Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Isnin, 30 Ogos 2010

Malaysia

Malaysia
مليسيا
Bendera Malaysia Lambang negara Malaysia
Bendera Lambang negara
Cogan kata: Bersekutu Bertambah Mutu
برسكوتو برتمبه موتو
Lagu: Negaraku
Lokasi Malaysia
Ibu negara Kuala Lumpur1
3°08′N 101°42′E / 3.133°N 101.7°E / 3.133; 101.7
Bandar raya terbesar Kuala Lumpur
Bahasa rasmi Bahasa Melayu2
Kumpulan etnik 54% Melayu, 25% Cina, 7.5% India, 11.8% Bumiputera lain, 1.7% lain-lain
Kerajaan Demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan
- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin
- Perdana Menteri Mohd Najib bin Abdul Razak
Kemerdekaan
- Daripada UK (Tanah Melayu sahaja) 31 Ogos 1957
- Persekutuan (bersama Sabah, Sarawak dan Singapura3) 16 September 1963
Keluasan
- Jumlah 329,847 km² (ke-66)
127,355 batu persegi
- Air (%) 0.3
Penduduk
- Anggaran 2009 28,310,000[1] (ke-43)
- Banci 2000 24,821,286
- Kepadatan 85.8/km² (ke-114)
222.2/batu persegi
KDNK (PPP) Anggaran 2008
- Jumlah $384.388 bilion[2]
- Per kapita $14,081[2] (59)
KDNK (nominal) Anggaran 2008
- Jumlah $221.606 bilion[2]
- Per kapita $8,118[2]
HDI (2007) ▲ 0.829[3] (tinggi) (ke-66)
Mata wang Ringgit Malaysia (RM) (MYR)
Zon waktu MST (UTC+8)
Internet TLD .my
Kod panggilan 60
1 Kuala Lumpur ialah ibu negara, tetapi pusat pentadbiran kerajaan pusat terletak di Putrajaya.
2 Dipanggil "Bahasa Malaysia" oleh kerajaan kini. Bahasa Inggeris turut digunakan secara meluas.
3 Singapura keluar daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Malaysia (Jawi: مليسيا) ialah sebuah negara persekutuan yang terletak di Asia Tenggara. Malaysia mempunyai dua kawasan utama yang dipisahkan oleh Laut China Selatan iaitu Semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan Thailand di utara dan Singapura di selatan serta Malaysia Timur, bahagian utara Pulau Borneo yang bersempadan dengan Indonesia di selatan dan Brunei di utara. Malaysia adalah salah satu negara perintis ASEAN.

Isi kandungan

[sorok]

Sejarah

Rencana utama: Sejarah Malaysia

Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan di Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui Selat Melaka. Banyak kerajaan awal wujud pada abad ke-10 berasal daripada bandar pelabuhan. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, serta Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis, Belanda dan Britain untuk mewujudkan petempatan atau koloni di Selat Melaka.

Petempatan selat koloni diraja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan selat ini terdiri dari Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri-negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan kongsi gelap Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk Negeri-negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri-negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Melayu Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu berada di bawah kuasa Thailand.

Di Borneo pula, Borneo Utara Britain dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu (sekarang Sabah) ditabalkan sebagai Koloni Diraja British, manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke. Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, sokongan untuk kemerdekaan semakin kuat. Apabila Britain mahu mewujudkan Malayan Union selepas perang berakhir, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-Melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk Semenanjung Tanah Melayu diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa penyertaan Singapura.

Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei yang kecewa kerana sultan mereka tidak disenarai dalam bakal Yang Di-Pertuan Agong. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan Sabah oleh Filipina. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan rusuhan kaum terjadi pada 1969.

Kini Malaysia masih lagi mempunyai beberapa masalah dengan jirannya seperti masalah penambakan tanah oleh Singapura dan isu harga air. Dengan Indonesia juga terdapat sedikit perselisihan mengenai pemberian konsesi carigali minyak di perairan Sabah serta masalah pekerja asing tanpa izin (PATI). Namun segala masalah tersebut dirundingkan secara aman dengan semangat setiakawan. Tambahan lagi, rakyat Malaysia dan jiran-jirannya berasal dari rumpun yang sama. Terutamanya dengan rakyat Indonesia, Malaysia telah banyak menjalin ikatan dengan rakyat di negara itu.

Politik

Rencana utama: Politik Malaysia
Bangunan Parlimen Malaysia

Persekutuan Malaysia merupakan sebuah negara raja berperlembagaan. Malaysia diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun.

Sistem ini adalah berdasarkan Westminster kerana Malaysia merupakan bekas tanah jajahan Britain. Kuasa pemerintahan lebih banyak dipegang oleh cabang eksekutif berbanding perundangan. Pilihan raya umum pula perlu diadakan setiap lima tahun sekali.

Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat, yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong, memimpin kumpulan majoriti dalam parlimen. Manakala kabinet merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Parlimen terbahagi kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Negara mempunyai 70 orang senator (iaitu panggilan yang diberikan kepada ahli Dewan Negara). Pemilihan ahlinya boleh dibahagikan kepada dua:

  1. 26 ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli).
  2. 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.

Dewan Rakyat pula mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan. Kuasa perundangan dibahagi antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Kuasa politik di Malaysia amat penting bagi memperjuangkan sesuatu isu dan hak oleh yang demikian kuasa memainkan peranan yang amat penting dalam melakukan perubahan.

Geografi

Ladang Teh di Sungai Palas, Cameron Highlands
Rencana utama: Geografi Malaysia

Malaysia terdiri daripada dua kawasan utama yang dipisahkan oleh Laut China Selatan. Kedua dua kawasan ini mempunyai bentuk muka bumi yang hampir sama iaitu daripada pinggir laut yang landai sehinggalah hutan tebal dan bukit bukau. Iklim Malaysia ialah khatulistiwa.

Putrajaya ialah pusat pentadbiran yang baru dibina dengan tujuan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. Pejabat Perdana Menteri telah berpindah ke Putrajaya pada tahun 1999 dan keseluruhan pejabat kerajaan pusat selesai berpindah ke Putrajaya pada tahun 2005. Hanya beberapa pejabat kerajaan seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) dikekalkan di Kuala Lumpur dan Bangunan Parlimen. Kuala Lumpur kekal sebagai ibu negara Malaysia. Bandar raya lain termasuk Ipoh, George Town, dan Johor Bahru.

Ekonomi

Menara Berkembar KLCC, mercu tanda Malaysia
Rencana utama: Ekonomi Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara berpendapatan sederhana dan berubah daripada sebuah negara pengeluar bahan mentah seperti getah, bijih timah dan sebagainya pada 1971 kepada negara berekonomi pelbagai sektor melalui Dasar Ekonomi Baru. Pada dasarnya, pertumbuhan Malaysia adalah bergantung kepada eksport bahan elektronik seperti cip komputer dan sebagainya. Akibatnya, Malaysia merasai tekanan hebat semasa kegawatan ekonomi pada 1998 dan kemerosotan dalam sektor teknologi maklumat pada tahun 2001. KDNK pada tahun 2001 hanya meningkat sebanyak 0.3% disebabkan pengurangan 11% dalam bilangan eksport tetapi pakej perangsang fiskal yang besar telah mengurangkan kesan gawat tersebut.

Malaysia mempunyai persekitaran makroekonomi yang stabil (di mana kadar inflasi dan kadar pengangguran kekal di bawah 3%), simpanan pertukaran wang asing yang sihat, dan hutang luar yang kecil. Ini membolehkan Malaysia untuk tidak lagi mengalami krisis yang sama seperti Krisis Kewangan Asia pada 1997. Walaubagaimanapun, prospek jangka panjang kelihatan agak kabur disebabkan kurangnya perubahan dalam sektor korporat terutama sekali sektor yang berurusan dengan hutang korporat yang tinggi dan kompetitif.

Selain getah dan sawit yang banyak di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak juga kaya dengan sumber asli seperti kayu balak, petroleum dan gas asli.

Demografi

Rencana utama: Demografi Malaysia

Populasi Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa dan agama. Kaum Melayu menjadi etnik terbesar di Malaysia dengan 54 % dari jumlah keseluruhan warganegara Malaysia. Perlembagaan Malaysia Perkara 160(2) mentakrifkan orang Melayu ialah mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan harian, mengamalkan adat resam melayu dan beragama Islam. Hal ini hanya digunapakai di Malaysia sahaja, tidak termasuk di negara-negara lain yang menjadi sebahagian daripada rumpun Melayu. Kira-kira satu perempat daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina dan 7% lagi terdiri daripada kaum India. Hampir 85% daripada kaum India di Malaysia merupakan masyarakat Tamil.

Lebih separuh populasi Sarawak dan 66% populasi Sabah terdiri daripada kaum bumiputera bukan Melayu. Kemasukan kaum lain sedikit sebanyak mengurangkan peratusan penduduk peribumi di kedua-dua negeri itu. Antara kaum bumiputera yang utama di Sabah dan Sarawak ialah Kaum Kadazan-Dusun, Dayak, Iban dan Melayu. Sehingga abad ke 20, kebanyakan daripada mereka mengamalkan kepercayaan tradisional tetapi kini telah ramai yang sudah bertukar kepada Kristian ataupun Islam.

Selain itu, Malaysia juga mempunyai penduduk yang berasal daripada Eropah (dipanggil Eurasia) dan Timur Tengah. Kepadatan penduduk Malaysia tidak seragam dengan 17 juta daripada 25 juta rakyat Malaysia menetap di Semenanjung Malaysia.

Kebudayaan

Kaum Melayu
Rencana utama: Budaya Malaysia

Budaya Malaysia merujuk kepada kebudayaan kesemua masyarakat majmuk yang terdapat di Malaysia:

  1. Kebudayaan Melayu
  2. Kebudayaan Cina
  3. Kebudayaan India
  4. Kebudayaan Kaum Kadazan-Dusun
  5. Kebudayaan Iban
  6. Kebudayaan Dayak, Kayan, Kenyah, Murut, Lun Bawang, Kelabit dan Bidayuh

Lihat juga daftar kaum di Malaysia.

Negeri dan Wilayah

Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan (terdiri daripada 3 daerah) yang dilambangkan sebagai empat belas jalur dan bucu bintang di Jalur Gemilang:

Negeri

  1. Flag of Johor.svg Johor Darul Takzim (Johor Bahru)
  2. Kedah state fl n5143.PNG Kedah Darul Aman (Alor Setar)
  3. Flag of Kelantan.svg Kelantan Darul Naim (Kota Bharu)
  4. Flag of Malacca.svg Melaka Bandaraya Bersejarah (Bandar Melaka)
  5. Flag of Negeri Sembilan.svg Negeri Sembilan Darul Khusus (Seremban)
  6. Flag of Pahang.svg Pahang Darul Makmur (Kuantan)
  7. Flag of Perak.svg Perak Darul Ridzuan (Ipoh)
  8. Flag of Perlis.svg Perlis Indera Kayangan (Kangar)
  9. Flag of Penang (Malaysia).svg Pulau Pinang Pulau Mutiara (Georgetown)
  10. Flag of Sabah.svg Sabah Negeri Di Bawah Bayu (Kota Kinabalu)
  11. Flag of Sarawak.svg Sarawak Bumi Kenyalang (Kuching)
  12. Flag of Selangor.svg Selangor Darul Ehsan (Shah Alam)
  13. Flag of Terengganu.svg Terengganu Darul Iman (Kuala Terengganu)

Wilayah Persekutuan

  1. Flag of Kuala Lumpur Malaysia.svg Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  2. Flag of Labuan.svg Wilayah Persekutuan Labuan
  3. Putrajaya flag.gif Wilayah Persekutuan Putrajaya

Sukan

Rencana utama: Sukan di Malaysia

Sukan utama dan popular di Malaysia ialah badminton, bola sepak, skuasy dan boling.

Antara atlet yang popular ialah:

Tokoh utama di Malaysia

Tunku abdul Rahman
  1. Dato' Onn bin Jaafar
  2. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Abdul Halim Hamid Shah
  3. Tun Abdul Razak Hussein
  4. Tun Hussein Onn
  5. Tun Dr Mahathir Mohamad
  6. Tun Abdullah Ahmad Badawi
  7. Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Organisasi

Fakta menarik

Ibu negara Kuala Lumpur
Pusat pentadbiran Putrajaya
Tarikh Hari Kebangsaan 31 Ogos 1957
Cogan Kata Negara Bersekutu Bertambah Mutu
Benua Asia, Asia Tenggara
Koordinat Geografi 2 30 U, 112 30 T
Jumlah hujan tahunan 2000mm ~ 2500mm
Iklim Tropika dengan suhu 24–35 Darjah Celsius
Bunga kebangsaan Bunga Raya
Binatang rasmi Harimau
Puncak tertinggi Gunung Kinabalu, Banjaran Crocker (4175m)
Puncak tertinggi Semenanjung Gunung Tahan, Banjaran Tahan (2187 m)
Banjaran terpanjang Banjaran Titiwangsa (500 km)
Sungai terpanjang Sungai Rajang, Sarawak (563 km)
Sungai terpanjang di Semenanjung Sungai Pahang (475 km)
Jambatan terpanjang Jambatan Pulau Pinang (13.5 km)
Gua terbesar Gua Niah, Sarawak
Bangunan tertinggi Menara Berkembar Petronas (452m)
Negeri terbesar Sarawak (124,450 km persegi)
Negeri terkecil Perlis (810 km persegi)
Tempat paling lembap Bukit Larut (lebih 5080 mm)
Tempat paling kering Jelebu (kurang daripada 1500 mm)
Kawasan paling padat Kuala Lumpur (6074/km², 15,543/batu persegi)
Penanaman eksport utama Kelapa sawit dan getah

Pencapaian semasa

  • Negara kedua paling berdaya saing harga di dunia dalam industri perjalanan dan pelancongan, daripada 124 buah negara yang dikaji.
  • Tempat ke-6 bagi iltizam kerajaan dalam penyertaan di pameran T&T antarabangsa.
  • Negara ke-24 paling selamat untuk dikunjungi.
  • Tempat ke-10 dari segi kualiti pendidikan (daripada 100 negara)

(laporan World Economic Forum (WEF) yang berpengkalan di Geneva. dalam Berita Harian 10 Feb 2008)

Lihat juga


Rujukan

  1. ↑ "Population (dikemaskini 5 September 2008)". Department of Statistics Malaysia. 5 September 2008. http://www.statistics.gov.my/eng/index.php?option=com_content&view=article&id=50:population&catid=38:kaystats&Itemid=11. Retrieved 20 September 2008.
  2. ↑ 2.0 2.1 2.2 2.3 "Malaysia". Tabung Kewangan Antarabangsa. http://www.imf.org/external/pubs/ft/weo/2009/02/weodata/weorept.aspx?sy=2006&ey=2009&scsm=1&ssd=1&sort=country&ds=.&br=1&c=548&s=NGDPD%2CNGDPDPC%2CPPPGDP%2CPPPPC%2CLP&grp=0&a=&pr.x=90&pr.y=12. Retrieved 1 Oktober 2009.
  3. ↑ "Human Development Report 2009. Human development index trends: Table G". Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. http://hdr.undp.org/en/media/HDR_2009_EN_Complete.pdf. Retrieved 5 Oktober 2009.
  • ^ Article 1. Constitution of Malaysia.
  • ^ a b c d e f g CIA. The World Fact Book. Malaysia. Retrieved December 9 2006.
  • ^ Article 33. Constitution of Malaysia.
  • ^ Article 43. Constitution of Malaysia.
  • ^ The Federation of International Trade Associations. General Information of Malaysia. Retrieved December 7 2007.
  • ^ a b Time Magazine. A New Nation. September 9 1957.
  • ^ a b Paragraph 22. Singapore. Road to Independence. Federal Research Division, Library of Congress. Country Studies/Area Handbook Series. U.S. Department of the Army. Retrieved December 9 2006.
  • ^ a b Time Magazine. The Art of Dispelling Anxiety. August.
  • ^ Paragraph 25. Singapore. Road to Independence. Federal Research Division, Library of Congress. Country Studies/Area Handbook Series. U.S. Department of the Army. Retrieved December 9 2006.
  • ^ a b PaweÅ‚ Bożyk (2006). "Newly Industrialized Countries", Globalization and the Transformation of Foreign Economic Policy. Ashgate Publishing, Ltd, 164. ISBN 0-7546-4638-6.
  • ^ a b N. Gregory Mankiw (4th Edition 2007). Principles of Economics. ISBN 0-324-22472-9.
  • ^ The Prime Minister's Office. The Security of the Straits of Malacca and its implications to the Southeast Asia regional security. Retrieved November 26 2007.
  • ^ American University. Tin Mining in Malaysia. Retrieved November 14 2007.
  • ^ Malaysian Palm Oil Council. Malaysian Palm Oil. Retrieved November 14 2007.
  • ^ Bank Negara. BNM National Summary Data Page. Retrieved November 8 2007
  • ^ Article 3. Constitution of Malaysia.
  • ^ a b Article 152. Constitution of Malaysia.
  • ^ Overview. Association of Southeast Asian Nations. Retrieved November 8 2007.
  • ^ List of Member States. United Nations. Retrieved November 8 2007
  • ^ Members. Commonwealth Secretariat. Retrieved November 8 2007.
  • ^ Ministry of Foreign Affairs, Turkey. Facts and Figures of the D-8. Retrieved December 12 2007.
  • ^ The New Student's Reference Work. 1914.
  • ^ Sakai, Manako. Reviving Malay Connections in Southeast Asia.
  • ^ Page 46-47. Suarez, Thomas. Early Mapping of Southeast Asia.
  • ^ Earl, George S. W. (1850). "On The Leading Characteristics of the Papuan, Australian and Malay-Polynesian Nations". Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia (JIAEA): p.119.
  • ^ M.C. Ricklefs. pp. 19. A History of Modern Indonesia. Indiana University Press. 1981. ISBN
  • ^ Mahathir bin Mohamad. Our Region, Ourselves. Time Asia. Retrieved May.
  • ^ Time Magazine. Token Citizenship. May.
  • ^ Time Magazine. Siege's End. May 2 1960.
  • ^ Time Magazine. Fighting the Federation. December
  • ^ Time Magazine. Race War in Malaysia. May. Retrieved December.
  • ^ Republic of the Philippines. Department of Foreign Affairs. FAQs on the ICJ Decision. Retrieved December.
  • ^ a b Jomo Kwame Sundaram. UNRISD The New Economic Policy and Interethnic Relations in Malaysia. Retrieved December.
  • ^ Anthony Spaeth. Time Magazine. Bound for Glory. December 9 1996.
  • ^ Anthony Spaeth. Time Magazine. He's the Boss. September.
  • ^ Article 32. Constitution of Malaysia.
  • ^ a b US Department of State. Malaysia. Retrieved December.
  • ^ Article 44. Constitution of Malaysia.
  • ^ Article 45. Constitution of Malaysia.
  • ^ Article 46. Constitution of Malaysia.
  • ^ Article 43 (1). Constitution of Malaysia
  • ^ Article 14. Constitution of Malaysia
  • ^ The Star Online. More than just a card. Retrieved November 26 2007.
  • ^ Leow Chiah Wei. Travel Times. New Straits Times. Asia's southernmost tip. Retrieved December.
  • ^ Sager Ahmad. Travel Times. New Straits Times. Tanjung Piai, the End of Asia. Retrieved December.
  • ^ Andrew Marshall. Time Magazine. Waterway to the World. Retrieved December.
  • ^ Petronas 1H profit up 7.7% to RM26.6b
  • ^ All Sabahans must Fight BN and UMNO. Malaysia Today (August 15, 2006).
  • ^ "Population and Housing Census" Press statement, Department of Statistics, Malaysia. Accessed April 3, 2007.
  • ^ Article 160 (2). Constitution of Malaysia.
  • ^ Inter Press Service: Temple Demolitions Spell Creeping Islamisation. Retrieved 4 June 2006.
  • ^ BBC : Pressure on multi-faith Malaysia. Retrieved 4 June 2006.
  • ^ Ninth Schedule. Constitution of Malaysia.
  • ^ World Education Forum. UNESCO. Education for All 2000 Assessment Report. Malaysia. Retrieved December.
  • ^ Health Tourism, Malaysian Government Portal. Accessed October 12, 2007.
  • ^ Time Magazine. Rubber from Malaya. March 1 1943.
  • ^ "Malaysia scraps ringgit peg", The Edge Daily, 2005-07-22.
  • ^ Department of Statistics. Malaysia. Quarterly Balance of Payments Performance October - December, 2005. Retrieved December.
  • ^ Financial Times. Malaysia relaxes short-selling ban. Extracted March 28, 2006.
  • ^ Boulton, William; Michael Pecht, William Tucker, Sam Wennberg (May 1997). Malaysia. Electronics Manufacturing in the Pacific Rim, World Technology Evaluation Center. Retrieved on 26 September 2007

Pautan luar

read more...

Yang di-Pertuan Agong


Yang di-Pertuan Agong sekarang ialah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Yang di-Pertuan Agong ialah gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri[1].

Yang di-Pertuan Agong sekarang ialah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu.

Isi kandungan

Sejarah

Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan hasil daripada Suruhanjaya Reid yang merangka Perlembagaan Persekutuan.Cadangan jawatan Yang Dipertuan Agong timbul berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat ingin menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu.

Pada Ogos 1957, setelah memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong dan menolak gelaran Yang di-Pertuan Besar yang dicadangkan sebelum itu, Majlis Raja-Raja telah bersidang untuk mengundi pemegang takhta yang pertama.

Jika menurut tempoh lama memerintah, Major-Jeneral Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar (Sultan Johor), yang dilantik menjadi pada tahun 1895, merupakan sultan yang paling lama memerintah, tetapi baginda menolak perlantikan tersebut disebabkan telah lanjut usia (ketika itu baginda berusia 84 tahun).

Yang kedua dalam turutan, Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah (Sultan Pahang), yang memerintah pada tahun 1932, tidak mendapat mandat secukupnya untuk dilantik. Yang lama memerintah seterusnya, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang menaiki takhta pada tahun 1933, kemudiannya telah dilantik.

Raja-raja yang hadir ketika pertabalan pertama adalah:

  1. Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah (Sultan Pahang; 1932-1974)
  2. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan; 1933-1960)
  3. Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor; 1938-1942, 1945-1960)
  4. Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Sultan Kedah; 1943-1958)
  5. Sultan Ibrahim Petra ibni Almarhum Sultan Muhammad IV (Al-Sultan Kelantan; 1944-1960)
  6. Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail (Raja Perlis; 1945-2000)
  7. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III (Sultan Terengganu; 1945-1979)
  8. Sultan Yusuf Izzudin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Nasruddin Shah (Sultan Perak; 1948-1963)
  9. Tunku Ismail ibni Sultan Sir Ibrahim (Tunku Mahkota Johor; menjadi Sultan 1959-1981)

Lantikan

Ciri yang unik di seluruh dunia dalam sistem pemerintahan beraja Malaysia, jawatan ini digilirkan setiap lima tahun antara sembilan Pemerintah Negeri Melayu.

Apabila menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong, seorang kerabat diraja akan dilantik sebagai Pemangku dalam negeri tersebut.

Giliran Negeri

Sistem penggiliran jawatan Yang di-Pertuan Agong setiap lima tahun dianggap unik. Ini kerana ia menggabungkan tradisi feudal berasaskan keturunan darah dengan konsep moden berasaskan perlembagaan.

Malaysia satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem penggiliran ketua negara.

Sistem penggiliran hanya diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang dulunya dikenali Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Negeri Bersekutu terdiri daripada Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang. Manakala Negeri Melayu tidak bersekutu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Sementara itu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak berpeluang walaupun mereka menganggotai Majlis Raja-Raja.

Selepas kitaran pertama sembilan Yang di-Pertuan Agong (1957-1994), aturan menurut Pemerintah negeri adalah menurut kitaran yang telah digunakan sebelum itu, iaitu:

  1. Negeri Sembilan
  2. Selangor
  3. Perlis
  4. Terengganu
  5. Kedah
  6. Kelantan
  7. Pahang
  8. Johor
  9. Perak

Yang di-Pertuan Agong akan melantik sebagai istiadat iaitu Yang di-Pertua Negeri, atau Gabenor, kepada 4 buah negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah and Sarawak. Yang di-Pertuan Agong yang ke-13 (sekarang) adalah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu

Faktor pemilihan

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong berdasarkan kepada sistem giliran yang telah ditetapkan.

Terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja melalui undi rahsia bagi menentukan pengganti bagi jawatan Yang di-Pertuan Agong seterusnya.

Syarat yang akan diambil kira ialah:

  1. Kekananan di kalangan Sultan dan Raja;
  2. Baginda berkenan untuk menjadi Agong;
  3. Tidak mengalami kelemahan atau ketidak upayaan mental;
  4. Merupakan Raja yang berada di kedudukan teratas;
  5. Mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima Raja lain;
  6. Dan bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.

Faktor lain ialah usia dan tempoh masa pemerintahan dan kalau kita lihat daripada aspek status atau peranan yang dimainkan oleh Yang Dipertua usia dan tempoh masa pemerintahan seseorang Raja di sesebuah negeri amat penting kerana apabila baginda telah menjalankan pemerintahan dalam tempoh yang lama ini dapat menggambarkan kematangannya terhadap cara pemerintahan.

Kebaikan sistem

Hanya yang terpilih sahaja boleh dipilih iaitu menurut darah keturunan tetapi di dalamnya itu tersemat dan tersisip peraturan yang bercorak demokrasi moden iaitu pemilihan secara moden.

Keunikan tradisinya sejak 1957 , kuasa yang dimiliki oleh Yang di-Pertuan Agong mengatasi segala Raja-Raja Melayu sepanjang tempoh perlantikannya.

Jika dibandingkan dengan England, Ratu Elizabeth II, baginda tak seunik Malaysia kerana ia datang dari satu keluarga sahaja. Uniknya Malaysia adalah ketua negaranya datang di kalangan sembilan Sultan yang memerintah Negeri-Negeri Melayu.

Kuasa sebagai Raja Berperlembagaan

Perkara 181 (1), Perlembagaan Persekutuan menjamin kedaulatan dan kuasa raja terus berkekalan. Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong. Antaranya ialah baginda diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Baginda juga berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Di samping itu, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara[2].

Di samping itu, Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan penting yang lain dalam kerajaan termasuklah[3]:

  1. Melantik seorang Perdana Menteri;
  2. Menangguhkan pembubaran parlimen; dan
  3. Meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi tujuan membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja.

Senarai Yang di-Pertuan Agong

Raja-raja berikut pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong sebelum ini:

  1. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.
  2. Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.
  3. Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis, diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960-1965, mangkat pada 2000
  4. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970, mangkat pada 1979
  5. Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1927, memerintah pada 1970-1975
  6. Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan, diputerakan 1917, memerintah pada 1975-1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979
  7. Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984
  8. Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989, mangkat pada 2010
  9. Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lahu dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994
  10. Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994-1999, mangkat pada 27 Disember 2008
  11. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001
  12. Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis, diputerakan 1943, memerintah pada 2001-2006
  13. Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu, diputerakan 1962, memerintah pada 2006-

Lihat juga

Nota dan rujukan

Pautan luar

read more...

Panglima Angkatan Tentera Malaysia

Panglima Angkatan Tentera Darat (PAT) ialah ketua bagi perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia. Sehingga kini seramai 15 orang telah menyandang jawatan tertinggi Angkatan Tentera ini.

Laksamana Tan Sri Dato' Seri Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor adalah Panglima Angkatan Tentera dari Tentera Laut Diraja Malaysia manakala Jeneral Tan Sri Dato' Sri Azizan bin Ariffin dari Tentera Udara Diraja Malaysia.

Senarai Panglima Angkatan Tentera

Bil Panglima Angkatan Tentera Gambar Tempoh Pemerintahan
1 Jeneral Tunku Osman Tunku Mohammad Jewa PTD3.gif 1 Januari 1964-24 November 1969
2 Jeneral Tan Sri Abdul Hamid bin Bidin Hamidbidin.jpg 25 November 1969-30 Jun 1970
3 Jeneral Tun Ibrahim bin Ismail IbrahimIsmail.gif 1 Julai 1970-30 November 1977
4 Jeneral Tan Sri Dato' Haji Mohd Sany bin Haji Abdul Ghaffar PTD6.gif 1 Disember 1977-19 Januari 1981
5 Jeneral Tan Sri Dato' Mohd Ghazali bin Mohd Seth PTD7.gif 20 Januari 1981-31 Oktober 1985
6 Jeneral Tan Sri Dato' Mohd Ghazali bin Haji Che Mat PTD9.gif 1 November 1985-5 Oktober 1987
7 Jeneral Tan Sri Dato' Mohamed Hashim bin Mohd Ali PTD10.gif 6 Oktober 1987-10 April 1992
8 Jeneral Tan Sri Yaacob bin Mohd Zain PTD11.gif 11 April 1992-3 Mac 1993
9 Jeneral Tan Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid PTD12.gif 4 Mac 1993-31 Januari 1994
10 Jeneral Tan Sri Borhan bin Haji Ahmad PTD13.gif 1 Februari 1994-2 Februari 1995
11 Jeneral Tan Sri Dato' Seri Ismail bin Haji Omar Ismailomarpat.png 3 Februari 1995-31 Disember 1998
12 Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin PTD17.gif 1 Januari 1999-28 April 2005
13 Laksamana Tan Sri Dato' Seri Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor AnwarNor.jpg 29 April 2005-31 Januari 2007
14 Jeneral Tan Sri Dato' Sri Abdul Aziz bin Hj Zainal Cdf.jpg 1 Februari 2007-31 Ogos 2009
15 Jeneral Tan Sri Dato' Sri Azizan bin Ariffin TUDM Ptu.jpg 1 September 2009-Kini

read more...

Darurat Tanah Melayu

Darurat Tanah Melayu
Sebahagian dari Perang Dingin
Tarikh Jun 1948 – 12 Julai, 1960
Tempat Asia Tenggara
Hasil
Pihak bersengketa
Bendera United Kingdom United Kingdom

Bendera Persekutuan Malaya Persekutuan Tanah Melayu
Bendera Australia Australia

Hammer and sickle.svg Parti Komunis Malaya
Komander
Bendera United Kingdom Harold Briggs

Bendera United Kingdom Henry Gurney †
Bendera United Kingdom Gerald Templer
Bendera Australia Henry Wells

Hammer and sickle.svg Chin Peng


Sungai Siput 1948


Darurat Tanah Melayu merupakan darurat yang telah diisytiharkan oleh kerajaan British di Malaya dari tahun 1948 hingga tahun 1960. Darurat ini diikuti dengan penarikan hak-hak sivil, pemberian kuasa istimewa kepada pihak polis, dan langkah-langkah lain yang bertujuan untuk mengongkong kegiatan politik haluan kiri, terutamanya Parti Komunis Malaya (PKM). Perang gerila merupakan sebahagian daripada konflik yang sedang berlaku antara PKM dan parti haluan kiri yang lain dengan kerajaan British bermula dari penyerahkalahan Jepun pada tahun 1945 sehingga penandatanganan perjanjian damai antara komunis dengan kerajaan Malaysia pada Disember 1989.

Isi kandungan

Punca darurat

Bolehlah dikatakan bahawa segala bermula selepas pendudukan Jepun 1942-1945. PKM dan MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army). Nasionalisme orang Tanah Melayu yang telah dipengaruhi oleh orang Jepun semasa pendudukannya telah mendorong kepada mereka supaya ingin bekerajaan sendiri.

Pembunuhan seramai tiga orang pengurus ladang berbahasa Inggeris di Sungai Siput, Perak pada tahun 1948, telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu. Sebulan selepas itu PKM diharamkan.

Yang paling teruknya, boleh dikatakan dengan pengharaman PKM oleh kerajaan British kerana dianggap sebagai parti politik yang radikal. Pengharaman ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati oleh kebanyakan ahli dalam PKM kerana jasa mereka telah dilupakan oleh British semasa dalam penentangan Jepun.

Dengan itu, ketua PKM, telah mengubahkan dasarnya yang bersikap sederhana kepada bentuk yang agresif, iaitu dengan pembunuhan. PKM memulakan dengan mogok bersama dengan kesatuan sekerja, serta penubuhan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth League).

Namun, pemogokan itu telah gagal dan undang-undang yang baru dibuat oleh British untuk melemahkan PKM, seterusnya PKM menggunakan serangan bersenjata untuk mendapatkan apa yang mereka dirasa patut.

Hubungan PKM dan British yang semakin teruk dan setelah Chin Peng sebagai ketua yang baru, gerakan bersenjata dibuat, dengan pembunuhan 3 ketua Kuo Min Dang (KMT), dan 3 orang pengurus ladang getah yang berbangsa Eropah, termasuk 1 penolong, pada 12-6-1948 dan 15-6-1948. Darurat Negeri diisytiharkan di Johor pada 19-6-1948.

Langkah mengatasi darurat

Anggota Rejimen Askar Melayu memeriksa peralatan, bekalan dan dokumen yang ditemui dalam satu serbuan ke atas kem pengganas komunis di hutan. Gambar sekitar tahun 1949.

Undang-undang Darurat telah diisytiharkan. Antaranya adalah termasuk:

  1. Parti politik yang bersifat radikal diharamkan.
  2. Sesiapa yang disyaki dengan kegiatan komunis akan ditangkap, serta dibuang negeri.
  3. Hukuman bunuh dibuat untuk sesiapa yang dianggap bersuhabat dengan komunis.

Pada masa darurat kira-kira 40,000 tentera termasuk beberapa rejimen askar Melayu telah dikerah untuk menghapuskan anasir komunis. Mereka dilengkapkan dengan peralatan kelengkapan perang, seperti meriam, kapal terbang, dan kapal laut.

Ketenteraan British juga telah diperketatkan. Polis British dan mata-mata khas telah bertambah ke 70,000 orang. Home Guard diperkenalkan supaya lebih banyak orang yang mampu membanteras komunis, iaitu sebanyak 200,000 orang. Bantuan tentera dari Komanwel (British, Australia, New Zealand, Gurkha dan Fiji), Polis Khas dan Perkhidmatan Negara telah dibuat.

Perintah Berkurung telah dibuat di kawasan yang telah mempunyai pengaruh komunis.

Kawasan Putih dan Hitam telah diperkenalkan supaya British boleh memudahkan proses mereka dalam membanteras komunis. Kawasan Putih adalah bermaksud kawasan tersebut telah bebas daripada anasir komunis, dan sebaliknya yang ada pada kawasan hitam. Antara semua negeri, Melaka adalah negeri yang pertama mendapat gelaran Kawasan Putih.

Sekatan jalan raya dan kawalan kampung telah dibuat oleh Home Guards di kawasan yang mungkin sebagai kawasan yang mempunyai pengaruh komunis, dengan itu, mereka boleh menyemak sesiapa sahaja dan juga berhak merampas barang yang mereka ada.

Kad Pengenalan diwajibkan supaya mereka boleh menangkap sesiapa sahaja yang tidak ada kad pengenalan. Kerajaan British telah mewajibkan semua penduduk Tanah Melayu mesti membuat kad pengenalan sebaik sahaja mereka berumur 12 tahun sahaja.

Sir Harold Briggs juga melancarkan rancangannya (Rancangan Briggs) untuk membanteras komunis. Rancangannya adalah termasuk:

  1. Penempatan semula orang Cina. Ini adalah kerana sebahagian besar daripada ahli PKM adalah orang Cina, dan banyak orang Cina telah tinggal di kawasan setinggan semasa pendudukan Jepun (Rujuk pendudukan Jepun). Dengan kawalan dari orang Cina, jadi masalah untuk membanteras komunis adalah lebih senang.
  2. "Kampung baru" telah diperkenalkan. Kampung telah dibina di bahagian kawasan baru yang dipilih adalah dibuat untuk menempatkan orang Cina.

Kedua-dua langkah ini adalah penting, kerana kawasan setinggan orang Cina dianggap sebagai sarang untuk PKM dan tempat PKM untuk mendapatkan maklumat serta makanan. Dengan setiap Kampung Baru yang dikawal oleh Home Guards, jadi peluang untuk PKM and Min Yuen (pengintip PKM) untuk memberi malumat dan barang keperluan kepada PKM yang melancarkan serangan gerila.

Meskipun pasukan keselamatan telah diperkuatkan, namun tindakan ketenteraan secara langsung untuk menghapuskan komunis kurang berjaya. Ini kerana kumpulan komunis tidak bertempur secara berdepan. Tetapi mereka menjalankan tindakan secara gerila.

Terdapat juga kumpulan yang membantu dan memberi sokongan kepada Parti Komunis Malaya iaitu Min Yuen.

Polis memeriksa seorang lelaki Cina bagi mengenalpasti samada tali barut komunis atau tidak.

Undang-undang darurat telah ditamatkan pada 31 Julai 1960. Dalam tempoh 12 tahun perintah darurat dilaksanakan, kira-kira 11000 nyawa terkorban, termasuk 2500 orang awam.

Bagi menangani ancaman komunis, secara ringkasnya, pihak British telah melaksanakan beberapa dasar:-

  1. Pembahagian daerah kepada kawasan putih dan kawasan hitam.
  2. Memindahkan setinggan berhampiran hutan ke kawasan selamat terlindung daripada peras ugut pengganas dalam rancangan yang dikenali sebagai kampung baru.
  3. Pengenalan sistem kad pengenalan bagai memudahkan seseorang itu dikenal pasti.
  4. Menggunakan pengangkutan udara bagi membawa tentera bagi menggempur pengganas. Sekarang ini dikenali sebagai kumpulan tindak pantas. Setiap kali pengganas menyerang, mereka akan diburu habis-habisan bagi melemahkan semangat mereka bagi menyerang (discourage).
  5. Memperkenalkan ISA.
  6. Memberi pengampunan bagi pengganas yang menyerah melalui risalah yang disebarkan melalui unit udara.
  7. Memperkenalkan sukarelawan kampung / pengawal kampung yang bersenjata.
  8. Mendirikan balai polis dikawasan yang terancam / kawasan hitam.

Bagaimanapun kesemua taktik ini tidak akan berjaya sekiranya ia tidak disokong oleh penduduk tempatan. Ini terbukti dalam perang Vietnam, di mana pihak Amerika cuba meniru taktik British di Malaysia tetapi masih kalah dengan teruknya. Dengan itu kesemua taktik ini hanya membantu, tetapi sokongan padu kesemua rakyat berbilang kaum masih diperlukan bagi menangani anasir-anasir musuh.

Langkah bukan bentuk ketenteraan

Langkah berbentuk sosial juga dibuat kerana hati rakyat Tanah Melayu perlu diambil juga. Antara yang paling popular adalah berbentuk:

  1. Catuan makanan dibuat. Ini adalah kerana sebahagian daripada penduduk Tanah Melayu yang adalah ahli Min Yuen (Mereka bukan ahli tentera dalam PKM, tetapi sebagai pengintip, (samaada secara sukarela atau melalui paksaan) Dengan makanan yang terhad, maka makanan dan belakan yang lain adalah terhad dan mereka tidak mampu untuk memberikan makanan mereka kepada ahli tentera PKM yang berada di dalam hutan.
  2. Perang psikologi juga dibuat untuk mengumpan rakyat Tanah Melayu mendapatkan ganjaran untuk pendedahan setiap ahli PKM, dan dengan ganjaran untuk ahli PKM yang menyerah diri. Dianggarkan bahawa ganjaran sebanyak $5,000 untuk setiap ahli PKM yang menyerah diri, serta RM25,000 untuk sesiapa yang mampu menangkap Chin Peng.
  3. Pembentukan Malaysia. Merdeka yang diisytiharkan pada 31-8-1957 juga telah menghalang alasan untuk PKM membentuk negara komunis yang diidamkan. Ini kerana penentangan mereka bukan lagi kepada pihak koloni, tetapi terhadap kerajaan anak watan. Ini telah membawa kepada mereka untuk membuat rundingan Baling dengan wakil UMNO.
  4. Langkah untuk menyatupadukan kaum juga telah dibuat oleh UMNO, iaitu dengan gabungan MCA (Tan Cheng Lock), UMNO (Tunku Abdul Rahman), serta MIC (E.E.C. Tsuringam), tetapi langkah ini kurang berkesan dengan berlakunya Peristiwa 13 Mei ataupun rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1963 [perlu rujukan].

Pautan luar

read more...