Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 10 Februari 2012

ATM : PAT melawat Singapura

Angkatan Tentera Malaysia dan Angkatan Tentera Singapura merupakan dua buah pasukan keselamatan yang sentiasa mempunyai perhubungan yang erat dalam memastikan keselamatan serantau terjamin. Ini terbukti dengan kerjasama yang berterusan di antara kedua-dua negara khususnya angkatan bersenjata kedua-dua buah negara jiran ini. YBhg Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin ,baru-baru ini telah melakukan lawatan rasmi ke negara jiran di selatan dan bertemu dan membincangkan isu-isu keselamatan Chief of Defence Forces Singapura, Leftenan Jeneral Neo Kian Hong.

YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera telah diberi penghormatan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama Angkatan Tentera Singapura dalam rangka lawatan beliau ke Singapura baru-baru ini.

YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin menyampaikan cenderakenangan kepada Menteri Pertahanan Singapura, Dr Ng Eng Hen, semasa melakukan Kunjungan Hormat ke atas beliau.

YBhg Panglima Angkatan Tentera menaiki Leopard Tank semasa membuat lawatan ke Armour HQ, Sungei Gedung Camp, Singapura.

YBhg Panglima Angkatan Tentera mencuba Simulator UAV ketika membuat lawatan ke UAV Command, Murai Camp, Singapura.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "ATM : PAT melawat Singapura"

Catat Ulasan