Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Ahad, 10 Julai 2011

TUDM : Potensi ancam negara

MINGGUAN: Sejauh mana seriusnya pencerobohan ruang udara Malaysia oleh negara jiran Singapura?

RODZALI DAUD: Merujuk kepada sejumlah 2,508 pencerobohan oleh pesawat Tentera Udara Republik Singapura (TURS) seperti yang dinyatakan oleh Menteri Pertahanan di Parlimen tempoh hari, ia merupakan pergerakan pesawat Singapura yang direkodkan memasuki ruang udara Malaysia tanpa kebenaran (trespassing) di kawasan Batuan Tengah sejak 2008.

Jumlah tersebut direkodkan apabila Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 23 Mei 2008 memutuskan bahawa kedaulatan Batu Puteh dipunyai oleh Singapura dan Batuan Tengah pula milik Malaysia. Lanjutan kepada penghakiman tersebut, ICJ menyarankan agar Malaysia dan Singapura mewujudkan satu jawatankuasa bersama bagi menangani persempadanan di antara kedua-dua buah negara. Sebuah Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura telah dibentuk bagi membincangkan isu persempadanan yang masih belum selesai sepenuhnya.

Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab TUDM untuk mengawasi, mengenalpasti, memintas jika perlu dan merekodkan setiap pergerakan pesawat asing tanpa kebenaran di ruang udara Malaysia. Jika terdapat pesawat Singapura atau dari mana-mana negara sekalipun yang memasuki ruang udara Malaysia tanpa kebenaran di kawasan ini, ia dianggap sebagai perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Adakah alasan Singapura kejadian itu bukan pencerobohan sebaliknya berlaku disebabkan ruang udara negara itu yang sempit munasabah?

RODZALI DAUD: Insiden seumpama ini berlaku bukanlah disebabkan ruang udara negara Singapura yang sempit. Pihak Singapura menyatakan bahawa penggunaan laluan di kawasan tersebut adalah berasaskan hak keistimewaan laluan transit (right of transit passage) seperti mana yang diperuntukan oleh Konvensyen Undang-undang Laut Antarabangsa.

Pada dasarnya, kebenaran penggunaan ruang udara negara asing oleh pesawat tentera atau pesawat terbang milik kerajaan mestilah terlebih dahulu mendapat kelulusan. TUDM sentiasa menghormati aspek kebenaran dan kelulusan tersebut dan pada masa yang sama supaya masalah yang boleh mengancam keselamatan dengan menggunakan segala saluran dan mekanisme yang telah ditetapkan.

Sehingga sekarang tiada sebarang masalah dihadapi untuk berurusan dengan mana-mana negara di seluruh dunia. Berdasarkan kepada prinsip ini adalah menjadi hak Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat untuk membuat bantahan diplomatik jika berlakunya insiden seumpama ini.

Berapa lamakah trend pencerobohan itu dikesan?

RODZALI DAUD: TUDM telah mula merekodkan aktiviti-aktiviti ini di kawasan persekitaran Batuan Tengah setelah ICJ memberi penghakimannya pada 23 Mei 2008. Tarikh tersebut adalah sebagai titik permulaan perekodan terhadap sebarang pergerakan pesawat terbang yang memasuki ruang udara Malaysia di kawasan terbabit tanpa kebenaran sama ada tentera ataupun awam.

Apakah tindakan-tindakan pihak Tentera Udara Diraja Malaysia apabila mendapat maklumat mengenai pencerobohan ini?

RODZALI DAUD: TUDM mempunyai prosedur tetap dalam menangani isu ini. TUDM bertanggungjawab dalam memastikan ruang udara Malaysia sentiasa selamat daripada sebarang ancaman. Bagi setiap pergerakan yang telah dikenalpasti sebagai memasuki ruang udara tanpa kebenaran, ia direkodkan untuk dijadikan sebagai rujukan dan bukti kepada bantahan di masa hadapan.

Rundingan mengenai perbatasan sempadan di antara Malaysia dengan Singapura bagi kawasan ini masih diteruskan. Dalam konteks ini, TUDM telah menghantar pegawai-pegawainya sebagai sebahagian daripada anggota delegasi Malaysia di dalam Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura ini. Sebagai menjunjung prinsip-prinsip yang digariskan oleh Piagam Bangsa-bangsa Bersatu, isu ini telah ditangani dengan cara berhemah. Segala maklumat berkaitan isu ini disalurkan kepada Wisma Putra untuk tindakan selanjutnya seperti membuat bantahan diplomatik.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

read more...

Diburu Polis Kerana Larikan Kekasih

Kekasih diburu

Oleh MOHD JAMILUL ANBIA MD DENIN dan KASDI ALI
am@hmetro.com.my

IPOH: Seorang penjenayah yang mempunyai tiga rekod kes dadah menjadi buruan polis selepas memperdaya dan melarikan seorang gadis lepasan universiti sejak dua minggu lalu.

Suspek yang pernah mempunyai dua isteri dikesan menjadikan wanita lepasan IPT sebagai sasaran utama untuk digoda sebelum diajak kahwin lari.


Dalam kejadian terbaru 26 Jun lalu, suspek didakwa mengamal ilmu penunduk melarikan graduan, Hazwani Mohmad Diah, 23.

Bapa saudara mangsa, Mohd Hanafi Abu Bakar, 35, berkata Hazwani berkenalan dengan suspek sejak awal tahun dan menjadi sukar dikawal dan panas baran.

Menurutnya, kehilangan Hazwani disedari keluarga pada jam 8 pagi 26 Jun lalu di rumah mereka di berek polis Rantau Panjang, Kelantan.

“Keluarga percaya dia dilarikan kenalan lelaki bernama Mohd Faizal, 34, yang tinggal di Gombak, Selangor.

“Entah apa ilmu digunakan kerana Hazwani tiba-tiba menghantar SMS pada kakaknya 3 Julai lalu memberitahu ingin bernikah secara haram dengan lelaki itu di Padang Besar, Perlis.


“Saya dan ayah mangsa menuju ke rumah lelaki itu di Kampung Bendahara, Jalan Sungai Tua dengan bantuan polis dan berjaya menemui abangnya yang menunjukkan rumah lelaki itu,” katanya.

Menurutnya, mereka terkejut diperkenalkan kepada seorang wanita yang mengaku isteri suspek.

Wanita berusia 30-an itu memberitahu kehidupannya daif dan terpaksa menyara anak berusia setahun hingga 12 tahun.

“Kami diberitahu suspek turut mempunyai isteri kedua, juga graduan di Pahang sebelum merancang berkahwin dengan Hazwani. “Agak menyedihkan apabila Hazwani yang juga graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hanya menunggu surat arahan memulakan tugas sebagai guru,” katanya. Orang ramai yang ada maklumat dan melihat mangsa diminta menghubungi talian 019-3154900 dan 016-9364025.

read more...

Kasanova Kecundang

Kasanova kecundang

SESAL... Hisyam berharap semua wanita yang pernah dianiaya memaafkan dirinya.
SESAL... Hisyam berharap semua wanita yang pernah dianiaya memaafkan dirinya.

KUALA LUMPUR: “Saya hampir gila kerana perbuatan sendiri,” kata Hisyam, 26, ketika menceritakan penderitaannya akibat menjadi kasanova selama 11 tahun.

Dengan mempergunakan 17 wanita sepanjang tempoh itu, Hisyam tidak perlu bekerja kerana kemewahan diperoleh daripada semua teman wanitanya. Tidak cukup dengan itu, dia turut menjadikan mereka tempat memuaskan nafsunya.

  • Foto

  • Foto

Dia mengakui usaha meninggalkan hobi dayus itu tidak semudah disangka.

Ketika meninggalkan seorang demi seorang mangsanya, Hisyam mula menerima padah akibat perbuatannya.

“Kini, saya hidup dalam ketakutan dan sentiasa risau tanpa sebab. Saya juga diganggu pelbagai perkara tidak munasabah. Malah, pernah satu ketika saya pulang dari tempat kerja, tidak semena-mena saya menjadi sedih dan sayu.

“Bila senja menjelang, jiwa saya menjadi bertambah kacau, saya berasa resah dan gelisah seolah-olah kehilangan sesuatu. Saya tidak tahu mengapa saya jadi begitu.
read more...

ATM : Sultan Johor minta jaga keamanan


SULTAN IBRAHIM (kanan) menyampaikan hadiah pegawai kadet terbaik Palapes Universiti Malaysia Sarawak kepada Siti Nurulhaida Johari pada Majlis Istiadat Pentauliahan Diraja Palapes IPTA ke-30 di Batu Pahat semalam.


BATU PAHAT - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menitahkan seluruh rakyat untuk terus memelihara dan menjaga keamanan serta keselamatan negara daripada anasir-anasir yang tidak diingini.

Baginda bertitah, sebagai sebuah negara berdaulat, tanggungjawab mempertahankan tanah air bukan hanya terletak di bahu pasukan keselamatan semata-mata sebaliknya menjadi tanggungjawab seluruh rakyat.

"Suka saya mengingatkan kepada semua supaya sentiasa mempunyai semangat cintakan negara walau di mana juga kita berada," titah baginda selepas menyempurnakan Majlis Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ke-30 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di sini semalam.

Seramai 1,109 pegawai kadet Palapes daripada 14 IPTA ditauliahkan dalam majlis tersebut manakala 25 lagi menerima hadiah pegawai kadet terbaik.

read more...

ATM : Pelihara negara daripada anasir jahat


Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyampaikan hadiah pedang kepada salah seorang pegawai kadet terbaik pada Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan di Padang Kawad Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor, semalam.


BATU PAHAT 9 Julai – Seluruh rakyat dituntut agar terus memelihara dan menjaga keamanan serta keselamatan negara daripada anasir yang tidak diingini.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, sebagai negara berdaulat, tanggungjawab mempertahankan tanah air bukan hanya terletak di bahu pasukan keselamatan, sebaliknya ia merupakan tanggungjawab seluruh rakyat.

“Suka saya mengingatkan kepada semua supaya sentiasa mempunyai semangat cintakan negara walau di mana jua kita berada,” titah baginda selepas menyempurnakan Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Ke-30 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini, hari ini.

Baginda turut berkenan mencemar duli mengurniakan hadiah kepada 25 pegawai kadet terbaik, malah mereka bersama ibu bapa masing-masing turut berpeluang menghadap baginda selepas pengurniaan tersebut.

Seramai 1,109 pegawai Palapes dari 14 IPTA ditauliahkan dalam majlis tersebut.

Turut berangkat ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail selain Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Sultan Ibrahim turut menyeru rakyat menjadi manusia berilmu dan sentiasa mengamalkan nilai integriti yang tinggi supaya menjadi contoh yang baik kepada generasi masa depan.

Baginda juga menuntut anggota Palapes memainkan peranan sebagai peniup semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat dan menunjukkan contoh teladan baik dalam menjalankan tanggungjawab sosial kepada negara.

“Tugas ini amat penting kerana isu keselamatan negara memerlukan kerjasama teguh setiap warga Malaysia supaya sentiasa bersedia menghadapi apa-apa jua ancaman ke atas kedaulatan tanah air,” titah baginda.

Baginda berharap anggota Palapes dapat menggunakan ilmu ketenteraan yang dipelajari sebagai panduan dan perisai dalam menghadapi apa-apa jua rintangan dan cabaran.

Palapes yang disertai pelbagai agama dan kaum, titah baginda, akan lebih mendorong kepada hubungan dan kerjasama lebih erat di kalangan masyarakat di negara ini.

read more...

Kapal TLDM berlepas ke Teluk Aden

KUALA LUMPUR 9 Julai – Kapal Auxiliary Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Bunga Mas 5 (BM 5) dan Tim OP Fajar (10/2011) berlepas dari Jeti Operasi Pangkalan TLDM, Lumut bagi meneruskan penugasan Operasi Fajar di Perairan Teluk Aden, Somalia.

Seramai 62 orang yang terdiri daripada 14 pegawai dan 48 orang anggota lain-lain pangkat berlepas ke Aden tengah hari ini.

“Anggota dan pegawai adalah daripada Pasukan Tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terdiri daripada Pasukan Elit ATM iaitu Pasukan Khas Laut (PASKAL) Grup Gerak Khas (GGK) dan Pasukan Khas Udara (PASKAU), pasukan perubatan dan krew pesawat FENNEC serta krew MISC (Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia) yang telah diserap ke Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM),” menurut kenyataan Markas Armada Pangkalan TLDM di sini.

Penugasan Tim OP Fajar (10/2011) kali ini dijalankan pada bulan Ramadan dan seterusnya menyambut Aidilfitri di kawasan operasi yang diketuai Pegawai Memerintah Kapal, Komander Tajuddin Abdul Rahim (PSSTLDM) manakala Ketua Gugus Tugas (KGT) diketuai Mohd. Faizzal Mohd Ali.

Kenyataan itu menambah bahawa BM 5 dijangka tiba di Perairan Teluk Aden pada minggu depan.

Pada masa ini kapal-kapal dagang yang merentasi Perairan Teluk Aden diiringi oleh Pasukan Perlindungan Khas (PPK) bagi melindungi dan memastikan keselamatan kapal.

Kerjasama strategik di antara TLDM dan MISC Berhad melalui pengoperasian BM 5 berjaya menangani cabaran kekangan aset TLDM dan kos pengoperasian yang tinggi.

“Ini membuktikan penyelesaian jangka panjang terhadap keselamatan aset dagangan negara dalam memastikan kepentingan aset maritim negara tidak terancam,” menurut kenyataan itu. –BERNAMA

read more...

Layanan Istimewa Polis Kepada Penyokong Bersih 2.0

LAYANAN ISTIMEWA... Laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaparkan gambar-gambar yang menunjukkan kesemua mereka yang ditangkap diambil keterangan oleh pegawai dan anggota yang bertugas dalam keadaan tenang dan selesa. Mereka turut disediakan juadah di bawah khemah yang disediakan.

PETALING JAYA: Jika di sekitar ibu kota, para penyokong perhimpunan haram sama ada Bersih 2.0 atau Patriot perlu berdepan dengan meriam air dan gas pemedih mata sebelum ditangkap oleh polis, namun situasi itu berbeza sebaik sahaja mereka tiba di pusat tahanan sementara dekat sini.

Pusat tahanan sementara berkenaan bertempat di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak.

Hampir 650 orang termasuk wanita yang ditahan kerana terlibat dengan perhimpunan haram terbabit diberi layanan istimewa sebaik tiba di pusat berkenaan.

Pegawai perubatan turut ditugaskan untuk mereka yang tidak sihat atau cedera.

Laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaparkan gambar-gambar yang menunjukkan kesemua mereka yang ditangkap diambil keterangan oleh pegawai dan anggota yang bertugas dalam keadaan tenang dan selesa.

Mereka turut disediakan juadah di bawah khemah yang disediakan.

PDRM turut menyediakan kemudahan yang selesa untuk mereka bersolat dan berehat.

PDRM turut menyediakan kemudahan yang selesa untuk mereka bersolat dan berehat.

Pegawai perubatan turut ditugaskan untuk mereka yang tidak sihat atau cedera.

read more...