Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Memaparkan catatan dengan label Filipina. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Filipina. Papar semua catatan

Ahad, 3 Mac 2013

Apa yang berlaku di Sabah, dirancang ala-ala kerja CIA






Dari malam tadi admin dah baca ratusan artikel daripada Filipina.

Semakin banyak admin baca, admin semakin yakin apa berlaku di Sabah sebenarnya dirancang oleh pihak ketiga dengan menjadikan Sulu sebagai "boneka".

Bekas penasihat keselamatan negara Filipina, Norberto Gonzales telah pergi ke Sabah dan mengikut maklumat dalam Istana Malacanang, Gonzales adalah antara individu yang merancang kejadian di Sabah (ala-ala kerja CIA).

Orang Sulu dijadikan catur supaya kita sesama saudara berperang sedangkan pihak ketiga yang merancang.

read more...

Rabu, 17 Oktober 2012

Tentera Malaysia - Tentera Filipina : Kerjasama serantau tingkatkan keselamatan


Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi (tengah) bersama Essel D Soriano (tiga dari kiri) bergambar kenangan ketika menghadiri Majlis Pembukaan Eksesais Land Malphi siri 13/2012 di Kem Penrissen, Kuching, Sarawak. 

Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi (tiga dari kiri) menyempurnakan acara pemakaian doha kepada Tentera Darat Filipina sambil disaksikan oleh Essel D Soriano (tiga dari kiri) sempena Majlis Pembukaan Eksesais Land Malphi siri 13/2012 di Kem Penrissen, Kuching, Sarawak. 

Seorang anggota Tentera Darat Filipina mencuba pelancar graned automatik buatan Belgium sambil diperhatikan amggota Tentera Darat Malaysia selepas Majlis Pembukaan Eksesais Land Malphi siri 13/2012 di Kem Penrissen, Kuching. 
Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi (kiri) bertukar cenderahati dengan Essel D Soriano sambil diperhatikan oleh Mohd. Zaki Mokhtar (dua dari kiri) sempena Majlis Pembukaan Eksesais Land Malphi siri 13/2012 di Kem Penrissen, Kuching. 
MELAKSANAKAN latihan bersama jiran serantau sentiasa menjadi pilihan kebanyakan negara berdaulat terutama dalam usaha meningkatkan keupayaan serta menilai kemampuan pasukan keselamatan masing-masing.

Sejak sekian lama, Malaysia berjaya membina hubungan ketenteraan yang erat dengan negara-negara tetangga terutama di rantau ASEAN serta Asia Pasifik menerusi pelbagai program latihan bersama.

Eksesais Land Malphi yang melibatkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Darat Filipina yang berlangsung di Kuching, Sarawak adalah contoh terbaik bagaimana hubungan dua hala terbina kukuh antara Malaysia dan Filipina.

Berlangsung selama 12 hari bermula 2 Oktober lalu di Kem Penrissen, latihan yang memasuki siri ke-13 itu melibatkan seramai 150 anggota TDM serta 45 anggota Tentera Darat Filipina.

Objektifnya bersifat timbal-balik iaitu mempertingkatkan kebolehan kedua-dua pasukan keselamatan berkenaan dalam merancang dan melaksanakan operasi bersama.

Paling penting, latihan itu menjadi medan terbaik untuk menilai kemampuan anggota TDM dalam menghadapi peperangan konvensional di rantau ini.

Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi berkata, latihan tersebut wujud melalui memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani kedua-dua negara pada September 1994.

Katanya, yang pertama berlangsung pada 1999 di Kota Kinabalu, Sabah.

Konsep sepanjang latihans itu adalah berbentuk Command Post Exercise (CPX) yang memberi tumpuan terhadap situasi peperangan konvensional mengikut persekitaran Malaysia.

"Di samping bertujuan mengenali prosedur dan dasar yang diguna pakai di negara jiran, latihan ini juga dapat menguji kefahaman anggota kedua-dua pasukan mengenai prosedur semasa, sama ada prosedur perang atau prosedur pentadbiran," katanya dalam majlis pembukaan Eksesais Land Malphi Siri 13/2012 di Kem Penrissen baru-baru ini.

Hadir sama Naib Pemerintah Tentera Darat Filipina, Brigedier Jeneral Essel D. Soriano dan Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar.

Menurut Ahmad Hasbullah, Eksesais Land Malphi dibahagi kepada dua fasa iaitu Fasa Latihan Silang dan Fasa Pos Pemerintah (Postah).

Katanya, dalam Fasa Latihan Silang, para peserta didedahkan dengan aspek syarahan dan tatacara permainan olah perang manakala menerusi Postah, mereka akan beroperasi bersama sebagai sebahagian daripada Brigade Task Force.

Sementara itu katanya, senario latihan pula memberi tumpuan kepada fasa pertahanan dalam peperangan konvensional yang dikawal sepenuhnya oleh unit bertanggungjawab iaitu Markas 3 Briged.

"Latihan ini bakal menilai tahap kemampuan pegawai-pegawai dan staf dalam merancang serta melaksanakan tugas dan tanggungjawab mengikut tatacara Multinational Forces Standing Operating Procedure," katanya.

Sementara itu, Essel D. Soriano berkata, pihaknya berharap Eksesais Land Malphi dapat meningkatkan persefahaman di samping mengeratkan hubungan baik antara Tentera Darat Filipina dengan TDM yang terjalin sejak sekian lama.

"Persefahaman ini amat penting bagi memastikan kita dapat bekerjasama dalam kerangka keselamatan serantau, terutamanya apabila melibatkan wilayah bersama seperti sempadan Malaysia dan Filipina.

"Menerusi beberapa program bersama termasuk mesyuarat melibatkan dua pihak baru-baru ini, saya percaya hubungan baik pasukan keselamatan Malaysia - Filipina ini akan berkekalan," katanya.
read more...

ATM : Filipina minta Malaysia tempatkan tentera

MANILA - Malaysia mungkin menjadi negara kedua selepas Amerika Syarikat (AS) yang dibenarkan menempatkan pasukan tenteranya di Filipina berikutan permintaan Presiden Benigno Aquino III sendiri supaya dimeterai Perjanjian Pasukan Pelawat (VFA) antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, permintaan itu disampaikan Presiden Aquino III kepada beliau dalam mesyuarat hubungan dua hala yang turut melibatkan menteri-menteri dan pegawai kedua-dua negara di Istana Malacanang di sini pagi semalam.

Menurutnya, Presiden Filipina itu meminta supaya kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Tentera Filipina dikembangkan lagi menerusi cadangan memeterai perjanjian VFA tersebut.

"VFA ini adalah bagi menentukan bentuk kerjasama. Beberapa aspek perundangan perlu dibincangkan. Pada masa ini mereka telah ada VFA dengan AS, kalau dibuat dengan kita, Malaysia akan menjadi negara kedua," katanya kepada wartawan Malaysia selepas Majlis Mesra Bersama Rakyat Malaysia di sebuah hotel lain di sini malam tadi.

Hadir sama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Perdana Menteri berada di sini bagi lawatan rasmi tiga hari termasuk menyaksikan upacara menandatangani Perjanjian Rangka Kerja Mengenai Bangsamoro antara kerajaan Filipina dan MILF di Istana Malacanang semalam. Beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berlepas pulang ke tanah air pagi ini.

Pada 1998, Filipina dan AS menandatangani VFA dan tiga tahun kemudian AS telah menempatkan ratusan anggota tenteranya di Mindanao.

Ketika ini, kerjasama ketenteraan antara Malaysia dan Filipina adalah menerusi Pasukan Pemantau Antarabangsa (IMT) di Mindanao. IMT kini terdiri daripada 54 anggota tentera dengan 19 daripadanya adalah dari Malaysia dan selebihnya Brunei, Indonesia, Jepun, England serta Norway.

Komandan pertama IMT ketika awal penubuhannya pada 2004 adalah Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin, yang kini merupakan Panglima Tentera Darat.

Ditanya mengenai kedudukan dan peranan IMT selepas Perjanjian Rangka Kerja Mengenai Bangsamoro ditandatangani semalam, Perdana Menteri menjelaskan, perkara itu antara yang dibincangkan dalam pertemuannya dengan Presiden Aquino III semalam.

Menurutnya, perincian mengenai perkara tersebut akan dibincangkan dalam Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) yang dipengerusikan Menteri Luar kedua-dua negara.

Dalam pada itu, mengenai kerjasama ekonomi, Najib berkata, kedua-dua negara berharap ia dapat ditingkatkan memandangkan ketika ini walaupun perdagangan dua hala sedang berkembang tetapi nilai pelaburannya tidak begitu tinggi.

"Kita berharap dengan hubungan baik yang terjalin ia dapat ditingkatkan. Melalui peranan Malaysia dalam menentukan perjanjian damai di selatan Filipina, maka Malaysia mendapat perhatian dan sambutan yang lebih positif dalam konteks hubungan dua hala," katanya.

Tambah beliau, dalam konteks pembangunan ekonomi di Mindanao, kedua-dua pihak bersetuju supaya risiko pelaburan dikurangkan iaitu dengan memastikan keamanan dicapai di wilayah tersebut sebagai suatu jaminan kepada bakal pelabur.

Sementara itu, Perdana Menteri memberitahu, dalam perjumpaan semalam beliau telah mengundang Presiden Aquino III mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia.
read more...

Jumaat, 1 Julai 2011

Spratly: China ulangi pendirian tegas hak kedaulatannya tidak boleh dipertikai

BEIJING 29 Jun - China hari ini mengulangi pendiriannya bahawa ia memiliki 'kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan' terhadap pulau-pulau di Laut China Selatan, selepas Amerika Syarikat (AS) berikrar akan membantu Filipina yang mempunyai tuntutannya sendiri di kawasan sama.

Seorang jurucakap bagi Pejabat Hal-Ehwal Taiwan, Yang Yi juga mengulangi pendirian Beijing bahawa melindungi kedaulatan pulau-pulau di perairan yang dipercayai kaya dengan sumber asli itu menjadi 'tanggungjawab bersama' Beijing dan Taipei.

"China memiliki kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan terhadap pulau-pulau di Laut China Selatan dan perairan di sekitarnya," kata Yi kepada wartawan, menurut satu transkrip rasmi.

China, Filipina, Vietnam, Brunei, Malaysia dan Taiwan mempunyai tuntutan bertindih terhadap seluruh atau sebahagian Laut China Selatan, yang dipercayai kaya dengan sumber minyak dan gas selain menjadi laluan perkapalan penting bagi perdagangan dunia.

Vietnam dan Filipina baru-baru ini menuduh China mengambil tindakan semakin agresif dalam mengukuhkan tuntutannya terhadap kepulauan-kepulauan dan perairan di Laut China Selatan.

Sebagai respons, China mendakwa mahu menyelesaikan pertikaian wilayah secara aman tetapi enggan berganjak daripada tuntutannya terhadap seluruh laut tersebut, termasuk perairan dalam lingkungan zon ekonomi eksklusif (EEZ) Filipina.

AS dan Filipina semalam melancarkan latihan bersama tentera laut di perairan Filipina berhampiran dengan Laut China Selatan.

Komander Armada Ketujuh tentera laut AS, Laksamana Madya Scott Van Buskirk menggambarkan AS dan Filipina sebagai 'sekutu', menandakan komitmen paling kukuh dan paling berkekalan yang boleh diberikan oleh kedua-dua negara.

"Perikatan kita berteraskan kepentingan AS yang mendalam dan berterusan dalam memastikan kebebasan dan keselamatan Republik Filipina," katanya. - AFP

read more...

Sabtu, 25 Jun 2011

AS sedia bekal senjata moden kepada Filipina


Clinton (kanan) dan Albert del Rosario semasa menghadiri sidang media bersama di Jabatan Negara AS di Washington, DC, semalam. - AFP


WASHINGTON 24 Jun - Amerika Syarikat (AS) semalam menyatakan kesediaan untuk membekalkan kelengkapan moden tentera kepada Filipina, yang berikrar akan membalas sebarang tindakan agresif China berhubung ketegangan di Laut China Selatan.

Setiausaha Luar Albert del Rosario dalam satu kunjungan ke Washington berkata, Filipina berhasrat untuk menaik taraf kapal perangnya yang telah lama serta memperbaharui hubungan dengan AS di tengah-tengah perselisihan dengan China.

"Kami sangat komited untuk menyokong pertahanan Filipina," kata Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton dalam satu sidang media bersama ketika ditanya berhubung harapan Filipina itu.

Jelas Clinton, kedua-dua negara sedang mengenal pasti aset tambahan yang diperlukan Filipina serta cara untuk membekalkannya.

Katanya, del Rosario akan bertemu Setiausaha Pertahanan, Robert Gates dan pegawai-pegawai lain berhubung perkara itu.

Sementara itu, perang mulut antara Vietnam dan China berhubung perebutan wilayah maritim di Laut China Selatan berterusan hari ini apabila akhbar-akhbar utama Vietnam menyiarkan laporan menyelar negara kuasa besar itu kerana mengeruhkan hubungan antara kedua-dua negara.

Akhbar Thanh Nien melaporkan 'Media China memutarbelit maklumat, mengancam rakyat Vietnam', sementara akhbar Saigon Giai Phong menyiarkan laporan berbunyi 'Akhbar-akhbar China mengubah kebenaran, menakut-nakutkan Vietnam'. - AFP

read more...

McCain gesa AS bantu ASEAN hadapi China

WASHINGTON 21 Jun - Anggota kanan Parti Republikan, Senator John McCain menggesa kerajaan Amerika Syarikat (AS) meningkatkan sokongan ketenteraan dan politik kepada negara anggota ASEAN untuk menghadapi China dalam pertikaian semakin meningkat di Laut China Selatan.

Menurutnya, AS perlu membantu anggota ASEAN untuk membangunkan dan menempatkan sistem amaran awal serta bot peronda perairan pantai di kawasan yang menimbulkan pertikaian.

Kata bekas kapten tentera laut AS itu, Washington perlu juga menggunakan diplomasi untuk membantu negara ASEAN menyelesaikan pertikaian sesama mereka dan 'mengambil pendirian lebih bersatu'.

Beliau mengalu-alukan perjanjian yang dicapai antara Malaysia dengan Brunei pada Mac 2009 sebagai satu contoh.

"China cuba mengeksploitasi perpecahan di kalangan anggota ASEAN untuk melaga-lagakan mereka bagi memajukan agendanya sendiri," kata McCain pada majlis makan malam anjuran Pusat Kajian Strategi dan Antarabangsa, di sini.

McCain, pendukung dasar ketenteraan lebih tegas, menyambut baik pendirian pentadbiran Presiden Barack Obama mempertahankan kebebasan pelayaran di Laut China Selatan, tetapi beliau mahu White House mengambil langkah lebih tegas.

Katanya, negara lain perlu mengetahui tuntutan mana yang diterima dan mana yang ditolak oleh AS, dan bentuk tindakan yang bersedia diambil oleh AS untuk membantu, terutamanya dalam mempertahankan sekutu rapat, Filipina.

McCain menyambut baik hubungan kerjasama dengan China dan tidak mencari konflik dengan kuasa besar Asia itu, tetapi beliau menyalahkan 'tindakan agresif' China dan 'tuntutan wilayahnya yang tidak berasas' sebagai punca ketegangan baru-baru ini.

China minggu lepas berkata, Beijing tidak akan menggunakan kekerasan di Laut China Selatan dan menggesa negara lain supaya 'meningkatkan usaha bagi memelihara keamanan dan kestabilan di rantau itu'. - AFP

read more...

Selasa, 21 Jun 2011

Spratly: China digesa terbuka


KAPAL peronda Pentadbiran Keselamatan Maritim China, Haixun 31 berlabuh di Pusat Pelayaran Singapura, semalam. Ia adalah antara kapal maritim awam terbesar dihantar oleh China untuk melindungi 'hak dan kedaulatannya'. - REUTERS

SINGAPURA 20 Jun - Singapura menggesa China supaya lebih terbuka berhubung tuntutan wilayah maritimnya di Laut China Selatan dengan menyatakan kekaburan isu itu akan menimbulkan kebimbangan antarabangsa.

Menurut Kementerian Luar Singapura, walaupun republik ini tidak membuat tuntutan di Laut China Selatan, sebagai negara perdagangan utama, kepentingan Singapura mungkin terjejas berikutan isu pelayaran bebas di perairan tersebut.

Kenyataan Singapura itu dikeluarkan ketika kapal peronda awam terbesar China, Haixun 31 berlabuh di pelabuhannya selepas melalui Laut China Selatan.

"Kami rasa, adalah menjadi kepentingan China untuk menjelaskan tuntutannya di perairan itu dengan lebih terbuka memandangkan kekaburan dalam isu ini telah menimbulkan kebimbangan serius kepada masyarakat maritim antarabangsa.

"Singapura bukanlah satu daripada negara yang menuntut wilayah di perairan itu dan bersikap berkecuali terhadap tuntutan mana-mana negara," katanya.

Republik ini melalui satu kenyataan berkata, sebagai sebuah negara perdagangan utama, Singapura mempunyai kepentingan sekiranya keadaan itu menjejaskan kebebasan belayar di semua laluan maritim antarabangsa termasuk di Laut China Selatan.

Ketegangan antara China dan negara-negara lain yang menuntut wilayah di Kepulauan Spratly di Laut China Selatan semakin memuncak sejak akhir-akhir ini.

Filipina dan Vietnam terutamanya turut memperkukuh tuntutan masing-masing selepas tindakan agresif berterusan China di wilayah yang menjadi pertikaian, tetapi Beijing menegaskan ia mahu menyelesaikan isu itu secara aman.

Jumaat lalu, Manila berkata, pihaknya akan menghantar kapal tentera laut ke Laut China Selatan sehari selepas China mengumumkan misi menghantar kapal peronda Haixun 31.

Sementara itu, lebih 100 rakyat Vietnam berhimpun di luar Kedutaan China di Hanoi untuk minggu ketiga berturut-turut bagi membantah tindakan agresif China. - AFP

read more...

Jumaat, 17 Jun 2011

Spratly: Keadaan semakin tegang


TENTERA Vietnam meronda di pulau Phan Vinh, antara pulau kecil di Kepulauan Spratly pada 14 Jun lalu. - AFP

MANILA 17 Jun - Perebutan wilayah maritim di Laut China Selatan semakin tegang hari ini apabila beberapa negara terlibat memperkukuh tuntutan masing-masing, dua hari selepas China menghantar kapal peronda terbesarnya di perairan tersebut.

Tentera Laut Filipina hari ini berkata, pihaknya akan menghantar sebuah kapal perang ke Kepulauan Spratly bagi meronda di wilayah yang dituntutnya, bagaimanapun negara ini menafikan tindakan itu sebagai respons kepada langkah yang diambil China dua hari lalu.

"Tentera laut sering mengadakan rondaan di kawasan perairan. Ia adalah rondaan biasa," kata jurucakap Jabatan Pertahanan, Eduardo Batac tentang penghantaran kapal BRP Rajah Humabon bersama 68 pegawai dan anak kapal.

Sementara itu, China bakal memperkukuh agensi pengawasan maritimnya dengan menambah bilangan kapal serta 6,000 anggota menjelang 2020 dalam satu lagi langkah yang dijangka meningkatkan ketegangan dengan negara-negara jiran yang turut menuntut wilayah di perairan Laut China Selatan.

Menurut laporan akhbar China Daily, langkah memperbesar agensi Tentera Pengawasan Maritim China itu dibuat selepas pihaknya mengesan banyak pencerobohan laut dan udara berlaku di wilayah yang dituntutnya.

"Semakin banyak pencerobohan oleh kapal dan pesawat asing berlaku di perairan serta ruang udara China sejak beberapa tahun kebelakangan ini," lapor akhbar tersebut.

Laporan itu menyebut, agensi pengawasan martim itu telah mengesan sebanyak 1,303 pencerobohan kapal asing dan 214 oleh pesawat sepanjang tahun lalu, berbanding hanya 110 kes pada 2007.

Seorang pegawai agensi pengawasan yang berada di bawah Pentadbiran Lautan negara itu dipetik China Daily sebagai berkata, pihaknya akan memperoleh 16 pesawat dan 350 kapal menjelang rancangan lima tahun negara itu yang berakhir pada 2015 dan lebih 15,000 anggota menjelang 2020.

Satu lagi laporan akhbar tabloid Global Times hari ini melaporkan, China, baru-baru ini telah mengadakan latihan ketenteraan selama tiga hari di pulau tropika Hainan, selatan negara ini melibatkan 14 buah kapal.

Dalam perkembangan yang sama, Vietnam menyuarakan harapannya untuk menarik lebih ramai pelancong ke Kepulauan Spratly dengan membangunan projek pelancongan di lima lokasi di sekitar pulau tersebut. - Reuters/AFP/dpa

read more...

Kapal perang Tentera Laut Filipina BRP RAJAH HUMABON

USS Atherton DE 169 Dipindahkan ke Jepun sebagai HATSUHI
Kembali ke USN 1975; Stricken 06/15/75.
Dijual pada nilai sekerap ke Filipina sebagai Raja HUMABON 09/13/76.
Dijadualkan akan ditimpa oleh 1996, pena masih dalam perkhidmatan pada tahun 2008!

"The BRP Raja Humabon (PF-11) adalah perdana semasa, dan modal terbesar di kapal perang Tentera Laut Filipina. Ia adalah Destroyer Cung lepas Pengiring / frigat dalam kumpulan pesawatnya, dan dianggap sebagai salah satu kapal lama aktif dalam armada, dan di dunia. Beliau adalah salah satu daripada tiga bekas USN pemusnah pengiring Cannon-kelas yang berkhidmat dengan Tentera Laut Filipina, yang lain sedang BRP Datu Sikatuna (PF-5/PS-77) dan BRP Datu Kalantiaw (PS-76) .

Klasifikasi sekarang adalah frigat Patrol. Seperti baru-baru ini sebagai 2008 dia masih dilihat dan disahkan Thao daripada asas utama tentera laut Tentera Laut Filipina di Perak dan lawatan Ibu Pejabat Tentera Laut di Manila. Beliau kini Ditugaskan kepada Pasukan Peronda dari Armada Filipina, dan Ditugaskan sebagai perdana semasa Tentera Laut Filipina.

Beliau ditugaskan untuk Tentera Laut Filipina pada tahun 1980 sebagai RPS Raja Humabon (PS-78), dan membentuk tulang belakang Armada Filipina bersama-sama dengan dua kapal kakaknya dan lain-lain bekas Tentera Laut AS pemusnah pengiring. Dia diklasifikasikan sebagai BRP Raja Humabon (PF-11), kini menggunakan "BRP" kapal penamaan standard dan Menjalankan satu "frigat" klasifikasi, dan berkhidmat sehingga 1993 apabila dia bersara. Tetapi kerana boleh menekan, dia kemudian dipanggil semula ke dalam perkhidmatan pada tahun 1995. "(Maklumat ihsan Wikipedia)

Pada bulan Jun 2008, BRP Raja Humabon PF-11 Masih dalam senarai Filipina Tentera Laut "Kapal ditauliahkan dan Kraf." Senarai ini boleh didapati di laman web Tentera Laut Filipina.

Tatal ke bawah untuk melihat gambar tahun 2005 dan 2008.

ex-USS Atherton DE 169 in 2005

ex-USS Atherton DE 169 pada tahun 2005










ex-USS Atherton DE 169 dalam tahun 2005 HUMABON Raja


ex-USS Atherton DE 169 Mei 2008 sebagai HUMABON Raja!

Foto tersebut didorong untuk Forum Pertahanan Filipina. Mesej berbunyi, "Hei guys, hanya ingin berkongsi beberapa gambar saya pagi ini, dua kapal berlabuh PN di Teluk Manila, saya mengambil pics di Hotel Philippine Plaza Hotel tembok laut dalam ... Juga saya mahu mengulas mengenai rolling Jacinto kelas kapal itu, saya memerhatikan kedua-dua kapal berlabuh, dan dengan gelombang minima, Ricarte itu bergolek lebih, tidak seperti ma Humabon stabil dengan gelombang yang sama. "
read more...

Tentera Filipina juga ke Spratly

Benigno Aquino beri amaran tidak benarkan Beijing buli Manila

MANILA: Filipina semalam menghantar kapal tentera lautnya ke perairan Laut China Selatan yang menjadi pertikaian berikutan ketegangan dengan Beijing mengenai tuntutan bertindih kedua negara terbabit di Kepulauan Spratly.

Bagaimanapun, jurucakap jabatan pertahanan, Eduardo Batac menegaskan bahawa penghantaran itu adalah tugasan rutin dan tidak mempunyai kaitan dengan pengumuman oleh China bahawa satu kapal maritim rondaan lautnya lalu kawasan terbabit.








ex-USS ATHERTON DE 169 as RAJAH HUMABON in May 2008

“Saya tidak fikir ini ada kaitan. Tentera laut menjalankan rondaan laut biasa dan kita tidak perlu kaitkan penghantaran Rajah Humabon dengan penghantaran kapal tentera laut China,” katanya kepada media.


Batac tidak mengetahui sama ada kapal China sudah menghampiri perairan yang dituntut kedua-dua negara itu dan tidak menyebut bila kapal Filipina itu akan dihantar atau ke mana ia akan dihantar.

Rajah Humabon, bekas milik tentera laut Amerika Syarikat dibina ketika Perang Dunia ke-2 yang menjadi antara kapal perang tertua di dunia. Ia memulakan perkhidmatan dengan Tentera Laut Filipina pada 1980.

Meskipun Batac membuat kenyataan menafikan kena mengena dengan China, Presiden Benigno Aquino terus terang memberi amaran kepada Beijing agar tidak mencabul kawasan tuntutan Manila.

“Kami tidak akan benarkan dibuli hanya kerana kami negara kecil. Kami juga ada sebab kukuh untuk menyuruh mereka tidak mencabul wilayah kami dan itu bukan sumber atau punca pertikaian,” katanya.

Benigno berkata, Filipina sudah menamatkan tinjauan gas dan minyak di Tebing Reed Bank, kira-kira 130 kilometer dari wilayah Palawan dan menyifatkan hasilnya menggalakkan.

Filipina mempunyai tuntutan bertindih dengan China, Taiwan, Vietnam, Malaysia dan Brunei mengenai kawasan yang kaya dengan sumber di Laut China Selatan itu.

Ketegangan sejak sekian lama tercetus semula dalam masa beberapa bulan kebelakangan ini berikutan dakwaan oleh Filipina dan Vietnam bahawa China meningkatkan tindakan agresif untuk menguasai wilayah yang dituntut itu.

Filipina mendakwa China bulan ini menghantar kapal tentera laut di sekitar Pulau Spratly di Laut China Selatan terbabit, selain mendakwa bahawa China memasang pos dan pelampung berhampiran kawasan terbabit. – AFP/AP
read more...