Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Isnin, 30 Ogos 2010

Kerjaya Dalam ATM

Kerjaya Dalam Angkatan Tentera Malaysia




Jika Anda Meminati Satu Kerjaya Yang Mencabar Dan Penuh Dengan Adventure, Sertailah Angkatan Tentera Malaysia !

  • Ringkasan Perkhidmatan Pegawai

  • Ringkasan Perkhidmatan Askar Laskar

  • Gaji Dan Elaun

  • Syarat-Syarat kelayakan AM

  • Syarat-Syarat kelayakan Akademik

  • Dokumen Dan Keperluan Untuk Permohonan Kemasukan



  • Pengambilan Terkini
    read more...

    Pingat & Darjah Kebesaran ATM

    Pingat ATM
    SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (S.P)

    Bintang Kehormatan Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) ini ialah yang tertinggi sekali dan paling kanan dalam senarai keutamaan anugerah Persekutuan. Di anugerahkan kepada sesiapa yang menunjukkan keberanian yang paling luar biasa.
    PANGLIMA GAGAH BERANI (PGB)

    Anugerah ini diberikan kepada mereka yang berkhidmat dalam Angkatan Bersenjata dan telah menunjukkan kegagahan serta keberanian yang luar biasa.
    PANGLIMA GAGAH ANGKATAN TENTERA (PGAT)

    Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Pangkat Pertama ini dikurniakan kepada Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera. Panglima-Panglima Tentera Darat, Laut dan Udara. Pengurniaan kehormat juga boleh diberi kepada Panglima-Panglima Negara Asing yang setaraf.
    KESATRIA ANGKATAN TENTERA (KAT)

    Pangkat Keempat dalam senarai Darjah-darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera ini dianugerahkan kepada pegawai-pegawai Angkatan Tentera berpangkat Leftenan Kolonel atau setaraf dan ke bawah serta pegawai-pegawai tentera asing yang setaraf secara kehormat.
    PANGLIMA SETIA ANGKATAN TENTERA (PSAT)

    Anugerah Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Pangkat Kedua ini dikurniakan kepada Pegawai-pegawai Angkatan Tentera yang berpangkat Mejar Jeneral dan setaraf ke atas serta pegawai-pegawai tentera asing yang setaraf secara kehormat.
    BENTARA ANGKATAN TENTERA (BAT)

    Pangkat kelima dalam senarai Darjah-darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera ini dianugerahkan kepada anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia. Anugerah ini boleh juga dikurniakan kepada anggota angkatan tentera asing yang setaraf secara kehormat.
    PAHLAWAN ANGKATAN TENTERA (PAT)


    Anugerah Pahlawan Angkatan Tentera ini adalah Pangkat Ketiga dalam senarai Darjah-darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera. Dikurniakan kepada pegawai-pegawai Angkatan Tentera berpangkat Kolonel atau Brigadier Jeneral atau setaraf, serta pegawai-pegawai tentera asing yang setaraf secara kehormat.
    read more...

    Pangkat ATM

    Pegawai TDM
    JENERAL
    LEFTENAN JENERAL
    MEJAR JENERAL
    BRIGEDIER JENERAL
    KOLONEL
    LEFTENAN KOLONEL
    MEJAR
    KAPTEN



    LEFTENAN
    LEFTENAN MUDA
    Pegawai TLDM
    Kadet (cadet)
    Leftanan Madya
    Setaraf Leftenant
    (Sub Lieutenant)
    Komander
    Setaraf Leftenant Kolonal
    (Comander)
    Laksaman Muda
    Setaraf Mejar Jeneral
    (Rear Admiral)
    Pegawai Kadet Kanan
    (Midshipmen)
    Leftenant
    Setaraf Kapten Darat dan Udara
    (Liuetenant)
    Kapten
    Setaraf Kolenal
    (Captain)
    Laksamana Madya
    Setaraf Leftenant Jeneral
    (Vice Admiral)
    Leftanan Muda
    Setaraf Leftanan Muda
    (Acting Sub Lieutenant)
    Leftenant Komander
    Setaraf Mejar
    (Liuetenant Comander)
    Laksamana Pertama
    Setaraf Brigedier Jeneral
    (First Admiral)
    Laksamana
    Setaraf Jeneral
    (Admiral)




    Lain-lain Pangkat
    Askar Muda
    Ordinary
    Bintara Muda
    Petty Officer
    Askar Kelas II
    Junior Able Rate
    Bintara Kanan
    Chief Petty Officer

    Pegawai Waren II
    Warrant Officer II
    Askar Kelas I
    Able Rate


    Askar Kanan

    Leading Rate

    Pegawai Waren I
    Warrant Officer I
    read more...

    Sejarah ATM

    Sejarah moden ATM bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini terus berkembang menjadi satu batalion penuh yang dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 1938. Batalion kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya. Kedua - dua batalion ini telah menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang tentera Jepun. Selepas perang, negara dilanda pula oleh ancaman Komunis dan keadaan Darurat telah diisytiharkan pada tahun 1948. Keadaan ini memerlukan pembesaran angkatan tentera. Menjelang tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion. Pada zaman Darurat juga, angkatan tentera telah melihat penubuhan pasukan berbilang bangsa iaitu Rejimen Persekutuan dan Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Darat telah berkembang maju dan lengkap untuk menjalankan operasi melawan insurgensi. Pada masa ini pasukan Tentera Darat sedang pesat dipermodenkan sebagai satu pasukan tentera konvensional yang mampu untuk menghadapi cabaran masa depan.

    Tentera Laut Diraja Malaysia bermula dari Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Negeri-negeri Selat pada 27 April 1934 di Singapura. Pasukan ini diperbesarkan pada tahun 1938 dengan penubuhan cawangan Pulau Pinang dan ditukarkan nama kepada Pasukan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaya. Menjelang Perang Dunia Kedua, seksyen Melayu dalam Royal Navy telah ditubuhkan dan kekuatan pasukan ini mencapai jumlah 1430 anggota pada tahun 1941. Selepas kejatuhan Singapura pada tahun 1942, seramai 150 orang anggota Tentera Laut Malaya telah berundur ke Ceylon, India dan Afrika Timur. Anggota -anggota ini kembali ke Malaya apabila perang tamat. Malangnya disebabkan kekurangan kewangan selepas perang, Tentera Laut Malaya telah dibubarkan pada bulan April 1947. Apabila darurat tercetus pada tahun 1948, Tentera Laut Malaya telah dihidupkan semula dan diwartakan pada 4 Mac 1949. Tentera Laut Malaya dianugerahkan gelaran Diraja oleh baginda Queen Elizabeth II pada tahun 1952. Tentera Laut Diraja Malaya yang selama ini menjadi sebahagian daripada Royal Navy telah dipindahkan dari Singapura ke Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1958. Serentak dengan ini, panji-panji Royal Navy telah ditukarkan dengan panji-panji Persekutuan Tentera Laut Diraja Malaya. Selepas penubuhan Malaysia pada tahun 1963 ia dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia.

    Titik mula TUDM ialah dengan penubuhan Pasukan Sukarela Tentera Udara Negeri-negeri Selat (SSVAF) oleh British pada tahun 1936. Pasukan ini ditukar nama kepada Pasukan Simpanan Tentera Udara Malaya pada tahun 1940 tetapi telah dibubarkan selepas Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1950 pasukan ini telah dihidupkan semula sebagai Royal Air Force Malaya(RAF Malaya). Tentera Udara Malaya menjadi kenyataan pada tahun 1958 apabila pesawat Twin Pioneer pertama mendarat di pangkalan RAF Kuala Lumpur. Tentera Udara Diraja Malaya ditubuhkan dengan rasminya pada 2 Jun 1958.Sejarah lengkap perkhidmatan ATM boleh dilihat di Laman Tentera Darat, TLDM dan TUDM.
    read more...

    Profil PAT

    MARKAS ANGKATAN TENTERA
    MALAYSIA

    PROFAIL
    JENERAL TAN SRI DATO’ SRI AZIZAN ARIFFIN TUDM

    PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

    Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan Ariffin TUDM dilahirkan di Yan, Kedah pada 25 Oktober 1952. Anak kelahiran negeri Jelapang Padi ini menyertai Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) pada 15 Oktober 1970. Beliau menamatkan latihan Pegawai Kadet di Maktab Tentera DiRaja dengan jayanya, dan seterusnya ditauliahkan sebagai Pilot Officer pada 16 April 1971 ke dalam Cawangan Kawalan Trafik Udara.

    Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan telah menjalani kursus asas dan lanjutan Kawalan Trafik Udara di Australia pada tahun 1971 dan 1973. Jawatan pertama beliau dalam perkhidmatan adalah sebagai Pegawai Kawalan Lalu Lintas Udara di Pangkalan Udara Kuala Lumpur. Selepas itu, beliau telah menyandang pelbagai jawatan sebagai Pegawai Trafik Udara. Antaranya di JATCC Paya Lebar Airport Singapore dan Pangkalan Udara Kuantan.

    Pada 15 April 1976, beliau telah mengikuti Kursus Asas Penerbangan di Australia dan menerima kelayakan untuk menjadi juruterbang TUDM apabila dianugerahkan Sayap Penerbangan pada 8 Julai 1977. Semenjak dari itu, kerjaya beliau terus berkembang sebagai seorang juruterbang TUDM. Beliau telah menerbangkan berbagai jenis pesawat TUDM, dan antaranya adalah CT 4s, Aermacchi MB 326H, Bulldog B 100, Cessna 402B, BAe 125, Fokker 28, Pilatus PC 7, Falcon 900 dan juga C130.

    Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan telah menghadiri berbagai kursus kepakaran dan juga kerjaya baik di luar mahupun dalam negara. Beliau adalah merupakan graduan Air Command and Staff College (USA) dan juga National Defence College (India).

    Sepanjang kerjaya beliau, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan telah diberi kepercayaan untuk memegang pelbagai tugas penting di peringkat staf, pemerintah dan tiga Perkhidmatan ATM. Antaranya, beliau pernah menyandang tugas sebagai Ketua Skuadron VIP, pemeriksa (examiner), ketua dan jurulatih penerbangan di Pusat Latihan Penerbangan TUDM. Pada masa yang sama, beliau juga merupakan salah seorang ahli Tim Penerbangan Akrobatik TUDM iaitu Tim Taming Sari. Antara jawatan penting lain adalah sebagai Penasihat Pertahanan di Islamabab (Pakistan), Pengarah Latih di Markas Tentera Udara dan Ketua Staf No 2 Divisyen Udara. Selain itu, beliau juga pernah menjawat jawatan Panglima 2 Divisyen Udara dan Komandan Kolej Tentera Udara. Berkat ketokohan yang beliau miliki telah melayakkan beliau dilantik menjadi Komandan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) dan sekaligus mencatat sejarah sebagai Komandan ATMA yang pertama dari Perkhidmatan Udara. Sebelum dilantik mengetuai Tentera Udara DiRaja Malaysia, beliau telah menjawat jawatan sebagai Panglima Operasi Udara , dan kemudiannya Timbalan Panglima Tentera Udara mulai 5 April 2004. Kredibiliti serta ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki telah melayakkan beliau dilantik untuk menerajui Tentera Udara Diraja Malaysia sebagai Panglima Tentera Udara bermula pada 30 Oktober 2006. Tanggal 1 September 2009 adalah merupakan tarikh keramat dalam perkhidmatan beliau khususnya dan TUDM amnya apabila beliau secara rasminya telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-17. Lebih signifikan lagi beliau telah melakar sejarah kerana menerima mandat sebagai Panglima Angkatan Tentera pertama dari Perkhidmatan Udara sejak jawatan itu digilirkan antara ketiga-tiga cabang Perkhidmatan iaitu Darat, Laut dan Udara.

    Sebagai mengenang jasa dan penghargaan atas sumbangan serta khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada negara dan Perkhidmatan, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan telah dikurniakan dengan beberapa darjah kebesaran persekutuan, negeri dan juga ATM. Antara darjah kebesaran tersebut adalah Darjah Kebesaran Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT), Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) kurniaan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang Ke-13 yang membawa gelaran Tan Sri, Darjah Kebesaran Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) kurniaan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) kurniaan KDYMM Sultan Pahang yang membawa gelaran Dato’ Sri, Darjah Kebesaran Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) kurniaan KDYMM Sultan Pahang, Darjah Kebesaran Sri Panglima Taming Sari (SPTS) kuniaan KDYMM Sultan Perak membawa gelaran Dato’ Seri, Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) kuniaan KDYMM Sultan Pahang, Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Muazam Shah (DHMS) dan Darjah Kebesaran Darjah Setia DiRaja Kedah (DSDK) kurniaan KDYMM Sultan Kedah.

    Darjah-darjah kebesaran yang turut beliau terima adalah Darjah Pahlawan Angkatan Tentera (PAT), Johan Mangku Negara (JMN), Johan Setia DiRaja (JSD) dan Kesatria Angkatan Tentera (KAT) serta Pingat Jasa Malaysia (PJM).

    Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan telah mendirikan rumah tangga bersama Puan Sri Datin Sri Noorainee bte Abd Rahim serta dikurniakan lima orang cahayamata. Beliau dikenali sebagai seorang yang aktif bersukan dan amat meminati sukan golf.

    read more...