Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Sabtu, 10 Mac 2012

ATM : UPNM abadikan jasa Tun Ibrahim


Dr. Ahmad Zahid Hamidi menatap potret Tun Ibrahim yang diabadikan di Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim di UPNM, Kem Perdana, Sungai Besi, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


JASA dan bakti yang ditabur Allahyarham Jeneral Tun Ibrahim Ismail dalam pasukan angkatan tentera negara kini diabadikan pada Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim Ismail Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Kem Perdana, Sungai Besi.

Pengabadian namanya di perpustakaan UPNM berkenaan telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam satu majlis baru-baru ini.

Allahyarham Ibrahim mempunyai banyak rakaman peristiwa penting sama ada yang bersifat peribadi atau pun rasmi.

Ibrahim terlibat dalam banyak peristiwa genting dan penting sejak menyertai Kadet Pasukan Tentera Johor pada 1941 sehingga bersara sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia pada 1 Disember 1977.

Antara peristiwa yang pernah beliau saksi dan harungi ialah ketika Tanah Melayu di bawah pemerintahan Jepun, Pentadbiran Tentera British (BMA), pemerintahan Malayan Union, tempoh masa ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan Darurat dari tahun 1948 hingga 1960.

Sebagai pegawai kanan tentera, Allahyarham turut terjebak dalam konfrontasi dengan Indonesia dari 1964 hingga 1968 dan menangani rusuhan kaum yang tercetus pada 13 Mei 1969.

Allahyarham turut memainkan peranan besar dalam perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air di samping membantu merealisasikan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

Pada masa yang sama, Allahyarham pernah berkhidmat di bawah tiga Perdana Menteri iaitu Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak Hussein serta Tun Hussein Onn.

Selaku Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia, senario itu membolehkan Allahyarham turut berperanan sebagai arkitek ke arah pemodenan Angkatan Tentera Malaysia.

Liku-liku perjalanan hidup Ibrahim yang penuh warna-warni, menarik untuk dihayati meskipun beliau sering dihimpit kepayahan serta keperitan, bertarung dengan perasaan untuk membuat keputusan sukar selain sering dihambat tuntutan kebijaksanaan bagi melaksanakan arahan yang diberikan.

Ada kalanya beliau terpaksa bergelut dengan tuntutan keluarga yang memerlukan perhatian, kasih sayang dan belaian sedangkan Allahyarham kerap kesuntukan masa untuk mengatur strategi terutama bagi menangani keganasan yang dilakukan Parti Komunis Malaya.

Lagi pula, profesion ketenteraan amat mencabar dan ia memerlukan keberanian, ketahanan mental dan fizikal, komitmen yang kadangkala melampaui keupayaan dan sering membelakangi kebajikan diri sendiri termasuk keluarga tercinta.

Sudah tentu sepanjang berkecimpung dalam dunia ketenteraan, banyak peristiwa pahit dan manis yang dilalui setiap individu yang bergelar anggota tentera.

Malah, kehebatan seseorang tentera itu sering dinilai daripada kebijaksanaan dan keberanian yang ditunjukkan sepanjang perkhidmatan terutama bagi mereka yang berjaya menewaskan musuh ketika pertempuran berlaku.

Ibrahim juga pernah berkhidmat dengan Tentera Negara India sebelum secara sukarela menyertai Pasukan Force 136.

Allahyarham pernah ditawan Tentera Jepun dan bertindak sebagai ejen perisikan yang menyalurkan maklumat-maklumat penting kepada pihak Tentera Berikat walaupun ia amat berbahayakan.

Melalui gerakan-gerakan sulit itu, sedikit sebanyak dapat membantu menyumbang kepada kekalahan Tentera Jepun di Tanah Melayu.

Cabaran berat

Ibrahim berjaya merekodkan dengan jelas pengalaman-pengalaman itu melalui bukunyaSudahkah Kamu Bertemu Mariam?

Kisah yang dirakamkan sangat hidup, penuh cabaran dan menceritakan bagaimana sukarnya untuk membuat sesuatu pilihan dan keputusan yang terbaik pada zaman perang.

Selepas Perang Dunia Kedua, Ibrahim terbabit mengikuti secara dekat arus pergolakan dan perkembangan politik ketika itu sehingga dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru.

"Bagaimanapun, jiwanya lebih menebal untuk berjuang dengan mengangkat senjata dan kembali menyertai tentera selepas itu.

Semasa awal darurat, Ibrahim turut membantu kerajaan Johor menubuh dan memperkemaskan pasukan Kampung Guards dalam usaha menentang keganasan komunis dan ia berjaya dilakukan dengan cemerlang sekali.

Allahyarham kemudiannya memasuki fasa kedua dalam kerjaya ketenteraannya apabila diterima berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu Diraja.

Antara tugas dan cabaran berat yang menanti Allahyarham ketika itu ialah memperjuangkan maruah dan hak samarata pegawai tempatan dengan pegawai British.

Berkat keberanian dan kelantangan Allahyarham serta rakan-rakan yang lain, akhirnya pihak British terpaksa tunduk dengan tuntutan mereka.

Selepas kejayaan tersebut, kerjaya Allahyarham terus berkembang dan berjaya mencipta sejarah baru termasuk menjadi anak Melayu pertama yang dilantik sebagai pemerintah pasukan atau formasi.

Sewaktu peristiwa 13 Mei 1969, Allahyarham dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Gerakan Negara (Mageran) sehinggalah ia dibubarkan.

Peranan itu dilaksanakan dengan jayanya apabila waktu tersebut dianggap tempoh masa yang amat sukar dan mencabar bagi Allahyarham berdasarkan keadaan senario politik yang tidak menentu.

"Perjalanan Allahyarham sebagai Panglima Angkatan Tentera selama kurang lebih tujuh tahun pula telah membolehkan Allahyarham melakukan berbagai perubahan dan meletakkan asas yang kukuh terhadap pembangunan dan kemajuan ATM pada pada masa kini.

Ibrahim juga merupakan penerima pertama Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengajian Strategik) UPNM semasa Konvokesyen Pertama UPNM yang berlangsung pada 10 Oktober 2010.

Sementara itu Naib Canselor, UPNM, Datuk Wira Allatif Mohd Noor berkata, UPNM berterima kasih kepada kerajaan, swasta dan individu yang terlibat membantu merealisasikan kewujudan perpustakaan universiti itu yang serba canggih serta berkemampuan memenuhi keperluan semasa.

read more...

ATM : Malaysia sertai Eksesais Cobra Gold 2012


Antara aktiviti yang dijalankan oleh anggota ATM ketika menyertai Eksesais Cobra Gold di Thailand baru-baru ini.


EKSESAIS Cobra Gold merupakan latihan ketenteraan membabitkan pasukan keselamatan pelbagai negara bagi memudahkan operasi ketenteraan terutamanya dalam misi bantuan kemanusiaan.

Ia terutamanya jika berlaku tragedi bencana alam atau wabak penyakit di rantau Asia Pasifik.

Tahun ini merupakan kali ke-31 penganjuran latihan berkenaan dan tahun kedua menyaksikan penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Thailand merupakan tuan rumah pada latihan kali ini dan ia telah berlangsung dari 7 Februari lalu sehinggalah 18 Februari ini di sekitar daerah Korat Nakon Ratchasima, Rayong dan Pattaya.

Selain Malaysia dan Thailand, ia turut disertai Amerika Syarikat (AS), Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Indonesia.

Malaysia mula terlibat dengan latihan itu pada 2003 tetapi ketika itu hanya sebagai negara pemerhati. Bagaimanapuan, bermula 2011, Malaysia telah dinaik taraf sebagai peserta dengan penglibatan 13 anggota ATM. Pada latihan kali ini pula, seramai 79 anggota ATM terlibat dan diketuai Panglima Ke-11 Briged Infantri Malaysia, Brigadier Jeneral Datuk Mohd. Azmi Borhan.

AS merupakan negara paling ramai menghantar anggota iaitu 7,000 orang . Kebanyakkannya terdiri daripada anggota tentera marin dari 3rd Marine Expeditionary Force. Sementara itu, seramai 3,400 anggota tentera dari tujuh buah negara iaitu Thailand, Korea Selatan, Jepun, Singapura, Indonesia dan Malaysia terlibat sepenuhnya dalam latihan selama 11 hari itu. Dalam pada itu sebanyak 20 negara lain turut dijemput hadir sebagai pemerhati.

Dalam pada itu, Malaysia telah menghantar kumpulan pertama yang melibatkan komponenCoalition Joint Civic Military Operations Task Force (CJCMOTF) pada 16 Januari lalu.

Komponen itu terlibat sepenuhnya dengan perancangan program jiwa murni yang melibatkanEngineer Civic Assistant Project (Encap) yang melibatkan enam projek penempatan di daerah Saraburi, Nakon Ratchasima, Rayong, Chantaburi dan Contaburi.

Program tersebut bertujuan membantu masyarakat di daerah berkenaan mendirikan sekolah dan dewan serbaguna. ATM yang diwakili oleh tujuh anggota dari Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) telah ditempatkan di daerah Chonburi bersama 20 anggota tentera laut AS dan Tentera Diraja Thailand bagi membantu pembinaan sebuah sekolah dengan tiga bilik darjah.

Pasukan kesihatan ATM juga turut serta dalam program kesihatan di enam penempatan tersebut dengan bergerak dari satu penempatan ke penempatan lain bersama-sama dengan pasukan Medical Dental Veteriner Civic Asistant Project (MDVCAP) dari enam negara yang terlibat.

Penglibatan ATM dalam latihan itu meliputi Latihan Pos Kawalan (CPX), Latihan Taktikal Lapangan - Operasi Pemindahan Bukan Tempur (FTX-NEO), Bantuan Kemanusiaan (HCA)-Komponen CJCMOTF, seminar kepimpinankanan (SLS) dan buat pertama kalinya program bina semangat untuk anggota lain-lain pangkat turut diadakan.

read more...

Penyertaan TUDM tingkat hubungan pertahanan

Penyertaan pasukan Smokey Bandits Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada pertunjukan udara Singapura menunjukkan peningkatan hubungan pertahanan antara kedua negara itu.

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini merupakan kali pertama pasukan TUDM itu dijemput untuk memperlihatkan kemampuan mereka pada Singapore Airshow 2012.

"Pada Lima (Pameran Maritim dan Udara Antrabangsa Langkawi) 2011 Singapura menghantar kapal perang, pesawat dan helikopter mereka dan komitment ini memperlihatkan satu kerjasama dan rasa hormat antara dua negara berjiran," katanya kepada pemberita Malaysia pada upacara Sempena Memperingati Allahyarham Leftenan Ahmad Said yang gugur dalam pertempuran Bukit Candu, di sini pada 1942.

Ahmad Zahid yang juga berada di Singapura sempena Singapore Airshow itu, berkata jumlah delegasi dari Malaysia yang menyertai pameran udara kali ini juga agak besar.

Sementara itu Kementerian Pertahanan Singapura dalam satu kenyataan berkata, Ahmad Zahid mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Singapura, Dr. Ng Eng Hen.

read more...

Anggota tentera UK sertai kursus TLDM

Buat pertama kali dalam sejarah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kursus Pegawai Memerintah Muda yang dianjurkannya turut disertai anggota tentera dari United Kingdom (UK).

Peserta berkenaan ialah Leftenan Martyn Mayger yang berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Britain sejak 2008 dan mempunyai kepakaran dalam bidang navigasi.

Selain Mayger, dua lagi peserta luar negara yang turut menyertai kursus tersebut ialah Kapten Laut Mochamad Reza Achwandi dari Indonesia dan Mejar Ahmed Abdallah Ahmed dari Sudan.

Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM, Laksamana Muda Datuk Tan Eng Seng menyifatkan kehadiran peserta-peserta berkenaan sebagai duta kecil mewakili negara mereka dalam mengeratkan lagi hubungan dua hala yang sedia terjalin.

"Saya ucapkan selamat datang kepada para peserta luar negara khususnya kepada peserta dari UK yang pertama kali menyertai kursus ini.

"Kedatangan peserta-peserta luar negara ini dianggap sebagai duta kecil yang berperanan meningkatkan perkongsian ilmu serta pengalaman selain mengeratkan lagi hubungan dua hala yang telah lama terjalin," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kursus Pegawai Memerintah Muda TLDM diadakan selama 14 minggu di Pangkalan TLDM Lumut bermula semalam sehingga 15 Mei ini.

Kursus tersebut pernah ditawarkan dan disertai oleh peserta dari Thailand, Filipina, Myanmar dan Maldives.

Ia bertujuan menyedia dan melahirkan pegawai Tentera Laut yang berkelayakan menjawat jawatan Pegawai Memerintah Kapal serta unit-unit kecil di Pangkalan Tentera Laut.

Antara modul yang diajar dalam kursus berkenaan termasuklah modul pentadbiran kapal, undang-undang tentera, operasi maritim dan kertas kajian maritim.

read more...

Sabtu, 3 Mac 2012

Pengorbanan seorang isteri


Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

Hargailah seorang isteri.. Kerana pengorbanannya tidak terkira..
read more...

Monyet membantu orang buta buka pili air



Dua orang buta mahu minum air di kuil Ragi Gudda, Bangalore.

Apabila mereka masih tidak dpt membuka paip, ibu monyet ini membantu membuka pili air utk membolehkan mereka meminum air. Ibu monyet itu meminum sedikit air utk keperluan diri kemudian ditutup pili air sebelum meninggalkan tempat kejadian.

~Bukti wujudnya sifat IHSAN walaupun dlm diri haiwan~
karya

read more...

Nostalgia bas mini


MASUK, masuk, masuk... dalam lagi! Penuhkan belakang. Yang belakang tu masuklah dalam lagi... boleh lagi tu... orang lain pun nak naik juga!

“Lebuh Ampang... Lebuh Ampang... Bangkok Bank... Bangkok Bank... Chow Kit.. Chow Kit...”

Masihkah anda ingat dengan dialog seperti di atas? Bagi warga kota yang membesar sekitar tahun 1970-an hingga 1998 pasti sudah masak dengan ‘skrip rasmi’ yang menjadi laungan konduktor-konduktor bas mini.

Bas mini, satu nama yang tidak memerlukan banyak pengenalan. Bercakap mengenainya pun sudah boleh membuatkan generasi pengguna perkhidmatan bas awam tertua dan popular di Malaysia itu tersenyum hingga ke telinga.

Memandu melebihi had laju, berhenti mengambil penumpang di mana-mana sahaja, langgar lampu isyarat, memotong ke kiri dan kanan sampai penumpang dalam bas melambung-lambung seperti menaiki roller-coaster.

Senang cerita, bas mini memang luar biasa pantas berbanding bas-bas lain. Keistimewaan tersebut sudah cukup membuktikan betapa bas kecil berwarna piawai merah jambu-putih itu gah sebagai ‘raja jalanan’.

Paling menyeronokkan, jika bas yang dinaiki tersekat dalam kesesakan jalan raya. Apa tidaknya, di saat lalu-lintas tidak bergerak, pemandu bas mini berlumba-lumba mempamerkan kecekapan serta ketangkasan masing-masing dalam memotong dan ‘mencilok’ kereta di sana sini sampaikan ada yang berani naik ke atas penghadang jalan.

Biarpun hampir setiap masa terpaksa berhimpit-himpit seperti ikan sardin, hakikatnya bas mini yang mengenakan tambang tetap sebanyak 60 sen sentiasa menjadi pilihan utama orang ramai untuk ke tempat kerja, sekolah mahupun ketika bersiar-siar.

Namun, bas yang satu ketika dahulu menjadi identiti dan nadi pengangkutan awam di ibu negara, hanya tinggal kenangan apabila perkhidmatannya ditamatkan pada 1 Julai 1998.

Perkhidmatan bas mini yang berkeliaran secara bersimpang siur di ibu kota telah ditukar dengan perkhidmatan yang lebih berdisiplin oleh bas Intrakota dan kemudian RapidKL (2005)
read more...