Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 2 September 2010

Tak layan tuntutan BENDERA: TPM

  KUMPULAN masyarakat dari Lembaga Macan Kemayoran Jakarta, membawa sepanduk memaparkan potret Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib   Razak, ketika mengadakan demonstrasi damai di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, Jakarta Selatan bagi menyokong usaha penyelesaian pertikaian sempadan Malaysia dan Indonesia melalui usaha diplomasi di Jakarta, semalam.
KUMPULAN masyarakat dari Lembaga Macan Kemayoran Jakarta, membawa sepanduk memaparkan potret Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, ketika mengadakan demonstrasi damai di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, Jakarta Selatan bagi menyokong usaha penyelesaian pertikaian sempadan Malaysia dan Indonesia melalui usaha diplomasi di Jakarta, semalam.
Malaysia yakin sebarang isu dua hala boleh diselesai secara rundingan

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya rakyat Indonesia yang sedang bekerja di negara ini tidak akan terpengaruh dengan gesaan kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (BENDERA), supaya mereka pulang ke negara itu sebagai tanda bantahan terhadap negara ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat Indonesia yang bekerja di negara ini menghargai apa yang mereka peroleh dan tindakan yang dilakukan untuk membantu mereka di sini sama seperti rakyat negara ini menghargai warga negara jiran itu.

"Ia bukan saja untuk kebaikan Malaysia tetapi juga Indonesia, atas dasar itu kita tidak mahu bersikap terlalu emosional, kita harus bersikap rasional. Segala tindakan yang kedua-dua kerajaan akan ambil tidak bersandar kepada sentimen sekelompok manusia yang mungkin mempunyai muslihat tertentu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan di sini, semalam.

Muhyiddin juga berkata selain itu, BENDERA atau mana-mana pihak juga tidak boleh memberi jaminan pekerja Indonesia yang pulang itu akan kekal menerima pendapatan atau pekerjaan.

"Saling memerlukan ini saya fikir adalah sesuatu yang patutnya menjadi asas pertimbangan, bukannya kerana ada seruan pihak di sana.

"Kalau mereka pulang ke sana pun mungkin mereka tak dapat jaminan dari BENDERA atau apa pun, mengatakan mereka akan memperoleh pendapatan dan pekerjaan," katanya.

Beliau mengulas laporan mengenai gesaan Koordinator BENDERA, Mustar Bona Ventura Manurung, agar Jakarta segera mencari jalan untuk membawa pulang kira-kira dua juta warga Indonesia yang bekerja di negara ini dan seterusnya memutuskan hubungan diplo-matik dengan Kuala Lumpur kononnya bagi mempertahankan kehormatan serta kedaulatan negara itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia tetap berpegang kepada keyakinan bahawa sebarang isu dua hala dengan Indonesia boleh diselesaikan dengan baik menerusi rundingan.

Katanya, kerajaan Malaysia juga tidak perlu memberi reaksi terhadap tuntutan BENDERA kerana yang lebih penting ialah menyelesaikan masalah secara diplomasi bagi menjaga hubungan jangka panjang kedua-dua pihak.

Beliau berkata, isu berbangkit juga akan dibincangkan dalam pertemuan di antara Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan rakan sejawatnya dari Indonesia, Marty Natalegawa, di Sabah pada Isnin ini.

“Kita tidak akan ambil sesuatu keputusan yang boleh membawa kesan tidak baik kepada kedua-dua negara, terutama bagi rakyat, sama ada rakyat Malaysia yang berada di sana atau rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia, itu tujuan hubungan diplomasi yang kita sudah jalin sekian lama," katanya.

Muhyiddin juga menolak tuntutan sesetengah pihak di Indonesia termasuk BENDERA supaya Malaysia memohon maaf kerana isu berkenaan akan diselesaikan menerusi rundingan.

“Itu sudah dikemukakan melalui saluran diplomasi dengan bentuk bantahan kita kepada beberapa kes yang sudah pun berlaku, tapi apa pun kita bersetuju kedua-dua negara (untuk) mengadakan perbincangan, jadi apa saja perkara berbangkit akan dibincangkan di situ dan kita harap ada keputusan yang baik boleh dicapai,” katanya.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Tak layan tuntutan BENDERA: TPM"

Catat Ulasan