Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 18 Ogos 2010

Tak Cukup Kutuk, Indonesia Gelar Malaysia Yahudi

Salinan Facebook ini diterima dari email seorang kawan untuk menunjukkan kebiadapan dan kurang ajar orang Indonesia. Sesuka hati mengatakan kita rakyat Malaysia ini Yahudi. Ingat orang Malaysia tidak ada maruah ke apa?


Indonesia patut sedar diri dan meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana masuk negara ini secara haram dan bekerja secara haram di Malaysia. Orang Indonesia juga patut minta maaf kepada rakyat malaysia kerana banyak melakukan jenayah seperti samun, rompakan, culik bayi majikan, bawa lari anak dara orang dan lain lain lagi. Jangan jadi kacang lupakan kulit. Sudah kaya, bawa lari hasil kekayaan ke Indonesia dengan bongkak mahu menghina Malaysia.

Indonesia negara miskin, datang Malaysia mencari rezeki. Ibarat melepaskan anjing tersepit la orang indonesia ni. Selepas ditolong, digigit orang yang menolongnya.

Indonesia huru - harakan negaramu dengan demonstrasi jalanan, semoga pelabur asing takut datang bagi kerja dan kamu terus hidup miskin, mundur dan bergantung wang dengan orang lain (duduk aman tidak mahu, tahu bikin ribut saje). Bagaimana orang mahu menolong jika beginilah cara pemikiran kamu!


Orang Indonesia mahu bikin ribut2 sahaja. Orang Indonesia sendiri seharusnya meminta maaf banyak-banyak kepada rakyat Malaysia kerana ramai orang2 Indonesia yang datang ke Malaysia telah banyak membuat kacau seperti merompok, merogol anak tempatan, pecah masuk rumah orang, jadi samseng dan macam2. Kenapa bangsa Indonesia sendiri ngak mau mohon maaf kepada Malaysia atas kerja2 bodoh itu? Ternyata orang Indonesia memang sengal! Akal takde ke?

Dah la datang Malaysia secara haram, mencari pula rezeki di sini dan membuat angkara. Memang bangsa tidak tahu besyukur, Malaysia banyak memberi bantuan kepada bangsa Indonesia sewaktu musibah / malapetaka melanda negaramu. Patutlah negaramu tidak pernah aman, huru-hara dan Allah menurunkan bala kepada Indonesia, diatas kelakuan kamu sendiri. Itu pun masih tidak insaf dan sedarkan diri.

Huhh... Sampai bila orang Indonesia ni akan terus membenci Malaysia aku pun tak tahu!!! Ingatlah, tiada siapa yang sempurna. Jadi, jika ada berlaku sebarang kesilapan dan permasalahan di antara Malaysia dan indonesia hendaklah di selesaikanlah dengan cara dan saluran yang betul. Bukannya dengan memprovokasi masalah yang berlaku bagi memburukkan dan mendatangkan kebencian di antara satu sama lain.

Berapa ribu sudah orang indonesia yang masuk secara haram untuk bekerja di Malaysia. Orang Malaysia tak kecoh pon. Ini baru kapal perang lalu aja dah gabra, singkat betul fikiran mereka. relax la!!! Bukan nak perang pun!!!

Indonesia melaungkan slogan 'Ganyang Malaysia' untuk menyerang Malaysia. Kamu ingat rakyat kami ni bodoh mahu melihat sahaja Indonesia menyerang Malaysia. Kami akan bangkit mengangkat senjata melawan kamu, walaupun kamu punya ramai tentera, negara kami pun tidak kurang hebatnya. Kami punya tentera yang terlatih, kelengkapan perang yang moden tetapi kami tidak menunjukkan kekuatan tentera kami tapi kamu menunjukkan kekuatan tenteramu. Kami tidak kecoh pun, ini rahsia negara kami. Kami juga punya ramai tentera simpanan yang terlatih sebagai benteng kedua negara kami. Kami sanggup berkorban demi tanah air kami yang tercinta. Jangan kamu omong-omong kosong mahu menjajah dan menakluk kami hanya dengan tempoh seminggu sahaja. Kamu ingat tentera kami ini budak-budak untuk mudah ditindas. Jika kamu datang menghura-harakan negara kami, lihatlah padahnya nanti.

Insaflah wahai manusia yang lupa daratan.

Indup Melayu...Hidup Malaysia...Bersatulah wahai bangsaku...
Hidupkan semangat kemerdekaan negara ke 53 semperna bulan kemerdakaan ini.
read more...

Sampai bila Indonesia akan terus MEMBENCI Malaysia?



Video ini aku create bukan untuk cari gaduh dengan sesiapa, tetapi ingin menyedarkan rakyat Malaysia bahawa kesenangan, keamanan dan keharmonian negara kita ini sebenarnya tidak disenangi oleh kebanyakkan penduduk dari Indonesia.

Lihatlah dari pembentukan Persekutuan Malaysia tahun 1963 sehingga kini, sentimen Anti-Malaysia dan laungan "Ganyang Malaysia" masih bergema dilaungkan masyarakat Indonesia. Berbagai isu cuba untuk disensasikan oleh Indonesia bagi mengambarkan Malaysia seolah-olah negara yang jahat. Antaranya adalah lagu rasa sayang, seni barongan( Reog), keris, batik, dan makanan rendang yang dikatakan sebahagian nilai seni dan budaya yang telah DICURI oleh Malaysia dari Indonesia.

Terbaru, isu perebutan wilayah Ambalat, Manohara dan Penderaan tenaga Kerja Indonesia masih hangat diperkatakan oleh media Indonesia. Ini berbeza dengan media elektronik Malaysia yang MENYANJUNG TINGGI penyanyi, pelakon, lagi-lagu, drama, filem dan sinetron dari negara seberang. Sedangkan media Indonesia tidak habis-habis cuba menyemai kebencian rakyat negara Republik terhadap Malaysia.

Orang Indonesia sepatutnya sedar kebanyakkan rakyat mereka yang bekerja di Malaysia pun bukan semuannya baik, bagus dan menyenagkan rakyat Malaysia. Tengoklah berapa ramai pendatang dari Indonesia yang terlibat dengan dadah, pelacuran, merompak, menyamun, merogol, membunuh. Tetapi, ada ke media Malaysia gembar-gembur semua ni sampai macam nak perang?? Ada ke orang Malaysia pergi merusuh depan kedutaan Indonesia di KL?? Ada ke orang Malaysia baling telur & batu kat kedutaan Indonesia?? Ada ke orang Malaysia pergi bakar dan pijak-pijak bendera merah putih Indonesia??

Kalau betul le Malaysia ni jahat dan prajudis terhadap Indonesia, haram satu lagu atau sinetron pun kita tak akan siarkan kat RTM, Astro atau Media Prima. Kita pun tak akan kasi orang Indon buat konsert besar sambil "Berpesta Malam Indonesia" kat Stadium Bukit Jalil. Kita pun tak akan kasi artis dan warga Indonesia lain untuk cari makan kat sini.

Huhh... Sampai bila orang Indonesia ni akan terus membenci Malaysia aku pun tak tahu!!! Ingatlah, tiada siapa yang sempurna. Jadi, jika ada berlaku sebarang kesilapan dan permasalahan di antara Malaysia dan indonesia hendaklah di selesaikanlah dengan cara dan saluran yang betul. Bukannya dengan memprovokasi masalah yang berlaku bagi memburukkan dan mendatangkan kebencian di antara satu sama lain.

Berapa ribu sudah orang indonesia yang masuk secara haram untuk bekerja di Malaysia. Orang Malaysia tak kecoh pon. Ini baru kapal perang lalu aja dah gabra, singkat betul fikiran mereka. relax la!!! Bukan nak perang pun!!!

Orang Indonesia sering berkata yang Malaysia-Indonesia adalah "Serumpun". Tapi kenapa kalian masih terus-menerus membenci kami??

Sumber : Youtube
read more...

Selasa, 17 Ogos 2010

Raja tinju terkulai


SEWAKTU zaman kegemilangannya, Mike Tyson (kanan) cukup digeruni di gelanggang tinju.


TIDAK kira di dalam atau di luar gelanggang tinju, lelaki yang digelar Iron Mike ini tidak pernah sunyi daripada kontroversi.

Bermula dengan hidup dan membesar di Brooklyn, New York, ia secara tidak langsung membentuk personaliti dan kemahiran meninju Michael Gerard 'Mike' Tyson.

Bagi mengelakkan dirinya menjadi sasaran buli berikutan dia seorang pendiam dan pemalu ketika kecil, Tyson menjadikan jalanan sebagai tempat dia mengasah kemahiran berlawan.

Dalam temu bual dengan majalah Amerika Syarikat, Details keluaran Ogos 2010, Tyson membayangkan kehidupannya sebelum ini sangat ekstrem. Dia seolah-olah bangun pagi dan menganggap dirinya sama ada Tuhan atau budak jalanan.

Sejak berumur 11 tahun lagi, dia sudah mengetuai kumpulan gengster yang dikenali sebagai Jolly Stompler, terlibat dengan pelbagai jenis jenayah dan ditahan polis lebih daripada 30 kali.

Kelakuan buruk Tyson menyebabkan dia dihantar ke Tryon School for Boys, sebuah sekolah pemulihan akhlak di pinggir New York.

Di Tryon, Tyson bertemu kaunselor Bob Stewart, seorang juara tinju amatur yang akhirnya mencungkil bakat Tyson. Di tangan pelatih dan penjaga, Cus D'Amato, Tyson mula mencipta kemasyhuran dalam dunia tinju. Dia disimbahi kerlipan glamor dan menjadi jagoan yang digeruni dan pencetus kontroversi.

Peminat sukan ini juga pastinya tidak dapat melupakan insiden Tyson menggigit telinga Evander Holyfield pada tahun 1996.




Itulah cara hidup Tyson satu ketika dahulu. Dia ketagihan menjadi insan sempurna dan yang menjadi masalahnya ialah dia selalu memilih cara yang mencetuskan huru-hara untuk mengecap matlamatnya.

Normal kitaran hidup manusia, roda kecemerlangan lelaki yang pernah menggegarkan gelanggang tinju antarabangsa dengan 41 pukulan TKO itu mulai malap setelah dia disabitkan dengan kesalahan merogol bekas Ratu Cantik Rhode Island, Desiree Washington, pada tahun 1992.

Di dalam penjara Indiana Youth Center berhampiran Plainfield, Indiana, Tyson menjalani hukuman penjara selama enam tahun dan diikuti empat tahun tempoh percubaan.

Ketika di penjara itulah, Tyson mengikut jejak Muhammad Ali, memeluk Islam sekali gus menukar 360 darjah corak kehidupan raja gelanggang tinju ini.

Kini, dia sudah bebas daripada penjara, dan luah Tyson yang dipetik Details: "Tidak pernah (bebas). Benar-benar walaupun sehingga saat ini (saya tidak pernah berasa bebas).

"Saya sudah tidak ada wang. Saya bukan lelaki yang glamor lagi. Saya mempunyai kawan yang nampak kaya, tapi saya tidak ada duit. Semua duit yang saya ada, lupakan sahaja."

Pembersihan jiwa

"Fasa pertama dalam hidup saya, hanya dipenuhi rasa mementingkan diri sendiri. Semuanya untuk diri sendiri dan mereka yang tidak berhak ke atasnya.

"Kini, saya berusia 44 tahun dan saya merasakan hidup saya selama ini tidak berguna. Lelaki terhebat di planet ini? Saya tidak mencapai separuh pun daripadanya."


TYSON (dua dari kiri) semasa menemui beberapa pemimpin persatuan Islam di Mekah baru-baru ini.


Tyson sudah mula sedar keegoan dirinya selama ini dan dia menganggap dirinya begitu jijik sehingga mengatakan dia akan mencuci tangannya sebelum menyentuh anak-anaknya. Dia mendapat pengajaran daripada kisah lampau hidupnya.

"Jika anda tidak ada sifat rendah diri, sifat rendah diri itu sendiri yang akan datang merenggut anda," ujarnya.

Meskipun garang di pentas tinju, hakikatnya lelaki yang digelar The Baddest Man on the Planet tiada haluan hidup sehinggalah dia memeluk Islam.

Ungkapnya yang kini menggunakan nama Malik Abdul Aziz, segala apa yang berlaku padanya bermula selepas ayahnya meninggalkan ibunya.

"Namun, tiada siapa pun harus disalahkan kecuali diri saya sendiri. Adakalanya kita tidak dapat menahan diri daripada melakukan kesilapan," katanya yang menduduki nombor ke-16 dalam senarai 100 peninju terbaik sepanjang zaman oleh Ring Magazine.

Diisytihar muflis pada tahun 2003 walaupun menerima bayaran sebanyak hampir RM95 juta untuk beberapa perlawanan dan sejumlah RM950 juta sepanjang kariernya, ia tidak berbaloi dengan kehilangan anak perempuannya pada tahun 2009. Exodus Tyson, 4, maut di rumah bekas isteri Tyson akibat terbelit wayar mesin senaman tredmill pada lehernya.

Setelah pelbagai ranjau yang dilalui, pada 3 Julai lalu, Tyson menunaikan umrah dan melakukan lawatan ke beberapa bandar di Arab Saudi seperti Jeddah dan Riyadh.

Meskipun ramai yang beranggapan pemelukan Islam oleh Tyson adalah berdasarkan membalas budi dan tanda penghormatannya terhadap legenda tinju, Muhammad Ali namun kesungguhan Tyson mengubah dirinya menepis tohmahan tersebut.

Mungkin apa yang dititipkan di dalam Twitter ketika meninggalkan Mekah iaitu 'Saya baru saja meninggalkan Kota Suci Mekah di mana saya dirahmati kerana diberi peluang menunaikan umrah' menjelaskan isi hati lelaki ini.

"Apa yang telah saya lakukan adalah masa silam dan apa yang akan saya lakukan di masa hadapan adalah misteri," katanya. - Susunan ADHAM SHADAN dan SHANIKA ABDULLATIB

read more...

Bayaran cecah RM17,000




ALUNAN suara merdu lengkap dengan taranum Sheikh Mohd. Idris Mohd. Al-Mashrafi, 48, yang berasal dari Mekah membaca ayat-ayat suci al-Quran kedengaran semasa mengimamkan solat sunat tarawih di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Untuk seketika, suasana di sekitar Kampung Baru ibarat Tanah Suci. Sheikh Mohd. Idris sebenarnya telah 14 kali Ramadan dijemput oleh pengurusan masjid berkenaan untuk menjadi imam solat tarawih.

Jadi, tidak hairanlah jika imam sebuah masjid di pinggir Mekah itu boleh berbahasa Melayu serba sedikit dan mendapat nikmat berpuasa di Malaysia.

"Makanan di sini banyak yang pedas-pedas," katanya dalam bahasa Melayu pelat Arab.

Beliau yang sudah menghafal al-Quran sejak usia 11 tahun malah menganggap negara ini sebagai rumah keduanya selain Mekah.

"Di masjid ini, kehadiran jemaah untuk menunaikan solat tarawih sangat menggalakkan hingga ada yang terpaksa bersembahyang di pekarangan masjid.

"Namun, jika dibandingkan dengan Mekah, suasananya tentulah berbeza kerana di situ tempat umat Islam dari seluruh dunia berhimpun selain tapak perjuangan Rasulullah S.A.W. menegakkan Islam," katanya.

Tahfiz

Berdasarkan pemerhatiannya, suasana Ramadan di Malaysia cukup meriah dengan bazar Ramadan selain amalan mengagihkan bubur lambuk yang menjadi tradisi Masjid Kampung Baru.


SHEIKH Mohd. Idris telah 14 kali dijemput menjadi imam solat tarawih di Masjid Jamek Kampung Baru.


"Jika berkesempatan saya akan berbuka puasa bersama jemaah masjid yang lain tetapi saya lebih gemar berbuka dengan isteri saya," katanya.

Sheikh Mohd. Idris ialah salah seorang imam jemputan dari negara Arab untuk solat tarawih di ibu kota Kuala Lumpur.

Beberapa masjid utama lain termasuk Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya turut menggunakan khidmat imam jemputan dari Mesir dan Syria.

Selain imam-imam tahfiz tersebut, pelajar-pelajar sekolah tahfiz di negara ini juga menjadi rebutan untuk dijemput menjadi imam solat tarawih di surau dan masjid.

Trend menggunakan khidmat imam-imam tahfiz itu nampaknya sudah menjadi budaya setiap kali bulan Ramadan.

Sebagai imam tarawih jemputan, Sheikh Mohd. Idris dan isteri disediakan makanan dan penginapan berhampiran Masjid Kampung Baru oleh pihak pengurusan masjid sepanjang 40 hari berada di negara ini.

Berbicara mengenai solat tarawih, Sheikh Mohd Idris memberitahu, beliau menjadi imam untuk solat tarawih sebanyak 20 rakaat dan tiga rakaat solat witir.

Bagaimanapun, Masjid Kampung Baru turut menjemput seorang lagi imam tahfiz tempatan berusia 20-an.

"Sehari satu juzuk al-Quran akan dibacakan dalam tempoh lebih kurang dua jam solat tarawih.

"Syukur kerana saya dibesarkan oleh keluarga yang menitikberatkan agama.

"Pada umur 11 tahun lagi saya telah hafaz al-Quran selain menjadi imam dan guru agama di sebuah masjid di Mekah," katanya.

Menurut beliau, untuk mudah menghafal al-Quran, ia perlu sentiasa dibaca dan bukan digantung di dinding atau dijadikan cenderamata semata-mata.

"Kita juga perlu menjaga makan iaitu tidak makan makanan ringan selain sumbernya perlu dikenal pasti sebaiknya.

"Selain itu, jangan melakukan maksiat seperti tidak melihat wanita yang tidak menutup aurat, menjaga percakapan dan tidak menonton program televisyen berunsur maksiat," katanya.


KIRI: Sheikh Mohd. Idris bersahabat baik dengan imam Masjid Kampung Baru, Azizi Ab. Hamid.


Pengerusi Masjid Kampung Baru, Datuk Idris Shaari Mat Aris, 68, memberitahu, kerana suara yang merdu dan sudah menjadi tradisi, menyebabkan pihak masjid itu menjemput Sheikh Mohd. Idris sejak tahun 1997 lagi.

Bayaran

Ujar Idris Shaari, pihaknya menyediakan sejumlah lebih RM20,000 untuk menjemput Sheikh Mohd. Idris.

"Bayaran untuknya sahaja RM17,000 tetapi itu tidak termasuk sagu hati, perbelanjaan tiket kapal terbang pergi balik, makanan dan kemudahan tempat tinggal yang mencecah lebih RM20,000.

"Namun, semua perbelanjaan ditanggung hasil sumbangan pihak tertentu dan juga orang ramai," katanya.

Bagi memastikan Sheikh Mohd. Idris tidak kesunyian, beliau dibenarkan membawa isterinya bersama.

Katanya lagi, pihak masjid juga menyediakan makanan bagi Sheikh Mohd. Idris.

"Beliau jarang keluar kerana perlu berehat. Menjadi imam solat tarawih merupakan tugas berat selain perlu menghafal keseluruhan al-Quran," kata Idris Shaari.

Idris Shaari memberitahu, imam tahfiz tempatan pula diberikan bayaran RM7,000 sebagai sagu hati kerana menjadi imam solat tarawih semasa Sheikh Mohd. Idris memenuhi jemputan lain.

"Sebenarnya, soal bayaran bukan satu isu. Ini kerana bukan mudah untuk menghafal 30 juzuk al-Quran dan usaha golongan ini perlu kita hormati.

"Lagipun dengan kehadiran mereka, bilangan jemaah masjid meningkat daripada hari biasa.

"Begitu juga pihak syarikat dan individu lebih mudah membuat sumbangan," ujarnya.

Katanya lagi, bagi menjemput imam tahfiz dari luar negara, pihaknya perlu menghantar surat permohonan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Walaupun Sheikh Mohd. Idris telah menjadi imam jemputan di Masjid Kampung Baru sebanyak 14 kali, kami masih perlu menghantar surat permohonan setiap tahun.

"Malah, pihak Jakim akan menguji bacaannya. Kami pula dapat belajar bahasa Arab daripada imam terbabit," katanya ketawa.

Keropok lekor

Bagi Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad, tahun ini buat julung-julung kali Masjid Negara menjemput imam tahfiz dari Mesir iaitu Sheikh Abdul Rahman Taha Radwan untuk menjadi imam solat tarawih.

"Kita cuba buat kelainan kerana kebiasaannya surah yang dibaca ialah ayat-ayat lazim dan pendek. Kali ini, satu juzuk al-Quran setiap kali solat tarawih," katanya.

Tambah beliau, dengan adanya imam dari Mesir itu, kehadiran jemaah semakin meningkat selain pertambahan bilangan mereka yang berbuka puasa dan bersahur di Masjid Negara.

"Malah, selepas lapan rakaat sekali pun masih ramai yang belum balik dan ini merupakan satu perkembangan positif," ujarnya.


KAUM wanita tidak ketinggalan menunaikan solat sunat tarawih di masjid kerana ganjaran pahala berkali ganda semasa bulan Ramadan.


Kata Syaikh Ismail lagi, beliau telah lama mengenali Sheikh Abdul Rahman kerana imam tahfiz itu merupakan seorang guru agama di Terengganu sebelum ini.

"Dia merupakan rakan saya dan telah lama pulang ke Mesir. Tetapi saya jemput dia kembali untuk menjadi imam solat tarawih di Masjid Negara.

"Lagipun dia dah rindu dengan keropok lekor dan laksa kerana sudah lama tidak kembali ke negara ini," katanya tersenyum.

Seorang jemaah Masjid Kampung Baru, Sydina Abidin Abdullah, 50, berkata pengalaman menjadi makmum kepada imam tahfiz dari Asia Barat merupakan perkara yang sangat menarik.

"Kita rasa seperti solat di Mesir atau Mekah, selain mendatangkan keinsafan dalam diri.

"Walaupun tidak faham makna ayat-ayat al-Quran itu, lantunan suara imam itu cukup membekas di dalam diri ini," kata pegawai kerajaan di Kota Bharu, Kelantan ini yang sanggup menunaikan solat tarawih di Masjid Kampung Baru jika mempunyai tugasan di Kuala Lumpur.

Bagi Ahmad Marzuki, 84, penduduk asal Kampung Baru, sama ada imam tahfiz luar negara mahupun tempatan beliau tetap menerimanya dengan baik.

"Islam itu tidak mengenal bangsa mahupun keturunan sebaliknya takwa yang lebih penting.

"Tetapi jika imam tahfiz luar negara ada, masjid ini juga dipenuhi oleh pelbagai bangsa termasuk dari Iran, Mesir, Syria dan India yang jarang dilihat sebelum ini," katanya.

read more...

Dua remaja mengaku salah buang bayi

MELAKA 16 Ogos - Selepas enam hari ditahan reman, sepasang kekasih mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membuang bayi mereka Rabu lalu.

Tertuduh Mohd. Zolhalmi Khamis, 18, dan pasangannya yang merupakan remaja berusia 17 tahun hanya menganggukkan kepala tanda faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Fairuz Johari.

Menurut pertuduhan, pasangan muda itu didakwa telah membuang bayi perempuan mereka di kawasan kilang Daibochi, Ayer Keroh, di sini pada pukul 1 pagi, 11 Ogos lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Noor Hazura Hamid mencadangkan ikat jamin RM10,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Tertuduh merayu supaya jumlah tersebut dikurangkan kerana keluarga mereka orang susah.

Mohd. Fairuz membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 sebelum menjatuhkan hukuman pada 28 September ini.

Pada tarikh tersebut fakta kes akan dibentangkan oleh pendakwaan dan laporan akhlak dikemukakan sebelum menjatuhkan hukuman.

Rabu lalu akhbar mendedahkan penemuan seorang bayi perempuan yang masih hidup di dalam tong sampah di sebuah kilang di Ayer Keroh pada saat-saat umat Islam memulakan ibadat puasa hari pertama Ramadan.

Bayi itu dijumpai oleh pengawal keselamatan kilang tersebut yang kemudian menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian.

read more...

Warga tentera bayar zakat


AMIL zakat Mejar Wan Ismail Wan Abdullah (kiri) bersalaman dengan Sarjan Udara Arsat Yahya semasa membayar zakat fitrah di Masjid Pengkalan Udara TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Kaunter pungutan zakat fitrah di Masjid Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungei Besi di sini yang mula dibuka hari ini, mendapat sambutan warga tentera dan orang awam.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kaunter itu mula dikunjungi pagi ini untuk membolehkan mereka membayar zakat fitrah sebanyak RM7 seorang seperti yang ditetapkan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ketua amil masjid tersebut, Mejar Wan Ismail Wan Abdullah berkata, dalam usaha memberikan kemudahan yang terbaik khususnya kepada warga tentera untuk membayar zakat, pihaknya akan membuka kaunter zakat selama tujuh hari seminggu termasuk cuti umum sepanjang Ramadan ini.

“Waktu urusan kaunter zakat ialah pada waktu zuhur hingga asar setiap hari. Pembukaan kaunter sepanjang Ramadan ini adalah untuk memudahkan anggota tentera melakukan pembayaran zakat fitrah semasa bertugas,’’ katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau turut memberitahu, pembukaan kaunter tersebut juga telah menarik orang ramai untuk mengerjakan solat di sini berbanding sebelum ini.

Sementara itu, seorang pembayar zakat, Lans Koperal Mohd. Ridzuan Teh, 27, berkata, kaunter pembayaran zakat itu telah memudahkan mereka yang bertugas di pangkalan udara di situ untuk membayar zakat.

“Masjid adalah tempat strategik untuk tujuan itu kerana selesai mengerjakan solat berjemaah kami boleh membayar zakat, ’’ katanya.

Dalam pada itu, anggota Institut Perubatan Penerbangan, Sarjan Mohd. Arif Ahmad, 35, berkata, ini merupakan kali pertama beliau membayar zakat di sini kerana sebelum ini bertugas di tempat lain.

“Saya bersetuju kaunter zakat dibuka di masjid kerana lebih mudah untuk datang ke sini berbanding jika dibuka di tempat yang jauh dari tempat bertugas,’’ katanya.

Prebet Ridzuan Ali, 21, pula berkata, dengan pembukaan kaunter zakat di masjid ia secara tidak langsung dapat memberi nilai tambah kepada peranan dan fungsi masjid kepada orang ramai.

“Kita dapat lihat lebih ramai telah datang ke masjid ini berbanding dahulu kerana boleh membayar zakat selepas menunaikan solat,” katanya.

read more...

Parti Republikan kecam Obama sokong bina masjid

WASHINGTON 16 Ogos - Parti Republikan turut mengecam ulasan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang menyokong pembinaan masjid berhampiran Ground Zero, memberikan gambaran beliau sebagai tidak memahami rakyat, kurang tiga bulan sebelum pilihan raya pertengahan penggal.

Parti Demokrat dan Parti Republikan berbeza pendapat berhubung sama ada patut atau tidak Obama campur tangan dalam ketegangan mengenai pusat kebudayaan Islam itu yang akan dibina dua blok dari tapak runtuhan Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Dalam majlis berbuka puasa di White House pada Jumaat lalu, Obama berkata 'orang Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama mereka seperti orang lain di negara ini', termasuk membina masjid di Manhattan.

Namun, sehari selepas itu, Obama menarik balik sokongan itu dengan menjelaskan dia mengulas tentang hak-hak di dalam Perlembagaan AS dan bukan 'membuat keputusan untuk membina masjid di situ', lokasi yang diakuinya sebagai 'kawasan yang dihormati'.

Pihak konservatif dengan pantas mengambil kesempatan ke atas ulasan Obama, yang dibuat beberapa minggu selepas White House enggan mengeluarkan kenyataan dan menyifatkan ia sebagai isu tempatan.

Beberapa anggota kanan Parti Republikan menyampaikan mesej parti itu dalam rancangan-rancangan politik, semalam.

"Ia bukan berkaitan kebebasan beragama, kerana kami menghormati hak beribadat menurut keyakinan masing-masing. Namun, saya rasa adalah tidak bijak... untuk membina masjid di tapak yang mana 3,000 rakyat Amerika terkorban dalam serangan pengganas.

"Saya rasa ia menunjukkan Washington, White House, pentadbiran dan Presiden sendiri seperti tidak memahami arus perdana Amerika," kata Senator John Cornyn, anggota Parti Republikan dari Texas.

Tinjauan pendapat oleh CNN bulan ini mendapati 68 peratus rakyat As menentang pembinaan masjid itu, manakala hanya 29 peratus menyokong. Namun, majoriti menyokong hak orang Islam membinanya.

Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg menyokong pembinaannya.

Senator Jack Reed dan anggota Kongres Maryland, Chris Van Holten dari Parti Demokrat berkata, masjid itu tidak boleh dibina di situ kerana apa juga perkara berkaitan 9/11 tidak patut dijadikan isu politik. - AFP

read more...