Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 25 Ogos 2010

Bukti kejayaan dasar negara

TAHNIAH Malaysia. Teruskan kecemerlangan dan kemakmuran yang dinikmati hari ini. Berada di kedudukan ke-37 dalam senarai Negara Terbaik Dunia dan ketiga di rantau Asia membuktikan bahawa barisan kepimpinan tertinggi kerajaan sekarang bijak membuat percaturan dalam segala aspek yang diperlukan oleh sebuah negara yang pantas menuju ke status negara maju. Dengan lain perkataan, kemampuan kerajaan mentadbir negara diiktiraf oleh penduduk dunia.

Hasil kaji selidik majalah Newsweek edisi antarabangsa keluaran 23 hingga 30 Ogos, menunjukkan negara kita menjadi pilihan kerana mampu menyediakan tempat untuk hidup lebih selesa dan sihat, selamat, sejahtera dan maju.

Dalam kaji selidik yang diadakan itu, sebanyak 100 negara terlibat dengan kedudukan tiga teratas yang menjadi pilihan ramai adalah Finland, Switzerland dan Sweden.

Di rantau Asia Tenggara, Malaysia berjaya mengatasi Thailand (ke-58), Filipina (ke-63) dan Indonesia (ke-73). Manakala di peringkat negara-negara Asia pula, Malaysia mengatasi China (ke-59), Sri Lanka (ke-66) dan India (ke-78).

Majalah Newsweek memilih pencapaian itu berdasarkan lima kategori iaitu pendidikan, kesihatan, kualiti kehidupan, daya saing ekonomi dan persekitaran politik yang menjurus kepada kesejahteraan negara.

Dalam kategori pendidikan, Malaysia berada di tempat ke-36 dengan markah 86.43 peratus (%); kesihatan (#52, 71.02%), kualiti kehidupan (#48, 69.28%), daya saing ekonomi (#14, 61.93%) dan persekitaran politik (#54, 59.80%). Keseluruhan kedudukan adalah di tempat ke-37 dengan markah 69.69%.

Tentunya setiap rakyat Malaysia berbangga dan ia boleh dijadikan hadiah hari jadi kepada negara yang bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-53 pada 31 Ogos ini.

Memang diakui cabaran yang dihadapi bukan calang-calang hebatnya terutama apabila negara terpaksa mengharung dua krisis kewangan global pada 1997 dan 2008. Negara berjaya mengharunginya tanpa perlu bergantung kepada pinjaman Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

Ia sekali gus membuktikan pakej-pakej rancangan ekonomi yang dilaksanakan termasuk pakej rangsangan bernilai RM67 bilion telah memberi kesan positif terhadap ekonomi Malaysia, selain dapat merangsang sentimen dan keyakinan perniagaan.

Berikutan pertumbuhan ekonomi yang baik, maka kualiti hidup dan jangka hayat penduduk turut meningkat sejajar dengan kemajuan sektor kesihatan yang sedang menuju ke taraf dunia. Tidak hairanlah, Malaysia kini menjadi tumpuan warga asing yang datang ke sini bagi mendapatkan rawatan berkualiti pada kos yang lebih murah.

Begitu juga dalam aspek politik yang mungkin ada orang melihat suasana politik di Malaysia agak ‘kucar-kacir’ akibat tindakan melampau dan fitnah parti pembangkang. Kesemua itu tidak menjadi kudis untuk diubati kerana walau apa pun yang berlaku, rakyat negara ini masih dapat hidup dalam suasana selesa dan harmoni.

Justeru, menjadi tanggungjawab setiap rakyat untuk mengekalkan kesejahteraan dan keselamatan yang dinikmati sekarang. Hakikatnya, pencapaian hari ini bukan datang bergolek hasil usaha semalam, sebaliknya hasil kerja keras barisan pemimpin sekarang yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pendekatan berani yang diambil oleh Najib termasuk mencadangkan Model Baru Ekonomi (MBE), pengenalan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Pelan Transformasi Ekonomi dijangka dapat meletakkan Malaysia pada kedudukan ekonomi yang lebih baik pada masa depan. Ia juga membuktikan bahawa dasar-dasar kerajaan yang dilaksanakan dalam pembangunan negara diiktiraf dunia.

Malah, dasar-dasar itu jugalah yang membawa kepada kemajuan dalam sektor pendidikan sehingga Malaysia kini menjadi tumpuan pelajar asing. Walaupun setiap kali Menteri Pelajaran bertukar dan dasar pendidikan turut berubah, namun ia tidak lari daripada matlamat melahirkan generasi berilmu, berinovasi dan berdaya saing.

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan dunia telah membuahkan hasil apabila kategori pendidikan dalam kaji selidik tersebut memperoleh 86.43 peratus.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

read more...

Hormatilah jiran tetangga secara beradap!

SANGAT biadap! Kedutaan Malaysia dilontar najis oleh penunjuk perasaan di Jakarta disebabkan mereka memprotes tiga anggota penguat kuasa Indonesia ditahan oleh Polis Malaysia.

Ditambah pula mereka sanggup menyepak dan memijak bendera Malaysia dengan penuh rasa bangga dan megah. Inilah sikap ketidakmatangan berfikir rakyat Indonesia sehingga sanggup menghina dan menguris perasaan hati rakyat Malaysia yang akan menyambut hari kemerdekaan tidak lama lagi.

Rakyat Indonesia yang terbabit langsung tidak menghargai layanan yang diberikan oleh kerajaan dan rakyat Malaysia yang menawarkan peluang pekerjaan di negara ini.

Sebenarnya rakyat Malaysia telah lama bersabar dengan kegilaan rakyat Indonesia menghina Jalur Gemilang. Mereka pernah mengancam mahu membunuh rakyat kita di Indonesia dengan buluh runcing sehingga menimbulkan ketakutan rakyat Malaysia melancong ke Indonesia.

Rakyat Indonesia tidak pernah sedar diri berapa ramai keluarga, kawan mereka yang bekerja di Malaysia menikmati hidup selesa sehingga mampu membina rumah di negara mereka kerana hasil daripada dasar keterbukaan Malaysia memberi peluang pekerjaan.

Ada rakyat Indonesia yang dahulunya datang ke Malaysia dalam keadaan kurus kering tetapi pada hari ini telah makin berisi malah mampu membeli telefon bimbit berjenama. Wanita Indonesia yang bekerja di sini dahulunya datang ke Malaysia dengan rambut berkerinting dan berserabut tetapi hasil daripada gaji mereka, rambut mereka makin cantik dan diwarnakan kerana kemampuan mereka.

Selama ini hanya kita menganggap mereka sebagai saudara sedangkan mereka tidak pernah menganggap kita sebagai saudara malah musuh mereka sejak era Sukarno lagi. Jika hendak dihitung terlalu banyak jenayah yang telah mereka lakukan di negara ini setiap hari! Setiap hari ada sahaja kes rompakan dan pembunuhan semuanya didalangi oleh rakyat Indonesia.

Rakyat Malaysia tidak pernah marah sebaliknya kita tidak pernah mengambil tindakan drastik. kes jenayah sangat membimbangkan sejak rakyat Indonesia memasuki negara Malaysia untuk bekerja. Mereka harus menyedari bahawa terdapat kira-kira 2 juta rakyat negara itu yang mencari makan dan beranak-pinak di sini tetapi belum dihitung yang masuk secara haram ke Malaysia?

Indonesia harus memberi didikan akhlak kepada rakyat mereka terutama sekali ahli pertubuhan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang langsung tidak berfikir implikasinya. Dalam otak mereka hanya ingin berperang dengan Malaysia.

Kita yakin kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia tidak akan mengenakan sebarang tindakan dan bertindak secara emosional, tetapi Indonesia harus merasa malu kepada dunia seluruhnya. Sedarlah tidak ada rakyat di negara maju yang main baling-baling tahi.Tindakan mereka ini seperti di zaman batu yang tidak maju serta tidak bertamadun tinggi.

Hubungan Malaysia dan Indonesia akan menjadi bertambah rumit jika pemimpin Indonesia tidak mampu mengawal media mereka yang sengaja menimbulkan kontroversi terhadap Malaysia! Sepatutnya istilah serumpun antara Malaysia dan Indonesia seharusnya dalam hubungan yang cukup istimewa sebaliknya tidak berlaku.

Ketika Malaysia ingin meraikan Hari Kemerdekaan tidak lama lagi, rakyat Indonesia seharusnya menghormati dan menjaga hubungan ini. Ini ditambah pada waktu ini, rakyat Malaysia dalam bersemangat menyambut hari kemerdekaan tetapi sebaliknya berita bendera Malaysia dipijak-pijak memanglah satu perkara yang menimbulkan kemarahan .

Cuba peka dengan jiran tertangga bukannya mencari masalah. Dalam keadaan kesusahan Indonesia menghadapi bencana alam seperti tsunami dan gempa bumi, kerajaan Malaysia antara negara awal yang menghantar bantuan kemanusiaan.

Kita sudah semakin muak dengan sikap dan tingkah laku rakyat Indonesia. Setakat ini kita masih mampu bersabar. Namun rakyat Indonesia diingatkan jangan cabar kesabaran rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia ada maruah dan kedaulatan yang harus dijaga. Jangan sampai suatu hari nanti rakyat Indonesia menangis jika kerajaan Malaysia mengambil tindakan yang paling tegas mengusir pekerja mereka daripada bumi Malaysia.

Penulis ialah Naib Presiden GPMS Malaysia.

P/S : Rakyat Malaysia tak nak buat demonstrasi secara besar-besaran ke? seperti yang pernah berlaku pada zaman Tunku dulu.

read more...

Cari siapa dalang demonstrasi cemar maruah Malaysia


MALAYSIA ada maruah dan harus dihormati tidak kira di dalam atau luar negara. Sebab itu, rakyat kita akan berasa marah dan geram apabila melihat gelagat penunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, kelmarin.

Malaysia memang memahami bahawa demonstrasi jalanan di Indonesia adalah perkara biasa sejak negara itu melalui era reformasi pada 1998. Dan demonstrasi di sana sememangnya dibenarkan.

Tetapi, untuk kesekian kalinya, kedaulatan dan maruah Malaysia bagaikan dicabar lagi apabila Jalur Gemilang dipijak-pijak dan dibakar oleh segelintir rakyat Indonesia.

Lebih dikesalkan dan membakar api kemarahan kita ialah tindakan anggota penunjuk perasaan melemparkan sebungkus najis ke dalam kawasan kedutaan Malaysia.

Kenapa peristiwa memalukan ini berlaku ketika negara kita bersiap sedia menyambut kemerdekaan ke-53.

Punca tunjuk perasaan diadakan adalah untuk membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa Indonesia oleh polis Malaysia, ekoran sebelum itu penahanan tujuh nelayan dari negara kita.

Ada dakwaan mengatakan nelayan Malaysia selalu menceroboh ruang perairan negara mereka, sedangkan hakikatnya, perairan Malaysia dicerobohi hampir setiap hari oleh rakyat Indonesia.

Tetapi isu penahanan itu sudah diselesaikan secara diplomasi oleh kedua-dua negara apabila kesemua yang ditahan termasuk nelayan Malaysia, dibebaskan.

Jadi, apa lagi mahu dikecohkan?

Kecuali insiden ini telah dirancang pihak tertentu. Oleh itu, pihak berkuasa Indonesia dan Malaysia digesa mencari siapa dalang atau penaja demonstrasi hingga berlaku kekecohan itu.

Jika ia melibatkan negara tertentu, dedahkannya. Kalau wujud campur tangan pihak ketiga yang mahu mempolitikkan isu itu, jangan dirahsiakan namanya.

Kita sedia maklum segelintir penunjuk perasaan itu diupah. Adalah malang jika mereka itu pula diupah oleh individu dari Malaysia yang gilakan kuasa dan menjadikan Indonesia sebagai pentas untuk memburuk-burukkan imej kerajaan kita.

Kita perlu berhati-hati daripada terjerat dalam perangkap permainan licik sebegini.

Kita minta kerajaan Indonesia supaya ambil tindakan paling tegas terhadap keceluparan dan sikap kurang ajar rakyatnya yang merusuh dan membaling najis ke kawasan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta. Insiden demonstrasi di hadapan kedutaan kita diharap tidak diulangi pada masa hadapan.

Walaupun maruah Malaysia dicabar, rakyat negara ini tidak mudah mengikut rentak penunjuk perasaan di Jakarta.

Perbuatan berbalas demonstrasi tidak menyelesaikan masalah sebaliknya boleh menjejaskan hubungan luar Malaysia dengan Indonesia.

Malah, jika tindakan demonstrasi diambil, ia menunjukkan rakyat Malaysia tidak matang dan emosional.

Jalan paling baik, kita tunjukkan kepada rakyat Indonesia, walau apa pun tanggapan mereka kepada Malaysia, negara ini mengamalkan sikap tolak ansur dan berbaik-baik dengan negara jiran.

P/S :

Mereka memang melampau. Kurang ajar betul. Tak tahu malu. Tak sedar diri. Dengki sebenarnya dgn Malaysia, sedangkan berjuta rakyat mereka datang mencari rezeki di sini. Yang datang secara sah, yang datang secara haram pun ramai. Datang buat masalah di sini, merompak, menyamun sana sini. Menyusahkan rakyat Malaysia. Kalau diikutkan, halau saja balik negara mereka. Tak mustahil 20-30 tahun akan datang, orang Indonesia yang dah dapat status penduduk tetap akan jadi besar kepala mcm penduduk2 bukan Bumiputera yang ada di Malaysia sekarang, minta itu ini.

Setakat kerajaan Malaysia menahan 3 rakyat mereka pun sampai sanggup buat demo yang menghina dan menjijikkan begitu, apatah lagi kalau tindakan yang lebih tegas dikenakan?
Masalahnya, Malaysia, ada berani?
read more...

Tunku tak mahu pijak Pancasila


KHALID Yunus dan Samy Vellu menaikkan bendera Malaysia di Kedutaan Indonesia dan menurunkan lambang Pancasila.

SEKALIPUN Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman menyedari perasaan marah rakyat Malaysia sedang memuncak terhadap Presiden Sukarno yang melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia, tetapi apabila sekumpulan pemuda yang menunjuk perasaan pada 17 September 1963 di Kuala Lumpur meminta supaya beliau memijak simbol Pancasila negara Indonesia, Tunku enggan berbuat demikian.

Simbol itu telah diturunkan dari bangunan Kedutaan Indonesia di Jalan Ampang dan diheret dengan skuter dan motosikal ke kediaman Perdana Menteri di Jalan Dato Onn.

Khalid Yunus pemberita Utusan Melayu yang dihantar untuk meliputi tunjuk perasaan itu telah bertukar menjadi penunjuk perasaan yang menurunkan simbol itu dari anjung bangunan kedutaan.

Menurut Khalid apabila sampai di kediaman Tunku, mereka telah memanggil Tunku keluar dan kemudian mengusung Tunku dan menyuruh Tunku, "pijak! pijak! pijak!" simbol yang dibawa oleh mereka itu tetapi apabila Tunku enggan, mereka meletakkan Tunku di atasnya. Tunku berkata "awatlah hampa buat aku macam ni".

Khalid nampak air mata Tunku tergenang tetapi tidak tahu sebabnya sama ada kerana terpaksa melakukan sesuatu yang bertentangan dengan jiwanya atau kerana terharu dengan sikap mereka.

Sebagai Ketua Pemberita pada masa itu saya telah menugaskan Khalid untuk meliputi suatu perhimpunan yang dirancang secara kilat bagi membalas tindakan pemuda-pemuda Indonesia di Medan menunjuk perasaan dan menawan Konsul Malaysia di Medan.

Saya yang turut hadir di perhimpunan itu akhirnya terpaksa mengambil alih tugas Khalid membuat liputan dan menulis berita mengenainya kerana beliau tidak lagi menjalankan tugasnya sebaliknya berada di barisan depan pemuda-pemuda yang berarak dari suatu perhimpunan ramai yang bermula dari Padang Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru.

Perhimpunan itu telah mendengar ucapan-ucapan penuh bersemangat dan berapi-api mengecam konfrontasi. Di antara pemidatonya ialah Ketua Pengarang Utusan Melayu, Melan Abdullah yang muncul sebagai Ketua Barisan Bertindak Rakyat Malaysia yang ditubuhkan secara kilat untuk melancarkan perang saraf ke seluruh negara bagi memerangi konfrontasi Indonesia.

Perarakan ke Jalan Ampang itu membawa sepanduk anti Parti Komunis Indonesia (PKI) dan mengecam Menteri Luar Indonesia Subandrio dan Presiden Sukarno. Salah satu sepanduk itu berbunyi "Sukarno kuda tunggangan Aidit."

Perisytiharan

Tunjuk perasaan itu berlaku menjelang perisytiharan penubuhan Malaysia pada petangnya tanpa mempedulikan bantahan Indonesia yang menganggapnya sebagai gagasan penjajah. Pada hari itu juga hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia diputuskan.

Dalam perisytiharan penubuhan Malaysia itu Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman memberitahu perhimpunan lebih 20,000 orang di Stadium Merdeka.

''Kami bersedia untuk mengawal dan mempertahankan negara kami daripada serangan musuh dengan apa juga kuasa yang ada pada kami dan juga dengan nyawa kami" (lihat Looking Back )

Dalam perang saraf menentang Indonesia, Malaysia menumpukan serangan kepada PKI yang dipimpin oleh D.N. Aidit dan juga Subandrio. Sukarno lebih dilihat sebagai telah dipergunakan oleh PKI.

Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie telah mendapat maklumat dari berbagai sumber, tentang Sukarno tidak lagi dapat menolak kekuatan PKI. Antaranya ialah dari Duta Indonesia di Singapura, Sugiharto yang merupakan orang Sukarno.

Ghazali telah bertanya kepada Sugiharto kenapa Presiden Sukarno nampak bimbang dengan beberapa pihak yang dijemput untuk menyertai persidangan puncak antaranya dengan Tunku Abdul Rahman di Tokyo pada Jun 1963. Sugiharto memberitahu Ghazali bahawa PKI adalah sangat tidak senang dengan rancangan pertemuan ini. (Lihat buku Ghazali Shafie terbitan UKM: Memoir on The Formation of Malaysia)

Ini, kata Ghazali menghairankan kerana selalunya Sukarno bercakap besar mendakwa beliau dapat mengawal PKI dan juga PKI tidak boleh mempengaruhinya, malah ini dipercayai oleh Amerika. Sugiharto memberitahu itu "hanyalah gendang kosong" dan beliau meminta Malaysia tidak menjadikan ini sebagai propaganda. Ghazali segera sedar bahawa Sugiharto adalah president's man yang anti komunis.

Perkara ini lebih jelas lagi dalam buku Leftenan Jeneral Kemal Idirs "Bertarung dalam Revolusi. Beliau yang tidak bersetuju dengan Sukarno telah ditugaskan dalam masa konfrontasi untuk menyusun gerakan menyerang Malaysia dari Sumatera.

Mencerminkan

Di muka 191 buku ini, Kemal menulis, ''Perubahan politik Bung Karno mencerminkan suasana yang makin keruh. Semula dia beranggapan dengan karisma dan kepimpinannya dia dapat menguasai PKI. Ini meniupkan angin sejuk bagi mereka yang bergerak di tengah PKI dengan politik Nasakom (Gagasan Sukarno untuk menyatukan nasionalis, agama dan komunis).

''PKI tidak mensiasiakan kesempatan itu. Mereka duduk di pundak Bung Karno, secara cerdik mempergunakan kesempatan untuk kepentingan mereka sekali gus memupuk kekuatan di tengah masyarakat. Pada tahun 1965, pada perayaan hari ulang tahun PKI, suasana di tiap kota berubah bagaikan lautan komunis. Bendera merah bergambar pada palu arit berkibar di depan rumah anggota mahupun simpatisannya sepanjang hari baik di kota mahupun di desa.

''Bung Karno selalu merasa mampu mengatasi PKI kerana menganggap mereka adalah Komunis Nasional. Apakah Bung Karno tidak mengetahui hubungan PKI dengan China Komunis itu sangat erat? Bahkan pola PKI adalah juga pola China Komunis yang sudah beralih dari Rusia," kata Kemal.

Sebenarnya punca ketakutan di pihak tentera dan nasionalis Indonesia itu yang anti komunis adalah juga merupakan ketakutan yang pada Tunku Abdul Rahman. Tunku takut kepada komunis kerana komunis di Malaysia adalah sebahagian besar orang Cina.

Tunku telah pun memberitahu Sukarno ketika beliau menemuinya sebagai Ketua Menteri Malaya dalam tahun 1956 bahawa orang Melayu di negara kecil Malaya melihat Indonesia sebagai negara yang dapat memberikan pimpinan dan bantuan sekalipun telah merdeka dan berdaulat (Lihat Looking Back).

Tunku tentu mempunyai banyak sebab untuk tidak mahu memijak simbol negara Indonesia. Di antaranya ialah kerana sikap beliau yang sederhana yang selalu tergambar dalam pendekatan politiknya dan juga dalam sikap hidupnya.

Khalid Yunus yang mencatat sejarah sebagai orang yang berada di barisan depan dalam tunjuk perasaan yang pertama di negara ini terhadap Indonesia telah meninggalkan bidang kewartawanan di usia mudanya. Beliau menyertai politik.

Beliau antara lain pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian Tan Sri Samad Idris, Setiausaha Parlimen dan juga Timbalan Menteri Penerangan.

Sejak persaraannya dari politik, Khalid aktif dalam bidang kesukanan. Beliau sekarang menjadi Presiden Persatuan Kembara Malaysia. Jika dalam usia mudanya beliau memanjat dan memacakkan bendera Malaysia di bangunan Kedutaan Indonesia, di dalam usianya yang menjangkau 70-an beliau telah mendaki beberapa gunung di dalam dan di luar negara dan memacak bendera Malaysia di mana beliau sampai.

Di antara gunung yang telah didakinya ialah di gunung tertinggi di Perancis Mont Blanc, gunung tertinggi di benua Amerika Selatan Gunung Acongcagoa Argentina, gunung tertinggi di Afrika, Kilimanjaro Tanzania, Gunung Kerinci di Indonesia dan Gunung Everest. Sekalipun beliau tidak sampai ke puncaknya tetapi setakat mana beliau sampai di sana beliau memacakkan bendera negara.

Catitan:

l Memoir on the Formation Of Malaysia oleh Ghazali Shafie diterbitkan oleh Penerbit UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia).

l Kemal Idris Bertarung Dalam Revolusi disusun oleh Rosihan Anwar, Ramadhan K.H., Ray Rizal dan Din Majid diterbitkan oleh Pustaka Sinar Harapan Jakarta.

l Looking Back oleh Tunku Abdul Rahman Putra diterbitkan oleh Pustaka Antara Kuala Lumpur dan terjemahannya Coretan Kenangan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj diterbitkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

Oleh : Zainuddin Maidin ialah bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan.

e-mel : zainudinmaidin@gmail.com

read more...

Selasa, 24 Ogos 2010

Konfrontasi Indonesia - Malaysia (1962 - 1966)

Bendera Malaysia Lambang negara Malaysia
Bendera Lambang negara

Konfrontasi Indonesia-Malaysia merupakan satu penentangan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia yang bermula dari tahun 1962 hingga 1966. Penentangan ini telah dilakukan oleh Presiden Sukarno kerana cita-cita tingginya untuk menubuhkan Indonesia Raya yang mencantumkan Tanah Melayu dengan Indonesia terhalang akibat daripada pengisytiharan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

Latar Belakang

Pada 1961, Kalimantan dibahagikan kepada empat pentadbiran. Kalimantan, sebuah negeri milik Indonesia yang terletak di selatan Kalimantan. Di utara merupakan Kerajaan Brunei dan dua negeri dibawah pentadbiran British; Sarawak dan Borneo Utara British, yang kemudiannya diberi nama sebagai Sabah. Sebagai bahagian dari pengunduran dari pentadbirannya di Asia Tenggara, British cuba menggabungkan pentadbirannya di Kalimantan dengan Semenanjung Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia.

Rancangan ini dibantah keras oleh Presiden Indonesia; Presiden Soekarno. Beliau berpendapat bahawa Malaysia adalah sebuah rekaan British, dan penubuhan Malaysia hanya akan memberikan pihak British menguatkan lagi kuasa jajahannya di kepulauan Borneo ini, sehingga memberi ancaman besar terhadap kemerdekaan Indonesia. Filipina juga membuat dakwaan atas Sabah, dengan alasan negeri itu mempunyai hubungan sejarah dengan Filipina melalui Kesultanan Sulu.

Di Brunei, Pemberontak Kalimantan Utara (TNKU) memberontak pada 8 Disember 1962. Mereka melakukan cubaan menculik Sultan Brunei, dan merampas ladang minyak dan menjadikan orang Eropah sebagai tebusan. Sultan Brunei berjaya melepaskan diri dan baginda meminta pertolongan dari British. Baginda mendapat bantuan ketenteraan British, Persekutuan Malaysia dan Gurkha dari Singapura. Pada 16 Disember, Komander Timur Jauh Inggeris (British Far Eastern Command) menyeru bahawa seluruh pemberontakan utama telah berjaya dipatahkan, dan pada 17 April 1963, pemimpin pemberontak ditangkap dan pemberontakan tersebut berakhir.

Filipina dan Indonesia secara rasminya bersetuju untuk menerima pembentukan Malaysia apabila majoriti di daerah yang menghadapai konflik membuat pilihan dalam dalam satu pungutan suara yang dikelolakan oleh PBB. Soekarno pada mulanya mengambil pendirian menyokong penubuhan Malaysia, Menteri luar Indonesia iaitu Dr. Subandrio pernah mengucapkan selamat kepada usaha Persekutuan Tanah Melayu menubuhkan Malaysia. Namun sikap Indonesia telah bertukar dan berusaha menentang keras penubuhan Negera Malaysia daripada menjadi sebuah negara yang bebas. Soekarno ternyata mempunyai ego yang kuat sehingga sanggup menghina dan mengutuk Malaysia secara terus menerus dalam Sidang Kemuncak yang diadakan di Manila. Selain daripada kritikan yang keras, beliau juga bertindak memutuskan hubungan politik, ekonomi dan sosial dengan Persekutuan Tanah Melayu.

“ Semenjak demonstrasi anti-Indonesia di Kuala Lumpur berlaku, para penunjuk perasaan mengepung bangunan Duta Indonesia, dan bertindak mengoyakkan gambar Soekarno dan membawa lambang negara Indonesia Garuda Pancasila di hadapan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dan menyuruh beliau untuk memijak lambang Garuda. Tindakan penunjuk perasaan anti-Indonesia yang melakukan perbuatan sedemikian telah menimbulkan kemarahan Soekarno ke atas Malaysia. ”

Soekarno yang berang akibat tindakan itu mengutuk perbuatan Tunku yang memijak-mijak lambang negara Indonesia[1] dan beliau ingin membalas dendam dengan melancarkan gerakan yang terkenal dengan nama Ganyang Malaysia.(Namun hal ini dinafikan oleh Tunku, malah beliau sendiri mempersoalkan tindakan segelintir penunjuk perasaan memijak-mijak lambang tersebut)[2].

Perang

Dalam usaha Sukarno yang menentang penubuhan Negara Malaysia, beliau juga telah memulaukan Laporan Suruhanjaya Cobbold yang ditugaskan pada tahun 1962 yang bertujuan untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap penubuhan Malaysia. Sukarno telah melancarkan kempen ‘Ganyang Malaysia’pada akhir 1963. Konfrantasi Sukarno telah berubah dari sekadar perang kata-kata menjadi konfrantasi ketenteraan, hal ini berlaku selepas Suruhanjaya khusus PBB yang dibentuk untuk mengumpul pendapat rakyat setempat tentang pembentukan Malaysia. Sukarno menjadi semakin tersinggung apabila Tunku mengumumkan terbentuknya Malaysia sebelum Komisi PBB itu mengumumkan hasil siasatannya.

Pada 1964, gerila Indonesia mulai menyerang wilayah di Semenanjung Malaysia. Pada bulan Ogos, enam belas ejen bersenjata Indonesia ditangkap di Johor. Aktiviti tentera Indonesia di sempadan meningkat. Sehubungan itu, kerajaan Malaysia mengerahkan Angkatan Tentera Malaysia termasuk Rejimen Askar Melayu Diraja dan Rejimen Askar Wataniah bersiap sedia untuk menangani ancaman ganas Indonesia, Tentera Laut Diraja Malaysia dikerah untuk mempertahankan perairan Malaysia. Keanggotaan pasukan tentera Malaysia hanya sedikit yang dikerah dan diletakkan dibahagian pos kawalan sempadan dan kawalan unit komando. Misi utama mereka adalah untuk mencegah pencerobohan gerila Indonesia ke Malaysia. Selain pasukan tentera, kerajaan Persekutuan Malaysia turut menghantar sepasukan polis dari pelbagai cawangan untuk membantu pasukan tentera mempertahankan tanahair. Cawangan Tugas Am, Sukarelawan Polis dan Polis Bantuan ditugaskan untuk mengawal dan membuat rondaan dikampung-kampung dan dikawasan bandar. Sekatan jalanraya dengan pihak tentera dijalankan dengan ketat dan pemeriksaan ke atas orang awam turut dijalankan bagi memastikan tiadanya ejen Indonesia yang menyusup masuk ke dalam bandar dan kampung-kampung dengan menyamar sebagai orang awam. Cawangan Khas ditugaskan untuk membantu Kor Risik Diraja melakukan tugas risikan terhadap kegiatan dan aktiviti subversif yang dilakukan oleh tentera Indonesia, manakala Pasukan Polis Marin membantu Tentera Laut Diraja Malaysia melakukan tugas rondaan diperairan negara serta Pasukan Polis Hutan diaturgerakkan bersama tentera darat memburu gerila Indonesia yang menyusup masuk ke dalam hutan. Pada 16 Ogos, sepasukan Rejimen Askar Melayu Diraja berhadapan dengan lima puluh orang gerila Indonesia.

Meskipun Filipina tidak turut serta dalam kempen tersebut, namun mereka memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Persekutuan Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada 16 September 1963. Brunei menolak gabungan dengan Malaysia dan Singapura keluar di kemudian hari.

Ketegangan berlaku di kedua belah pihak di Selat Melaka. Dua hari kemudian para perusuh membakar kedutaan Britain di Jakarta. Beratus-ratus perusuh menyerbu kedutaan Singapura di Jakarta dan juga rumah diplomat Singapura. Di Malaysia, ejen Indonesia ditangkap dan wartawan media massa menyerang kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur.

Di sempadan Kalimantan, telah berlakunya pertempuran dikawasan sempadan; gerila Indonesia dan pasukan separa tenteranya cuba menceroboh Sarawak dan Sabah, tetapi gagal. Sebahagian besar pihak yang terlibat konflik bersenjata dengan Indonesia adalah askar Britain dan Australia, terutama sekali pasukan khas mereka iaitu Special Air Service (SAS). Dianggarkan, seramai 2000 komando Indonesia (Kopassus) dan 200 anggota SAS British, Australia dan New Zealand terbunuh setelah bertempur di hutan Kalimantan dengan Truper James Condon dari anggota 22 SAS British menjadi korban pertama dalam pertempuran tersebut.

Pada 17 Ogos, pasukan payung terjun mendarat di pantai barat daya Johor dan cuba membentuk pasukan gerila. Pada 2 September 1964, pasukan payung terjun mendarat di Labis, Johor. Pada 29 Oktober, 52 anggota tentera Indonesia mendarat di Pontian di sempadan Johor-Melaka, tetapi ditangkap oleh pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja dan New Zealand, manakala yang selebihnya berjaya ditahan oleh Pasukan Polis Hutan di Batu 20, Muar, Johor.

Konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia menjadi semakin tegang apabila Malaysia terpilih sebagai anggota tidak tetap PBB pada bulan Disember 1964. Sebagai protes kepada penyertaan Malaysia menjadi anggota PBB, Indonesia telah menarik diri daripada keanggotaan PBB pada Januari 1965.

Sebagai tandingan Olimpik, Soekarno turut menyelenggarakan GANEFO (Games of the New Emerging Forces) yang diselenggarakan di Senayan, Jakarta pada 10-22 November 1963. Pesta olahraga ini disertai oleh 2,250 atlet dari 48 negara di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Selatan, serta didatangi oleh 500 orang wartawan asing.

Pada Januari 1965, Australia bersetuju untuk menghantar pasukan tenteranya ke Kalimantan setelah mendapat permintaan dari Malaysia. Tentera Australia menghantar 3 Rejimen Diraja Australia dan Rejimen Australian Special Air Service. Dianggarkan seramai empat belas ribu pasukan tentera British dan Komanwel di Australia pada ketika itu. Secara rasminya, tentera British dan Australia tidak dapat melakukan serangan melalui sempadan Indonesia. Tetapi, unit seperti Special Air Service, baik British mahupun Australia, menyusup masuk secara rahsia (lihat Operasi Claret). Australia melakukan penyusupan ini pada 1966.

Pada pertengahan 1965, Indonesia mula menggunakan pasukan rasminya setelah kesemua pasukan komando dan sukarelawan yang melakukan penyusupan di Malaysia gagal. Pada 28 Jun, mereka menyeberangi sempadan ke timur Pulau Sebatik berhampiran Tawau, Sabah dan cuba melakukan serangan dan sabotaj ke atas kem Rejimen Askar Melayu Diraja di Tawau, namun cubaan itu gagal kerana kem itu berhampiran dengan balai polis dan disedari oleh anggota-anggota polis di situ dan berjaya mematahkan cubaan itu.

Akhir konfrontasi

Menjelang akhir 1965, Jeneral Soeharto memegang tampuk pemerintahan Indonesia setelah berlakunya rampasan kuasa. Oleh kerana konflik dalaman negara, keinginan Indonesia untuk meneruskan konfrontasi dengan Malaysia berkurangan dan peperangan telah reda.

Pada 28 Mei 1966, sebuah rundingan dilakukan di Bangkok, Kerajaan Malaysia dan Indonesia mengumumkan perdamaian setelah Soeharto menghantar Adam Malik sebagai wakil untuk berunding dengan Tunku Abdul Rahman. Kekerasan berakhir pada bulan Jun, dan perjanjian perdamaian ditandatangani pada 11 Ogos dan dirasmikan dua hari kemudian. Penghancuran PKI dan elemen-elemen politik kiri, termasuk Soekarno telah menyebabkan perubahan mendadak dalam kestabilan politik Indonesia pada tahun 1965. Indonesia secara rasminya mengakhiri konfrantasi terhadap Malaysia pada tahun 1967.

Akibat

Konfrontasi ini merupakan salah satu penyebab pendekatan Presiden Soekarno dengan Parti Komunis Indonesia, menjelaskan aktiviti ketenteraan yang menggabungkan diri dalam gerakan G30S/Gestok (Gerakan Satu Oktober), dan juga pada akhirnya menyebabkan PKI melakukan penculikan pemerintah tertinggi Tentera Darat.[1]

Rujukan

1. ↑ 1.0 1.1 Artikel Kompas bertajuk "Sukarno, Malaysia, dan PKI" tanggal Sabtu, 29 September 2007
2. ↑ Tunku tak mahu pijak Pancasila

read more...

Isnin, 23 Ogos 2010

Media Indonesia Penghasut

Dipetik dari pisau.com

Seringkali negara kita dihina dengan tindakan kurang ajar oleh rakyat Indonesia,media massa Indonesia sering kali bertindak sebagai penghasut dan menyampai berita memprovokasi agar berlaku tindakan diluat batasan.

Ketika kita diambang menyambut kemerdekaan negara berlaku insiden penculikan 7 nelayan Malaysia dari Sungai Rengit yang ditahan oleh penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan (KKP) Indonesia menggunakan bot Dolphin dalam perairan laut wilayah Malaysia di lokasi 4 batu nautika tenggara pantai Tanjung Pungai. Kota Tinggi Johor pada 13 Ogos 2010 akhirnya dibebaskan pada 17 Ogos 2010.

Pembebasan oleh pihak Indonesia ini dibuat atas alasan bahawa mereka kekurangan bukti bagi mendakwa nelayan tersebut menangkap ikan dalam perairan Indonesia. Fakta menunjukkan nelayan tersebut jelas menangkap ikan di dalam perairan Malaysia berdasarkan Peta Baru 1979.



Bukti ini diperkukuhkan lagi kerana bot nelayan tersebut dilengkapi dengan peralatan GPS. Ini menunjukkan bahawa tindakan bot Dolphin KKP memasuki perairan Malaysia hampir dengan pantai Tanjung Punggai,Kota Tinggi Johor yang jaraknya 14 batu nautika dari Batam, Indonesia jelas merupakan suatu tindakan pencerobohan ke atas integriti dan kedaulatan wilayah Malaysia.

Lanun beruniform KKP sering kali menceroboh menurut sumber mereka sering kali menculik nelayan Malaysia untuk memeras ugut mendapatkan wang tebusan.Tambahan ketika ini didalam bulan ramadhan.Maka pihak ini membutuhkan ongkos buat belanja.

Sejak 2005 hingga Ogos 2010, terdapat 12 kes pencerobohan bot dan kapal Pihak Berkuasa Indonesia dalam perairan Johor sahaja. Nelayan tempatan yang menangkap ikan dalam perairan Malaysia kerap menjadi mangsa perasugut dan diminta membayar sejumlah wang bagi membebaskan nelayan yang ditahan. Insiden seumpama ini akan berulang di masa hadapan khususnya dalam musim perayaan yang akan disambut tidak lama

Pisau melihat isu ini sering kali berlarutan dengan hanya berdiplomasi,walaupun nampak akan rasionalnya kita sebagai rakyat Malaysia harus bangkit nyatakan bantahan.

Seringkali negara dihina ,jalur gemilang dipijak dan dibakar. Apa tindakan kita sebagai rakyat Malaysia? tunggu dan lihat? maruah kamu dimana? dibawah tapak kaki Indon?

Mana perginya NGO NGO ? parti parti politik? semuanya membuta dengan kesibukan politik siang malam hinggakan terlupa negara dan jalur gemilang pijak oleh banjingan haprak indon yang tidak sedar diri.

Bangsa inilah juga pernah membaling batu terhadap pesawat Hercules ketika cuba mendarat di Padang selepas berlakunya gempa bumi,walhal ketika itu kita cuba memberikan bantuan.Bangsa inilah juga mahukan rasuah untuk membenarkan pesawat tentera kita mendarat untuk menyelamatkan pelajar Malaysia disana.

Indon hanya mahukan wang rakyat Malaysia,mereka kebulur RINGGIT MALAYSIA,bangsa ini tidak mengenang budi. Lupakan pertalian serumpun jika beginilah layannya terhadap kita .

Kalau boleh tempah saja 100 lori Indah Water semburkan saja najis kumbahan kedalam Kedutaan Indonesia ajar mereka bagaimana rasanya terhinanya kita sebagai rakyat Malaysia.Halau kesemua rakyat indon dan beri peringatan negara ini tidak memerlukan mereka.
read more...

Kedutaan Malaysia dilempar najis, bendera dipijak

14 Ramadhan 1431H

Hari mood aku kurang baik, aku pun tengah angin sekarang ni. Rasa nak bunuh je golongan bodoh, lagi tak sedar diri yang ada di muka bumi ni. Kepala aku tengah sakit, aku buka je akbar online terus baca berita luar negara. Kawanku kata ada cerita sensitif, isu negara jiran lempar najis ke Kedutaan Malaysia di Jakarta. Aku pun malas nak ulas banyak sangat tentang bangsa Indonesia ni. Dah nampak mereka ni golongan macam, baik bantu negara lain dari negara bermasalah dari A - Z. Aku rasa pembaca sendiri boleh menilai, bangsa ni macam mana.

Kurang ajar punya Indonesia, bangsa tak sedar diri. Sesuka hati je nak bakar bendara Malaysia. Akal ada tapi tak nak pakai, jika kata ada otak, binatang pun ada otak. Tu beza manusia dengan binatang.


Nak sweeping konon.... Tak sedar diri betullah, ramai rakyat Indonesia datang Malaysia bekerja kat sini. Nak usir rakyat Malaysia konon, fikiran sempit betullah. Macam mana jika kami rakyat Malaysia usir rakyatmu dengan lori kumbahan najis, baling najis kepada pendatang Indonesia, angkut bangsamu dengan lori kumbahan dan hantar balik ke Indonesia yang tinggal kat Malaysia. Jangan datang lagi bekerja di Malaysia dan mencari rezeki di sini. cari sahaja kerja dan rezeki di negaramu sendiri. Macam mana gamaknya jika kami buat begitu? Macam mana kehidupan kamu di sana ya?

Jangan meminta simpati dengan kami wahai bangsa tak kenang budi lagi tak sedar diri. Malaysia bantu rakyat kalian sudah kira bagus tapi tak reti nak bersyukur sebaliknya menunjukkan sikap bodoh, kebiadapan dan tidak bertamadun.



Penunjuk perasaan bertindak liar memijak Jalur Gemilang sebagai bantahan anti-Malaysia di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, semalam.

http://img266.imageshack.us/img266/9073/capturebnm.jpg
Jakarta - Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia di Jakarta telah dilempar najis manusia oleh penunjuk perasaan daripada kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) pada satu demonstrasi petang ini.

Seorang daripada 37 penunjuk perasaan itu telah melemparkan najis itu ke dalam perkarangan kedutaan itu melepasi pintu pagar hadapan dan di atas kepala barisan anggota polis Indonesia yang sedang mengawal ketat di hadapan bangunan itu.

Mereka turut melepaskan najis itu ke atas bendera Malaysia yang dipijak-pijak di atas jalan tempat mereka berkumpul di hadapan kedutaan itu.



Kumpulan itu sebelumnya telah membawa lima bungkusan najis itu, ada yang diletakkan dalam kertas bungkusan makanan, dalam plastik dan dalam kotak polisterin dan dinyatakan sebagai "hadiah" untuk Duta Besar Malaysia ke Indonesia kerana Malaysia selama ini telah beberapa kali memberi "najis" yang lebih kotor kepada Indonesia.

Dengan tiba-tiba seorang daripada mereka melempar bungkusan kertas berisi najis itu ke dalam pagar kedutaan itu dan pada masa yang sama, najis turut dilepaskan ke atas bendera Malaysia yang mereka sedang pijak itu.

Demonstrasi itu diadakan bagi menandakan kemarahan mereka terhadap Malaysia yang mereka dakwa telah merendahkan maruah Indonesia dalam insiden di perairan Bintan pada 13 Ogos lalu apabila polis Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.

Ia juga untuk menyatakan kekecewaan rakyat terhadap kepemimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, yang dikatakan sangat lemah menghadapi Malaysia.

Berikutan kejadian lempar najis itu polis Indonesia menangkap tiga orang pelaku berkenaan.

Demonstrasi itu berlangsung selama sejam.

Seorang wakil kumpulan itu kemudian memberitahu wartawan yang meliputi peristiwa itu bahawa mereka telah memberi kata dua kepada polis Indonesia iaitu lepaskan rakan-rakan mereka itu daripada tahanan atau mereka akan melakukan operasi usir rakyat Malaysia petang ini.

Operasi yang dinamakan "Sweeping Rakyat Malaysia" itu dirancang akan dilakukan di hadapan bangunan kumpulan itu di Jalan Diponegoro, Menteng, di Jakarta.

Polis Indonesia telah menugaskan ramai anggota untuk mengawal ketat di hadapan bangunan kedutaan Malaysia, setelah mendapat maklumat bahawa demonstrasi berkenaan akan disertai antara 300 dan 500 penunjuk perasaan.

Dalam insiden di perairan Malaysia-Indonesia itu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia pula menahan tiga pegawai pengkuatkuasa kementerian dari Indonesia itu, masing-masing kerana didakwa menceroboh wilayah masing-masing.

Kedua-dua negara kemudian membebaskan tahanan-tahanan itu pada 17 Ogos lalu.

- Bernama
read more...