Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 20 Julai 2012

Petua Kurangkan Lapar Dan Dahaga



Kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga.

Mesti Bersahur

 Ketika nak makan nasi, bacalah apa yang sepatutnya dibaca sebagai seorang muslim.

 Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul.

 Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal.

 Baca lagi, makan lagi.

(Ada 3 gumpal nasi, jadi 3 kali lah kita kena baca surah Al Ikhlas)

 Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa.

 Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji.

 Sebelum makan kurma tu, bacakan selawat 1 kali dan baru makan buah kurma.

 Baca lagi selawat dan makan kurma lagi sampai habis.

(Ada 7 biji kurma, jadi kena baca 7 kali selawat)

Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya.

Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt.

Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis takkan dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga.
Cuba lah dengan izin Allah swt. Wallahualam.
read more...

Zakat Fitrah dan Ramadan 1433H





SAYA terfikir, kenapakah Islam mewajibkan zakat fitrah? Bukankah sudah ada zakat harta? Lagipun nilai zakat fitrah lebih kecil berbanding zakat harta. Di Selangor misalnya, pada tahun ini zakat fitrah hanya bernilai RM7. Maka, apalah sangat nilainya? Tidak cukupkah lagi kewajipan zakat harta kepada umat Islam? Harap ustaz dapat jelaskan mengenai zakat fitrah ini. Terima kasih.

Jawapan

Terima kasih kerana mengajukan persoalan. Moga-moga Ramadan yang berkunjung ke ribaan kita pada tahun ini, memberikan natijah yang cukup positif demi mengembalikan kita kepada fitrah manusia yang sebenar, yakni muslim yang taat kepada Allah SWT, sama ada dalam keadaan susah mahu pun senang dan bersifat belas ihsan kepada mereka yang memerlukan. Semoga juga jawapan ini mampu menjelaskan berkenaan zakat fitrah di sisi kita.

Sesungguhnya, Ramadan adalah bulan yang amat dinanti-nantikan, bukan sahaja oleh kita, bahkan oleh Nabi Muhammad SAW demi melestarikan amal kebajikan. Ibnu Abbas r.a pernah memberitahu: Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan dan lebih besar kedermawannya pada bulan Ramadan. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Zakat fitrah adalah secebis bukti kedermawanan kita. Seandainya jumlah zakat fitrah yang kecilpun ada orang yang masih berkira-kira dan bakhil menunaikannya bagaimana pula mereka mahu menunaikan zakat harta yang lebih besar nilainya?

Hakikatnya, di sisi Islam, sememangnya zakat itu terbahagi dua, iaitu zakat harta (mal) dan zakat fitrah. Zakat fitrah juga dikenali sebagai zakat badan, kerana ia diwajibkan oleh Allah SWT bagi setiap individu Muslim tanpa mengira sama ada kecil, dewasa, lelaki, wanita, merdeka ataupun hamba. Selagi mana mereka dapat hidup pada dua masa, yakni Ramadan dan Syawal walaupun sebentar, maka wajiblah zakat fitrah ke atas mereka.

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, bahawa: "Rasulullah SAW memerintahkan untuk mengeluarkan zakat fitrah kepada anak kecil, orang dewasa, orang merdeka dan hamba sahaya daripada orang-orang yang kamu sediakan makanan mereka (tanggunganmu)." (riwayat Daruquthni daripada Ibnu Umar r.a)

Di samping itu, uniknya zakat fitrah kerana ia hanya diwajibkan pada bulan Ramadan atau lebih tepat lagi pada Hari Raya Aidilfitri sahaja. Ia tiada pada bulan-bulan yang lain. Pada zaman dahulu, umat Islam memberikan zakat fitrahnya dalam bentuk makanan asasi kepada orang-orang fakir dan miskin, khususnya pada pagi hari raya. Namun, dek perubahan zaman, maka fuqaha mengharuskan ia ditukar kepada bentuk tunai demi memudahkan urusan penyimpanan dan pengagihannya.

Maka, atas dasar itu, memberikan zakat fitrah paling afdal ialah pada pagi hari raya. Yakni sebelum solat sunat Aidilfitri didirikan sehingga ada yang melambatkan solat sunat berkenaan, demi memberikan kesempatan umat Islam menunaikan zakat fitrah.

Namun, tidaklah boleh dilewatkan sehingga gelincir matahari (masuk waktu Zuhur) dan menurut sunah, eloklah dilakukan solat sunat Aidilfitri itu pada waktu matahari di sepenggalahan (kira-kira jam 8.30pagi - 9pagi) (Fiqh al-Manhaji al-Syafie, hal. 334).

Walau bagaimanapun, amalan zakat fitrah di Malaysia ia boleh ditunaikan sejak hari pertama Ramadan. Ia lebih sesuai, memandangkan kesibukan seseorang mungkin menyebabkan mereka tidak sempat menunaikannya atau paling bahaya terlupa menunaikannya sehingga menjadi berdosa.

Sebenarnya, zakat fitrah mempunyai maksud dan hikmah yang tersendiri. Islam mensyariatkan zakat fitrah, agar setiap orang yang berpuasa dapat menghayati watak sebenar manusia yang mahu kembali kepada fitrah.

Apabila berpuasa, maka umat Islam dididik untuk menghayati erti kesusahan, kelaparan dan menginsafi kehidupan dan zakat fitrah seolah-olah menjadi kemuncak kepada menghayati kesusahan dan erti kelaparan itu.

Akhirnya, Ramadan wajib dilunasi dengan memberikan sedikit kekayaan yang dimiliki kepada orang miskin yang hakikatnya sentiasa merasai keperitan, dan itulah namanya zakat fitrah.

Sebab itulah, orang yang berpuasa dengan sepenuh hati, maka mereka akan benar-benar memahami kewajipan zakat fitrah ini dan akan segera menunaikannya, demi mendapat ganjaran besar di sisi Allah SWT.

Ibnu Abbas menyatakan: "Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin." (riwayat Abu Daud).

Oleh kerana Islam adalah agama fitrah, maka asas kepada fitrah ini ialah saling ambil tahu, saling berkongsi dan saling bahu-membahu, khususnya memberikan rasa kegembiraan kepada mereka yang serba kekurangan di hari lebaran.

Nabi Muhammad SAW turut menukilkan bahawa setiap Muslim itu ibarat satu bangunan yang saling menguatkan antara satu dengan yang lainnya sebagaimana eratnya genggaman jari-jemari (riwayat Bukhari dan Muslim).

Maka kedatangan Ramadan Al-Mubarak inilah masanya kita menunjukkan tingginya hemah dan santunnya kita sebagai seorang Muslim sejati, yang mengasihi sesama saudaranya dengan keikhlasan dan kepatuhan kepada agama. Wallahua'lam.
read more...

Puasa wasilah takwa


ALHAMDULILLAH, marilah sama-sama kita memanjatkan rasa kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana pada detik ini, pada saat ini kita masih lagi hidup. Darah kita masih mengalir, nadi kita masih berdenyut, nafas kita masih terus turun dan naik, kita masih lagi mampu untuk menatap wajah insan-insan yang kita kasih dan sayang, kita masih hidup.

Bagaimanapun akan datang satu masa, satu saat, kita akan dimandikan, dikafankan, disembahyang, diusung ke tanah perkuburan oleh orang dan kemudian ditinggalkan di dalam tanah, bersendirian.

Hakikatnya, mati bukan noktah kepada kehidupan. Sesungguhnya dengan mati bermulalah kehidupan kita. Kehidupan yang lebih hakiki. Kehidupan yang lebih abadi. Apa yang akan berlaku ke atas kita pada kehidupan kita yang satu lagi itu bergantung bagaimana kehidupan kita di atas dunia ini. Kalau padi yang kita tanam, padilah yang kita akan tuai. Tapi kalau lalang, maka lalanglah yang kita akan dapat.

Rasulullah SAW menegaskan bahawa sebaik-baik bekal adalah takwa. Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kita pada sisi Allah adalah orang yang bertakwa.

Maka Allah SWT mendatangkan bulan Ramadan. Di mana dengan kita berpuasa, kita akan menjadi orang yang bertakwa. (rujuk al-Baqarah: 183)

Walau bagaimanapun, Allah meletakkan di dalam ayat tadi perkataan la al la yang bermaksud, mudah-mudahan. Maka dengan itu, belum tentu dengan kita berpuasa, takwa akan dapat dibina dan dijana. Ini adalah kerana sejauhmana takwa akan terbina adalah bergantung kepada kualiti puasa kita.

Sebab itu kata Nabi SAW: "Ramai umat aku berpuasa, tetapi mereka hanya dapat lapar dan dahaga sahaja."

Maka penting untuk kita sama-sama muhasabah diri. Bagaimanakah mutu puasa kita selama ini? Marilah kita jadikan bulan Ramadan tahun ini adalah bulan Ramadan yang terbaik daripada sebelum ini.

Dalam kehidupan ini penting untuk kita mempunyai matlamat yang jelas. Sebab itu dalam konteks organisasi kita ada visi dan misi.

Dalam konteks individu pun kita ada penyata wawasan. Dalam konteks puasa yang kita jalani, melalui ayat tadi kita boleh bentuk satu objektif iaitu setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan dalam bulan Ramadan, di akhirnya orang-orang yang beriman akan menjadi orang yang bertakwa.

Allah SWT dengan sifat kasih sayangnya telah mendatangkan dalam bulan Ramadan modul-modul khusus untuk menjadi pemangkin ke arah penjanaan budaya hidup orang bertakwa dalam kehidupan kita.
read more...

10 Tips makan di bulan ramadhan


1. Berbuka dengan membaca doa.


2. Mulakan dengan minum jus buah-buahan (tanpa gula) atau air yang sedikit manis dan buah kurma 1-2 biji disusuli dengan sembahyang maghrib dan sunat awwabin mengikut kemampuan masing-masing.

3. Bolehlah makan nasi & "noodles" Nasi "Noodles"

- Nasi putih
- Mee/ Bihun - Berkuah/ Sup Nasi
- Ulam
- Kueyteow
- Nasi kerabu

4. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.



5. Lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.

6. Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan.

7. Berhenti makan sebelum kenyang.

8. Lebihkan minum air.

9. Selepas sembahyang terawih, bolehlah menjamu 1-2 potong kuih, buah-buah atau jus buah-buahan.

10. Bersahurlah dengan memakan makanan yang tidak berminyak dan berlemak. Pilihan yang disyorkan adalah seperti berikut:

- Nasi putih
- Oats / Nestum
- Roti / Ban
- Buah-buahan / Kurma
- Lebihkan ikan
- Ayam tanpa lemak
- Daging pepejal (tanpa lemak)
- Hadkan telur dan makanan laut.
read more...

Andai kata ini Ramadhan terakhir-ku


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
Mendayu... merayu... kepada-NYA Tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjakan sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh dan qalbu bersatu memperhamba diri
Menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
(Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam)

Namun teman...
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
Berusaha... bersedia... meminta belas-NYA

Wahai tuhan ku tak layak ke syurgamu
Namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu
Kamilah hamba yang mengharap belas darimu

"Ya Allah jadikanlah kami hamba-hambaMU yang bertaqwa. Ampunkan dosa kami kedua ibubapa kami anak-anak kami dan Dosa semua umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia". Amin.....

Andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya

Saya pohonkan kemaafan di atas segala kesilapan dan dosa-dosa yang lalu. Semoga Ramadhan tahun ini akan menjadi ibadah puasa YANG TERBAIK & YANG PALING IKHLAS yang pernah kita lakukan. Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini juga akan diberkati & diterima oleh ALLAH s.w.t.. InsyaAllah.
read more...

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1433H / 2012 M

Sebelum terlupa utk ucapkan,
Sebelum terlupa dek kesibukan kerja,
Sebelum takut tak sempat kalau-kalau lepas ni terus tak jumpa,
Izinkan saya memberi sepatah dua kata……




Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....

MARHABAN YAA RAMADHAN

Marhaban ya Ramadhan,
Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah,
Sungguh cantik kain plekat, dipakai orang pergi ke pekan.
Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan,
Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ini.
Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu tobat tertutup, Sebelum Ramadhan datang,
saya mohon maaf lahir dan bathin....
Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,
Marhaban Ya Ramadhan
Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan
Aminn.

Seribu senyuman
belum tentu
menawan hati
satu jelingan sudah cukup
menimbulkan rasa
benci
membina
mengambil masa
meruntuh
sekelip masa

Selamat Menyambut Ramadhan

Maaf Zahir dan Batin
Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina.


Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perjalanan hidup kita selama ini.

Sekian , terima kasih, wassalam


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL, AAMIN.
read more...

Semoga Ramadhan kita terbaik tahun 1433H


Beberapa jam lagi kita akan memasuki Ramadan, semoga kita dapat masuk ke dalamnya sehingga berakhirnya Ramadan dengan sempurna. Semoga persiapan yang kita buat sebelum ini dapat memberi ruang yang baik untuk kita menunaikan pausa dengan sempurna.


Sebelum itu saya mengambil kesepatan ini untuk memohon kemaafan kepada semua umat Islam khususnya yang menziarahi blog sayaa dan yang lain juga.

Sesungguhnya saya manusia biasa yang tidak terlepas daripada berdosa dan bersalah. Jadi, kemaafan kalian boleh memudahkan saya melaksanakan puasa dengan yang terbaik.

Saya bimbang, tanpa kemaafan, saya terus berdosa di sisi Allah maka dengan ini puasa yang dilakukan tidak diterima oleh Allah. Nanti banyak tawaran Allah dengan Ramadan tidak boleh dikecapi.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَة رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ” : خُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَّبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ . قَالَ : قَالَ رَبُّكُمْ عَزَّ وَجَلَّ : عَبْدِي تَرَكَ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ وَشَرَابَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِي ، فَالصَّوْمُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ “. هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ . أَخْرَجَهُ أَحْمَدُ

Daripada Abu Hurairah r.a, daripada nabi SAW dia bersabda: “Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bauan miski (kasturi).” Bersabda lagi, Allah berfirman: “Hambaku meninggalkan keinginannya, makan dan minumnya demi mendapat keredhaanku, maka puasa itu untukku dan Aku akan menilai berdasarkan puasa itu.” (Riwayat Ahmad – Sahih)

Marilah kita sama-sama berpuasa dan melaksanakan ibadah yang diperuntukkan di dalamnya. Salam Ramadan Karim.

read more...