Oleh Wan Marzuki Wan Ramli
Ibadah tazkiyah al-nafs adalah proses penyucian jiwa ummah daripada segala penyakit rohani
SALAH satu matlamat fardu Ramadan adalah untuk menjana natijah akhlak yang terpuji seterusnya mencapai kemuncak darjat ketakwaan sebenar kepada Allah Taala.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan semata-mata kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan pahala daripada-Nya, maka akan diampunkan dosanya yang lalu.”
Ramadan bulan peningkatan kuantiti dan kualiti ibadat bagi setiap umat Islam yang ingin mencapai hasrat itu kerana peningkatan kuantiti dan kualiti ibadat adalah jalan mendekatkan serta berserah diri kepada Allah.
Sabda Rasulullah SAW, diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Umatku diberi Allah setiap Ramadan lima perkara yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya iaitu: Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Malaikat memohon ampun untuk orang yang berpuasa hingga waktu berbuka. Syaitan dibelenggu sehingga mereka tidak bebas seperti biasa.”
Bertitik tolak daripada itu, setiap umat Islam digalakkan menyimpan niat untuk menjalani ibadat puasa setiap hari pada Ramadan mengikut apa yang dikehendaki syarak. Puasa adalah ibadah tazkiyah al-nafs iaitu proses penyucian jiwa daripada segala penyakit rohani yang boleh mengkerdilkan kesempurnaan ibadat seseorang.
Ibadat puasa dapat melahirkan sifat terpuji seperti amanah, jujur dengan diri sendiri, bertanggungjawab, bertakwa dan sabar.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu berpuasa, maka hendaklah pendengaranmu, penglihatanmu dan lidahmu turut berpuasa daripada segala yang haram. Jauhilah daripada suka menyakiti jiranmu, hendaklah kamu bertenang dan beramal dan jangan biarkan hari tidak berpuasa dan hari berpuasa adalah sama.” (Hadis riwayat Bukhari)
Bagi memastikan segala pesanan Rasulullah SAW dapat dilaksanakan dengan syumul, banyak perkara perlu diberi perhatian supaya ibadat puasa terpelihara daripada terbatal dan kurang pahala kerana kelalaian menjaga anggota badan.
Besarnya fadilat diperoleh semua muslimin sepanjang bulan barakah ini, Rasulullah SAW memberi penekanan dengan menjelaskan kemuliaan Ramadan melalui khutbah Baginda: “Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan didatangi satu bulan yang besar lagi penuh keberkatan iaitu bulan yang dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan di mana Allah jadikan puasa adalah kefarduan dan qiyam pada malamnya adalah tambahan. Sesiapa mendekatkan diri kepada Allah dan beramal soleh pada bulan itu, maka samalah dia dengan orang menunaikan 70 amalan fardu pada bulan lain.”
Ramadan adalah bulan memberi pertolongan dan Allah menambahkan rezeki orang mukmin dalamnya. Sesiapa memberi makanan berbuka bagi orang berpuasa pada bulan itu, maka itu menjadi pengampunan dosanya dan kebebasan daripada api neraka.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila datangnya malam pertama Ramadan, diikat segala jin dan syaitan yang jahat serta ditutup pula pintu neraka, dan tiada dibuka walaupun satu pintu neraka. Akan dibuka pintu syurga. Pada setiap malam akan ada malaikat yang menyeru: Wahai manusia yang inginkan kebaikan, bersegeralah kamu. Wahai manusia yang inginkan kejahatan, berhentilah kamu dan bagi Allah orang yang dibebaskan daripada api neraka.”
Menikmati kehadiran Ramadan dan fadilat yang terselindung di sebalik tabir kemunculannya menjadi tumpuan setiap umat Islam yang sentiasa mendambakan keberkatan serta pahala yang berlipat ganda daripada Allah Taala.
Usah jadikan Ramadan sebagai bulan berlumba menyajikan makanan yang pelbagai sehingga melakukan pembaziran atau menjadikan alasan berpuasa untuk menjadi umat Islam yang rendah produktiviti dan tiada natijah penghidupan kerana keletihan.
Tambahan, 10 malam terakhir ini, umat Islam diseru untuk merebut rahmat yang dijanjikan Allah seolah-olah inilah Ramadan terakhir kerana hakikatnya, memang di luar pengetahuan kini mengenai rezeki sama ada akan bertemu Ramadan tahun depan.
Semoga perjuangan selama tempoh diwajibkan kita berpuasa ini menghasilkan natijah diharapkan, untuk menjadi hamba lebih bertakwa, berubah ke arah lebih baik dan istiqamah melakukan yang terbaik walaupun selepas berakhir Ramadan.

0 ulasan: on "Jana akhlak terpuji antara matlamat fardu Ramadan"
Catat Ulasan