Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 1 Julai 2011

Noh & Mizz Nina Selamat Diijabkabulkan

Noh dan Nina selamat dinikahkan.

PETALING JAYA: Selepas lapan bulan bertunang, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh,27, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman,31.

Majlis pernikahan mereka dilakukan di kediaman keluarga Nina di Ukay Heights, Ampang, dekat sini.

Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Nina, Tan Sri Azman Hashim kira-kira pukul 10.20 malam, Jumaat.

Manakal bapa Noh, Salleh Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia Sdn Bhd, Datuk Adnan Alias bertindak sebagai saksi kepada kedua-dua pengantin.

Turut serta menyaksikan upacara akad nikah itu ialah ibu Nina, Puan Sri Arishah Tuanku Maamor dan ibu Noh, Dayang Soraya Abang Fadzail.

Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan wang hantaran sebanyak RM11,111.11 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88 berserta tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, set barang kemas, iPad 2, cincin dan kek lapis Sarawak.

Ia dibalas tujuh dulang hantaran oleh pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, sepasang kasut, dompet, sepasang baju bersanding, coklat, “Playbook” dan cincin.

Menurut Noh, dia bersyukur kerana akhirnya pernikahan mereka berjalan dengan lancar dan berharap ia akan kekal sehingga akhir hayat.

"Saya berdoa supaya kami kekal selamanya. Selepas ini kami merancang untuk berbulan madu di United Kingdom, Rome dan Maldives selama dua minggu.

"Percutian ini juga dikira sebagai masa rehat memandangkan jadual kerja kami begitu padat dengan aktiviti seni sebelum majlis ini (nikah)," katanya.

Bagaimanapun Nina belum memikirkan untuk memperoleh anak dalam masa terdekat.

"Kalau nak diikutkan, kami merancang untuk menerima seorang anak selepas dua tahun perkahwinan kami bagi mengukuhkan kerjaya.

"Tetapi jika rezeki itu datang lebih awal, kami tidak menolak," ujar Nina.

Pada majlis nikah itu, Noh mengenakan pakaian rekaan Shaiful Baharim manakala Nina mengenakan pakaian rekaan Lady Jane.

Pada 3 Julai ini, resepsi untuk keluarga dan tetamu-tetamu kehormat akan diadakan di Hotel Shangri-La bertemakan Ungu Elegan.

Kemudian, pasangan ini akan diraikan pada sebuah resepsi berkonsep Jepun bersama pihak media dan rakan-rakan pada 6 Julai ini manakala majlis sambut menantu (sebelah lelaki) akan diadakan di Miri, Sarawak pada 15 Julai depan.

Pasangan ini bertemu sewaktu sama-sama bekerjasama menyanyikan lagu Kurnia ciptaan Noh pada 2008 dan cinta mula berputik setahun selepas itu.

read more...

Tomok Dan Rahayu Selamat Bernikah

Tomok dan Rahayu selamat dinikahkan. Foto - SHAARI CHEMAT

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, penyanyi Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 27, kini sah menjadi suami kepada pramugari Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Rahayu Abbas, 32, pada pukul 9.30 malam di Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur, malam Jumaat.

Pasangan ini dinikahkan oleh Pegawai Pentadbir Agama dan Pendaftar Kanan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Daim Jaluli berwalikan bapa Rahayu, Abas Mohd Saidon.

Pada majlis itu, Rahayu menerima mas kahwin berjumlah RM300 beserta sembilan dulang hantaran termasuklah wang hantaran sebanyak RM12697.11.

Manakala pihak lelaki pula menerima sebanyak 11 dulang hantaran.

Kedua-dua mempelai kelihatan cukup berseri apabila mengenakan pakaian nikah berwarna krim rekaan Hatta Dolmat.

Dianggarkan seramai 200 tetamu termasuklah keluarga, dan rakan media memeriahkan majlis nikah bertemakan bidadari itu

Sementara itu, pasangan ini akan melangsungkan tiga resepsi perkahwinan iaitu sebelah pihak perempuan di lokasi yang sama (2 Julai), majlis bersama-sama rakan media di Saloma Bistro, Kuala Lumpur (6 Julai) dan resepsi sebelah pihak lelaki di rumah keluarga Tomok di Alam Damai, Cheras (9 Julai).

read more...

TARIKH TAYANGAN DRAMA PLATUN HARIMAU

Tarikh Mula Tayang: 21 Julai 2011 (Khamis).

Tarikh Tamat Tayang: 20 Okt 2011

Masa Tayangan: 9 malam, setiap malam khamis.

Saluran: TV2 (Slot Selekta Prima On 2 sempena bulan kemerdekaan).


MAJLIS PELANCARAN

DRAMA PLATUN HARIMAU: HUTANG DARAH DI BAYAR DARAH


[Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Darat dan Panglima Medan Tentera Darat di perkenalkan kepada barisan pelakun. Kelihatan Mandy Chong dan Prebet Aleng]

[Panglima Angkatan Tentera di perkenal kepada 'veteran' pejuang iaitu Mejar Arman Yadi (Bersara) yang turut berlakon dan memberi khidmat nasihat khususnya dalam taktik dan teknik pertempuran hutan. Kelihatan dalam gambar ialah Puan Maimon sebagai ibu kepada Prebet Aleng, Norman Hakim sebagai CO, dan Pengarah berpengalaman Nurhalim aka Ahmad Nispu daa]

[Panglima Angkatan Tentera dan barisan pelakon bersedia bagi acara pelancaran]

[Gong dipalu sebagai tanda pelancaran]

[Sebaik sahaja gong di palu, Platun Harimau terjun dari siling dewan dan menembak pengganas komunis di dalam Klinik (babak serang hendap di atas siling Klinik Chong Wah)]


Assalamualaikum para sahabat,

Pertamanya, berbanyak maaf kerana agak lama tidak menulis. Sebenarnya saya ada banyak masa sebab semester ‘break’ sehingga September. Masalahnya ialah serangan ‘virus malasungguh’.

Saya hanya ingin berkongsi satu perkara berkaitan Drama Platun Harimau yang ditunggu sekian lama. Selepas tarikh tayang pada 1 Mac tertunda, saya tidak lagi berani memaklumkan tarikh-tarikh tayangan sebab bimbang ia tidak berlaku, walaupun dimaklumkan beberapa lagi tarikh lagi selepas 1 Mac.

Pagi ini saya telah menerima surat dari RTM yang menyatakan bahawa Drama Platun harimau akan ditayang pada tarikh dan maklumat yang dinyatakan di atas.

(Yat sebagai heroin. Cantikkannn]

[Penulis novel, Heroin dan Pengarah Nurhalim]

[Mesti 'OK']

Sebab tarikh 21 Jul 2011 dipilih ialah bersempena pelancaran Kempen Kibaran jalur Gemilang Merdeka 2011.

[Majlis kudapan sebaik sahaja pelancaran selesai. Kelihatan dalam gambar CO 4 RAMD yang telah banyak membantu. Hampir 4 bulan barisan pelakun dan krew menginap di Kem Tapah. Terima kasih Tuan]

[Setelah berpenat lelah lebih 4 bulan, sekarang - makan time -]
[Sambil makan, sembang-sembang, para hadirin dihiburkan oleh artis-artis dari Badan Kesenian Tentera Darat. Pelakon Puan Maimon dan Zaidi Omar turut menyumbangkan dua buah lagu. Suara orang lama dicampur dengan lagu lama, memang peeeerrghhh]
read more...

Amah di Saudi tuntut naik gaji

JEDDAH 1 Julai - Sehari selepas Arab Saudi mengumumkan untuk tidak lagi mengeluarkan permit kerja kepada amah dari Indonesia dan Filipina berkuat kuasa esok, pembantu-pembantu rumah tidak berdaftar di Jeddah dilapor menuntut gaji mereka dinaikkan.

Majikan di Arab Saudi berkata, pembantu rumah mereka mengancam untuk berhenti kerja sekiranya permintaan mereka itu tidak dipenuhi terutamanya sebulan lagi menjelang Ramadan, ketika permintaan terhadap amah tambahan semakin meningkat.

"Saya terkejut apabila pembantu rumah saya dari Indonesia meminta gajinya dinaikkan kepada 1,800 riyal (RM1,443) sedangkan mereka biasanya dibayar sekitar 700 riyal (RM561).

"Amah saya juga mengancam untuk berhenti kerja dengan alasan dia boleh mencari kerja lain menjelang Ramadan ini," katanya.

Mengikut undang-undang Arab Saudi, amah tidak boleh mencari kerja lain tanpa kebenaran majikan, namun disebabkan kos pengambilan pembantu rumah yang tinggi, ramai majikan memilih untuk mendapatkan amah dari pasaran buruh gelap.

Arab Saudi kini juga sedang menimbang untuk mendapatkan pembantu rumah dari negara lain seperti Ethiopia atau Kenya bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan selepas pengumuman semalam.

Jurucakap Kementerian Buruh, Hattab Al-Anzi membayangkan, negaranya akan mula mendapatkan tenaga kerja termasuk pembantu rumah dari negara lain.

"Bagaimanapun, saya secara peribadi bimbang sama ada pekerja asing dari satu atau dua negara lain mampu mengisi kekosongan tenaga kerja yang buat masa ini dikuasai rakyat Indonesia," katanya.

Sementara itu, Filipina hari ini berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi berikutan pengumuman semalam.

Setiausaha Luarnya, Albert del Rosario berkata, kira-kira 1.3 juta daripada sembilan juta pekerja asing Filipina kini berada di Arab Saudi. - Agensi/AFP

read more...

Zulkifeli teruskan kecemerlangan


Azizan Ariffin (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepada Zulkifeli Mohd. Zin sebagai simbolik serah tugas sambil disaksikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KEWUJUDAN sesuatu organisasi bukan hanya perlu dilihat, malah ia perlu 'dirasai'. Dalam sektor swasta dan perbankan, contohnya, sesebuah organisasi itu boleh dianggap lebih mudah dirasai dan dikenali kerana ia berurus niaga secara langsung dengan masyarakat setiap hari.

Keadaan ini berbeza dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempunyai cabaran menjenamakan ketumbukan itu. Dengan dasar negara yang banyak berdiplomasi dalam hubungan antarabangsa, ATM dilihat jarang terlibat dalam konflik atau menyelesaikan sesuatu masalah melalui perang.

Ia berbeza dengan negara-negara lain di dunia yang agresif dalam bidang ketenteraan seperti Amerika Syarikat (AS) dan China. Dengan terlalu banyak penglibatan dalam konflik dunia, sudah tentu angkatan tentera kedua-dua negara itu lebih 'popular' di kalangan masyarakat masing-masing.

Menyedari hakikat itu, ATM perlu lebih mendampingi masyarakat awam dalam usaha menjenamakan pasukan tersebut supaya ia lebih dekat di hati rakyat.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dalam ucapan Perintah Ulungnya Jumaat lalu menggariskan lima fokus pasukan itu dalam memastikan ia sentiasa relevan.

Ia termasuk aspek pengukuhan kelakuan organisasi dan hubungan tentera dengan masyarakat awam.

Jelas kedua-dua perkara itu menzahirkan hasrat ATM untuk lebih mendekati hati dan minda masyarakat untuk terus menyokongnya.

"Dengan sokongan dan pengorbanan anda semua ATM akan akan terus relevan. Pengukuhan lima aspek ini juga memberi keupayaan kepada ATM mewujudkan kesan cegah rintang ke atas musuh.

"Legasi ATM dalam mempertahankan negara akan ditulis dengan tinta emas dalam sejarah negara, jangan sesekali lalai atau terlalu mengagungkan keselamatan masa lalu.

"Perkasakan imej kita dan tingkatkan keyakinan rakyat ke atas kita," katanya pada majlis di Kem Tentera Darat Sungai Besi, Kuala Lumpur tersebut.

Zulkifeli mengambil alih tampuk pemerintahan tertinggi ATM sebagai Panglima Angkatan Tentera Ke-18, menggantikan Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin 15 Jun lalu.

read more...

Kepentingan perkahwinan dan berkeluarga

Keluarga merupakan asas pada pembentukan sebuah masyarakat. Ia adalah sebuah unit asas yang terdiri dari seorang suami dan isteri, juga jika dikurniakan zuriat, maka ianya menjadi penyempurna kepada sebuah keluarga. Tulisan ini bukan mahu menceritakan apa yang perlu ada pada dalam perkahwinan tetapi apa yang ada pada sebelum perkahwinan. Hasil pengamatan penulis terhadap generasi terbilang yang sama-sama kita boleh berkongsi bersama. Juga untuk rujukan kita jika kita mahu mengamalkannya dalam kehidupan. Umum diketahui bahawa generasi terbilang dahulu adalah hasil tarbiyah dan didikan. Yang seterusnya melahirkan generasi gemilang. Di sini dicoretkan beberapa kemuliaan (bagi padangan penulis) seorang wanita dalam erti kepada perjalanan kepada perkahwinan.

Apabila dituruti sirah nabi-nabi , kemuliaan wanita adalah terletak pada apabila mereka dikahwinkan oleh bapa mereka. Mungkin kita sedikit mencebik apabila dikatakan bahawa perkahwinan yang diatur oleh ibu bapa adalah perkahwinan zaman dahulu, tetapi hakikatnya ia adalah sunnah para Nabi. Mari kita turuti beberapa kisah dari pengamatan yang terhasil :

1. Perkahwinan Nabi Musa dengan anak penternak (Surah Alqosos : 22-28 )

Kisah bermula apabila Nabi Musa sampai di sebuah tempat setelah jauh membawa diri dari pihak Penguasa Firaun. Ketika sampai di suatu sumber air di sebuah tempat bernama Madyan , baginda melihat dua orang anak gadis muda sedang menghambat ternakan mereka. Terus ditanyakan pada mereka

“mengapa kamu buat begitu”

‘kami tidak boleh memberi minum pada ternakan kami sehinggalah penternak-penternak yang lain pulang sedangkan ayah kami adalah seorang yang sangat berumur'. kata kedua-dua anak gadis tersebut.

Maka di atas sifat seorang manusia, Nabi musa membantu kedua anak gadis tersebut memberikan minuman pada ternakan-ternakan mereka. Sehingga selesai dari kerja itu, Nabi Musa kembali ke tempat perteduhannya.

Setelah beberapa ketika, seorang dari dua perempuan yang dibantu Nabi Musa datang kepadanya dengan keadaan yang malu-malu, sifat semula jadi seorang wanita, menjemput Nabi Musa kerumahnya kerana ayah mereka ingin membalas budi yang ditaburkan Nabi Musa kepada mereka.

Perkenalan Nabi Musa dengan ayah gadis-gadis ini dan setelah penceritaan semua peristiwa yang berlaku, salah seorang dari wanita gembala itu, mengusulkan pada ayah mereka agar diambil Nabi Musa bekerja dengan mereka kerana pada Nabi Musa ada sifat orang yang dipercayai dan juga seorang yang kuat.

Terus dikatakan pada Nabi Musa oleh ayah pada wanita ini,

“aku sangat ingin untuk menikahkan kamu dengan salah seorang anakku, dengan (mahar) dasar kamu bekerja denganku 8 tahun dan kalau kamu mahu cukupkan 10 tahun, itu terserah padamu.”

‘Nabi Musa bersetuju dengan syarat tersebut. Maka Nabi Musa dikahwinkan dengan salah seorang dari wanita anak kepada penternak binatang ini.

Kesimpulan cerita :
Seorang wanita mulia adalah mereka yang dijodohkan dengan seseorang yang dipercayai kebaikan dan akhlaknya oleh ayahnya sendiri. Yang datang dari mulut ayahnya bukan dari pihak Lelaki.

2. Kisah Nabi Lut dengan kaumnya (surah Hud : 76-77)

Ketika datang utusan ( malaikat ) yang membawa berita dari Allah dalam bentuk manusia. Mereka mendatangi Nabi Lut sebagai tetamu. Berita tentang kedatangan tetamu ini, diketahui oleh kaumnya.Kita ketahui bahawa kaum Nabi Lut merupakan pelaku sodom (homoseksual- lesbian-suka sama jenis).. apabila diketahui ada Lelaki yang datang bertamu ke rumah Nabi Luth,segera mereka datang kepada Nabi Lut dalam keadaan bergesa-gesa.

Melihatkan sikap yang dipamerkan oleh kaumnya ini, Nabi Lut tahu dengan apa maksud yang merka ingin darinya,terus ditawarkan pada mereka anak-anak perempuannya dengan maksud dikahwinkan dengan mereka :

“wahai kaumku, ini merupakan puteri-puteriku, mereka lebih suci bagi kamu semua.bertakwalah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu mencemarkan aku dihadapan tetamu-tetamu ku ini.tiadakah dikalangan kalian orang yang berakal?” ayat ini disebut oleh Nabi Luth setelah sikap yang dipamerkan mereka dihadapan tetamu yang hadir. Sebagai seorang manusia yang berakal, timbul perasaan malu pada diri Nabi Luth dengan sikap yang dipamerkan oleh kaumnya.

Jawapan yang diberikan oleh kaumnya :

“Kamu dah tahu bahawa kami tiada keinginan terhadap anak-anak kamu, dan kami pasti kamu tahu apa yang kami mahu” jawapan yang sangat mengharu-birukan perasan seorang manusia yang berakal terhadap sikap yang dipamerkan oleh satu kaum yang sudah tidak kenal erti kemanusiaan.

Kesimpulan cerita :
Seorang ayah akan menjodohkan anaknya yang mulia dengan lelaki yang sanggup untuk membuat perubahan ke arah lebih baik.

3. Kisah perkahwinan Muhammad dengan Khadijah

Umum sudah kita ketahui kisah ini, yang Khadijah merisik Nabi. Kecerdikan, keramahan, dan sifat mulia yang ada pada diri Muhammad s.a.w sangat menarik hati dan naluri khadijah terhadap budi pekerti muhammad.

Dari perkahwinan antara Khadijah dan Muhammad , lahir seorang wanita yang menjadi antara wanita yang mula-mula sekali masuk ke syurga.Itulah Fatimah Azzahra.

Kesimpulan cerita :

a. Seorang wanita yang mulia akan memulakan langkah dengan merisik sendiri lelaki idamannya dengan melalui saluran yang betul. (guna orang tengah tanya bahagian lelaki).

b. Zuriat yang bagus juga dari hasil bermula cara perkahwinan dari ayah dan ibunya.


4. Perkahwinan Ali dan Fatimah

Nabi menawarkan pada para sahabat baginda tentang hasrat hatinya untuk mengahwinkan salah seorang dari kalangan mereka dengan puterinya Fatimah . Perkahwinan ada syarat yang diperlukan. Akhirnya, Ali cukup syarat yang diperlukan.

Hasil perkahwinan Ali dan Fatimah melahirkan Hasan yang diketahui oleh kita telah menyatukan kembali perpaduan umat Islam yang berpecah di zamannya.

Kesimpulan cerita :

a. Seorang ayah akan mengahwinkan anaknya yang mulia dengan seorang lelaki yang cukup ciri kemuliaan dengan anaknya.

b. Ciri seorang pemimpin yang terbilang dihasilkan/dilahirkan dari pertemuan atau bagaimana cara pertemuan perkahwinan ibu bapanya.

5. Umar al-Khattab mengahwinkan anaknya

Suatu hari , saidina Umar melakukan rondaan di waktu malam untuk melihat suasana rakyatnya disamping mengetahui keadaan sebenar rakyatnya. Diri beliau yang selaku seorang khalifah umat Islam, cuba melakukan seadil mungkin di atas amanah dan tanggungjawab yang dipikulkan ke atas bahunya.

Suatu ketika ketika melakukan rondaan, beliau terdengar suatu pebualan di suatu rumah, Umar berhenti untuk mendengar perbualan tersebut.. Seorang ibu menyuruh anaknya agar memerah susu untuk dijual esok dan periksa berapa banyak susu yang ada. Hasil dari pemeriksaan, anaknya (seorang perempuan) memberitahu bahawa susu yang ada hanya sedikit.

“kamu tambahkan air ke dalam susu tersebut. Biar banyak sedikit hasil yang akan kita peroleh” kata si ibu.

“tidak boleh ibu, iu seperti kita menipu timbangan pada manusia’ , kata si anak.

“tidak mengapa, saidina umar tidak tahu perkara ini” balas si ibu.

Ketika ini, saidina umar semakin tertarik dengan perbualan mereka dan cuba mendengar apa jawapan dari anak perempuan tersebut.

‘ibu, saidina umar sememangnya tidak mengetahui perkara ini, tetapi Tuhan saidina Umar tahu akan perkara ini.’

Terkejut saidina Umar dengan jawapan yang diberikan oleh anak perempuan wanita tersebut. Setelah itu , keesokannya, Saidina umar mengarahkan pengawalnya memanggil kedua-dua beranak ini ke pejabatnya. Dan menawarkan kepada wanita tua tersebut untuk anaknya (seorang lelaki) dikahwinkan dengan anak wanita itu.

Hasil dari keturunan inilah lahirnya khalifah umar abdul aziz, seorang pemimpin yang terkenal dengan sifat adilnya dalam pemerintahan.

Kesimpulan cerita :

a. Seorang wanita yang mulia akan ditawarkan/dirisik oleh ayah seorang lelaki yang ingin mengahwinkan anaknya dengan wanita tersebut.

b. Seorang pemimpin yang terbilang adalah hasil dari benih pertemuan ketika bermulanya perkahwinan dari ibu dan ayah mereka.

Kesimpulan dari cerita-cerita

Dari kisah-kisah yang dipamerkan, jelaslah kepada kita, bahawa sunnah orang-orang beriman dalam perkahwinan banyak yang datang dari pihak perempuan dahulu. Hasil dari tarbiyah dan didikan itu, melahirkan pemimpin-pemimpin umat. Jodoh pertemuan adalah seperti nasi/makanan, yang mana ianya perlu diusahakan , bukan sekadar hanya mengharap tetapi usaha perlu dahulu dimulakan.

Akhir kalam, janganlah kalian (para wanita) untuk malu melakukan langkah dahulu dalam memastikan kebahagiaan di dunia sebagai wasilah cemerlang diakhirat. Jika sudah dikenal pasti siapa yang berkenan di hati, jangan ragu-ragu untuk menyatakan hasrat melalui saluran yang betul.(elok ibu ayah atau orang tengah ).

Terbukti bahawa dari kisah-kisah di atas bahawa permulaan kepada pernikahan yang dimulakan oleh wanita menunjukkan kemuliaan wanita itu.Mahu menggunakan ibu ayah, maka Nabi Muhammad sebagai contoh dalam mengahwinkan anaknya, mahu mencari sendiri , maka khadijah (isteri Nabi) sebagai suri contoh .

Sifat malu itu bertempat. Dalam perkara ini, jika wanita memulakan dahulu bukan bermakna dia tidak punya sifat malu, tetapi wanita yang kata dia tidak mahu memulakan itu kerana malu ia adalah salah konsep, ia adalah segan bukan malu atau istilah lain, malu tidak bertempat.

Ingatlah, bahawa lelaki mulia dengan memilih seorang ibu yang baik untuk anak-anaknya, dan kemuliaan seorang wanita adalah dengan memilih calon bagi dirinya untuk kebahagiaan dunia dan akhiratnya.

Percayalah bahawa anda seorang yang mulia walaupun anda yang memulakan dahulu.
Sumber: http://persadapepias.blogspot.com/
read more...

Jika kau sayang padaku


Jika kau sayang padaku
teruslah sayang padaku
tapi aku tak bisa memaksamu
karena itu cintamu
aku hanya bisa menerima
dan hidup di dalamnya
penuh bahagia

Jika kau benci padaku
bertanyalah pada dirimu
apamu yang terganggu
dengan adanya aku
dari situ kita berdua belajar
siapa kaudan siapa aku

Jika kau sama denganku
jangan sesali kepergianku
karena kehilangan yg terbesar bukanlah
kematianku
tetapi apa yang mati di antara kita
ketika aku masih ada

Dan jika cinta memang ada di antara kita
aku tak akan pergi jauh darimu
hidup terus dihatimu
menghangatkanmu dalam kedinginan
menenangkanmu dalam kemarahan
membawa senyum dalam saat-saat sepi
aku tidak tidur
aku tidak mati
akulah kekuatan bagimu
selalu ada
read more...