Sejarah manusia penuh dengan tragedi. Sejak kedua anak Adam as bertarung bagi mendapatkan saudaranya sendiri sebagai isteri, tragedi dan sengketa menyebabkan salah seorangnya terkorban. Sikap ganas yang membuak-buak atas keinginan memiliki sesuatu menjadikan sejarah kehidupan manusia seterusnya semakin penuh dengan tragedi.
Dalam sejarah Islam, tragedi turut menjadi sebahagian latar yang bukan sahaja menyebabkan kehidupan manusia penuh sengketa dan konflik. Sejak Islam diturunkan sebagai "agama terakhir", Nabi Muhamad SAW tidak diterima secara mudah oleh masyarakat Arab. Nabi Muhamad SAW bukan sahaja ditentang oleh kaumnya sendiri malah sanak saudarnya turut menyanggah apa yang disampaikan oleh baginda itu sebagai permulaan konflik dan berlawanan dengan tradisi atau keyakinan mereka.
Dengan hemah dan kecekalan, Nabi Muhamad S.A.W akhirnya semakin diterima sehingga agama yang dibawa baginda mencapai tahap keyakinan yang tinggi oleh bangsa Quraisy. Namun, penyebaran Islam seterusnya mendapat tentangan hebat dari kelompok agama yang berasaskan wahyu, iaitu Kristian dan Yahudi atas kelainan asal-usul keturunan. Yahudi tidak dapat menerima Nabi Muhamad S.A.W kerana baginda dilahirkan dalam Bani Ismail sedangkan kebanyakan nabi-nabi yang diturunkan adalah dari Bani Israel. Israel menjadi semakin bongkak dan sombong kerana menganggap bangsa merekalah yang menjadi pilihan Tuhan, maka apabila Muhamad diutuskan menyatukan seluruh manusia, bukan sedikit ancaman yang dilaksanakan.
Namun yang lebih mendukacitakan ialah ancaman dalam bentuk pemikiran yang kemudiannya terus diasak ke dalam tatacara kehidupan Islam. Umat Islam diasak dan disesakkan dengan pemikiran baru yang berasaskan lojik akal sehingga boleh menjejaskan keyakinan penganutnya. Serangan dalam bentuk akidah itu adalah bertujuan memurtadkan orang Islam, dan kejayaan tersebut merupakan sesuatu yang dinanti-nantikan.
ilmu
Penguasaan ilmu pengetahuan dalam bentuk akliah akhirnya membentuk teori faham agama dan ritual agama adalah dua aktiviti yang berlainan. Mereka terus mengabsahkan bahawa keyakinan beragama adalah milik personal dan bersifat individu, maka kepentingan ummah semakin terhakis. Hakikat itu seterusnya dipersimpangkan secara dikotomi bahawa telah berlaku krisis akidah kerana manusia mula mengganggap apa yang menyebabkan seseorang itu berjaya adalah atas usaha gigihnya sendiri. Hakikat rahmat dan berkat rezeki yang diberikan oleh Allah SWT sudah menjadi sesuatu yang berbaur rasa bersalah dan amat skeptical.
Penularan fahaman itu menyebabkan Islam menjadi terpisah dengan akar fitrah manakala "atas urusan Tuhan" hanyalah bersifat ibadah dan ritual semata-mata. Susunatur kehidupan sosial dan ekonomi ditentukan oleh manusia sendiri. Dalam penentuan tersebut, faham falsafah kebendaan menjadi kerangka pemikiran yang semakin kuat dan berpengaruh. Nilai-nilai moral hanyalah penting ketika seseorang itu menghampiri saat kematiannnya, manakala di masa-masa yang lain ukuran pencapaian semakin menuntut kepada ukuran kuantitatif dan sandaran lojik akal.
Berdasarkan desakan dan tuntutan tersebut, semakin maju manusia dalam mengatur corak kehidupannya, maka semakin bercelaru tindakan manusia dalam mengisi perjalanan sejarahnya. Sebagai memenuhi keperluan hidup, manusia mula membuka langkah berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk mencetuskan tragedi, kerana mereka yang mampu melonjakkan kedudukanya adalah mereka yang sanggup menukarkan bentuk aktivitinya dan mampu mengharungi tragedi.
Antara damai dan perang, manusia lebih banyak memilih jalan peperangan kerana kemenangan pertarungan itu memberikan impak yang besar. Meneruskan jalan damai merupakan satu langkah yang kurang bermoral kerana ia jarang menunjukkan kekuatan dan potensi keupayaan sebenar. Dalam hal ini, kita sering memahami bahawa sengketa menyebabkan manusia lebih sombong dan tidak berperikemanusiaan.
Apa yang menyedihkan ialah sejak Nabi Adam AS menjadi manusia pertama penghuni dunia, kemunculan manusia pengkhianat silih berganti. Tidak pernah muncul solidariti yang benar-benar padu hatta dalam kelompok tertentu, mesti ada yang bakal mencabar dan menentangnya sehingga menyebabkan kelompok itu berpecah dan akhirnya musnah sama sekali. Saat kelompok itu pertama bersatu, ia menunjukkan kekuatan yang besar tetapi setelah menghampiri ke kemuncaknya, pusingan kehidupan menyebabkan ada sahaja golongan yang baru muncul berhasrat merampas kuasa.
Sejarah ramainya utusan Allah SWT dimartabatkan sebagai membimbing manusia, maka kemunculannya tidak terlepas dari belennggu pengkhianatan dari dalam kelompok itu sendiri. Demikian juga pada di peringkat awal dakwah Nabi Muhammad SAW sehinggalah kewafatannya. Amat ramai pengkhianat bukan sahaja terdiri dari kalangan kaum munafik atau yahudi tetapi juga di kalangan orang-orang Islam itu sendiri.
Kemunculan golongan ini telah membawa kepada kelahiran satu fenomena politik dalaman yang berselindung di sebalik agama untuk mengkhianat negara sendiri dengan pelbagai tipu daya.Tercetusnya perang saudara antara sesama muslim seperti Perang Jamal dan Siffin adalah disebabkan penyusupan masuk golongan pengkhianat dalam kedua pihak yang bermusuhan. Begitu juga dalam perkembangan falsafah Islam selepas kewafatan Nabi Muhamad SAW dan tamatnya tempoh pemerintahan Khalifah ar-Rasyidin.
Kemunculan Muawiyyah menyebabkan tersungkurnya Khalifah Ali bin Abi Talib. Dengan wafatnya khalifah keempat itu, kelompok Islam semakin berpecah dengan menjadikan mereka yang mempertahankan Ali bin Abi Talib sebagai pemimpin utama mereka membentuk satu kelompok yang kini semakin menjadi faktor perbalahan dan sengketa sesame Islam.
0 ulasan: on "Pilih jalan perpaduan"
Catat Ulasan