Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 14 Disember 2011

MAJLIS MAKAN SANTAPAN BERADAT SEMPENA MENJUNJUNG KASIH SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah telah berkenan untuk mencemar duli menghadiri Majlis Santapan Beradat Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 2 Disember 2011 (Jumaat) di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Panglima Angkatan Tentera dan isteri, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan Isteri, Panglima-panglima Perkhidmatan dan isteri serta Pegawai-pegawai Kanan ATM. Makan malam tersebut terlah diiringi oleh Pancaragam TUDM.

read more...

Majlis Perbarisan ISTIADAT Menjunjung Kasih Yang Di Pertuan Agong

0512111158Kem Sungai Besi – Perbarisan Sempena Istiadat Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong, Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berlangsung di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Sg. Besi Kuala Lumpur. Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah telah berkenan mencemar duli untuk hadir pada acara tersebut.

Baginda juga telah berkenan menerima tabik hormat sebelum melakukan pemeriksaan perbarisan dan menyaksikan upacara berjalan lalu dari kontijen perbarisan yang di sertai oleh pegawai dan anggota dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.

Turur hadir di acara yang penuh istiadat ketenteraan tersebut ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia, ketiga-tiga Panglima Perkhidmatan serta pegawai-pegawai kanan ATM.

Perbarisan tersebut telah diketuai oleh Pegawai Memerintah 12 RAMD.

read more...

ATM Lancar Buku Panduan KESIAGAAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA


ATM, hari ini melakarkan satu lagi sejarah dengan pelancaran Buku Panduan Kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia yang jelas merupakan Manifestasi Kebersamaan dan Kesepaduan ATM dalam mendokong salah satu agenda penting ATM iaitu Kesiagaan Angkatan. Sejajar dengan peranannya sebagai PERISAI NEGARA, ATM akan terus komited dalam mendokong objektif Dasar Pertahanan Negara untuk melindungi dan mempertahankan Kedaulatan, keutuhan wilayah dan kepentingan Negara daripada sebarang ancaman. Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera, dalam ucapannya menekankan betapa pentingnya kesiagaan kerana ia merupakan elemen terpenting bagi menentukan ATM berupaya memberi respons yang pantas dan berwibawa pada sebilang masa apabila keadaan memerlukan. Beliau turut menyeru kepada semua lapisan warga ATM supaya meneruskan usaha meningkatkan tahap profesionalisme bagi menghasilkan modal insan yang berpengetahuan, berinovatif dan berkualiti serta bersedia menghadapi sebarang cabaran sesuai dengan persekitaran semasa.

Dalam majlis pelancaran tersebut, YBhg Panglima Angkatan Tentera juga telah menyampaikan Anugerah Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera (SIAGA PAT) bagi tahun 2011. Anugerah ini merupakan anugerah yang diberikan kepada ketiga-tiga perkhidmatan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam kesiagaan. Bagi Tentera Darat Malaysia Anugerah SIAGA PAT telah dimenangi oleh Markas 7 Briged, manakala Tentera Laut DiRaja Malaysia dimenangi oleh KD PANGLIMA HITAM dan Tentera Udara DiRaja Malaysia dimenangi oleh No 17/19 Skuadron.

read more...

Pembinaan Jambatan Taktikal Sejauh 120 Meter

231120111449Dentuman kuat kedengaran hampir 5 kilometer mengakibatkan penduduk kampung Sedili Kecil dan kampung-kampung berdekatan lari lintang pukang apabila dua buah pesawat pejuang musuh jenis Hawk telah mengebom jambatan Sungai Sedili Kecil. Tindakan ini dilakukan bagi mengekang kemaraan konvoi tentera 7 Briged yang sedang bergerak menuju kubu pertahanan musuh di Kota Tinggi, Johor. Jambatan di Sungai Sedili Kecil musnah teruk dan mengakibatkan ketumbukan 7 Briged tidak dapat melaluinya dengan cara biasa dan terpaksa menggunakan jambatan taktikal untuk diseberangi.

Pasukan 4 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (Jambatan) telah diaturgerak untuk membina jambatan taktikal bagi membolehkan ketumbukan 7 Briged meneruskan kemaraan mereka. Itulah antara simulasi yang terjadi dalam Eksesais Rhino Siri 1/2011. Demontrasi kepakaran membina jambatan sementara daripada 4 Skuadron RAJD (Jambatan) telah diadakan di Sungai Sedili Kecil pada 19 Nov 2011. Pasukan 4 Skuadron RAJD (Jambatan) telah membina jambatan sepanjang 120 meter menggunakan jambatan Pontoon iaitu aset terkini Tentera Darat. Demontrasi pemasangan jambatan tersebut telah ditonton oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin, Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Zulkiple bin Haji Kassim, Panglima 4 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Abdul Rahim bin Haji Mohd Yusuff serta Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat.

read more...

TDM : Mertak Bersatu 9/2011


0812111046KOTA BELUD: Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM), Jeneral Datuk Zulkifli Hj Zainal Abidin bersama Panglima Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Brigedier Jeneral Datuk Seri Pahlawan Yussof Abd. Rahman dengan rasminya telah menutup Eksesais Mertak Bersatu Siri 9/2011 pada 29 Nov 11 di Lapang Sasar Kota Belud, Sabah.

Upacara penutup diserikan dengan demonstrasi atur gerak tembakan mortar dari kedua-dua Platun Mortar TDM dan TDDB yang mana tembakan mortar secara beriringan oleh setiap Platun. Platun menembak dari arah yang berbeza menuju ke sasaran yang sama mengunakan mortar 81mm dengan pelbagai jenis bom.

Eksesais yang diadakan setiap dua tahun sekali ini disertai dengan kekuatan seramai 397 pegawai dan anggota TDM bersama 140 anggota TDDB yang dilaksanakan selama sembilan hari. Eksesais ini berjalan dengan lancar tanpa kecelakaan yang diingini dan telah mencapai objektif yang disasarkan. Keadaan ini memberi impak positif kepada kekuatan dan kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara.

Turut hadir Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mej Jen Datuk Mohd. Zaki Hj Mokhtar, Panglima 5 Briged, Datuk Abdul Halim Jalal dan Panglima 9 Briged Brig Jen Datuk Stephen Mundau serta pegawai-pegawai kanan kedua-dua negara.

read more...

TDM : Perlawanan Bola Sepak PIala Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah


0512111200SELANGOR – Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD), DYMM Tuanku Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Al Haj Abdul Halim Mu’Adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menyaksikan Perlawanan Akhir Piala Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah antara pasukan 19 RAMD MEK dengan pasukan 9 RAMD PARA yang berlangsung di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi,Selangor.

Perlawanan sengit yang berlangsung selama 90 minit itu telah berjaya dibuktikan dengan kemenangan pasukan 19 RAMD MEK yang mengalahkan juara bertahan selama 2 tahun berturut-turut iaitu pasukan 9 RAMD PARA dengan 1-0.Turut memeriahkan acara adalah dengan persembahan Pancaragam Pusat RAMD semasa waktu rehat.

DYMM Tuanku Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Al Haj Abdul Halim Mu’Adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah turut berkenan menyampaikan piala kejohanan kepada pasukan 19 RAMD MEK dan turut serta menyampaikan piala kemenangan kepada penjaring terbanyak dan pemain terbaik.Turut hadir pada acara tersebut adalah Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Dato’ Zulkiple Bin Hj Kassim dan Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, Yang Berbahagia Prof Ir Othman bin A. Karim

read more...

TDM : Eksesais RHINO Memperkasa Pertahanan Tentera Darat


0112111520JOHOR BHARU : Panglima Tentera Darat Jen Datuk Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin telah menyempurnakan penutupan Eksesais RHINO 1/2011 bertempat di Ladang Lok Heng daerah Kota Tinggi, Johor.

Eksesais yang telah berlangsung hampir dua minggu bermula dari 12 Nov 2011 sehingga 23 Nov 2011. Eksesais tersebut telah dilaksanakan di sekitar wilayah selatan Tanah Air.

Eksesais RHINO adalah salah satu dari latihan yang dirancang dan dilaksanakan bagi melatih setiap anggota tentera khususnya dalam menjalankan tanggungjawab dalam suasana peperangan bersama atau gabungan (Joint Force) yang melibatkan komponen Maritim, Udara dan Pasukan Khas. Pada eksesais kali ini, 3 Div telah dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan kawasan Selatan Malaysia yang menganjur sehingga ke Johor Bahru.

Sebelum ini corak latihan Tentera Darat lebih tertumpu kepada Peperangan Daratan yang mengunggulkan Combine Arms sahaja tetapi, kini corak Peperangan Bersama telah mula diadaptasikan untuk memenuhi Joint and Multi Mission Oriented.

Objektif Eksesais RHINO ini bertujuan pengaplikasi keupayaan merancang dan keupayaan tempur serta sokongan logistik serta pengaplikasian ilmu dan pengetahuan peperangan, ketahanan mental dan kekuatan fizikal yang perlu dimiliki oleh setiap lapisan anggota.

read more...