Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 8 Mei 2012

Pijak, Lenyek dan Bakor - Kereta Kebal vs Kereta Sport

read more...

Islam tak dapat diukur berdasarkan tingkah laku ummah

Soalan: Negara umat Islam, khususnya di Timur Tengah, yang dihuni ramai bijak pandai Islam khasnya ulama-ulama besar, masih menerima pakai undang-undang dan peraturan manusia yang diistilahkan 'man made law' seolah-olahnya wajar berbuat demikian dan tidak bercanggah dengan Islam. Mengapa di Malaysia tidak boleh mengikut sedemikian? Mengapa perlu kepada undang-undang Islam? - MOHAMAD KHALID, Bukit Beruntung

Jawapan: Islam sebenar tidak boleh diukur dengan apa yang orang Islam hari ini lakukan.

Jika Islam hendak diukar dengan tingkah laku umat Islam hari ini, maka akan rosaklah Islam itu.

Lihatlah pada orang Islam yang melancong ke merata dunia. Apa yang mereka lakukan? Sikap dan pakaian mereka yang tidak melambangkan budaya Islam yang sebenar.

Oleh kerana itu, apa dilakukan di negeri-negeri umat Islam di Timur Tengah, tidak semestinya melambangkan Islam sebenar.

Semua orang tahu sama ada orang Arab atau bukan Arab, tidak boleh menjadi cermin kepada Islam. Kelakuan ramai orang Islam hari ini, kebanyakannya jauh menyimpang daripada tuntutan Islam sebenar.

Demikian juga dengan negara umat Islam sama ada di Timur atau di Barat. Keadaannya sama sahaja. Selagi negara tidak melaksanakan Islam dengan sebaik-baiknya, selama itu negara-negara itu tidak boleh dianggap Negara Islam yang sebenar.

Perlu kita fahami bahawa, negara umat Islam suatu ketika dahulu, semuanya patuh dan tunduk kepada Islam, sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. memerintah Madinah.

Maka berubahlah negara Madinah, Makkah dan seluruh Semenanjung Tanah Arab menjadi Islam sehingga ke hari ini.

Kedudukan negara Arab yang lainnya, sebuah demi sebuah menjadi negara Islam. Maka tertubuhkan kerajaan Islam pada zaman sahabat, tabiin yang digelar Khulafa ur-Raashidin, Daulah Umaiyah, Daulah Abasiyah sehingga kepada kerajaan Islam terakhir Khilafah Uthmaniyah yang tamat pada tahun 1924.

Semuanya kerajaan-kerajaan ini melaksanakan pemerintahan berasaskan hukum-hukum Islam.

Pada 1924, berlaku tragedi di mana musuh-musuh Islam dapat mengatasi dan menguasai kekuasaan Islam, seterusnya menukarkannya kepada pemerintahan sekular.

Dasar sekular tidak memberikan ruang penting kepada agama untuk menjadi asas pemerintahan, undang-undang Islam diketepikan dan undang-undang ciptaan manusia diterima pakai.

Berlaku perang dunia pertama dan kedua, yang berakhir dengan kemenangan pihak Barat yang memusuhi Islam. Umat dan negara Islam dijadikan harta rampasan Barat.

Wilayah umat Islam difaraidkan sesama kuasa Barat, di antara mereka, Indonesia dijajah oleh Belanda, Tanah Melayu dijajah British, demikian juga negara Arab, kebanyakannya jatuh kepada kuasa Barat.

Penjajah yang menguasai negara Islam menukar keseluruhan sistem pemerintahan dan undang-undang kepada sistem mereka.

Sejak daripada itu, meskipun negara umat Islam yang dijajah sudah merdeka kini, termasuk negara-negara Arab, pengaruh penjajahan masih menebal.

Barat tidak akan memerdekakan sebuah negara umat Islam, melainkan dipastikan dahulu, negara tersebut mesti berkiblat dan berundang-undangkan Barat.

Pelbagai tekanan dan ugutan dilakukan ke atas pemerintah baru negara umat Islam, supaya mereka ditabdir dengan kehendak Barat dengan tidak mengembalikan perundangan Islam asal.

Buktinya jelas. Misalnya Algeria yang suatu ketika dimenangi oleh Parti Penyelamat Islam (FIS) pada pilihan raya umum, tetapi dibatalkan oleh pemerintah yang disokong Barat.

Palestin, di mana Hamas yang menang dalam pilihan raya secara bebas dan demokrasi, tetapi dinafikan Barat, khususnya Amerika Syarikat. Kuasa memerintah dan ekonomi disekat.

Justeru umat Islam perlu memahami dan bangun bersatu di bawah perjuangan Islam bagi membolehkan Islam yang syumul dilaksanakan seperti yang dikehendaki Allah SWT.

Kayu ukur sebenar untuk mengukur Islam dilaksanakan atau tidak, adalah menerusi al-Quran dan as-Sunnah. Selagi kehendak kedua-dua ini tidak dilaksanakan, maka selagi itulah Islam yang sebenar belum terlaksana.

Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. menyebut (mafhumnya): "Pada suatu zaman nanti, umat Islam akan berhadapan dengan pelbagai percanggahan yang banyak, ingatlah ketika itu, pemerintah dengan al-Quran akan berpisah dan janganlah kamu berpisah daripada al-Quran."

Ertinya Nabi pernah memberi peringatan bahawa pada suatu zaman selepas baginda, pemerintah tidak lagi berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, hukum al-Quran terpisah dan diketepikan oleh pemerintah.

Nabi mengingatkan kita, jangan sesekali kita terpisah daripada al-Quran, kerana itu maka, perjuangan untuk mendaulatkan Islam menjadi suatu keperluan untuk diperjuangkan sehingga akhirnya. Wallahu a'lam

Dato' Dr Haron Din

read more...

Kenapa lelaki dibenarkan mempunyai lebih dari seorang isteri dalam Islam?



Ada yang tersenyum membaca tajuk kali ini, senyum penuh makna. Pastinya si dia yang tersenyum itu berpihak kepada kaum Adam. Ada pula yang berkerut dahi membaca tajuk ini, seakan tidak sabar mengetahui jawapanny
a. Pastilah dia merupakan yang berpihak kepada kaum Hawa. Satu perkara yang berjaya mewujudkan kondisi Adam Vs Hawa ialah POLIGAMI dengan syarat selagi ia tidak bertentangan dengan Syariat Islam.

Poligami sebenarnya ialah nama kepada system perkahwinan di mana seseorang mempunyai lebih dari satu pasangan. Ia ada dua jenis. Pertama ialah poligini, di mana seorang lelaki berkahwin dengan lebih dari seorang wanita. Kedua ialah poliandri di mana seorang wanita mengahwini lebih dari seorang lelaki. Dalam Islam, poligini adalah dibenarkan (maksimum 4 orang) manakala poliandri adalah dilarang dan diharamkan sama sekali.

* Tersebut ayat di dalam Al-Quran dengan tafsiran, “kahwinilah hanya seorang..”

Adakah anda tahu bahawa Al-Quran ialah satu-satunya kitab agama yang wujud di muka bumi ini yang mempunyai frasa ini, “kahwinilah hanya seorang..”? Benar, tiada kitab lain yang mengarahkan penganutnya mempunyai hanya seorang isteri kecuali Al-Quran. Sama ada dalam Veda, Ramayan, Mahabgharat, Geeta, Taurat juga Injil, kita tidak akan dapati arahan mengehadkan bilangan pasangan, namun dalam kitab-kitab ini akan sentiasa ada pernyataan bahawa seseorang boleh mengahwini seramai mana yang dia mahu. Hanya dewasa kini, para paderi Kristian juga sami Hindu mengehadkan bilangan pasangan kepada hanya satu. Kebanyakan tokoh Hindu menurut risalah agama mereka mempunyai ramai isteri. Sebagai contoh Raja Dashrat, bapa keapda Rama mempunyai lebih dari seorang isteri. Krishna juga mempunyai beberapa orang isteri. (Rujukan islamicity.com)

Pada zaman silam, lelaki Kristian dibenarkan untuk mempunyai seramai mana isteri yang dimahukan kerana dalam kitab Injil tidak pernah melarang mereka dalam hal ini. Hanya beberapa abad lepas pihak gereja telah mengehadkan bilangan isteri kepada hanya seorang.

Dalam agama Yahudi, poligini juga dibenarkan. Menurut Kitab Taurat, Nabi Ibrahim mempunyai 3 orang isteri manakala Nabi Sulaiman mempunyai beratus orang isteri. Amalan poligini berterusan sehinggalah pada tahun 95 BC-1030 BC seorang Rabbi Yahudi bernama Gershom ben Yehudah menaikkan isu untuk menentangnya. Walaubagaimanapun, penganut Yahudi yang tinggal di negara Islam terus mengamalkan poligini sehingga lewat tahun 1950-an, sebuah akta bernama Akta Ketua Besar Rabbi Israel diwujudkan untuk mengharamkan berkahwin lebih dari seorang.

* Sebenarnya Hindu adalah lebih poligini daripada Islam.

Dalam satu laporan, ‘Jawatankuasa Status Wanita Islam’ yang diterbitkan pada 1975, menyatakan antara tahun 1951-1961, 5.06% penganut Hindu mengamalkan poligami manakala hanya 4.32% umat Islam yang mengamalkannya. Menurut undang-undang negara India, hanya lelaki Muslim sahaja yang dibenarkan berpoligami dan ia dilarang ke atas lelaki bukan Muslim. Hanya apabila Akta Perkahwinan Hindu diwujudkan, poligami dalam Hindu telah diharamkan. Walaubagaimanapun, hanya undang-undang Negara yang mengharamkan tetapi tidak dalam kitab-kitab agama Hindu.

Baiklah, banyak pula cerita tentang fakta. Kenapa sebenarnya Islam membenarkan lelaki mempunyai lebih dari seorang isteri?

Seperti yang dibincangkan di atas, hanya Al-Quran yang menyatakan “kahwinilah hanya seorang..”. Ayat ini terdapat dalam Surah An-Nisa’:
“..Maka nikahilah perempuan (lain) yang kamu senangi; dua, tiga, atau empat. Tetapi jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil, maka nikahilah seorang saja..” (An-Nisa’ 4:3)

Sebelum Al-Quran diturunkan, tidak ada had bagi poligini. Oleh sebab itu ada lelaki yang mempunyai sehingga beratus orang isteri. Tak dapat nak dibayangkan bagaimana mengatur isteri seramai itu. Kedatangan Islam telah meletakkan had seramai 4 orang isteri sahaja dalam satu masa. Islam membenarkan lelaki Muslim berkahwin dua, tiga atau empat orang hanya jika keadaannya mampu berlaku adil kepada semua isterinya. Dalam satu ayat lain juga dalam surah An-Nisa’ menyebut,
“Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isterimu walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sungguh Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (An-Nisa’ 4:129)

Maka teramat jelaslah melalui ayat Allah di atas bahawa secara fitrahnya seorang suami tidak akan mampu untuk berlaku adil dengan isteri-isterinya walaupun sekuat mana dia berusaha untuknya. Disebabkan keterbatasan kemampuan itu para lelaki telah dinasihatkan oleh Rabbul Jalil agar "kahwini hanya seorang..". Dan sebenarnya poligini bukanlah satu hukum atau peraturan tetap melainkan hanya satu pengecualian pilihan. Masih ramai juga yang tersalah tafsir bahawa wajib bagi lelaki Muslim untuk mempunyai lebih dari seorang isteri.

Dalam Islam terdapat 5 kategori hukum bagi sesuatu perkara:

Fardhu- Wajib
Sunat-Digalakkan
Mubah-Harus
Makruh-Tidak digalakkan
Haram-Dilarang

Poligini termasuk dalam kategori yang diharuskan. Maka tidaklah boleh dikatakan bahawa lelaki Muslim yang mempunyai dua, tiga atau empat isteri itu adalah lebih hebat daripada lelaki Muslim yang mempunyai hanya seorang isteri.

* Dari sudut saintifik, purata umur wanita adalah lebih lama berbanding lelaki.

Secara semulajadinya,lelaki dan perempuan dilahirkan dengan nisbah bilangan yang sama. Seorang bayi perempuan mempunyai imunisasi yang lebih dari seorang bayi lelaki dan boleh melawan jangkitan kuman dan virus lebih baik berbanding bayi lelaki. Oleh sebab itulah kematian semasa bayi lebih tinggi dalam kalangan bayi lelaki berbanding bayi perempuan.

Jika dalam peperangan pula, sudah tentulah lebih ramai lelaki yang mati berbanding wanita kerana mereka tidak pergi berperang. Dalam kes kemalangan biasa juga lebih ramai lelaki yang terlibat berbanding wanita kerana mereka terdedah dengan pekerjaan dan aktiviti yang berisiko untuk itu. Oleh sebab itu kita dapati lebih ramai janda berbanding duda.

Di kebanyakan Negara, bilangan wanita adalah lebih ramai dari lelaki. Tidak perlu melihat jauh, cukuplah memerhati di university atau institute pengajian tinggi. Lebih ramai pelajar wanita bukan? Jurusan kejuruteraan (yang asalnya adalah bidang lelaki sahaja) kini telah mempunyai bilangan pelajar wanita yang lebih kurang sama dengan bilangan pelajar lelaki, apatah lagi jurusan lain seperti kedoktoran, kesusasteraan dan sebagainya yang sudah tentu mempunyai pelajar wanita yang berkali ganda dari lelaki. Hal ini berjaya membuktikan fakta di atas.

* Maka mengehadkan lelaki berkahwin hanya seorang adalah tidak praktikal.

Ok jangan pening dengan hujah ini namun dalam beberapa hal kita perlu melihat secara logic dan praktikal serta menilai secara adil. Fakta yang didapat dari sebuah web islamik menyebutkan, Amerika mempunyai bilangan wanita yang 7.8 billion lebih ramai dari lelaki. Untuk seorang lelaki, ada lebih kurang 7 orang wanita. Walaupun setiap lelaki di Amerika berkahwin dengan seorang wanita, masih ada lebih dari 30 million yang tinggal. Belum ditolak lagi dengan reality bahawa Amerika mempunyai 25 million gay! Rupanya tersangat ramai pengikut Elthon John, tak sanggup nak menghadam fakta ini. Britain pula mempunyai lebih 4 million wanita berbanding lelaki, Jerman mempunyai lebih 5 million wanita manakala Rusia mempunyai 9 million lebih wanita. Hanya Allah yang mengetahui berapa million lagi wanita di seluruh dunia ini.

Di Negara barat, adalah menjadi kebiasaan bagi lelaki untuk mempunyai wanita simpanan. Dalam kes ini, wanita diletakkan pada taraf yang rendah, dilihat tidak bermaruah kerana dimiliki tanpa ikatan perkahwinan dan tiada jaminan dalam hubungannya. Apa yang menyedihkan, masyarakat barat yang ini jugalah yang menentang poligini, tidak membenarkan bahkan mengharamkan lelaki berkahwin lebih dari seorang. Ketahuilah bahawa melalui hanya perkahwinan seorang wanita itu akan mendapat haknya dan maruahnya, dihormati masyarakat dan mempunyai jaminan dalam ikatan perhubungan.

Maka hanya ada dua pilihan bagi wanita yang tidak berpeluang untuk bersuami, samada berkahwin dengan lelaki yang telah berkahwin atau merelakana diri menjadi harta awam. Islam mengharuskan untuk pilihan yang pertama melalui perkahwinan tetapi mengharamkan pilihan yang kedua. Jika masih ada lagi alasan lain mengapa Islam membenarkan poligami, pastinya ia juga adalah atas sebab untuk melindungi maruah wanita. Wallahua’lam
read more...

Jumaat, 4 Mei 2012

TUDM : Malaysia akan terima pesawat A400M mulai Januari 2015

SUBANG - Malaysia dijangka menerima empat buah pesawat pengangkut generasi baru, Airbus Military A400M, secara berperingkat mulai Januari 2015, kata Panglima Tentera Udara , YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM.

Katanya kesemua pesawat yang dibeli dengan kos RM3.5 bilion termasuk pakej khidmat sokongan latihan dan logistik, dijangka diterima sepenuhnya oleh TUDM menjelang 2016.

Malaysia telah membuat tempahan itu pada Disember 2005 dan mengikut jadual Airbus Military, pengeluar pesawat pengangkutan ketenteraan dan sivil, sepatutnya menghantar kesemua pesawat itu pada tahun depan.

Panglima tentera Udara turut memaklumkan bahawa pembelian pesawat itu bukan untuk menggantikan pesawat pengangkut C130 Hercules yang sedia ada tetapi bagi meningkatkan kemampuan TUDM sebanyak dua kali ganda.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan Grizzly 4, salah satu daripada lima model pesawat berkenaan, yang dalam siri jelajah ke tiga negara Asia, iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand di Pangkalan Udara Subang.

Turut hadir ialah Naib Presiden Kanan Airbus Asia Pasifik, Ignacio Alonso. Katanya pesawat itu mempunyai keupayaan melakukan tiga tugas utama iaitu keupayaan mengangkut peralatan berat, misi taktikal udara dan keupayaan mengisi bahan bakar ketika di udara.

“Mereka akan mampu membuat tugasan dengan begitu cepat, ini berguna untuk ketika menjalankan penerjunan operasi khas,” kata Panglima tentera Udara.

Malaysia merupakan persinggahan pertama dan paling lama dalam siri jelajah tiga negara Asia Airbus Military A400M iaitu mulai hari ini hingga Rabu ini.

Grizzly 4, diterbangkan daripada Toulouse, Peranchis oleh Ketua Juruterbang Ujian, Ed Strongman, dan berlepas ke Jakarta pada Rabu ini, sebelum ke Chiang Mai dan Bangkok pada Khamis dan pulang ke Eropah Jumaat ini.

Pesawat A400M direka bagi operasi di kawasan pendaratan tidak tersedia, boleh menggabungkan keupayaan logistik dan taktikalnya untuk membawa beban hingga 30 tan metrik sejauh 2,450 batu nautika.

http://www.airforce.gov.my/?p=7115

read more...

TDM : PAT turun padang kr Op Pasir Sektor Utara, Sabah

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin telah mengadakan lawatan ke kawasan OP PASIR di Sabah pada 20 hingga 22 Apr 12. Disepanjang lawatan beliau, PAT telah meluangkan masa untuk bersama pegawai dan anggota yang ditugaskan di kawasan operasi untuk mengetahui masalah dan kekangan yang dihadapi disamping masalah-masalah kebajikan anggota yang bertugas di sana.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia bergambar dengan Panglima Angkatan Bersama, pegawai dan anggota yang bertugas di kawasan OP PASIR.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia bersalaman dengan anggota yang bertugas di kawasan OP PASIR.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia turut meluangkan masa untuk bemesra bersama penduduk dan kanak-kanak yang tinggal di kawasan OP PASIR.

read more...

SELAMAT MENYAMBUT HARI TLDM KE 78


Bersempena Sambutan Hari TLDM ke 78 pada 27 April 2012, seluruh warga gerak kerja mafhq.mil.my khasnya dan seluruh warga ATM umumnya mengucapkan Selamat Menyambut Hari TLDM ke 78 dan semoga TLDM terus cemerlang menjadi tentera laut bertaraf dunia demi menjaga kedaulatan dan kepentingan maritim negara serta menzahirkan armada yang disegani oleh kawan dan digeruni oleh lawan.
read more...

ATM : PBB iktiraf anggota wanita Malbatt 4

PARA pegawai dan anggota lain-lain pangkat Malbatt 4 memotong kek sebagai tanda meraikan pengiktirafan yang diberikan PBB.


PEMBABITAN Angkatan Tentera Malaysia dalam misi pengaman di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sememangnya sering dikagumi dan mendapat pujian di peringkat antarabangsa.

Malah Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon dalam lawatannya ke negara ini baru-baru ini turut memuji Malaysia kerana penglibatan negara ini dalam pelbagai misi pengaman serta komitmennya untuk menyokong pelbagai inisiatif badan dunia itu.

Pembabitan ATM dalam setiap misi itu juga bukan sahaja membabitkan lelaki. Malah pegawai dan anggota lain-lain pangkat wanita turut diberi kepercayaan untuk sama-sama berperanan dan mengambil tanggungjawab dalam menjayakan misi itu di seluruh dunia.

Begitu juga dengan kontinjen Batalion Malaysia 4 (Malbatt 4) yang kini sedang berkhidmat dengan pasukan interim PBB (UNIFIL) di Lubnan.

Selain anggota dan pegawai lelaki, Malbatt4 turut disertai dua pegawai dan 10 anggota lain-lain pangkat wanita.

Lebih membanggakan lagi, kehadiran mereka di Lubnan bukan sekadar hanya untuk menyerikan suasana atau gimik semata-mata.

Tetapi kehadiran mereka di sana adalah untuk sama-sama memikul tanggungjawab bagi melaksanakan misi dan menjulang nama baik negara.

Amanah dan peranan yang diberikan kepada pegawai dan anggota wanita itu juga berat dan memerlukan komitmen tinggi untuk mereka menjayakannya kerana ia turut membabit imej dan nama baik negara.

Atas semangat, dedikasi dan kerja keras yang ditunjukkan itu, anggota wanita Malbatt 4 telah mendapat pengiktirafan istimewa daripada PBB.

Sumbangan dan peranan itu telah mendapat perhatian PBB yang melayakkan mereka untuk dianugerahkan Pingat PBB.

Majlis penganugerahan itu telah diadakan pada satu perbarisan yang diadakan di Dataran Malbatt di Tibnin.

Penganugerahan pingat tersebut telah diwakilkan oleh Komander Pasukan UNIFIL kepada Komander Malbatt 4, Kolonel Badrul Hisham Muhammad.

Penganugerahan itu turut membabitkan dua anggota wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang turut sama-sama berkhidmat dengan Malbatt 4.

Majlis itu turut disaksi oleh tetamu jemputan, penduduk awam tempatan dan anggota wanita daripada pasukan ITALLBATT, ROKBATT, GHANBATT dan IRISHBATT.

Mengulas pengiktirafan yang diberikan PBB itu, Badrul Hisham berkata, ia merupakan detik yang cukup membanggakan bagi Malbatt4 atas tugas-tugas yang dilaksanakan oleh semua anggota wanita yang terlibat dalam misi itu.

"Pengiktirafan yang diberikan adalah satu bentuk pengiktirafan secara tidak langsung kepada kebolehan dan keupayaan anggota wanita ATM dan ABDB yang telah berjaya melaksanakan tugas-tugas mereka dengan cemerlang.

Menurut beliau lagi, Walaupun tempoh penugasan hanya enam bulan, tetapi mereka berjaya mempamerkan komitmen dan mutu tugas yang cukup berkualiti sehingga mendapat pujian daripada pasukan UNIFIL yang lain.

Sementara itu, Timbalan Komander Malbatt4, Left. Kol. E.D. Mustafa Bakar berkata, pasukan wanita Malbatt telah berjaya membuktikan penglibatan mereka dalam misi UNIFIL bukan satu gimik tugas.

"Tetapi kehadiran anggota wanita telah dapat mengharumkan nama ATM kerana mereka telah berjaya melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan dengan begitu cemerlang sehingga mendapat pujian daripada penduduk tempatan.

"Ini terbukti melalui penerimaan positif anggota wanita di dalam semjua tugas-tugas harian yang dilaksanakan," katanya.

Ketua Kontinjen Pegawai Wanita Malbatt 4, Kapten Idhura Khlir pula melahirkan rasa terharu terhadap penerimaan penduduk tempatan tentang kehadiran pasukan wanita Malaysia.

Malah katanya, kehadiran mereka lebih dihargai oleh penduduk wanita tempatan.

Anggota wanita dari ABDB pula, Sarjan Diana Awang Jaafar menjelaskan pengalaman beliau selama enam bulan di Lubnan merupakan sesuatu yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.

Katanya, pasukan wanita ABDB turut melaksanakan setiap tugas dengan baik setaraf dengan petugas anggota lelaki yang lain.

Acara perbarisan untuk menganugerahkan Pingat PBB itu diakhiri dengan majlis penyampaian sijil pengiktirafan oleh PBB kepada semua anggota wanita yang telah dilaksanakan oleh Komander Malbatt 4 dalam satu majlis sambutan berasingan di Dewan Rubbhall Malbatt.

read more...