Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 27 April 2011

Perkahwinan, tujuan dan falsafahnya



Di mana rahsia kebahagiaan suami isteri?


Assalamualaikum warahmatullah

Sebelum saya menghurai tajuk ini, saya awali tulisan ini dengan beberapa pertanyaan lebih dahulu. Dari pertanyaan-pertanya an itulah setiap orang yang membaca tulisan saya ini akan dapat memberi jawapan masing-masing dan dari jawapan masing-masing itulah bertitik tolak rahsia yang sebenarnya kebahagiaan suami isteri atau berlaku sebaliknya, baik bagi yang sudah berkeluarga, yang belum atau pun yang bakal berkeluarga, insya-Allah.

Di antara pertanyaan-pertanya an yang saya ajukan adalah seperti berikut:

  1. Mengapa saudara-saudari menikah atau ingin menikah? Apa tujuan saudara-saudari menikah?
  2. Lelaki atau perempuan bagaimana yang telah dipilih atau akan dipilih untuk menjadi suami atau isteri? Adakah:
  • kerana kecantikannya atau rupanya. Kalau lelaki, kerana tampan atau gagahnya?
  • kerana kekayaannya?
  • kerana keturunannya?
  • kerana agama dan akhlaknya?
Mengapa menikah?

Ramai di kalangan umat Islam terutama di akhir zaman, di zaman moden dan sains teknologi canggih ini akan memberi jawapan bahawa mereka menikah kerana ingin bersenang-senang dan memuaskan nafsu. Kalau tidak menikah kita akan terasa sepi.

Baiklah, kalau kerana itulah setiap lelaki dan perempuan itu menikah ertinya kita akan atau telah menempuh jalan yang salah, jalan yang menjatuhkan taraf kita sebagai manusia, jalan yang mana di awal niat menikah lagi kita telah membuka pintu kehancuran rumahtangga baik kita sedar atau tidak.

Kenapa dan mengapa?

Pertama: Kita telah setarafkan diri kita sebagai haiwan. Haiwan berhubungan kelamin tidak ada tujuan lain selain kerana melepaskan nafsunya semata-mata. Tidak ada tujuan-tujuan selain seks itu saja.

Kedua: Kalau menikah dengan tujuan nafsu semata-mata, ini amat berbahaya kerana sekiranya kemahuan kita sudah tidak ada lagi dengan isteri kita atau suami kita disebabkan kita sakit, atau isteri kita sakit, atau setelah isteri sudah tua, atau setelah kecantikannya sudah pudar, di waktu itu keinginannya sudah tidak ada lagi untuk perhubungan kelamin, mungkin kita ceraikan dia atau isteri minta cerai.

Kalaupun tidak bercerai kerana memandang anak-anak sudah ada dan tidak mahu berpisah dengan anak-anak, di waktu itu kemesraan sudah tidak ada lagi. Hubungan suami isteri sudah tentu renggang. Masing-masing mudah buat onar, mudah tersinggung, mudah benci, mudah marah-marah, maka terjadilah krisis rumahtangga tidak habisnya. Kemudian hal ini akan memberi pengaruh terhadap psikologi anak-anak. Oleh kerana itu menikah dengan tujuan hiburan seks semata-mata tidak akan dapat membangun keluarga yang bahagia lebih-lebih lagi masyarakat yang bahagia.

Perempuan atau lelaki seperti apakah pilihan kita?

Dalam memilih jodoh baik lelaki atau perempuan, terjadiah pemilihan itu dari berbagai-bagai sudut dan aspek:

1. Pilih kerana kecantikan

Ada orang memilih kerana kecantikan, itu kalau lelaki. Kalau perempuan kerana kegagahan dan tampannya seorang lelaki. Kalau itulah yang menjadi target, hal ini amat berbahaya. Bahayanya itu kalau tidak terjadi dalam jangka pendek mungkin akan terjadi dalam jangka panjang. Kerana kalau seorang perempuan itu sudah tidak cantik lagi dan suami sudah tidak tampan, mungkin kerana selalu sakit, atau kerana kerja berat, sudah menghilangkan kecantikan atau ketampanannya, atau setelah berumur sudah tentu hilang kecantikan. Pada waktu sudah hilang kecantikan, daya tarik sudah tidak ada untuk hubungan suami isteri sebab berahi sudah lemah. Lebih lagi di luar rumah seperti di tempat kerja, pergaulan laki-laki perempuan pun bebas, rangsangan kepada perempuan atau lelaki lain lebih daripada isteri atau suami sendiri, sehingga di waktu itu mudah saja bertengkar atau bercerai.

Kalau tidak bercerai pun oleh
kerana anak sudah banyak kerana tidak mahu berpisah dengan anak-anak, namun hubungan suami isteri sudah tidak indah lagi. Kerenggangan dan marah-marah pun mudah berlaku. Singgung menyinggung pun terjadi. Mudah saja benci membenci. Kalau begitu di manalah indahnya berkeluarga di waktu itu dan ini juga sangat memberi tekanan psikologi kepada anak-anak. Anak-anak akan menjadi korban, mungkin mereka akan menjadi liar, jauh dengan orang tua, benci tinggal di rumah, suka mencari hiburan di luar rumah, maka mudahlah terjebak dan terlibat dengan narkoba, rokok, minuman keras, bohsia, bohjan, melepak, mungkin terlibat dengan zina dan berbagai kriminalitas kerana berasal daripada rumahtangga yang tidak bahagia dan tidak harmoni.

2. Pilih kerana kekayaan

Ada orang memilih jodoh baik lelaki atau perempuan
kerana kekayaannya. Dia mungkin kaya kerana gajinya besar, kerana dia dari keturunan orang kaya atau sebab-sebab lain. Ini juga amat berbahaya.

a. Mana tahu dengan takdir Allah Taala, si isteri atau suami itu dipecat. Boleh jadi kekayaan yang ada itu habis atau dia jatuh miskin
kerana berbagai-bagai sebab yang dapat saja terjadi. Di waktu itu sudah tentu akan terjadi kerenggangan di antara suami isteri. Mulailah tidak senang satu sama lain, benci-membenci pun dapat terjadi. Masam-masam muka pun terjadi. Pertengkaran dan krisis rumahtangga pun terjadi. Pintu perceraian pun terbuka.

Kalau tidak bercerai pun hal ini dilakukan
kerana tidak mahu berpisah dengan anak-anak atau kerana hendak menjaga status diri. Tapi apalah ertinya lagi rumahtangga yang sentiasa bergolak dan bergelora macam air laut yang sentiasa bergelombang. Yang akan lemas adalah anak-anak yang tidak berdosa, anak-anak juga akan mengalami seperti yang sudah kita ceritakan di atas.

Biasanya seorang lelaki menikah dengan perempuan kerana kekayaannya, si isteri tidak begitu hormat dengan suaminya. Ini kerana dia merasakan bahawa dialah yang menanggung suaminya. Atau kalau dia tidak menanggung pun, dia merasakan dapat berdikari tanpa pemberian suami. Ada suami atau tiada suamikah, dia sanggup hidup sendiri kerana memiliki kekayaan.

Dengan sebab itu lama-kelamaan taat dan setianya kepada suami itu akan berkurang. Bahkan kalau suami itu bersandar hidup dengan isteri, isteri biasanya memperbudak suaminya sesuka hati. Di arah ke sana, arah ke sini, suruh itu, suruh ini, dia akan kontrol suami sesuka hati (queen control). Akhirnya wibawa suami tergugat, kuasa suami sudah tiada lagi, bahkan takut kepada bini atau bapak mertua atau ibu mertua.

Biasa orang kaya, selalunya isteri itu dibacking oleh ibu dan ayahnya. Ada kalanya isteri berani bersuara tinggi dan mengherdik suaminya. Apakah suami boleh tahan selama-lamanya hidup begini? Apakah suami sanggup dayus sepanjang masa? Apa suami boleh merasa bahagia dengan hidup begini? Kalau pun tidak bercerai, saya rasa hidup berkeluarga begini sudah tentu tidak ada makna apa-apa. Tidak ada kemerdekaan. Sedangkan rasa kemerdekaan itu satu nikmat dan menjadi cita-cita hidup setiap orang.

3. Pilih kerana keturunan

Ada orang menikah
kerana keturunan seperti keturunan orang-orang yang bangsawan, umpamanya keturunan raja, keturunan Datuk-Datuk atau keturunan orang-orang besar. Kalaulah pernikahan itu atas dasar itu saja yang tidak ada bersangkutan dengan agamanya, ini amat berbahaya lebih-lebih lagi kalau keturunan bangsawan itu adalah isteri. Di waktu-waktu berselisih faham dia akan menyebut-nyebut keturunannya dan dia akan menghina keturunan suami. Atau biasa orang berketurunan bangsawan itu kalau tidak ada agama, dia sombong dengan suami, atau keluarganya memandang rendah terhadap suami hingga suami akan terasa terhina atau merasa rendah. Di sini dapat mencacatkan kebahagiaan dan keharmonian suami di dalam rumahtangga.

4. Pilih kerana agamanya

Menikah
kerana agamanya. Seorang menikah baik lelaki atau perempuan kerana agamanya, itulah yang tepat. Itulah yang dituntut oleh syariat Islam. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Tetapi ambillah perempuan yang beragama uapa beruntung hidupmu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hal ini adalah dipuji oleh Allah dan Rasul
kerana menikah di atas dasar agama itu, baik dia cantik atau tidak, kaya atau miskin, bangsawan atau orang biasa, masing-masing tetap merendah hati, berakhlak mulia, suami kasih dengan isteri, isteri menghormati suami, suami memberi tanggungjawab terhadap isteri, isteri juga memberi tanggungjawab kepada suami. Akan berlaku tenggang rasa, isteri mengutamakan suami, suami bertimbang rasa dengan isteri, ada kerjasama, masing-masing berlomba-lomba hendak layan-melayan satu sama lain, maaf-bermaafan, isteri memandang hormat dengan suaminya, suami senantiasa belas kasihan dengan isteri, kedua-dua keluarga dihormati.

Allah Taala sentiasa dibesarkan melalui ibadah yang berbagai jenisnya. Perjalanan hidup Rasul dijadikan tradisi kehidupan mereka. Allah, Rasul, Syurga, Neraka, dosa, pahala, menjadi bahan percakapan. Walaupun berusaha mencari kekayaan dunia namun ia dipandang kecil, bukan menjadi tujuan, bukan menjadi bahan perbincangan. Akhirnya dunia selamat, akhirat selamat. Wujudlah kebahagiaan dan keharmonian di dalam rumahtangga.

Oleh sebab itulah daripada empat pilihan itu, iaitu kecantikan, harta, keturunan dan agama, pilihlah
kerana agamanya. Hal ini sangat menyelamatkan dunia dan akhirat kita. Tapi kalau mampu memperoleh keempat-empat sekaligus maka bertambah cantik dan indahnya kehidupan berumahtangga itu. Kehidupan ini bertambah ceria dan berseri namun susah hendak dicari.

Mengapa kita menikah?

Bagi umat Islam yang faham Islam, yang beramal dengan agamanya, menghayati dan mencintai agamanya, yang ada cita-cita hendak membangun agamanya secara syumul (menyeluruh) atau global, kemudian diperjuangkannya, pernikahan atau mendirikan rumahtangga mempunyai erti yang besar. Ini
kerana dari peribadi muslim dan keluarga muslim itulah titik tolak atau starting point untuk memancarkan Islam ke masyarakat, ke negara dan seluruh alam sejagat.

Dari sinilah kalau pilihan suami isteri itu tepat mengikuti ajaran Islam, kemudian hiduplah dua sejoli atau mempelai itu secara aturan Islam, setelah itu kalau Allah Taala takdirkan mereka mendapat cahaya mata atau anak-anak yang banyak dari dua insan yang berpadu kasih, yang mempunyai cita-cita Islam yang mendalam itu, maka sudah tentulah anak-anak itu dididik secara kehidupan yang dikehendaki oleh Islam. Maka insya-Allah akan lahirlah satu keluarga yang hidup secara Islam yang menjadi contoh teladan. Kalau suami isteri yang lain pula mendirikan rumahtangga mempunyai cita-cita yang sama, gabungan keluarga-keluarga yang menghayati Islam itu menjadi masyarakat yang menghayati Islam lebih besar lagi. Selepas itu sudah tentu mudah saja untuk menegakkan Islam dalam negara dan seterusnya Islam sejagat.

Tidaklah seperti apa yang terjadi hari ini di seluruh dunia. Bagi pejuang-pejuang Islam, amat sulit sekali untuk memperjuangkan Islam di peringkat negara, kerana individunya belum siap. Keluarga Islam belum siap. Masyarakat lebih-lebih lagilah belum siap. Oleh kerana itu, sudah tentu amat susah sekali untuk diajak menegakkan Islam di peringkat negara.

Mengapa terjadi demikian?

Kesilapan itu bermula dari individu dan dari dua suami isteri yang menikah. Islam itu tidak dijadikan tujuan mereka mendirikan rumahtangga. Mereka tidak ada cita-cita Islam.

Menikah itu sekadar hendak melepaskan dorongan naluri, keinginan alami atau dorongan biologi. Tidak ada pun dikaitkan dengan cita-cita Islam itu. Maka dari itu apakah tujuan penikahan itu? Apakah sekadar melepaskan nafsu?

Tujuan pernikahan yang sebenarnya

Tujuan pernikahan menurut Islam yang sebenarnya adalah seperti berikut:

  1. Allah Taala telah mentakdirkan bahawa lelaki ada nafsu kepada perempuan. Perempuan juga ada nafsu dengan lelaki. Hakikat ini tidak dapat ditolak. Kita tidak dapat lari daripada dorongan alamiah itu. Oleh kerana itu untuk menyelamatkan keadaan maka tujuan kita menikah agar jangan sampai kita melakukan zina yang terkutuk. Mestilah kita menikah agar ia tersalur secara yang halal yang memang dibenarkan oleh Allah Taala yang Maha Pengasih.
  2. Daripada hubungan suami isteri itu, adalah sebagai sebab pertemuan benih kedua jenis manusia yang akan melahirkan zuriat (keturunan), anak-anak, cucu-cucu yang ingin sangat kita jaga, asuh, didik, diberi iman dan ilmu, agar menjadi hamba-hamba Allah yang berakhlak dan bertaqwa. Yang akan menyambung perjuangan Islam kita agar perjuangan Islam kita bersambung selepas kita mati. Memang setiap umat Islam yang belum rosak jiwanya sangat menginginkan generasi penerusnya.
  3. Kalau begitu tujuan kita menikah, kita inginkan anak yang akan kita didik menjadi seorang Islam yang sejati dan anak itu adalah merupakan aset kepada kita. Anak itu sendiri pula boleh menjadi harta dan tenaga kepada Islam.
  4. Dengan pernikahan itu, jika tujuan kita mendapat anak berhasil, dan berhasil pula dididik dengan Islam dan menjadi seorang muslim yang berguna, kemudian dia akan melahirkan cucu yang juga berjaya dididik secara Islam dengan sebaik-baiknya, berapa banyak pahala yang kita dapat sambung-menyambung. Itu adalah merupakan aset simpanan kita di Akhirat kelak. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Apabila meninggalnya anak Adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara yaitu doa anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat." (Hadis riwayat Muslim)
  5. Alangkah indahnya kalau Islam yang maha indah itu dapat menjadi budaya hidup sebagaimana yang pernah mengisi ruangan dunia ini di masa yang silam, selama tiga abad dari sejak Rasulullah SAW. Sekarang keadaan itu tinggal nostalgia saja. Yang tinggal pada hari ini hanya akidah dan ibadah. Itu pun tidak semua umat Islam mengerjakannya. Kita sangat ingin keindahan Islam itu dapat diwujudkan. Di dalam suasana keluarga pun jadilah, kerana hari ini, hendak buat lebih dari itu memang amat sulit sekali. Lantaran itulah pernikahan itu amat perlu sekali kerana hendak melahirkan masyarakat Islam kecil. Moga-moga dari situ akan muncul masyarakat Islam yang lebih besar.
  6. Seorang muslim bukan saja diperintah untuk mencari keredhaan Allah Taala tetapi diperintah juga untuk menghiburkan hati kekasih Allah Taala yaitu Rasulullah SAW, yang mana Rasulullah SAW sangat berbangga dengan ramainya pengikut atau umatnya di Akhirat kelak. Maka sebab itulah Rasulullah SAW menyuruh umatnya menikah,seperti dalam sabda baginda yang bermaksud, "Bernikahlah kamu supaya kamu berketurunan dan supaya kamu menjadi banyak, kerana sesungguhnya aku akan berbangga dengan umatku yang ramai di hari Kiamat." (Hadis riwayat Al Baihaqi) Setiap umat Islam hendaknya apa yang menjadi kesukaan Rasul-Nya itulah juga kesukaan mereka.
  7. Kalaulah Rasulullah SAW berbangga dan bergembira dengan banyaknya umat, maka kita sepatutnya juga berbangga dengan ramainya umat Islam di dunia ini. Maka untuk memperbanyakkannya, lantaran itulah kita menikah. Jadi kita menikah itu ada bermotifkan untuk menambah jumlah umat Islam. Ada cita-cita Islam sejagat. Kita menikah itu ada cita-cita besar, bukan sekadar sebatas hendak melepaskan nafsu seks seperti cita-cita kebanyakan manusia.
  8. Menikah itu jangan sampai putus zuriat kerana kita berbangga dapat menyambung zuriat yang menerima Islam sebagai agamanya dan dengan keturunan itulah orang kenal siapa asal-usul kita atau mereka.
  9. Tujuan-tujuan lain sebagai maksud tambahan daripada pernikahan bahawa setiap lelaki dan perempuan yang menjadi pasangan suami isteri hendaklah meniatkan satu sama lain hendak memberi hiburan kepada seorang hamba Allah Taala yang inginkan hiburan, kerana niat menghiburkan orang mukmin itu mendapat pahala.

Begitulah sebahagian daripada tujuan-tujuan dan maksud-maksud daripada pernikahan di dalam Islam. Pernikahan dalam Islam ini mempunyai cita-cita yang murni. Melahirkan cita-cita Islam, ingin mewujudkan satu rangkaian dan elemen-elemen amalan serta suasana Islam.

Jika hal ini dapat digabungkan dengan rangkaian-rangkaian dan elemen-elemen golongan yang mempunyai cita-cita dan tujuan yang sama seperti yang Islam kehendaki, lama-kelamaan gabungan ini akan menjadi satu masyarakat Islam yang lebih besar lagi, yang syiarnya akan dapat dilihat di mana-mana saja di muka bumi Tuhan ini. Dunia ini akan menjadi amat meriah, ceria, gembira dan bahagia. Barulah kita dapat meyakinkan orang lain kerana keindahan Islam itu begitu nampak.


La Tahzan..(n_n)
read more...

Perihal Kahwin dan Jodoh

Kawe terjumpa blog ini. Kredit diberikan pada Ustaz Emran diatas n3 ini yang banyak menjelaskan beberapa perkara pada kawe.

Ikuti pengalaman Ustaz Emran yang cukup bermanafaat buat kita semua..

Persoalan Jodoh termasuk perkara yang berada dibawah bab takdir dan telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak azali lagi.

Memahami masalah jodoh hendaklah dengan kefahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang diajarkan oleh Rasulullah agar kehidupan kita dilalui dengan pertunjuk yang sahih dan mencapai keredhaan Allah SWT.

Salah Faham Berkenaan Jodoh

Saya sendiri pernah tersalah faham di dalam bab jodoh, ianya berlaku kepada saya sewaktu masih muda remaja dahulu dan sibuk mengejar cinta serta mengharapkan jodoh yang istimewa dan akhirnya memang saya mendapat jodoh yang benar-benar istimewa.

Saya berkahwin dengan seorang gadis arab, anak perempuan seorang ulama sunnah di Yaman. Sewaktu itu saya cukup bergembira dan merasa sangat berbangga.

Walaubagaimanapun Allah lebih menyayangi saya.

Allah swt befirman :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (Al-Baqarah : 216)

Allah mengehendaki kebaikan kepada saya dengan menganugerahkan kepada saya sebuah perceraian sehingga melaluinya saya dapat memahami erti sebuah jodoh dan perkahwinan.

Tanpa penceraian tersebut nescaya saya tidak akan mengetahui dan memahami maksud jodoh sehingga ke hari ini.

Alhamdulillah.

Saya diberi izin oleh Allah SWT untuk berkahwin kali kedua apabila seorang bapa yang soleh menawarkan anak gadisnya kepada saya.

Ketika itu wujud perbalahan di dalam jiwa saya yang membuatkan saya berfikir panjang ini disebabkan sebagai seorang ustaz (ketika itu sudah bergelar ustaz) saya memikirkan untuk mencari seorang gadis yang sempurna, wanita yang hebat dan mampu mengubati hati saya yang terluka dan cedera akibat perkahwinan terdahulu.

Kali ini mahu mencari yang paling comel, paling gebu, paling sempurna sehingga saya gariskan ciri-ciri isteri idaman saya yang persis bidadari.

Allah menyebut di dalam Al-Quran bahawa Syaitan akan menyesatkan manusia dengan pelbagai cara antaranya ialah dengan angan-angan yang memperdayakan :

"Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka."
(Al-Baqarah : 216)

Allah befirman :

"Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka."
(An-Nisa : 120)

Alhamdulillah, sekali lagi Allah memberikan kebaikan kepada saya dengan mendapat nasihat dan pertunjuk berguna daripada ulama-ulama sunnah di Yaman.

Kata mereka, Allah tidak akan memberikan "bidadari" kepada anda di dunia tetapi di akhirat.

Jadi jika anda mahukan wanita yang bertaraf bidadari di dunia maka kahwinilah dengan niat yang betul, jalanilah kehidupan rumahtangga dengan betul, jadilah suami yang betul dan InsyaAllah isteri anda akan menjadi bidadari di akhirat.

Daripada Ibnu Umar r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap seorang dari kamu akan ditanya perihal kepimpinannya. Pemimpin adalah yang bertanggungjawab memimpin dan akan ditanya perihal yang dipimpin olehnya. Seorang lelaki adalah pemimpin dalam keluarganya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Seorang wanita adalah pemimpin dalam rumah suaminya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Buruh adalah pemimpin dalam harta majikannya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Jadi setiap seorang dari engkau semua itu adalah pemimpin dan tentu akan ditanya perihal kepimpinannya. " (Hadis sahih Muttafaq 'alaih)

Syeikh lalu menceritakan perihal Umar RA yang turut mengalami masalah rumahtangga, bahkan rasulullah sebaik-baik manusia juga menghadapi masalah yang sama sekaligus menyedarkan saya "Mana ada manusia yang sempurna."

Diriwayatkan bahwa seorang pemuda datang ke rumah Umar bin Khatthab Radhiallahu 'anhu hendak mengadukan keburukan akhlak isterinya. Maka ida berdiri di depan pintu menunggu Umar keluar.

Lalu dia mendengar isteri Umar bersuara lantang pada suaminya dan membantahnya sedangkan Umar diam tidak membalas ucapan isterinya. Pemuda itu lalu berbalik hendak pergi, sambil berkata : "Jika begini keadaan Umar dengan sifat keras dan tegasnya dan dia seorang amirul mukminin, maka bagaimana dengan keadaanku ?".

Umar keluar daripada rumahnya dan melihat ada orang beredar dari rumahnya lalu memanggil pemuda itu dan berkata : "Apa keperluanmu wahai pemuda ?"

Dia menjawab : "Wahai Amirul Mukminin, pada mulanya aku datang hendak mengadukan keburukan akhlak isteriku dan sikapnya yang membantahku. Lalu aku mendengar isterimu berbuat demikian, maka aku pun kembali sambil berkata :"Jika demikian keadaan amirul mukminin bersama isterinya, maka bagaimana dengan keadaanku ?"

maka Umar berkata : "Wahai saudaraku. Sesungguhnya aku bersabar atas sikapnya itu kerana hak-haknya padaku. Dia yang memasakkan makananku, yang membuatkan rotiku, yang mencucikan pakaianku, yang menyusui anak-anaku dan hatiku tenang dengannya dari perkara yang haram. Kerana itu aku bersabar atas sikapnya".

Pemuda itu berkata : "Wahai Amirul Mukminin, demikian pula isteriku". Berkata Umar "Bersabarlah atas sikapnya wahai saudaraku ..." [Kitab Al-Kaba'ir oleh Dzahabi hal. 179]

Janganlah Melihat kepada Keburukkan Seseorang kerana tidak akan wujud Pengakhirannya tetapi lihatlah kepada Kebaikan yang akan membolehkan Kita menumpang dan menikmatinya.

Saya lalu terus bersetuju untuk mengahwini seorang gadis mentah, muda seusia 17 tahun untuk menjadi isteri saya tanpa teragak-agak. Alhamdulillah, setelah beberapa tahun kini dialah bidadari saya yang merupakan wanita paling indah yang pernah saya temui.

Anda yang bertanggungjawab "berusaha" menjadikan pasangan anda sebagai bidadari atau lelaki soleh yang anda inginkan melalui usaha berterusan dan perjuangan melaksanakan hal tersebut beroleh pahala.


Berdasarkan carta jodoh di atas ANDA akan mendapati bahawa JODOH kita sebenarnya sudah DITAKDIRKAN iaitu bermaksud ianya sudah ditetapkan oleh ALLAH SWT semenjak azali lagi.


Tidak kira apakah jalan yang anda gunakan untuk berkahwin maka ianya sudah pun ditetapkan oleh yang demikian mengapakah kita harus menggunakan JALAN yang HARAM sedangkan dengan JALAN yang HALAL pun kita boleh mendapatkannya ?


Janganlah mencelakakan diri kita dengan memilih jalan yang haram dan berdosa kerana kelak kita akan menanggung akibatnya di akhirat.

Kenapa bimbang belum mendapatkan jodoh ?

Apakah anda akan ditakdirkan akan berkahwin atau ditakdirkan tidak akan berkahwin TERNYATA sudah tidak sepatutnya dipertikaikan lagi kerana ianya SUDAH DITETAPKAN dan hal tersebut tidak berubah.

Jadi mengapa bimbang dan risau ? Orang yang beriman kepada Takdir maka tiada kebimbangan dan kerisauan di dalam jiwa mereka kerana menyakini segala sesuatu sudah pun ditetapkan.

Apa yang perlu anda risaukan ialah bagaimana harus berusaha, jalan yang perlu dipilih agar memenuhi PERINTAH ALLAH itu sahaja.

Siapakah Pasangan Anda ?

Anda tidak perlu TAKUT siapakah jodoh anda kerana pasangan anda sudah pun ditentukan oleh Allah SWT dan apa yang perlu anda lakukan ialah untuk berusaha mendapatkan calon yang soleh dan solehah sebagai memenuhi PERINTAH ALLAH dalam keadaan anda penuh sedar dan yakin ianya sudah ditetapkan.

Anda berusaha semata-mata kerana mahu memenuhi perintah Allah. SWT.


Memilih jodoh yang baik

Berdasarkan carta di atas, maka anda diharapkan dapat memahami bahawa Kehendak Allah yang disukai dan diredhai-Nya (Iradah/Kehendak Syar'iyah) dapat diketahui oleh kita dengan ILMU berdasarkan Kitab dan Sunnah.

Manakala Kehendak Allah yang menyebabkan berlakunya segala sesuatu, yang mengizinkan terjadi tiap-tiap perkara (disebut Iradah/ kehendak Kauniyah) tidaklah bermakna ianya disukai dan diredhai oleh Allah SWT.

Tiada sesiapa termasuk anda dan ulama dapat mengetahui siapakah lelaki atau wanita yang sesuai atau baik untuk anda. Mr. Right atau Mrs. Right tidak akan dapat diketahui oleh Kita selama-lamanya tanpa WAHYU di sisi.

Allah swt befirman : "(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib ,maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu." (Jin : 26)

Memandangkan Rasulullah telah wafat maka tiada sesiapa lagi boleh mengetahui siapakah yang lebih sesuai untuk kita dan siapakah pula tidak. Majoriti orang "menyelidik", "mengkaji" latar belakang calon pasangan masing-masing dengan tujuan "merisik" mencari calon yang paling sesuai dan terbaik.

Hakikatnya hanya ALlah yang mengetahui, boleh jadi setelah dikaji "di dalam makmal"maka didapati seorang wanita itu baik untuk kita atau sebaliknya namun setelah berkahwin dan hidup bersama maka dia kemudiannya berubah hati dan menjadi jahat dan menyeleweng.

"Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.”

(HR. Tirmidzi)


Hati manusia boleh berubah ibarat pantai.

Jangan membuang masa mencari Mr. Right atau Mrs Right sehingga mengabaikan tanggungjawab kita yang banyak. Masa kita terhad, maka perlu dipergunakan semaksima mungkin di dalam gerak kerja ibadah kita seharian.

Kita harus perlu sentiasa TEGUH di atas Perintah ALLAH SWT.

Aisya ra., berkata,

“Nabi SAW sering berdoa dengan mengatakan, ‘Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku untuk selalu taat kepada-Mu.’(hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Abu Syaibah)


Tugas anda ialah berusaha mengikut cara yang sahih dan menjalani ibadah dengan segigih mungkin kepada Allah SWT manakala bakinya berserah kepada Allah untuk menetapkan keputusan di atas usaha kita.

Kita sudah berusaha dan akan terus berusaha, resultnya bukan urusan kita.
read more...

Risiko Menolak Seks Suami

Utk bacaan Pangeran-pangeran Bini ;

Kita dah sedia maklum bahawa dlm agama, seorang isteri ditegah dari menolak ajakan suaminya utk mengadakan hubungan badan. Sekalipun si isteri tadi ingin berpuasa sunat, dia wajib memohon kebenaran dari si suami terlebih dahulu bagi mengelakkan permasalahan sekiranya si suami tiba2 berkeinginan utk bersama. Isteri juga wajib membatalkan puasa sunat tersebut demi memenuhi kehendak suami yang satu ini...

Kita juga pernah diingatkan bahawa isteri harus melayani permintaan ini sekali pun diatas kenderaan. Tolakan yang dibuat tanpa asas kukuh .. hanya akan mengundang laknat daripada para malaikat.

Si isteri tak seharusnya memandang remeh akan perhubungan badan dengan suami.. sekalipun suami anda itu seorang yang flexible... mudah bertolak ansur.. Nyata didunia teknologi ini.. telah ramai isteri2 yang mengambil mudah akan hal ini.. dan ditambahkan dengan mereka yang berkerjaya.. ajakan suami seringkali ditolak dengan pelbagai alasan yang sebenarnya boleh diatasi, jika si isteri benar2 tahu akan tanggungjawab terhadap suami yang satu ini.

Sebagai isteri, anda harus membantu suami memahami keperluan2nya sendiri supaya dgn kefahaman tersebut...anda juga akan menerima manafaat darinya... dimana bantuan utk suami menikmati kepuasan yang mendalam setiap kali bersama.. sedikit sebanyak memberikan impak pada diri anda sendiri...

Jika dilihat dari permulaan, tolakan isteri pada awalnya mungkin tak memberikan kesan yang besar... namun bila hal tersebut berlarutan, ia pasti akan menjejaskan perhubungan suami isteri dan juga kebahagiaan rumahtangga. Kita boleh lihat kesan dari beberapa sudut:-

1) Kesihatan - lelaki perlu menyalurkan keinginan seks mereka melalui saluran yang betul, sah dan halal. Kerana itu, mereka dituntut agar berkahwin sekiranya mereka mampu dan sudah bersedia utk menerima tanggungjawab. Dan sebaliknya jika masih tidak mampu utk beristeri, maka berpuasa itu adalah yang paling baik buatnyer. Ini kerana, dengan berpuasa (dengan sebenar2 puasa).. saluran nafsu itu dapat ditutup dengan ingatan akan azab yang bakal dihadapi sekiranya berkelakuan sumbang..

2) Agama - sedangkan para malaikat juga melaknati anda sehinggalah sisuami memberikan kemaafan pada anda.. ingatlah perbuatan anda menolak ajakannya mungkin akan menyinggong perasaannya...tolakan isteri kekadang bakal mengundang kemusnahan pada dirinya juga... sekiranya keimanan sisuami bukanlah sekuat yang disangkakan.. Mungkin ada para isteri yang menganggap suami mereka masih waras dan mampu mengawal dari melakukan perkara sumbang dan keji diluar pengetahuan mereka. Namun... jangan juga kita terlupa..bahawa disaat2 seseorang itu berkeluh kesah akan permasalahan hidupnya.. syaitan senantiasa berhampiran bagi menggoda mereka ini .. Kekadang ada yang telah tertutup mata hati kerna "iman yang tipis itu senantiasa dibiarkan berseorangan".. Kemungkinan juga ada para isteri yang lebih rela membenarkan suami mereka bermain mata diluar... kerna menyangkan hanya sekadar itu sahaja..diwaktu yang sama.. tidak ada tindakan susulan demi memperbaiki perhubungan diantara siisteri dan si suami..Apabila masalah ini tidak dirawat atau dicegah diperingkat awal...jangan salahkan sesiapa sekiranya ada yang lain ingin memberikan "Pertolongan" pada suami anda..sebaliknya salahkan la diri anda kerana mengabaikan tanggungjawab anda...

3) Penampilan Lahiriah - seks adalah makanan bagi jiwa seseorang.. seks yang baik dan mampu memberikan kepuasan, pasti akan mampu memberikan semangat buat empunya diri setiap hari.. Penampilan diri akan lebih yakin disamping wajah yang berseri2 kerana kepuasan yang dialami..

Sekiranya permintaan suami seringkali diabaikan atau ditolak, bimbang kelak sekiranya tiba waktu anda(isteri)mengingininya, nafsunya telah hilang terhadap anda... Ini mungkin setelah sekian lama menerima tolakan anda, suami mungkin tidak lagi mahu memulakan seks kerna bimbang ditolak atau telah terlekat dikepala.. "minta pun tak dapat.. baik tak minta langsung"..Ini boleh kita istilahkan sebagai "malas seks".. satu puncanya... kebimbangan yang berlebih2an sekiranya ajakannya akan ditolak lag...

Bila seringkali ditolak, lelaki kebiasaannya akan lama kelamaan tidak mengambil endah lagi dengan kehendaknya ini.. Secara sedar atau tidak, dia mungkin tidak mau memikirkannya apakah dia masih maukan seks... dan diwaktu ini , mungkin ada para isteri menganggap si suami sudah hilang minat terhadapnya.. atas alasan2 yang isteri fikirkan "patut" dilakukan oleh si suami.. umpamanya..adanya pengganti atau orang lain yang didampingi... Walhal, bagaimana hal ini boleh terjadi??? Tidak pula semestinya, setiap perubahan lelaki itu hanya kerna ada orang ketiga.. kadang kala kita tersalah tafsir.. dia mungkin sedang menunjukkan protes terhadap tindakan kita padanya..

Sisuami, mungkin akan mengalihkan pandangan mereka pada perempuan lain.. atau juga cuba mencari jalan mudah bagi memenuhi kehendaknya... Lelaki tidak lagi takut ajakannya ditolak, kerna bagi pelacur umpamanya... tidak ada istilah itu bagi menyara kehidupan mereka..

Si suami juga,akan memandang isterinya tidak cantik..sekalipun isterinya itu seorang bekas ratu cantik... sekiranya dia tidak dapat menikmati kepuasan seks bersama isterinya.

Cara-cara melayan seks suami

Ianya bukanlah suatu yang sukar hendak dilakukan :

1) SEbagai isteri tunjukkanlah kepada suami bahawa anda ingin dan seronok utk melakukan seks bersamanya dan suka dengan apa yang dilakukan sepanjang sesi tersebut

2) Anda mesti benar2 menunjukkan tanda anda puas setelah menikmatinya...kepura-puraan hanya akan mengundang kemurungan pada pihak anda.. Lazimnya.. sisuami tidak percaya siisteri itu mencintainya sekiranya isterinya tidak suka bila diajak melakukannya.

3) Dengan layanan seks yang menyeronokkan pada suami, isteri dapat membuka pintu hati suami dan mendapatkan tempat di jiwanya. Dengan ini juga, isteri akan dapat menikmati semula ekspresi kasih sayang daripadanya..

4) Sekalipun anda tidak mempunyai mood utk bersama, dan mood suami anda amat tinggi, berikan seks segera kepadanya. Anda tak perlu mengadakan pelbagai alasan. Dengan kebijaksanaan anda menangani masalah ini, hubungan seksual anda tidak akan terancam.

5) Sekiranya suami anda tidak bertanya apa yang anda sukai, adalah tanggungjawab anda utk memberitahunya.. Jangan ambil mudah dengan menganggap bahawa seorang lelaki harus tau apa yang perlu dilakukan dan bagaimana melakukannya. Jangan terus menyalahkan suami sekiranya dia tak bertindak seperti yang diingini oleh anda... Sebaiknya, setelah selesai bersama, suarakan padanya perkara2 yang suami anda lakukan yang amat anda gemari.. Jgn terus menerus menyampaikan apa yang anda tak suka sewaktu bersama, kerana ianya akan merosakkan esteem lelaki ...

6) sebagai isteri, tidak harus berasa malu utk menunjukkan tindakbalas yang boleh dilihat oleh suami... Lebih baik jika dapat mengucapkan terima kasih setelah anda cukup puas bersamanya.

7) Jgn berlakon!.. dengan melakonkan orgasm demi menjaga hati suami, lama kelamaan anda mungkin tidak akan dapat merasai orgasm yang sebenar.. Anda telah secara dengan tidak sengaja, menutup peluang kepada tubuh anda utk mengalami turun naik ombak berahi yg semulajadi.

8) Tidak semestinya orgasm itu diperolehi setiapkali bersama. Yang lebih bermakna, adalah sentuhan suami diseluruh tubuh anda.

9) Jgn menganggap ringan terhadap seks sekiranya anda telah berbelas tahun berumahtangga dan mempunyai beberapa orang anak. Sikap ini boleh mendatangkan konflik dan ancaman kepada rumahtangga anda.

10) sekiranya suami semakin dingin,segeralah perbaiki kemahiran anda dlm berkomunikasi bersamanya.

11) Apabila lelaki tidak minat melakukan seks, mereka lebih suka berdiam diri dari meluahkannya. Tak seperti isteri, luahan dilakukan walaupun isteri tau bahawa suaminya amat memerlukan. Lelaki bimbang sekiranya dia mengatakan tidak berminat, dia akan dihujani denganpelbagai persoalan. Pertanyaan demi pertanyaan, akan mematikan terus nafsu suami.

12) Senantiasa ingat bahawa suami yang tidak ditekan, akan segera hlang kepenatannya dan bersedia dengan gembira utk melakukan seks
bersama isteri, sekiranya isteri bersedia.

wallahualam..

-sumber majalah-
read more...

Dia Takdirmu Di Syurga

penyebab-masuk-syurga.jpg?w=320&h=213

HATI manusia sangat fleksibel, tersentuh, mudah bimbang tatkala takdir tidak sebulu dengan fitrah, tatkala diserang malapetaka di luar dugaan resah bukan kepalang, akal separa waras. Bila keinginan diharapkan menemani, datang pula bebanan menghantui. Kenapa, mengapa, apa berlegar, berputar ligat membunuh daya mampu dan mahu. Mampu, dalam erti kata berpecak silat menentang badai, dan mahu, berubah.

Berkali-kali kita diingatkan, manusia tidak sirna dari dugaan, sering diduga dan menduga. Tabi-‘e alam, memang kita memerlukan antara satu sama lain, tiada siapa bisa mendabik dada dia boleh hidup tanpa perlu kepada manusia lain, hatta hartawan sendiri masih memerlukan khidmat orang bawahan, mengaji mengurus dan sebagainya. Justeru itu, masalah akan ada di mana-mana tanpa dipinta, cuma kita disarankan agar berhati-hati, sedia, sabar, dan belajar dari masalah tersebut.

Jodoh, adalah hal berkaitan dengan fitrah, mahu tidak mahu setiap daripada kita pasti dipaksa bergelumang meredah mehnah, suka duka, jerih perih sebelum bahagia dalam rumahtangga direalitikan. Manusia tidak selama-lama akan kebal, pasti ada satu saat dia akan tunduk, jatuh. Oleh kerana itu, Islam mengajar agar kita tidak sombong untuk belajar daripada alam, pengalaman, sirah buat pendinding kalis kecewa, sengsara, dan lara. Kita kian tenang dalam damai ketika mencari cinta Ilahi nan abadi.

Kita mesti selalu jadi baik, agar yang baik juga Allah Taala jodohkan untuk kita. Cinta yang dicari baik, tetapi cinta yang ditemui lebih baik lagi. Keluarga ibarat sebuah negara, suami ialah seorang pemimpin menerajui sebuah kerajaan besar, tidak boleh dipandang enteng. Berjaya atau tidak seorang suami itu dilihat berjaya atau tidak anak buah di bawah jagaannya.

Perkahwinan yang sempurna bukanlah sentiasa sempurna, melainkan ketidak-sempurnaan yang ditangani dengan kemahuan pada agama, syari-‘at aturan daripada al-Quran dan as-Sunnah. Tiada apa yang sempurna dalam dunia ini kerana ini hanyalah dunia. Tidak penting di mana kita bermula, tetapi lebih penting di mana kita akan berakhir.

“Kali ini sudah dua kali peluang saya berikan, tapi abang masih tidak mahu berubah...” rintih seorang isteri bila mana tahu si suami main kayu tiga.

Kadangkala kita terlalu mengharap sesuatu yang ideal sehingga kita terlepas pandang dengan segala kebaikan yang ada pada pasangan di depan mata, hingga kita cuba membandingkan dengan insan lain.

Salah kita juga, dulu bercinta bagaikan hilang waras manusia normal, bibir hanya berbicara kebaikan pasangan sahaja, memuji kecantikan pasangan. Bila dah akad, pasti kebaikan juga diharapkan, namun panas tidak selalu sampai ke petang, bila ada step tersilap, maka mulalah persoalkan ini dan itu.

Cabaran hidup berkeluarga tidak seindah yang diimpikan, khabar tidak seindah rupa. Tidak boleh menjadi idealistik. Banyak tanggungjawab harus dipikul, banyak keseronokan masa bujang yang terpaksa dikorbankan, karenah anak-anak yang bisa menggugat kesabaran. Bila dah berumahtangga suami isteri bukan sahaja berkongsi satu bilik, satu katil, satu almari, tapi juga satu rasa, satu tanggungjawab. Bebanan kewangan diatasi, dikoreksi bersama.

Di sini, cinta akan mekar berputik, kekurangan ada di sebelah pasangan dilengkapkan pasangan lain. Usia perkahwinan juga akan melalui pra-matang, maka dalam tempoh demikian, terlalu banyak agenda perlu dirangkumkan, apa patut didahulukan, dan mana patut dikemudiankan.

SEBELUM KAHWIN

Berusaha menjadi terbaik untuk mendapat yang terbaik, bukan menilai orang lain baik tapi diri sendiri tiada usaha menjadi baik. Maka segalanya dilakukan dengan usaha dan niat yang ikhlas, niat baik akan dipertemukan dengan takdir-Nya yang baik-baik. Kebaikan kita dinilai oleh masa, kalau umur dah berginjak 20-25 tahun, tapi masih bermain PSP, baca majalah mangga, belek komik bersiri, bukankah teramat jauh untuk jadi baik.

Allah Taala berfirman, bermaksud: “...perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat)” an-Nur (24:26)

Benar kita boleh berlakon, depan orang cerah perut ibu mengandung, tapi sampai bila, tembelang kalian pasti dapat dihidu, bila dah kahwin semua itu sudah tiada lagi, kembali pada perwatakan sebelumnya.

Kalian berhak memasang cita-cita, memiliki isteri mampu menjaga pakaian dan makan minum, mendamba isteri rajin bertadarrus al-Quran dan bertahajjud malam, isteri rajin dalam kerja-kerja dakwah, mengimpikan isteri melahirkan zuriat soleh dan solehah, menginginkan isteri berkongsi suka dan duka, kalian boleh buat demikian, tapi sanggupkah kalian juga menjadi seperti apa seorang isteri harapkan, menemani di kala tahajjud, menyediakan pakaian dan makan minum, menjadi pemimpin baik buat dirinya dan anak-anak yang soleh dan solehah.

Mereka bertadabbur, dan memahami kalam Allah satu ini;

Allah Taala berfirman, bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan...” an-Nisaa’ (4:34)

Menetapkan niat untuk menjadi lelaki yang baik untuk keluarganya serta hasrat untuk melahirkan generasi baru yang membawa ad-Deen merupakan usaha yang murni. Sudah tentu usaha sedemikian memerlukan keteguhan dan kecekalan serta usaha yang berterusan sambil memohon pertolongan Ilahi. Niat yang baik akan menatijahkan hasil yang baik.

Seorang lelaki menyukai perempuan yang mempunyai sedikit sentuhan maskulin manakala perempuan yang akan menjadi isteri juga menyukai lelaki yang mempunyai sentuhan feminin.

Ringkasnya, suami akan suka isteri yang boleh berdikari menyelesaikan beberapa tugasan atau kerja-kerja yang selama ini dilakukan oleh suami, manakala isteri juga menyukai suaminya sekali sekala buat kerja rumah dan memasak untuk keluarga. Ada kalanya suami memerlukan isteri membantunya dalam menyelesaikan kerja-kerja yang selama ini suami yang lakukan, adakalanya si isteri memerlukan suami untuk ringan tulang dalam hal berkaitan house-chores.

Tiadalah itu satu harapan yang melangit, melainkan rasa ingin merealisasikan sesuatu yang sudah berkurangan dalam kehidupan insan hari ini. Rasulullah s.a.w dalam kesibukannya berdakwah dan menjadi penghulu ummat juga mampu memenuhi hak-hak keluarganya, dan membina satu keluarga Islami yang bahagia, maka kita juga berusaha untuk menjadi seperti baginda.

Saya tidak setuju kalian bercinta sebelum kahwin. Cinta tidak salah, tapi masalah besar adalah orang bercinta, salah meletakkan harga sebuah cinta. Kalau sudah rasa tidak mampu, maka jauhilah maksiat cinta.

Kebanyakan orang bercinta terbawa-bawa dengan khayalan cinta sehingga bersikap terlalu romantik. Bila berbual, banyak control macho sehingga tidak berani bercakap jujur dalam hal-hal tertentu. Bila bercakap, banyak tipu dari memberitahu perkara yang sebenar. Bila merancang, banyak manis dari yang pahit. Bila berjanji banyak hipokrit dari realistik. Ini lumrah orang bercinta. Kerana itu, elakkan mengenali pasangan terlalu intim sebelum berkahwin. Dibimbangi, kalian terkejut selepas berkahwin.

Sanggupkah kalian bercinta?

SELEPAS KAHWIN

Kehidupan adalah realiti yang memotretkan pelbagai palitan warna emosi, suka duka sebagai diari dibaca, dicermati pada hari muka, hal baik-baik sudah pasti diulang dan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Kehidupan adalah lautan yang dipenuhi gelombang, taufan dan goncangan, membawa pelbagai cuaca, sudah pasti memberi kesan membekas di hati manusia. Hati manusia ibarat sebuah sampan kecil yang dipaksa berlayar dalam lautan luas. Mahu atau tidak, manusia perlu benar-benar memahami, belajar dari lautan kehidupan sebaik sahaja mereka membuka mata, dan bersedia memulakan pelayaran. Suri teladan para pelayar sudah ada di hadapan kalian, tinggal lagi kalian memilih cara mereka atau membentuk kaedah pelayaran tersendiri berdasarkan pengalaman mereka.

Pelayar terbaik, tidak lain dan bukan adalah baginda s.a.w.

Cinta itu bukan alasan utama untuk dapat bahagia, kerana ramai juga bercerai kerana cinta.

Ramai orang bercinta bagai hilang ingatan, tapi bercerai berai juga. Ramai yang kahwin suka sama suka, tapi rumahtangga kecoh. Ini bukan soal cinta atau suka. Ini soal sejauh mana kebergantungan suami isteri pada Allah Taala dalam setiap urusan, Sejauh mana mereka sepakat dalam mencari berkat dalam rumahtangga. Dengan kehendak Allah sahaja, rumahtangga akan berjaya dan bahagia. Pohonlah kebaikan pada-Nya, serta terus menerus menjadi baik.

Andai ombak kuat melanda bahtera, jangan disangka tiada harapan dapat berlabuh dengan selamat. Ingatlah semakin kita diuji, itu tandanya kasih sayang Allah Taala kepada kita dan Dia tidak akan membebankan hamba-Nya melainkan sesuai dengan apa yang daya kekuatan.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” al-Baqarah (2:286)

Makin banyak kita diuji, makin dekat kita kepada-Nya dan semakin matang dan penuh hikmah kita menyelesaikan sebarang masalah dengan kaedah terbaik, dipersetujui bersama.

Bersabarlah para isteri dengan suami yang kebanyakannya akan diam dalam membatu, dan bersabarlah para suami dengan leteran dan bebelan para isteri yang adakalanya untuk menyedarkan anda. Dialah satu-satunya insan yang terbaik untuk diri kalian, bukan kedua, bukan ketiga. Berusahalah melengkapi kekurangan antara satu sama lain dengan segala kelebihan dan kebaikan pada diri masing-masing. Bukannya untuk meruntuhkan masjid yang dibina dan memisahkan ikatan yang terjalin. Carilah salah sendiri kenapa tidak mencari yang kurang baik tapi bisa diasuh menjadi baik.

Rumahtangga bahagia, bukan bahagia cukup material dan keperluan jasmani bahkan keperluan rohani. Maka bercintalah kalian sepuas-puasnya, kerana kalian adalah halal bagi pasangan. Setiap hembusan cinta kalian, pasti berbuahkan pahala di kebun cinta Ilahi di taman syurga nanti. Bukankan ironi sangat aneh, bercinta sebelum kahwin lebih hebat berbanding bercinta selepas akad, jelas sekali kalian hipokrit.

Kenapa perlu mengembalikan cinta?

Saya merasakan setiap manusia itu entitled dan deserved untuk hidup dalam tenang dan bahagia. Hidup tanpa cinta ibarat burung yang terbang dalam sangkar. Selagi ada ruang untuk bercinta, maka sirami dan bajailah cinta itu. Cinta selepas Ijab dan Qabul, sesungguhnya mampu untuk diluahkan dan masih ada untuk dihadiahkan bersama.

Selepas kahwin anda tetap sebagai nakhoda. Nakhoda kepada para kelasi di bawah tanggungan anda. Baik buruk kesudahan perjalanan mereka berada di tangan kalian. Prinsip dan paradigma utuh sahaja akan selamat mengemudi badai dunia.

Artikel dipetik dari blog Saujana Mata Hati, yang diilhamkan oleh saudara Rezza Khanafiah
http://puteraazhari.blogspot.com/
read more...

Ziarah Madinah

Oleh MOHD. RAZALI ZAKARIA

Masjid Nabawi di Madinah adalah salah satu masjid yang menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia.- Gambar hiasan


MADINAH Al-Munawwarah adalah kota suci kedua Islam selepas Mekah Al-Mukarramah. Terletak di sebelah utara kota Mekah. Ia berada di atas ketinggian 625 meter dari paras laut.

Batas Tanah suci Madinah adalah di antara Jabal 'Iyr di sebelah selatan dan Jabal Thawr di sebelah utara. Jaraknya lebih kurang 16 kilometer. Di sebelah timur dan barat disempadani dengan dua batuan hitam dipanggil Harrah Syarqiah dan Harrah Gharbiyah.

Sejarah Madinah

Kota Madinah pada asalnya dikenali dengan nama Yathrib sempena orang yang membuka kota ini, iaitu Yathrib ibnu Ubayl Ibnu 'Iwadh berketurunan dari Nabi Nuh a.s. melalui anaknya Sam ibnu Nuh.

Selepas itu 'Amalek Bani Imlak telah membuka penempatan dan ladang.

Dari sebuah penempatan kecil, Yathrib berkembang menjadi sebuah kota dan didiami oleh dua bangsa utama iaitu Yahudi dan Arab.

Bangsa Yahudi terdiri dari tiga puak utama Bani Qainuqa', Bani Nadhir dan Bani Qurayzah.

Mereka menguasai ekonomi kota Yathrib ini. Sementara itu bangsa Arab pula terdiri dari suku Aus dan Khazraj. Mereka selalu bertelagah sesama sendiri sehingga kedatangan hamba Allah yang Mulia ke kota mereka.

Hijrah Rasulullah SAW

Ketika Rasulullah sampai di Quba' sebuah tempat di selatan Madinah baginda berhenti di rumah Kalthum Ibnu Hidam dan baginda membangunkan Masjid di sana.

Masjid ini kemudiannya diberi nama Masjid Quba' dan ia merupakan masjid yang pertama didirikan oleh Rasulullah SAW.

Setelah Rasulullah SAW berkampung di sana selama tiga hari , baginda kemudiannya bertolak ke Madinah. Kebetulan hijrah Rasulullah SAW itu pada hari Jumaat, apabila masuk waktu zuhur Rasulullah solat di suatu tempat dan terbinanya masjid yang dikenali sebagai Masjid Jumuah.

Apabila Rasulullah tiba di Kota Madinah dengan menunggang untanya, orang ramai berebut-rebut memegang tali untanya. Namun baginda dengan penuh adab sopan dan diplomasi meminta mereka membiarkan unta tunggangannya bergerak bebas dan memilih tempat perhentiannya sendiri.

Baginda telah berhenti di atas sebidang tanah tempat mengeringkan buah tamar yang dimiliki oleh dua orang anak yatim peliharaan As'ad ibnu Zurarah. Anak yatim itu bernama Sahlun Ibnu Amru dan Suhaiyl ibnu Amru.

As'ad ibnu Zurarah telah memberikan tanah tersebut sebagai hadiah kepada Rasulullah SAW tetapi baginda menolaknya. Baginda membeli tanah tersebut dengan harga 10 dinar dan dibayar oleh Abu Bakar al-Siddiq.

Rasulullah kemudiannya menjadi tetamu Abu Ayyub Khalid ibnu Zayd al-Ansari. Rumahnya terletak betul-betul di hadapan tanah tersebut. Hampir setahun Rasulullah SAW menetap di sana.

read more...

Khamis, 21 April 2011

Dewan Negara: Islam Sebagai Agama Bagi Persekutuan Wajar Kekal Dalam Bentuk Asal - Jamil Khir

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Peruntukan mengenai Islam sebagai
agama bagi Persekutuan di bawah Fasal (1) Perkara 3, Perlembagaan
Persekutuan wajar dikekalkan dalam bentuknya sedia ada, kata Menteri
di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata ini kerana Islam merupakan agama rasmi bagi Malaysia
dengan semua kaum dan keturunan telah sepakat menerima peruntukan itu
yang bersifat moderate yang membolehkan prinsip Islam dilaksanakan
dalam maksud yang luas dan komprehensif.

"Ia termasuk mengiktiraf hak kebebasan rakyat untuk menganut dan
mengamalkan agama lain dan penerimaan itu merupakan hakikat penerusan
kepada kedaulatan agama Islam yang dianuti oleh negeri-negeri Tanah
Melayu sebelum kedatangan British lagi," katanya ketika menjawab
soalan Senator Ahmad Hussin pada persidangan Dewan Negara di sini,
pada Khamis.

Ahmad ingin tahu apakah kerajaan berhasrat meminda Perkara 3(1)
Perlembagaan Persekutuan bagi memasukkan perkataan rasmi dan perkataan
Sunnah Wal Jammaah di dalamnya.

Jamil Khir berkata pindaan perkataan 'agama rasmi bagi Persekutuan'
kepada 'agama rasmi' akan menyempitkan keluasan skop pemakaian
peruntukan tersebut menjadikan agama Islam terhad kepada
upacara-upacara rasmi, ritual dan keagamaan semata-mata.

Beliau berkata cadangan untuk meminda peruntukan Islam di bawah Fasal
1 Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan juga perlu mengambil kira tujuan
dasar di sebalik pindaan itu dan implikasinya kepada perundangan
negara.

Katanya, selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama bagi
Persekutuan, kerajaan sentiasa memastikan bahawa setiap dasar dan
undang-undang yang digubal di negara ini adalah selari dengan
prinsip-prinsip ajaran Islam.

"Berdasarkan alasan itu, kerajaan berpandangan tiada keperluan untuk
meminda Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan kerana peruntukan
itu sudah bertepatan dengan pengiktirafan agama Islam sebagai agama
rasmi Persekutuan," katanya.

Berhubung cadangan untuk memasukkan perkataan Sunnah Wal Jamaah, Jamil
Khir berkata kerajaan tidak bercadang berbuat demikian kerana fahaman
tersebut yang menjadi pegangan Mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan
Hambali telah diiktiraf dan diterima pakai oleh semua negeri di
Malaysia.

Beliau berkata walaupun tidak diperuntukkan secara jelas di dalam
Perlembagaan Persekutuan bahawa seseorang itu hendaklah berpegang
dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ini berdasarkan keputusan muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 5 Mei 1996.

Sementara itu menjawab soalan tambahan berhubung ketetapan terhadap
ajaran pluralisme dan liberalisme di negara ini, Jamil berkata ajaran
tersebut sebenarnya perlu ditolak.

"Muzakarah Fatwa sudah bermuzakarah dan mengambil ketetapan bahawa
kedua-dua ajaran iaitu, pluralisme dan liberalisme ditolak di Malaysia
dan penguatkuasaan terhadapnya dibuat dengan mengambil kira enakmen
sedia ada dalam konteks negara," katanya.

-- BERNAMA
read more...

Bubar institusi raja rugi bangsa sendiri

KUALA LUMPUR 20 April - Rakyat perlu sedar bahawa fungsi institusi raja Melayu bukan semata-mata melibatkan adat-istiadat dan tatacara pemerintahan sesebuah negeri, sebaliknya ia jauh lebih besar iaitu untuk menyatupadukan rakyat serta mengekalkan keharmonian dan keadilan di negara ini.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, institusi berkenaan tidak boleh ditentang kerana pembubarannya belum tentu menjamin kesejahteraan dan keamanan negara.

"Bagi mereka yang bercita-cita dan mempunyai hasrat menentangnya, berhentilah kerana ia akan merugikan bangsa sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Semalam Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah mengulangi ikrar akan mempertahankan kedaulatan institusi raja Melayu daripada sebarang tindakan menghina, apatah lagi mahu meruntuhkan sistem berkerajaan dan bernegara yang telah lama berakar di bumi ini.

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM), Datuk Dr. Kamarudin Kachar pula mengingatkan parti pembangkang serta pihak yang buta sejarah agar jangan sesekali mengusik dan menyentuh kedaulatan institusi raja Melayu.

Menurut beliau, institusi raja Melayu telah bertapak sejak 2,000 tahun dahulu dan British menyerahkan negara ini kepada raja-raja Melayu ketika negara mencapai kemerdekaan.

Jelasnya, kedaulatan institusi tersebut sejak zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka tidak pernah tergugat, dicela dan dicaci kerana martabat dan kedaulatannya sangat tinggi dan mulia.

"Saya minta kaum-kaum lain faham fakta sejarah ini dan jangan sesekali ditukar atau dipinda. Orang Melayu menentang sekeras-kerasnya jika ada sesiapa yang mahu menggugat institusi ini," katanya.

read more...