Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 18 Mac 2011

Part 4 : Gambar Sekitar Himpunan Halaqian Halaqah ke 4 2011

Sedang menjamu selera...


Anak-anak halaqah...


Sedang berbincang apa tah,aktiviti muslimat esoklah tu...


Nibaru cuba nak begambar betul-betul...

OOO...rupanya depa ni tengah kusyuk menyuap, patut senyap dan tertib je...


Anak-anak muda halaqahnet...


HARI PERTAMA
TENGAHARI
AHAD
13/03/2011

Program Forum Perubatan dan Perawatan Islam Oleh Ustaz Jahid bin Sidek




persiapan seminar di surau Al Ikhwan






hadirin yang menanti majlis dimulakan


'pakcik' acit sedang mempengurusikan majlis (^_^)



Di Surau IKHWAN,Flat Gelung Bilal,Jalan Kg Pasir Panjang.


Di Surau IKHWAN,Flat Gelung Bilal,Jalan Kg Pasir Panjang.


Di Surau IKHWAN,Flat Gelung Bilal,Jalan Kg Pasir Panjang.


Bersama Ustaz Haji Jahid bin Haji Sidek


Khusyuk............

read more...

Part 3 : Gambar Sekitar Himpunan Halaqian Halaqah ke 4 2011


Plak untuk Penceramah

Ummi dan Ust Shauqi


Pak Long Sebagai Pengerusi Majlis Ta'aruf



Ustaz alhaudhie sedang menyampaikan taklimat program




Adeq_Fauzy sedang memperkenalkan diri


Ustaz Shauqi


Acit sedang memperkenalkan diri


Ustaz Hasin memperkenalkan diri




Semasa sessi ta'aruf


Sebuk nak bagi taklimat pada yang baru mendaftar


Muslimin dok sembang nak rancang...



Berbincang apa agaknya?



Hidangan tengah hari yang disediakan oleh anak-anak gadis halaqah.


Singgang ikan aya...menu terengganu



Sambal udang Johor...


Ulam dan sayur kubis goreng udang


Ulam sambal belacan , budu dan ikan pekasam talapia

Sedang menjamu selera...


Anak-anak halaqah...

read more...

Part 2 : Gambar Sekitar Himpunan Halaqian Halaqah ke 4 2011


tudung hitam : adik...tu kena tulis alamat rumah adik...bukan alamat pejabat pos kat rumah adik...
tudung putih : laaaa...ye ke kak?
tudung coklat : tu la ko...asyik ingat kat abang posmen tu je....


baju2 yang diterbangkan khas dari johor...orang melaka yang nak..leh beli dari den...den jual rm 230 untuk 10 helai bagi baju muslimin dan rm 250 untuk 10 helai bagi baju muslimat...tak termasuk wang pos..


ummi : ekau ghaso..sapo monang...manchester ke arsenal?
acit : den ghaso...felda kampung pinang yang monang ummi
tudung hitam pegang pen : yang ekau pi tulih namo makcik ekau kek no telefon ni buek apo?
tudung putih : laaaa...salah lagi ke kak?



meja IT...melaporkan kepada anda berita terkini dari kampung kolam


sticker HALAQAH...nak beli boleh mintak kat ummi




nak pi tandas pun kena isi borang ke kak
*tak kira...kena isi gak..mana tau ko banyak guna air...leh claim kat ko je




tuan2 sekalian...tujuan kita mengadakan mesyuarat pada pagi yang indah,nyaman dan penuh syahdu yang disusuli dengan tiupan angin sepoi2 language ini,ditambah dengan kicauan beburung nan mendamaikan hati...adalah untuk membincangkan masalah kampung kita ni...tapi sebelum tu..KITA MINUM DULUUU...


tudung hitam : jemput makan makcik...
makcik : tak po...tak po...makcik poso ari ni...



pengerusi majlis (pakai songkok) : den tak kiro..den totap nakkan jambatan kek kampung kito ni...apo nak jadi,jadi la...
ketua kampung (pakai kopiah) : ekau ni gilo apo?kek kampung kito ni mano ada sungai...kalau longkang sekangkang anak koro tu ado la...

read more...

Part 1 : Gambar Sekitar Himpunan Halaqian Halaqah ke 4 2011

DALAM PERJALANAN MENUJU KE KUALA TERENGGANU
SABTU
12/03/2011


dalam kereta


kat R&R Gambang - Perkataan "Gam" dari MesinGam, "Bang" pula Bang, Bang, Bang. Peluru dilepaskan dari Mesingam. Maka jadilah GamBang. (Ulasan karut je)




berhenti minum kat kemaman

HARI PERTAMA
PAGI
AHAD
13/03/2011


Pendaftaran , Tazkirah dan Taaruf Santai

bangun pagi2...tamu dah menanti..bukan nak carik kopi...nak kena daftar hari ini...


selamat datang


dua orang penyambut tetamu sedia menanti kedatangan yuran pendaftaran anda (^_^)


nama dah...alamat dah...no telefon dah...pekerjaan dah...makanan kegemaran dah...minuman kegemaran dah...ciri2 isteri dah...dijangka kahwin dah...
aku ni nak daftar kehadiran ke nak isi borang bait muslim ni?



anak2 paklong...puas dah den suruh buat muka betul2...tapi jadi camtu jugak la...ni mesti paklong yang ajar ni


penanda buku ni den jual satu singgit...cd tu lima hinggit...sticker tu tiga hinggit...kayo makcik...KAYOOOO!!!


PASTI tempat penginapan muslimin dan pusat pengumpulan halaqian


akhirnya sampai jugak den kat kuala terengganu ni...walaupun den naik motor kriss je...den rasa sangat bangla..ha.ha..

*'bangga' la wei...bukan 'bangla'



hmmm...tv1 cerita gaban...tv2 ada cerita ultraman...tv3 ada cerita spongebob...mana satu nak tengok ni...


mula2 ingatkan buat kat masjid sini,rupanya kat tempat lain




asrama yang terbakar dibangunkan semula


ni la masjid kampung kolam






read more...

Part 6 : Testimonial Peserta Program Halaqah ke 4 "Pesiapan Diri Menghadapi Kematian"

Hikmah .

Ia adalah syarat atau tuntutan kedua untuk mencapai hakikat. Hikmah di sini bukan bermaksud bijaksana. Kalau bijaksana, orang Arab akan sebut Abqoriah .

Hikmah di sini bukan bermaksud ilmu atau setakat faham ilmu sahaja. Hikmah ialah ilmu dalam ilmu. Hikmah adalah rasa dan penghayatan. Ia adalah rasa yang Allah campak ke dalam hati.

Untuk mendapat ilmu, kita boleh belajar. Tetapi untuk mendapat hikmah, ilmu mesti diamal. Baru ilmu itu bukan setakat di akal tetapi jatuh ke hati. Ilmu hati ini sahaja yang boleh mengubah dan menginsafkan orang. Hikmah ialah ilmu yang dikendalikan oleh roh atau hati. Seperti maksud hadis: Kalau kamu amal ilmu yang kamu tahu, Allah akan ajar kamu ilmu (hikmah) yang kamu tidak tahu.

Untuk menjadi ulama itu senang. Tetapi untuk menjadi ahli hikmah sangat susah. Ilmu adalah apa yang kita belajar tetapi hikmah adalah apa yang Tuhan ajar seperti dalam hadis: Hendaklah kamu bertaqwa, Allah akan ajar kamu ilmu (hikmah).

Orang yang mendapat ilmu hikmah, dia mendekati nabi.

Inilah dua perkara yang perlu dititikberatkan kalau sekiranya amalan hendak ditingkatkan dari peringkat tariqat kepada hakikat dan seterusnya kepada makrifat. Ia memerlukan penglibatan hati dan rohani dalam ibadah dalam bentuk penjiwaan dan istiqamah di samping amalan lahiriah yang baik dan rapi. Kalau hati dan rohani tidak turut sama beribadah, agak mustahil perkara ini boleh tercapai.

Untuk mendapat buah dari ibadah iaitu akhlak dan untuk mencapai maqam-maqam mahmudah, ibadah mesti ada roh, mesti ada rasa-rasa, mesti ada penjiwaan dan mesti ada penghayatan. Salahlah orang yang menafikan amalan hati dan amalan rohani dalam ibadah. Kalau amalan lahir sahaja yang dititikberatkan, maka ia mungkin memadai di peringkat syariat dan tariqat iaitu pada peringkat ilmu dan amal. Memang itu kerja lahir. Tetapi untuk mendapat hasil dari ilmu dan amal tersebut dan supaya ibadah boleh mendidik hati atau dalam ertikata yang lain, untuk mencapai hakikat dalam ibadah, itu bukan lagi kerja lahir. Itu adalah kerja hati.

Bila sampai bab hikmah ini,ada yang tanya berkenaan ilmu laduni.

Al-Fadhil ustaz Jahid kata apa, "kalau orang itu dapat ilmu laduni,dia tidak bagitahu pada orang lain. Kalau bagitahu pada orang, 'aku dapat ilmu laduni' tandanya dia itu bukan ilmu laduni.

Apa itu iman? Ilmu? Amal?

Iman yang kita semua miliki melibatkan soal keyakinan dalam diri. Iman yang hendak dibina mestilah bermula daripada kesedaran dalaman. Kesedaran ini melibatkan persoalan hati. Hati yang celik akan berupaya menjadi gerbang kepada cahaya, memimpin ke arah kebenaran. Dalam keadaan hati penuh dengan kesedaran, ianya menyediakan suatu suasana baru yang kondusif kepada peranan ilmu.

Bertepatan dengan maksud ilmu itu sendiri iaitu yang menerangi. Pada masa inilah, ilmu amat diperlukan untuk bertindak sebagai ‘catalyst’ kepada peningkatan kefahaman mengenai erti hidup sebenar sebagai hamba Allah & khalifah Allah, pengertian yang syumul (menyeluruh). Akal kurniaan Allah kepada manusia berupa satu kelebihan yang tidak dipunyai oleh makhluk-Nya yang lain. Maka, akal menjadi medium kepada ilmu untuk mencerna segala ilmu dan maklumat yang hadir dalam membina kefahaman yang syumul.

Seterusnya, dalam usaha untuk menjaga diri untuk terus memiliki kesedaran yang jitu dan kefahaman yang mendalam, maka tuntutan untuk kita beramal dikehendaki. Beramal kerana Allah. Beramal atau beribadah mempunyai pengertian yang luas. Ibadah tidak terhadap hanya kepada ibadah khusus seperti solat 5 waktu, puasa, zakat atau haji. Akan tetapi apa yang jua yang kita lakukan setiap hari turut termasuk dalam pengertian ibadah, iaitu ibadah berbentuk umum. Namun, sesuatu perkara itu hanya akan dikira sebagai ibadah apabila ianya menepati dua syarat iaitu, niat melakukannya hanya kerana Allah & tidak bertentangan dengan syariat Islam. Dua syarat ini akan berbalik kepada persoalan iman & ilmu seperti yang dinyatakan di atas.

Kenapa iman itu berharga dan mesti dijaga?

Secara mudahnya, kita akan menyayangi sesuatu barang milik kita yang berharga. Bagi lelaki, mereka akan menjaga kereta melebihi diri mereka sendiri. Mereka akan jaga supaya kereta sentiasa kelihatan cantik pada luaran serta menjaga kondisi enjin pada dalaman dari masa ke masa. Jika terdapat sebarang kerosakan, kereta akan segera dihantar ke bengkel untuk dibaiki.

Begitu juga iman kita, mesti dijaga kerana hati yang sedar akan mengarah diri kea rah kebaikan. Jika tidak dijaga hati dengan ilmu dan beramal, lama kelamaan hati akan lalai lalu tergelincir dari landasan hidup dalam menuju ke arah mardatillah (mencari reda Allah).

Bila masa hidup kita tidak berada dalam landasan, maka segala apa yang kita lakukan akan menyukarkan laluan kita dalam menuju ke arah mardatillah (mencari reda Allah).

Kesimpulan

Persoalan iman, ilmu dan amal memerlukan kepada pembangunan 3 medium pada setiap diri manusia, iaitu hati,akal & fizikal. Sewajarnya kita mesti membangunkan peranan hati, akal dan fizikal secara bersepadu supaya aspek iman, ilmu dan amal dapat dibina mengikut acuan yang dikehendaki Allah.

Penulis : Ummi Munaliza
read more...