Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Sabtu, 6 Julai 2013

Jiwa tenteram jika sentiasa ingati Tuhan


 

Firman Allah SWT : “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah, hati menjadi tenteram”. (Surah Ar-Ra'd ayat 28)

Imam Assyaukani di dalam tafsirnya, Fathu Qadir, membuat huraian bahawa orang yang beriman itu akan tenteram jiwanya bila mereka mengingati Allah SWT.

Iman adalah satu-satunya jalan untuk kita mengenali dan mencapai keredaan Allah SWT. Ia juga menjadi bekalan kepada kita untuk menuju ke alam akhirat.

Sebagai manusia biasa, kita tidak mampu menanggung penderitaan di atas jalan menuju ke syurga dan tidak pula kita sanggup melawan nafsu syahwat yang mengheret kita ke neraka kecuali dengan keimanan kerana kekuatan inilah yang akan mengubah penderitaan menjadi kesenangan dan membuat kita sanggup menanggung dan berhadapan ujian menuju ke jalan Allah SWT.

Dengan iman inilah yang akan mencipta kekuatan rohani. Ia juga mencetuskan kecintaan kita kepada ibadat sehingga ia menjadi suatu keperluan yang menggembirakan kita. Sebenarnya, iman bukan sahaja jalan menuju kebahagiaan akhirat saja, malah ia juga adalah jalan kebahagiaan di dunia seperti impian setiap orang.

Kesenangan hidup yang dicapai manusia dewasa ini sebenarnya tidak kurang bahkan mungkin lebih seperti yang pernah dicapai oleh manusia sebelum ini. Ia memberi manusia segala kemewahan di dunia tetapi tidak dapat memberi ketenangan hati.

Namun demikian, melalui iman ia dapat memotivasikan manusia ke arah kebaikan, membenci kejahatan dan memenuhi hatinya dengan kerinduan untuk bertemu dengan Allah SWT.

Keadaan seperti inilah yang memberikan kuasa dan keupayaan kepada manusia untuk berada di tingkat yang tinggi mengatasi tingkat naluri biasa. Ia boleh memberi kemampuan kepada pemuda untuk mengawal hawa nafsunya seperti Nabi Yusuf AS yang lebih menyukai penjara daripada terjatuh ke lembah kemaksiatan.

Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata:
Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. (Surah Yusuf, ayat 33)

Iman beri kesabaran

Begitu juga ketika kita dituntut untuk berkorban maka iman akan memberikan kesabaran agar berserah diri kepada Allah SWT seperti kesabaran Nabi Ismail AS ketika ayahnya Nabi Ibrahim berkata kepadanya:

Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!. Dia (Ismail) menjawab, Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu, InsyaAllah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar. (Surah As-Saffat, ayat 102)

Dalam konteks hari ini, pemimpin dan pihak berkuasa undang-undang tanpa henti berusaha mengikat masyarakat dengan hukum dan peraturan yang dicipta oleh mereka menggunakan akal sendiri.

Bagaimanapun, mereka terlupa manusia hanya akan patuh jika diikat dari dalam hatinya bukan dari luarnya. Jika tidak, peraturan dan undang-undang akan gagal dan tidak akan memberi sebarang kesan kepada mereka yang sedang dikuasai oleh hawa nafsu.

Kehidupan masyarakat rosak apabila iman dipinggirkan dan syirik menguasai kehidupan sehingga mereka menjadikan sebahagian sembahan yang lain selain dari Allah SWT. Antara contoh yang dipaparkan di dalam al-Quran ialah kisah Namrud dan Firaun.

Masih banyak contoh manusia yang membuat pengakuan mengenai dirinya mengaku sebagai Tuhan meskipun mereka tidak menyatakannya melalui kata-kata yang jelas. Tetapi tindak tanduk dan peri lakunya menggambarkan hal tersebut.

Mereka ini menundukkan hamba Allah dan menjadikan mereka sebagai hambanya. Mereka memerintahkan agar mereka dipatuhi dan manusia mendengar setiap ketetapan hukum antaranya menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Mengangkat seseorang sebagai pembuat ketetapan hukum lalu membuat ketetapan mengikut kehendaknya boleh menghalal dan mengharamkan adalah termasuk jenis penyembahan dan syirik. Pelbagai bentuk penyembahan berlaku di sepanjang zaman dan ia berlaku di tengah-tengah kehidupan manusia.

Islam datang membebaskan manusia dari segala bentuk kepincangan ini dengan membebaskan mereka dari segala bentuk syirik serta memuliakannya dengan iman sehingga kehidupan manusia menjadi bermaruah, jiwa menjadi bebas dan mampu memimpin manusia bergerak ke hadapan.

-----------------------------------------------------------

PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH

Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :


PERKARA
HARGA
KETERANGAN
UPAH HAJI
RM 1400
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI PLUS
RM 2000
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI EXTRA
RM 2450
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI UZUR
RM 1900
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam

Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :


PERKARA
HARGA
KETERANGAN
Upah Umrah
RM 300
1.     Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
Upah Umrah Ramadhan
RM 400
1.      Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam

*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.

Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :

  • Sewa khemah wukuf di Arafah
  • Sewa khemah melontar di Mina
  • Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
  • Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
  • Upah tawaf dan saie' haji
  • Upah tawaf dan saie' umrah
  • Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil

Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES (NS0103441-W)
Ibu Pejabat

No. 41, Jalan Siantan 3,
Taman Seri Paroi,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
Tel / Fax : 06-762 0817
Hotline   : 013-212 7799
Website : www.raudhah2u.my
Weblog  : www.badalhaji1.blogspot.com /
                www.badalhaji2u.blogspot.com
Email     : raudhah.umrahajj@gmail.com

Mohammad Nakhaie Hj Mohamed Zain
Pengurus HQ              
H/P : 013-212 7799

read more...

Isteri yang solehah



Isteri yang solehah adalah harta paling berharga bagi seorang suami

ALHAMDULILLAH, marilah sama-sama kita melafazkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT yang maha Esa kerana dengan-Nya lah kita memperoleh pelbagai nikmat.

Dalam artikel ini berkenaan dengan tafsir, penulis ingin membincangkan berkenaan dengan isteri solehah.

Dalam meraihnya, sudah pasti ketegasan suami memandu keluarga ke arah yang diredai Allah amat penting.

Dalam surah al-Ahzab ayat 28 menjelaskannya, Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya yang indah, maka marilah supaya Aku berikan kepada kamu pemberian mut'ah (sagu hati), dan Aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya.

Al-Maraghi berkata: Wahai Rasul! Katakanlah kepada isteri-isterimu, pilihlah salah satu di antara pilihan ini, sama ada kamu memilih kelazatan duniawi kenikmatan dan kesenangan-Nya dan untuk itu kamu tiada tempat lagi di sisiku.
Jika itu pilihan kamu aku berikan kepada kamu apa yang diwajibkan Allah SWT sebagai seorang suami kepada isterinya, iaitu mut'ah (nafkah sementara) ketika mereka bercerai yang berupa pakaian.

Oleh sebab itu, perkara ini amat berbeza mengikut kesesuaian kemampuan ekonomi untuk kesenangan dan penghiburan hati mereka akibat berlakunya perceraian.

Penulis teringat kisah Imam al-Syahid Hasan al-Banna yang disebut dalam kitab Tarbiyatu al-Aulad bagaimana suatu ketika pada bulan Ramadan hampir menjelangnya hari raya, al-Syahid Hasan al-Banna mahu berkelana dalam menyampaikan misi dakwahnya di perkampungan yang jauh, sedangkan anaknya Saiful Islam sedang sakit tenat.

Lantas isterinya dengan rendah diri berkata: Wahai suamiku, jika anda menangguhkan musafir semata-mata kerana anak sakit dan kita boleh menyambut hari raya bersama, alangkah baiknya!

Maka dalam keadaan tegas, al-Banna dengan penuh prinsip berkata: Hai isteriku, nyawa anak kita di tangan-Nya. Jika Dia mengambilnya, saya reda dan datuknya kenal di mana kuburnya. Jika dia sembuh, maka kita ucapkan alhamdulillah.

Kata Syeikh Abdullah Nasih Ulwan: Cukup dengan kisah ini menjadi bukti dan kebanggaan ummah sekalipun tiada lagi kisah lain dalam sejarah Islam untuk menggambarkan betapa tingginya nilai dakwah yang wujud pada sanubari dan damir hati pejuang Islam seperti Hasan al-Banna ini.

Mauqif yang sama dikemukakan oleh ramai tokoh, sama ada suami atau isteri dalam menegakkan syiar agama Allah. Inilah yang sepatutnya dijulang berbanding dengan perkongsian hidup dalam kemewahan harta benda sahaja.

Penulis mengemukakan dua kisah ringkas sebagai suri teladan dalam menggambarkan sikap dan sifat serta prinsip mereka yang berjaya dalam kehidupan.

Penutup

Dalam bicara penutup ini, suka dinyatakan bahawa isteri yang solehah sekalipun yang telah kematian suaminya pasti sifat-sifat yang baik dan akhlak mulia sentiasa dipamerkan. Begitu juga dalam acara ibadah sehingga layak ditulis dengan tinta emas kerana kesungguhan ibadahnya.

Al-Hakim menceritakan dalam al-Mustadrak bahawa Muawiyah Ibnu Abi Sufyan menghantar 80,000 dirham kepada Aisyah R.Anha dan ketika itu Sayidatina Aisyah sedang berpuasa dan berpakaian lusuh.

Maka Sayidatina Aisyah terus membahagi-bahagikan wang itu kepada fakir miskin sehingga habis dan tidak tinggal satu dirham pun padanya. Lalu pembantu rumahnya bersuara kepadanya: Wahai puan, tidak mungkinkah puan menggunakan satu dirham untuk membeli daging buat puan berbuka puasa.

Lalu Aisyah menjawab: Ah, kalaulah engkau mengingatkan aku tadi, tentu akan kulakukan sedemikian.

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

-----------------------------------------------------------

PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH

Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :


PERKARA
HARGA
KETERANGAN
UPAH HAJI
RM 1400
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI PLUS
RM 2000
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI EXTRA
RM 2450
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI UZUR
RM 1900
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam

Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :


PERKARA
HARGA
KETERANGAN
Upah Umrah
RM 300
1.     Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
Upah Umrah Ramadhan
RM 400
1.      Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam

*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.

Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :

  • Sewa khemah wukuf di Arafah
  • Sewa khemah melontar di Mina
  • Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
  • Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
  • Upah tawaf dan saie' haji
  • Upah tawaf dan saie' umrah
  • Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil

Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES (NS0103441-W)
Ibu Pejabat

No. 41, Jalan Siantan 3,
Taman Seri Paroi,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
Tel / Fax : 06-762 0817
Hotline   : 013-212 7799
Website : www.raudhah2u.my
Weblog  : www.badalhaji1.blogspot.com /
                www.badalhaji2u.blogspot.com
Email     : raudhah.umrahajj@gmail.com

Mohammad Nakhaie Hj Mohamed Zain
Pengurus HQ              
H/P : 013-212 7799

read more...