Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 17 Oktober 2012

Sukan : Koperal Venice Elphi idam juara

Venice Elphi 
KUALA LUMPUR - Dalam keghairahan pemain dan peminat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meraikan kejayaan mara ke final Piala Malaysia selepas 46 tahun, tiada pemain yang lebih gembira menantikan detik penentuan bersejarah Sabtu ini selain pemain sayap, Venice Elphi Danny Kaya.

Venice yang berpangkat Koperal merupakan antara enam pemain ATM yang turut menabur bakti bersama pasukan itu.

Menariknya, Venice, pemain kelahiran Kuching yang meraikan hari jadinya ke-28 dua hari sebelum perlawanan getir menentang Lions XII, menceburi bola sepak secara serius ketika menyertai perkhidmatan angkatan tentera pada 2005.

"Saya mula menyertai perkhidmatan angkatan tentera pada 2005 tetapi bakat saya mula dikesan pada 2007, seterusnya saya diserapkan dalam skuad Liga Perdana ATM pada hujung 2008. 

"Dalam angkatan tentera, saya berkhidmat di bahagian teknikal. Fungsi bahagian teknikal ini adalah untuk mengendalikan operasi dan bengkel," katanya yang berpangkalan di Kem Sungai Besi, di sini.

Pemain dari suku kaum Iban Bidayuh itu dianggap sebagai senjata ampuh ATM dengan kemasukannya sebagai pemain gantian impak pada separuh masa kedua separuh akhir kedua tempoh hari mencetuskan huru hara dalam kalangan pertahanan Lions XII.

Kelajuan dan aksi liciknya dari sayap kiri sukar dibendung dengan salah satu lariannya hampir membuahkan jaringan namun Bruno Sebastian Martelotto gagal memanfaatkan hantaran lintang Venice.

Adalah jelas, kelajuan Venice menjadi sandaran utama Sathia untuk menembusi pertahanan kental Kelantan pada babak akhir Sabtu ini.

Gaya permainan Venice mengingatkan kepada 'raja pecut', Affendi Julaihi dan adik beradik Sari iaitu Ramos dan Ramles, yang pernah mewarnai bola sepak Sarawak satu ketika dulu.

"Sememangnya kelajuan adalah aset bernilai yang dimiliki. Saya tidak kisah sama ada diturunkan sebagai pemain utama atau sebagai pemain gantian, asalkan saya dapat membantu ATM meraih gelaran Piala Malaysia," katanya.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Sukan : Koperal Venice Elphi idam juara"

Catat Ulasan