera sudah membuat pendaftaran bagi menukar kad pengenalan BAT C 10 kepada MyTentera sejak sebulan lalu.

Katanya, bagi memastikan semua warga tentera menggunakan MyTentera menjelang Februari 2011, sebanyak 59 kaunter Jabatan Pendaftaran Negara akan dibuka di seluruh negara mulai esok.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Pengganti kad BAT C 10"

Catat Ulasan