DALAM jutaan jemaah haji ke Tanah Haram
Mekah ini bukan semuanya ikhlas yang datang untuk beribadah. Seorang Arab di
sini berkata kepada saya: "Tanahnya
ialah Haram, orangnya tidak haram. Di sini semua boleh jadi."
Namun bagi kita orang Asia Tenggara -
saya sebut Asia Tenggara - InsyaAllah kita masih terdiri daripada golongan
jemaah yang paling lemah-lembut, pemurah, pembeli-belah tegar dan ikhlas dalam
tujuan datang ke sini untuk beribadat.
Bagi hamba Allah yang lain pula, saya
melihat mereka beribadat mengikut cara masing-masing. Ada yang terlalu ekstrem,
kasar dan tidak pedulikan orang lain. Ia boleh dilihat semasa bertawaf.
Apa yang saya ingin tekankan di sini minggu
ini ialah tentang kejadian kecurian. Rupa-rupanya banyak juga yang panjang
tangan di sini. Pencuri ini tidak kisah sama ada ia dilakukan di Tanah Haram,
Tanah Suci atau Tanah Halal. Itu adalah pekerjaan mereka sebagai pencuri.
Mereka datang ada sebab, iaitu mencuri
dan taktik mereka cukup licik. Seorang pegawai Tabung Haji berkata kepada saya "mereka ini
adalah sindiket".
Jika saya katakan mereka ini tidak kisah
ia berlaku di Tanah Haram Mekah, mereka juga tidak kisah jika perbuatan itu
dilakukan di dalam masjid paling suci di dunia orang Islam iaitu di Masjidil
Haram.
Akhbar Saudi Gazette Jumaat lalu
melaporkan para pegawai keselamatan Masjidil Haram menahan seorang lelaki yang
didakwa mencuri dompet duit seorang wanita semasa waktu solat. Pegawai juga
menemui pada badannya wang tunai 26,000 riyal (kira-kira RM22,000) dan sejumlah
telefon bimbit. Pencuri itu mengaku mencuri daripada pelbagai jemaah haji yang
sedang sibuk beribadah.
Sebagaimana saya nyatakan, itu adalah
pekerjaan mereka. Mereka datang bermusim dan tindak-tanduk mereka cukup hebat.
Rata-rata jemaah Malaysia yang saya temui mempunyai pengalaman tersendiri, kena
curi.
"Kalau saya jumpa lagi perempuan
hitam itu mahu saya tempeleng dia. Wajah dia masih terbayang-bayang," kata
seorang jemaah kepada saya semalam.
Dia hilang wang tunai 500 riyal apabila
perempuan itu dalam beberapa orang menghimpitnya dan menyeluk ke poket
jubahnya. Yang hairan, perempuan itu tahu pula di dalam poketnya ada wang
tunai.
Seorang lagi jemaah lelaki kita baru
menukar wangnya di premis tukaran mata wang. Semasa berjalan, taktik yang sama
dilakukan oleh sekumpulan wanita dan poketnya ditetas. Wang tunainya sebanyak
3,000 riyal lesap.
Kejadian yang sama berlaku kepada isteri
saya malam semalam, selepas solat Isyak di Dataran Masjidil Haram. Telefonnya
diambil orang daripada 'beg terkenal' jemaah haji muasasah Malaysia musim ini -
beg sandang berwarna kuning - tajaan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Selepas solat selesai, beribu-ribu
jemaah berebut-rebut beredar dan ketika isteri saya menuju ke arah saya, saya
sedar seorang wanita Afrika berjubah hitam masih mengikutinya dan hanya beredar
setelah kami bersama.
Ketika itu terlintas di hati saya
sesuatu dan saya berkata kepada isteri saya secara spontan "jaga baik-baik
beg galas itu" bimbang nanti ada yang seluk.
Kebimbangan saya terjawab apabila dia
mencari telefonnya, telefon itu sudah lesap. Isteri saya tidak sedar langsung
yang begnya diusik.
Mungkin kerana naluri seorang suami,
saya ada memberitahunya semasa kami hendak keluar dari hotel ke masjid semasa
Asar, supaya jangan bawa beg kuning itu. Tetapi alasannya, "macam-macam
ada di dalam beg itu."
Semasa saya singgah makan di sebuah
kedai makan Malaysia selepas kejadian itu dan kebetulan berjanji dengan rakan
sepasang suami isteri yang baru tiba, saya bertanya kepada mereka "apa ada
di dalam beg itu?"
Rakan saya itu berkata, "Semua ada.
Dompet, dokumen, telefon semua ada."
Bagi saya itulah yang juga ada dalam
fikiran pencuri-pencuri itu. Mereka tahu dalam "beg kuning" jemaah haji
Malaysia itu "semua ada" dan itulah sasaran mereka.
Seloroh seorang jemaah, beg itu beg BSN.
"Nama beg pun bank, mestilah banyak duit..."
Semasa berjalan ke masjid waktu Subuh
semalam, saya membuat sedikit ujian. Saya melihat orang Malaysia begitu bersahaja
membawa beg kuningnya silang ke belakang. Saya menarik beg salah seorang
jemaah. Dia terkejut. Saya mohon maaf dan menerangkan tujuan saya. Saya tanya
apa ada dalam beg itu. Dia juga kata "macam-macam ada".
Pada subuh itu juga semasa keluar dari
lif hotel, seorang lelaki mengadu beg kuningnya sudah lesap di masjid. Semalam
dia membuat laporan kepada pihak Tabung Haji.
Mulai sekarang pihak Tabung Haji harus
memberitahu jemaah supaya berhati-hati kerana "beg kuning" itu sudah
menjadi "sasaran" pencuri.
Seorang sahabat saya yang juga
warganegara Arab Saudi ketika kami berkunjung makan malam di rumahnya beberapa
malam lalu, serius berkata:
"Kejadian mencuri menjadi-jadi
semasa musim haji. Ia lebih teruk sekarang apabila kerajaan Arab Saudi sudah
melonggarkan peraturan potong tangan kepada pesalah mencuri."
Pihak Tabung Haji juga menerima banyak
laporan kehilangan wang tunai oleh jemaah haji kita.
Notis peringatan dilekatkan di dalam
lif-lif hotel masing-masing. "Banyak kejadian kehilangan wang tunai
dilaporkan ketika berada di masjid. Elakkan membawa wang dalam jumlah yang
besar."
Benar, Tanah Haram adalah bagi kita
orang Islam di Asia Tenggara.
Kita acap kali dipesan oleh mutawif,
jika jumpa barang yang tercicir, jangan ambil. Biarkan sahaja. Ini adalah Tanah
Haram.
Jika hilang selipar itu bukan cerita
lagi. Saya sempat perhati semasa selesai umrah baru-baru ini, ramai jemaah
tercari-cari selipar mereka yang lesap "diambil orang" dalam kumpulan
yang besar dari rak kasut. Selipar saya pun hilang.
Bagi warga negara lain, kelakuan mereka
sukar dijangka. Ada yang tidak tahu menjaga kebersihan. Berebut-rebut. Meludah
di dataran masjid, dan solat ikut suka di mana-mana sekali pun.
Pihak keselamatan masjid yang saya
perhatikan amat pening dengan perangai itu, sehingga tersembur di mulut mereka
"astagfirullahhh..."
Sejuta satu macam kelakuan dan perlakuan
dapat dilihat di Tanah Haram ini.
Sebagai seorang wartawan yang dilatih
menggunakan ketajaman pancaindera, saya dapat menzahirkannya melalui tulisan
ini.
Orang lain hanya boleh sekadar merungut
dan berkata-kata sahaja.
Memang benar, cabaran di Tanah Haram ini
sungguh hebat sekali. Tempat ini amat sukar dijangka. Ia seperti kisah Seribu
Satu Malam. Sesuatu boleh berlaku hanya dengan berkata-kata di hati sahaja.
Memang benar di sini ialah Tanah Haram.
Di sini juga ada orang yang baik dan jahat. Yang putih dan hitam. Yang ikhlas
dan munafik.
Memang benar tanahnya yang Haram,
orangnya tidak.
Bukan sahaja pencuri, yang mengambil
kesempatan pun ramai. Pemandu teksinya pun bukan semuanya amanah. Peniaga pun
ada yang cuba mengaut untung yang besar.
Ya Allah, Ya Tuhanku, Kau Maha Besar,
Kaulah juga Yang Maha Mengetahui dari sekecil-kecil zarah, sehinggalah
sebesar-besar perkara. Allahualam.
-----------------------------------------------------------
PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL
UMRAH
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
UPAH HAJI
|
RM 1800
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
UPAH HAJI PLUS
|
RM 2200
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI EXTRA
|
RM 2800
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI UZUR
|
RM 2200
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
Upah Umrah
|
RM 400
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
Upah Umrah Ramadhan
|
RM 500
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES (NS0103441-W)
|
Ibu Pejabat
|
No. 41, Jalan Siantan 3,
Taman Seri Paroi,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
|
Tel / Fax : 06-762 0817
Hotline : 013-212 7799
Website : www.raudhah2u.my
Weblog :
www.badalhaji1.blogspot.com /
www.badalhaji2u.blogspot.com
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com
|
Mohammad Nakhaie Hj Mohamed Zain
|
Pengurus HQ
|
H/P : 013-212 7799
|
0 ulasan: on "Makkah : Tanah Haram pada tanahnya, bukan orangnya"
Catat Ulasan