Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 18 Mac 2011

Part 5 : Testimonial Peserta Program Halaqah ke 4 "Pesiapan Diri Menghadapi Kematian"

Istiqamah .

Ini adalah salah satu syarat atau tuntutan untuk mencapai hakikat. Istiqamah ialah tetap dalam beramal. Amalan pula ada amalan lahir dan ada amalan batin atau hati. Istiqamah itu perlu dalam amalan lahir mahupun amalan batin. Malahan istiqamah dalam amalan batin lebih dituntut. Istiqamah dalam amalan lahir agak mudah. Ramai orang yang istiqamah dalam sembahyang, dalam berpuasa, dalam berzakat dan sebagainya. Ramai yang tak tinggal sembahyang, tak tinggal puasa. Tetapi istiqamah dalam amalan batin adalah lebih sukar dan rumit. Istiqamah dalam amalan batin ini ramai yang tidak mampu melakukannya walaupun sudah istiqamah dalam amalan lahir.

Ramai orang cuba sabar tapi tidak istiqamah dalam sabar. Duit hilang boleh sabar. Sakit gigi boleh sabar. Tapi bila orang kata nista dan menghina, tidak sabar. Bila isteri meragam, tidak sabar.

Ramai orang boleh bersyukur. Dapat duit bersyukur, dapat pangkat bersyukur, dapat anak pun bersyukur tapi tidak mampu bersyukur bila dapat berbuat ibadah dan kebaikan, dan bila terhindar dari berbuat maksiat dan kejahatan.

Ramai orang boleh jadi pemaaf kalau yang meminta maaf itu kawannya, isterinya atau anaknya. Tapi kalau yang meminta maaf itu musuh atau seterunya, susah dia hendak maafkan.

Ramai orang boleh berbuat baik kepada kawannya, sanak saudaranya, ibu dan ayahnya yang selalu berbuat baik padanya tetapi tidak sanggup berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat padanya.

Ramai orang boleh bertegur sapa dan bermesra dengan kawan-kawannya tetapi tidak boleh bertegur sapa dan bermesra dengan orang yang dibencinya.

Begitulah seterusnya. Sangat susah dan payah untuk beristiqamah dalam amalan hati. Justeru itu ia tidak dapat dijadikan pakaian atau ia tidak dapat mendarah mendaging. Itu sebab istiqamah itu, terutamanya istiqamah batiniah sangat dipandang besar. Ia dianggap satu keramat. Ada hadis yang maksudnya lebih kurang: Janganlah kamu meminta jadi wali, tapi mintalah istiqamah.

Amalan yang tidak istiqamah tidak akan ada kesan apa-apa pada hati. Amalan yang istiqamah, walaupun sedikit akan tetap ada kesan pada hati. Ibarat air yang menitik ke atas batu, lama kelamaan batu itu akan terlekuk juga. Tetapi air banjir yang besar yang melanda batu sekali sekala tidak akan memberi apa-apa kesan kepada batu.

Istiqamah adalah tanda ikhlas. Kalau sesuatu amalan itu tidak ikhlas, ia sukar untuk diistiqamahkan. Seperti kata para hukama (ahli hikmah): Hidupnya (kekalnya) amal kerana ikhlas.

Dalam pada itu, istiqamah batiniah lebih memberi kesan kepada hati daripada istiqamah lahiriah. Itu sebabnya istiqamah batiniah lebih dituntut dan lebih utama. Ia adalah amalan hati dan kerana itu ia mempunyai kesan yang langsung dan terus kepada hati.

Penulis : Ummi Munaliza
read more...

Part 4 : Testimonial Peserta Program Halaqah ke 4 "Pesiapan Diri Menghadapi Kematian"

Syariat.

Ini adalah ilmu sama ada ilmu bagi amalan, lahir (feqah) atau ilmu bagi amalan hati (tasawuf). Ini adalah langkah pertama dalam tertib beramal. Ia melibatkan ilmu tentang peraturan, hukum-hakam, halal haram, sah batal dan sebagainya. Ilmu perlu dalam beramal. Tanpa ilmu, kita tidak tahu macam mana hendak beramal mengikut cara yang Tuhan mahu. Kalaupun kita sudah cinta dan takut dengan Tuhan dan kita terdorong untuk menyembah-Nya, kita tidak boleh berbuat demikian ikut sesuka hati kita atau ikut cara yang kita cipta sendiri. Tuhan tidak terima, kita mesti ikut cara yang ditetapkan oleh Islam, kita mesti belajar. Amalan tanpa ilmu itu tertolak. Ilmu atau syariat ini ibarat biji benih.

Tariqat .

Ini adalah peringkat menghidupkan ilmu menjadi amalan sama ada amalan lahir mahupun amalan hati secara istiqamah dan bersungguh-sungguh. Ilmu (syariat) yang ada perlu dilaksanakan. Ini dinamakan juga tariqat wajib dan ia tidak sama maksudnya dengan tariqat sunat yang mengandungi wirid-wirid dan zikir-zikir yang menjadi amalan sesetengah pengamal-pengamal sufi. Tariqat ini ibarat kita menanam biji benih tadi (syariat) hingga ia bercambah, tumbuh dan menjadi sebatang pokok yang bercabang dan berdaun.

Hakikat.

Hakikat adalah buah. Selepas kita ada syariat, kemudian kita amalkan syariat itu hingga ia naik ke peringkat tariqat, yakni ia menjadi sebatang pokok yang bercabang dan berdaun, maka kalau cukup syarat-syaratnya maka pokok itu akan menghasilkan buah. Buah tariqat adalah akhlak dan peningkatan peringkat nafsu atau pencapaian maqam-maqam mahmudah. Boleh jadi ia menghasilkan maqam sabar , maqam redha , maqam tawakkal , maqam tawadhuk , maqam syukur dan berbagai-bagai maqam lagi. Boleh jadi hanya terhasil satu maqam sahaja (sebiji buah sahaja) atau boleh jadi akan terhasil beberapa maqam yang berbeza dari satu pokok yang sama. Hakikat adalah perubahan jiwa atau perubahan peringkat nafsu hasil dari syariat dan tariqat yang dibuat dengan faham dan dihayati.


Makrifat .

Ini adalah hasil dari hakikat, iaitu hal-hal hakikat yang dapat dirasai secara istiqamah. Ia adalah satu tahap kemajuan rohaniah yang tertinggi hingga dapat benar-benar mengenal Allah dan rahsia-rahsia-Nya. Orang yang sudah sampai ke tahap ini digelar Al Arifbillah .

Kalau kita lihat dengan teliti, tertib dalam amalan ini bermula dari yang lahir dan berakhir dengan yang batin. Syariat dan tariqat itu terletak dalam kawasan lahir. Hakikat dan makrifat pula menjangkau ke dalam hati dan rohani. Kita juga dapat lihat bahawa peringkat syariat dan tariqat adalah peringkat-peringkat yang agak mudah dicapai kerana ia hanya melibatkan usaha lahir.

Tetapi untuk mencapai peringkat hakikat dan makrifat, ia agak lebih sukar dan lebih rumit.

Di antara peringkat tariqat dan hakikat itu seolah-olah ada sempadan atau border yang memisahkannya. Bolehlah ditamsilkan perkara ini sebagai satu perjalanan. Contohnya perjalanan dari Negeri Sembilan hendak ke Singapura. Sudah tentulah terpaksa melalui Melaka dan Johor. Jalan melalui Melaka dan Johor hingga ke Johor Baru adalah mudah. Kalaupun ada sempadan, tidak ada pemeriksaan. Paling tinggi hanya ada pemeriksaan polis trafik atau JPJ. Tetapi apabila hendak masuk ke Singapura dari Johor Baru, ini satu perkara yang lain. Ia tidak sebegitu mudah. Kena cukup syarat-syaratnya dan kena ada pasport sebab kita terpaksa melalui pemeriksaan imigresen dan kastam. Melaka adalah ibarat syariat. Johor ibarat tariqat. Tetapi Singapura adalah ibarat Hakikat. Hendak ke Singapura lebih sukar kerana perlu melintasi sempadan yang dikawal ketat. Begitulah sukarnya untuk melonjak dari peringkat tariqat ke peringkat hakikat.

Kesukaran ini ialah kerana pertama, ia memerlukan istiqamah dalam beramal dan kedua kerana ia memerlukan juga amalan batin atau amalan hati atau apa yang dinamakan hikmah. Tanpa kedua-dua perkara ini iaitu istiqamah dan hikmah, tariqat tidak akan dapat melonjak ke peringkat hakikat dan seterusnya ke peringkat makrifat.

Itu sebabnya ramai orang berjaya sampai ke peringkat tariqat iaitu boleh berilmu dan beramal tetapi tersekat di situ sampai ke tua tanpa dapat meningkat ke peringkat hakikat. Sudah beramal selama 50 hingga 60 tahun tetapi tidak juga lahir akhlak dan tidak juga dapat mencapai maqam-maqam mahmudah. Dalam ertikata yang lain, mereka sudah beribadah berpuluh-puluh tahun tetapi ibadah mereka belum menghasilkan buah iaitu akhlak.

Penulis : Ummi Munaliza
read more...

Part 3 : Testimonial Peserta Program Halaqah ke 4 "Pesiapan Diri Menghadapi Kematian"

Apa yang dikatakan peringkat beramal :

1. Peringkat Islam
Buat kerana ganjaran pahala, makin besar ganjaran pahala,makin rajin beramal

2. Peringkat Iman.
Melakukan amal dengan mengharap rahmat dan kasih sayang Allah.

3. Peringkat Ihsan.
Melakukan amal hanya kerana Allah.

Manakah peringkat terbaik?

Islam adalah iman , ilmu dan amal . Iman adalah persoalan aqidah atau ketuhanan. Ilmu dan amal pula, ada yang berbentuk lahiriah dan ada yang berbentuk batiniah atau rohaniah.

Bertolak dari aqidah, maka timbullah keperluan untuk beribadah sama ada ibadah lahir mahupun ibadah batin. Setelah Tuhan dikenali, dicintai dan ditakuti, maka akan terdoronglah kita untuk menyembah dan mengagungkan-Nya dan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Akan terdoronglah kita untuk melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Akan terdoronglah kita untuk patuh dan taat kepada-Nya. Akan terdoronglah kita untuk berjuang dan berkorban kerana-Nya.

Ilmu lahiriah ialah ilmu feqah yang bersangkut paut dengan amalan lahir. Ilmu batiniah atau rohaniah pula ialah ilmu tasawuf yang bersangkut paut dengan amalan hati. Amalan sama ada yang lahir atau yang batin mestilah didorong oleh aqidah. Ia mesti didorong oleh rasa cinta dan takut kepada Allah . Barulah amalan itu akan bermakna dan akan mempunyai erti dan maksud yang betul. Amalan adalah jalan, kaedah atau cara untuk membukti dan merealisasikan rasa cinta dan rasa takut kita kepada Allah.

Bila Allah sudah dikenali, barulah kita betul-betul boleh mempraktikkan atau melaksanakan agama. Barulah Allah itu menjadi matlamat dan tumpuan ibadah dan pengabdian kita. Barulah amalan kita itu ada tempat tujunya. Barulah akan terjalin dan tercetus hubungan antara hamba dengan Tuhannya. Dalam beragama, kenal Allah itu perkara pokok yang mesti didahulukan. Selepas itu baru timbul soal amalan. Ini sesuai dengan hadis yang bermaksud : Awal-awal agama mengenal Allah

Amalan agama yang tidak didahului oleh rasa cinta dan rasa takut kepada Allah sudah tentu tidak akan membawa kita kepada-Nya. Sudah pasti ia didorong oleh perkara-perkara dan kerana-kerana yang lain. Mungkin kerana mahukan Syurga. Mungkin kerana takutkan Neraka. Mungkin kerana mahukan pahala dan fadhilat. Walaupun tujuan-tujuan ini tidak salah kerana ianya sebahagian dari janji-janji Tuhan, tetapi maqamnya terlalu rendah. Justeru itu hasil dan manfaat dari ibadah seperti ini juga adalah rendah.

Ibadah yang didorong oleh perkara-perkara seperti ini, walaupun banyak, tidak akan dapat mengubah akhlak dan peribadi kita. Ia tidak akan menimbulkan rasa bertuhan dan rasa kehambaan di dalam hati kita. Kerana itu, ia tidak akan mampu menyuburkan sifat-sifat mahmudah dan membakar sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hati kita. Ini kerana Tuhan tidak dilibatkan dan tidak dijadikan matlamat dalam ibadah kita. Kalau Tuhan tidak dilibatkan, maka hati akan kurang berperanan kerana hati itu wakil Tuhan. Ibadah yang tidak ada Tuhan ini sudah tentu tidak ada rohnya, tidak ada rasanya dan tidak ada khusyuknya. Bila hati tidak berperanan, maka tidak akan ada penghayatan dan penjiwaan dalam ibadah.

Tambahan pada itu ibadah kerana hendakkan Syurga, pahala dan fadhilat dan kerana takutkan Neraka ini ada risikonya. Disebabkan Tuhan dan hati tidak dilibatkan sama dalam ibadah seperti ini, maka ibadah ini tidak ada kekuatannya. Lama kelamaan, ia akan dicelahi dengan rasa bosan dan jemu. Sukar hendak diistiqamahkan. Ia juga mudah dihinggapi penyakit riyak, ujub dan suma'ah.

Ini semua akan memusnahkan pahala ibadah. Lebih-lebih lagilah kalau tujuan dan niat ibadah itu adalah untuk dipuji, untuk disanjung, untuk mendapat nama dan glamour, untuk menunjuk-nunjuk dan kerana sebab-sebab lain yang berbentuk duniawi. Sudah tentulah ia tidak ada nilai apa-apa. Malahan ibadah seperti ini akan Allah lemparkan semula ke muka pengamalnya berserta dengan laknat-Nya sekali. Ibadah seperti ini tidak akan mendekatkan seseorang itu dengan Allah. Malahan dia akan bertambah jauh dari Allah. Dia berbuat maksiat dan kemungkaran dalam ibadahnya. Lagi banyak dia beribadah, lagi dia rasa sombong, angkuh, riyak, ujub, rasa diri mulia, rasa diri baik dan sebagainya. Lagi banyak dia beribadah, lagi dia pandang orang lain hina, jahat dan tidak berguna.

Beramal dalam Islam ada tertibnya. Ada urutan dan susunannya. Ada progression nya dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi. Ia bermula dengan Syariat , kemudian dengan Tariqat , diikuti pula dengan hakikat dan diakhiri dengan Makrifat .


Begitulah serba ringkas pengisian berkaitan dengan amal. Belum lagi masuk bab zikir yang memperbaiki amal.

Penulis : Ummi Munaliza
read more...

Part 2 : Testimonial Peserta Program Halaqah ke 4 "Pesiapan Diri Menghadapi Kematian"

Antara isi yang diingin dikongsikan...

Apabila beramal,agar amal itu dalam nilaian Allah dan ada kualiti saat dihisab di Mahsyar nanti, amal itu mempunyai peringkat-peringkatnya. Antara Peringkat-peringkat beramal:

1. Peringkat Islam
2. Peringkat Iman
3. Peringkat Ihsan

Apakah Amal?

Maksudku dengan amal: Natijah dari ilmu dan ikhlas. Firman Allah yang bermaksud: "Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu amalkan. Dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, maka Dia akan memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan" (Surah at-Taubah).

Peringkat amal yang diperlukan dari seorang yang benar keimanannya itu adalah:

1. Memperbaiki dirinya sendiri sehingga menjadi seorang yang kuat fizikal, berakhlak mulia, berpengetahuan tinggi, berupaya untuk berdikari, selamat akidah, ibadat yang sahih, berjihad dengan dirinya sendiri, menjaga masanya, teratur dalam segala urusannya dan bermanfaat kepada selain darinya. Itulah kewajipan setiap orang.

2. Membentuk rumah tangga Muslim dengan membawa ahli rumahnya menghormati fikrahnya, memelihara adab-adab Islam dalam setiap urusan kehidupan, tepat dalam memilih isteri, mengikat isterinya pada hak-hak dan kewajipannya, elok tarbiyah anak-anak dan pembantu dan membesarkan mereka menurut dasar-dasar Islam. Itulah juga kewajipan setiap orang.

3. Memberi petunjuk kepada masyarakat dengan menyebarkan dakwah kebaikan, memerangi perkara keji dan mungkar, menggalakkan sifat yang mulia, menyeru kepada kebaikan, bersegera ke arah kebaikan, membawa pandangan umum kepada fikrah Islam dan mencelup kehidupan umum dengan celupan dakwah Islam.

Penulis : Ummi Munaliza
read more...

Part 1 : Testimonial Peserta Program Halaqah ke 4 "Pesiapan Diri Menghadapi Kematian"

Sejahtera ke atas kalian

MEMPERSIAPKAN KEMATIAN

Kematian sebuah peristiwa yang akan dialami oleh semua makhluq yang hidup. Tidak ada perkecualian dalam hal ini. Kaya miskin, tua muda, laki perempuan semua akan mengalaminya. Hanya masalah waktu yang membedakan dan cara kematian. Sebuah kepastian yang kita pahami dan kita saksikan. Namun tidak semua orang menyadari akan hal ini. Ya kematian. Apa sih sebenarnya kematian itu?

Definisi kematian

Kematian adalah terputusnya ruh dari jasad, berpindah dari alam dunia ke alam lain.

Demikian definisi kematian. Dan manusia tidak sama dalam menyikapi masalah kematian ini. Bagaimana sikap kita?

Sikap manusia terhadap kematian

Kematian bisa kita saksikan dan kita lihat di sekitar kita. Kematian adalah hal yang pasti, dan semua orang tahu betul kalau akan mengalami hal ini. Dan manusia berbeda-beda dalam menyikapi masalah yang satu ini.

Sikap kita sebagai manusia boleh dibagi menjadi dua

1. Benci

2. Cinta

Sikap benci dikeranakan rasa takut, atau ketidak siapan diri, atau keinginan hidup di dunia lebih panjang.

Sedangkan sikap orang yang cinta kematian, dikarenakan kematian adalah pintu yang harus dilewati kepada hal yang lebih baik. Atau akhir dari sebuah kesulitan kehidupan di dunia menuju kepada kehidupan yang lebih nikmat. Begitu seterusnya. Demikianlah manusia menyikapi kematian.

Kematian menakutkan?

Secara manusiawi kematian memang menakutkan bagi siapa saja. Orang yang tidak takut mati karena ada hal yang menjadikan dia seperti itu.

Diantara hal-hal yang menjadikan seseorang takut mati beberapa faktor, antara lain:
1. Berpisah dengan yang dicintai dan disukai
2. Sakitnya sakratul maut
3. Menghadapi perjalanan panjang tanpa ujung
4. Telah ditunggu oleh pengadilan akhirat beserta siksa dan azab atas segala dosa dan kemaksiatan

Begitu menakutkan sebenarnya masalah kematian ini. Apalagi bila melihat akibat amal yang tidak baik selama hidup di dunia. Siksa dan adzab akhirat sudah menunggu. Pengadilan akhirat yang menyeramkan sudah menanti. Allah swt sebagai Hakim yang Maha Adil, manusia yang senantiasa berdosa ini sebagai pesakitan dan terdakwa. Didudukkan di kursi pesakitan yang kondisi persidangannya sangat menakutkan. Semantara yang menjadi saksi adalah bagian-bagian anggota tubuh kita yang saat hidup turut serta menjadi pelaku. Hanya satu yang tidak diperkenankan bicara, yaitu lidah. Sungguh menyeramkan dan menakutkan.

Oleh karena itu, banyak sekali orang yang berusaha keras untuk melupakan kematian dengan berbagai macam cara, karena ketakutan yang luar biasa. Namun, usaha orang untuk melupakan kematian itu pasti ada akibatnya. Apa akibat yang akan diderita oleh orang yang berusaha melupakan kematian?

Akibat melupakan kematian
Ketidak sadaran seseorang akan akibat melupakan kematian sangat fatal. Namun tidak banyak orang yang sadar akan hal ini. Diantara akibat dari melupakan kematian adalah:

1. Menunda taubat
2. Tidak redho dan selalu merasa kekurangan
3. Malas beribadah

Oleh kerana itu, orang yang berusaha melupakan kematian adalah orang yang putus asa dari berbuat baik. Bila orang yang ingin selalu meningkatkan diri, dia akan senantiasa mengingat kematian, karena dengan mengingat kematian ia akan berus berusaha untuk meningkatkan diri dalam beramal.

Bersiap menghadapi kematian

Definisi kematian sudah kita tahu. Sikap manusia dalam menghadapi kematian juga sudah kita tahu. Dan kita sudah tahu akibat dari melupakan kematian.

Dan yang sudah kita tahu sebelum kita tahu hal-hal di atas adalah kematian pasti datang. Bila sudah datang waktunya, maka tidak akan bisa ditunda lagi.

Pertanyaan berikutnya adalah, sudahkah kita mempersiapkan diri menghadapi kematian? Ataukah kita tidak perlu siap-siap dalam menghadapi kematian yang pasti datang. Ataukah akan melupakan kematian?

Orang yang bijak harus bisa belajar dari kondisi. Belajar dari sejarah . Dan belajar dari orang lain yang sudah mendahului kita menemui kematian. Sehingga yang lebih penting dari semua hal di atas adalah bagaimana kita mempersiapkan diri dalam menghadapi kematian.

Beberapa yang yang mesti kita lakukan untuk mempersiapkan diri dalam menghadapi kematian yang pasti datang adalah:

1. Muhasabah diri, selalu mengevalusi diri dalam setiap saat. Sehingga kita bisa mengukur kondisi kita apakah dalam kondisi kebaikan ataukah sebaliknya.
2. Cinta Allah, Rasulullah, dan orang shaleh, karena dengan cinta itu akan menjadikan kita beramal, berkorban dan berbuat.
3. Beramal untuk mendapatkan ridho Allah, atau keikhlasan. Karena keikhlasan adalah kunci dari diterimanya amal yang benar.
4. Selalu mengingat kematian, dengan mengingat kematian itu, maka kita akan selalu mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

sebab saya tak menghadiri Majlis yg di anjurkan Halaqah ke 4 : maaf yg di atas di cedok dari .... http://www.readerscommunity.com/mempersiapkan-kematian/

teringin nak dengar apa yg didengari dan dialami apa yg terkesan akan perserta2 Perjumpaan Halaqah kali ke 4 dengan tema ... "Pesiapan Diri Menghadapi Kematian"

kan si suami yg balik dari mendengar khutbah Jumaat @ program agama mesti balik cerita kat keluarga dan kawan2.

Penulis : Saya Hamba
read more...

Selasa, 15 Mac 2011

Ekspres Perdana hebat

KUALA TERENGGANU – Pasukan Ekspres Perdana membuktikan kemampuan tersendiri apabila berjaya menewaskan pasukan Halaqah 3-0, 7-4 dan 3-2 pada Perlawanan Futsal Persahabatan yang berlangsung di Hazlan Indoor Soccer, di sini, semalam.

Serangan pantas dan kekentalan pada bahagian pertahanan ternyata memberi kelebihan kepada penyandang juara Pertandingan Futsal Antara Bas Ekspres di Kelantan 2009 itu untuk menang mudah kepada lawan yang merupakan pertemuan julung kali bagi kedua-dua pasukan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Ekspres Perdana, Laili Ismail berkata, beliau mengakui pasukannya bermain pada tahap membanggakan dan berharap akan mengekalkan rentak permainan pada perlawanan akan datang.

“Sejak ditubuhkan dua tahun lalu, kita menunjukkan prestasi cemerlang dan paling utama, kita telah mencapai matlamat yang mana penubuhan pasukan ini adalah untuk memberi peluang kepada kakitangan menonjolkan kemampuan serta bakat masing-masing.

“Selain itu, dengan adanya kejohanan sebegini, ia secara tidak langsung turut memberi peluang untuk kita mempromosikan perkhidmatan (Ekspres Perdana) dan dalam masa yang sama menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Perlawanan Futsal Persahabatan yang berlangsung di Hazlan Indoor Soccer, di sini, semalam.

Menurutnya, berdasarkan pelbagai kejohanan yang disertai sebelum ini, jelas menunjukkan peningkatan dan berharap bakat dimiliki pemain akan lebih terserlah apabila menyertai lebih banyak perlawanan nanti.
read more...

Halaqahnet di Akhbar

Tidak disangka program gathering HHH 4 kali ini mendapat liputan akhbar. Siapa duga, apa yang kita lakukan secara senyap pun masih ada akhbar yang sudi datang melihat program yang sedang berjalan.

Halaqah Net hasrat tawan belia

KAMPUNG KOLAM – Tawan seramai mungkin belia dalam usaha menyatupadukan golongan itu supaya menjadikan Islam sebagai panduan kehidupan seharian.

Itulah sebahagian objektif penubuhan Halaqah Net, sebuah lagi forum komuniti Muslimin dan Muslimat yang terkenal serta mendapat perhatian di internet.

Setakat ini, Halaqah Net bukan sahaja berjaya mengumpul ahli forum di alam maya malah dapat mengadaptasikannya ke alam nyata menerusi program tahunan yang dianjurkan forum komuniti berkenaan.

Pengarah Program Gathering Himpunan Halaqian Halaqah, Munaliza Ismail berkata, program bertujuan mengumpulkan semua ahli forum dan memberi peluang ahli forum mengenali antara satu sama lain secara mendalam kerana sebelum ini mereka hanya berkomunikasi di alam maya.

“Walaupun sebelum ini kami hanya berkomunikasi secara maya, tetapi kini berpeluang bersua muka pada program ini.

“Alhamdulillah, sejak penubuhan forum sehingga kini, kami berjaya mengumpul seramai 43,890 ahli forum berdaftar dan dapat menyalurkan banyak maklumat kepada ahli di seluruh Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, aktiviti yang bertemakan Persiapan Diri Menghadapi Kematian yang berakhir semalam itu memfokuskan kepada unsur keagamaan termasuk membincangkan soal kepentingan mendalami Islam.

“Melalui program ini juga, mereka dapat me-ngeratkan silaturahim sesama ahli forum dan mengembangkan lagi ilmu Islam serta menyebarkan dakwah ke arah yang lebih berkesan,” katanya.

Program tahunan itu berjaya mengumpul 35 ahli forum seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.


read more...