Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 26 Ogos 2010

Al-Ma'unah

Al-Ma'unah adalah sebuah organisasi pengganas militan di Malaysia yang terkenal dengan keberaniannya melakukan pencerobohan nekad ke atas sebuah kem Rejimen Askar Wataniah pada subuh 2 Julai 2000 dan melarikan sejumlah besar senjata api daripada stor persenjataan. Kumpulan tersebut kemudiannya mendirikan pangkalan rahsianya di kawasan hutan berhampiran perkampungan di Sauk, negeri Perak dan terlibat dalam pertempuran di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Organisasi

Nama penuh organisasi tersebut dikenali sebagai Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Ma’unah. Laman web organisasi tersebut [1] dikenali sebagai Al-Ma’unah dalam singkatan, sebuah pertubuhan yang terlibat dalam ilmu persilatan yang turut menggunakan tenaga dalaman dan mempelajari ilmu perubatan tradisional Islam. Menurut jangka waktu kononnya "Ma’unah" bermaksud sesuatu yang amat luarbiasa akan berlaku pada golongan sederhana orang Islam (paranormal). Pertubuhan ini dikatakan mempunyai keahlian seramai 1000 ikhwan yang berpusat di Malaysia, Brunei, Singapura, Mesir dan Arab Saudi.

Pengepungan tentera di Sauk

Pengepungan Tentera Di Sauk
Sebahagian dari Ops Subuh
Tarikh 5 Julai, 2000
Tempat Bukit Jenalik, Sauk, Perak
Hasil Al Ma'unah tumbang
Pihak bersengketa
Pengganas Al Ma'unah Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia
Komander
Muhammad Amin Mohamed Razali Lt. Jeneral Zaini bin Mohamad Said (Ketua pasukan ATM),
ASP Abd Razak bin Mohd Yusoff (Ketua unit anti-pengganas 69 Komando PGK
Kekuatan
32 orang 59 anggota tentera dan polis meliputi 43 anggota komando Grup Gerak Khas ATM dan 20 anggota pasukan polis anti-pengganas 69 Komando PGK PDRM, 4 kenderaan perisai ATM
Korban dan kehilangan
seorang pengganas terbunuh 2 tebusan mati, terdiri daripada seorang komando ATM dan seorang anggota Cawangan Khas PDRM, 2 lagi tebusan iaitu seorang anggota polis dan seorang penduduk kampong diselamatkan.

Mohamed Amin bin Mohamed Razali yang merupakan pemimpin kepada 29 ahli kumpulan Al-Ma'unah mengetuai misinya untuk menggulingkan kerajaan Malaysia. Kumpulan ini, termasuk seorang Mejar daripada Tentera Darat Malaysia. Mereka berpakaian pegawai kanan tentera dan berlagak melakukan pemeriksaan mengejut ke atas Kem Batalion 304 Rejimen Askar Wataniah di Empangan Temenggor, Gerik, negeri Perak. Mereka berjaya memperdayakan anggota tentera di situ dan melarikan senjata-senjata di kem tersebut.[2]

Mereka sebelum ini memperolehi maklumat kelemahan sistem keselamatan kem tentera melalui pelbagai jalan keluar dan melindungi tiga unit kenderaan pacuan empat roda Pajero. Kenderaan Pajero yang dikatakan sama digunakan oleh tentera diwarnakan dengan warna hijau dan menggunakan nombor pendaftaran palsu di sebuah garaj rumah di Kati, untuk digunakan khas sebagai kenderaan masuk kumpulan tersebut.

Pada awal pagi 2 Julai 2000, 20 ahli kumpulan Al-Maunah menaiki tiga kenderaan Pajero dan bergerak ke Pos 2 Kem Kuala Rhui pada jam 2.50 pagi dan kemudian ke Kem Bn 304 Rejimen Askar Wataniah pada jam 4.15 pagi.

Mereka berkata kepada pegawai kem tersebut dengan alasan ingin mengadakan pemeriksaan mengejut, dengan memberitahu ingin membuat pemeriksaan kecemasan ke atas jumlah semua peluru yang disimpan di dalam kem tersebut. Atas pelbagai tekanan yang diberi oleh Amin dan orang-orangnya dan diyakinkan oleh kehadiran tiga kenderaan Pajero yang menggunakan nombor pendaftaran tentera yang bermula dengan huruf 'Z', anggota tentera di dua kem tersebut berjaya diperdyakan dengan membawa mereka masuk ke dalam kem tetapi salah satu daripada pelbagai jenis senjata, amunisi dan kelengkapan ketenteraan termasuk peralatan komunikasi dan lain-lain telah membantu kumpulan itu membawa senjata-senjata itu ke dalam tiga Pajero. Mereka berjaya melarikan sejumlah besar senjata api dan imunisasi, iaitu 97 laras raifal M16, dua laras raifal Steyr AUG, empat senjata Mesingan Kegunaan Am (GPMG), enam laras mesingan ringan, lima pelancar bom tangan M203, 182 kelopak M16, lapan laras tambahan mesingan kegunaan am, tiga laras tambahan mesingan ringan, 26 bilah pisau benet, 9,095 butir peluru berkaliber 5.56mm dan 60 butir kartus peluru bom tangan berkaliber 40mm.

27 orang ahli tersebut kemudiannya menyembunyikan diri di dalam hutan Bukit Jenalik, Sauk, negeri Perak. Amin mengagih-agihkan semua senjata-senjata yang dilarikan tersebut kepada orang-orangnya untuk dilatih. Bunyi tembakan yang jarang di dengar oleh penduduk kampong hasil daripada tembakan senjataapi tersebut telah menarik perhatian polis. Kumpulan tersebut membuat persediaan untuk menjayakan rancangan mereka, termasuk mengumpul bekalan makanan dan membawanya ke dalam pengkalan mereka di Bukit Jenalik. Bekalan makanan yang diperolehi itu hanya cukup untuk tiga bulan sahaja. Mereka juga turut memperolehi senjata lain seperti parang dan senjata senapang panah untuk menjayakan misi mereka.

Sepasukan polis dihantar mengepung Bukit Jenalik untuk menyekat pergerakan mereka. Sejumlah anggota pasukan keselamatan dihantar untuk menyusup masuk ke dalam perkhemahan Al-Ma'unah. Walaubagaimanapun, dua anggota polis iaitu Sarjan Mohd Shah bin Ahmad dan Koperal Detektif Sanghadevan, serta penduduk kampung Jaafar bin Puteh dan seorang anggota komando ATM, Truper Matthews anak Medan, telah dijadikan tebusan oleh Al-Ma'unah. Dalam radio komunikasi yang digunakan oleh kumpulan itu, mereka memaklumkan bahawa mereka akan menyerang Kuala Lumpur sekiranya tuntutan ke atas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad untuk meletakkan jawatan dalam masa 24 jam tidak dipenuhi. Jaafar ditangkap ketika beliau sedang meneliti dusun duriannya.

Mohd Shah bin Ahmad menceritakan semasa percubaan selama lebih 4 hari, anggota pasukan keselamatan tersebut telah diseksa dan dianiaya. Mereka dipaksa menggali parit di kawasan Bukit Jenalik untuk dijadikan sebagai kubu pertahanan sekiranya pangkalan mereka diserang. Pada sebelah malam, mereka telah diikat pada pohon durian. Pada masa itu, Mohd Shah dan Sanghadevan mengkebumikan Truper Matthews didalam salah satu parit kubu tersebut. Truper Matthews ditangkap oleh Jemari bin Jusoh dan apabila Amin mengetahui identiti Truper Matthews, Amin menyeksa Matthews dengan menembak kakinya. Amin kemudiannya menyuruh Jemari menembak Truper Matthews.

Pada pagi 5 Julai 2000, seorang anggota Al Ma'unah, Abu Bakar bin Ismail telah ditembak oleh pasukan keselamatan. Sebagai tindak balas, Amin dan rakan-rakannya bertindak membalas tembakan. Semasa tembak-menembak tersebut, Sanghadevan telah ditembak mati. Mayat Sanghadevan kemudiannya dikebumikan bersebelahan Truper Matthews oleh Mohd Shah dan Jaafar.

Serah diri

Kumpulan Al-Ma'unah kemudiannya menyerah diri, dan pemimpin yang dikatakan orang yang mendalangi percubaan untuk "melancarkan pemberontakan menggulingkan Raja". Kerajaan Malaysia bertindak memerangi ahli kumpulan Al-Ma'unah selepas memberi peluang untuk kumpulan tersebut menyerah diri dan menghentikan sebarang percubaan untuk mendapatkan sokongan awam kepada ahli kumpulan Al-Ma'unah dan menyatupadukan mereka kembali kepada masyarakat.

Mohamed Amin kemudiannya menyerah diri. Sebelum itu, beliau yang bersenjatakan raifal M16/M203 telah menarik kolar pakaian Leftenan Jeneral Zaini Mohd Said, komander Tentera Darat Malaysia dan cuba untuk menembaknya dari jarak dekat. Tetapi Zaini bertindak menepis laras senjata Amin dan telah tertembak salah seorang anggota militan. Zaini kemudiannya dianugerahkan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) atas keberaniannya dan sumbangannya menamatkan keganasan tersebut tanpa mempedulikan nyawa beliau.

Sebenarnya, dua jam sebelum insiden tersebut, ASP Abd Razak bin Mohd Yusoff terlebih dahulu bergerak ke markas tersebut bersama dengan 20 orang anggota pasukan elitnya 69 Komando PGK PDRM menaiki bukit ke arah di Kumpulan Al-Ma'unah berkhemah. Setelah mendapat perlindungan yang sesuai untuk ahli kumpulannya, Abdul Razak bergerak bersendirian menyelinap masuk ke kubu. Dengan sikap berani dan tawakkal, beliau menemui sendiri Ketua Kumpulan Al-Ma'unah iaitu Amin. Maka, berlakulah perbincangan dan perdebatan secara 'ilmiah' antara Abdul Razak dan Amin (perdebatan ini telah dibukukan oleh Abdul Razak) yang mengambil masa selama 2 jam dan akhirnya, ketua kemupulan Al-Ma'unah tersebut bersetuju untuk menyerah diri. Maka, setelah Amin setuju untuk menyerah diri barulah ASP Abdul Razak memanggil Pasukan Leftenan Jeneral Zaini untuk proses perletakkan senjata. Di atas keberanian dan kebijaksanaan berbincang (excellent negotiation skill) Abdul Razak, beliau telah dianugerahi pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) atas jasanya. Pada masa itu, Abdul Razak adalah pegawai yang mengetuai pasukan payung terjun polis anti-pengganas 69 Komando PGK Polis Diraja Malaysia.

Kematian

Dianggarkan tiga orang telah terkorban sebelum kumpulan tersebut menyerah diri. Detektif Koperal R. Sanghadevan daripada Cawangan Khas PDRM dibunuh, sebahagiannya mendakwa beliau terbunuh, semasa pengepungan oleh 59 anggota polis dan tentera. Pengganas militan tersebut turut membunuh seorang anggota komando, Truper Mathew anak Medan dari Grup Gerak Khas ATM, yang mana beliau ditembak mati oleh Jemari Jusoh. Kesemuanya diseksa sebelum dibunuh. Orang ketiga yang terbunuh adalah seorang daripada ahli kumpulan tersebut dimana beliau ditembak mati apabila beliau enggan menyerah diri.

Serangan lain

Mohamed Amin turut menghantar rakannya untuk meletupkan kilang minuman keras Anchor dan Carlsberg di Petaling Jaya berhampiran Kuala Lumpur dan kuil Hindu di Batu Caves. Serangan itu menyebabkan hanya kerosakan kecil sahaja. Ahli kumpulan tersebut, Shahidi dan Khairul Anuar, kemudiannya diarahkan untuk meletupkan kilang Carlsberg di pinggir kota Kuala Lumpur dengan senjata pelancar bom tangan yang dirampas daripada kem tentera.

Rujukan

read more...

Krisis Kewangan Asia 1997

Krisis Kewangan Asia adalah krisis kewangan yang dimulai pada Julai 1997 di Thailand, dan mempengaruhi mata wang, bursa saham dan harga aset lainnya di beberapa negara Asia.Juga sering disebut Krisis mata wang Asia.

Indonesia, Korea Selatan dan Thailand adalah negara yang paling teruk terkena kesan krisis ini. Hong Kong, Malaysia dan Filipina juga terpengaruh. China, Taiwan dan Singapura hampir tidak berkesan. Jepun tidak terkena banyak tapi mengalami kesulitan ekonomi jangka panjang.

Sejarah

Sehingga 1996, Asia menarik hampir setengah dari aliran modal negara membangun. Tetapi, Thailand, Indonesia dan Korea Selatan memiliki "current account deficit" dan pemulihan kecepatan pertukaran pegged menyemangati peminjaman luar dan menyebabkan ke keterbukaan yang berlebihan dari resiko pertukaran valuta asing dalam sektor finansial dan perusahaan.

Pelaku ekonomi telah memikirkan akibat Daratan Cina pada ekonomi nyata sebagai faktor penyumbang krisis. Cina telah memulai bersaing secara efektif dengan pengeksport Asia lainnya terutama pada 1990 setelah penerapan perubahan orientasi eksport. Yang paling penting, mata wang Thailand dan Indonesia adalah berhubungan erat dengan dolar, yang naik nilainya pada 1990 an. Importir Barat mencari pemroduksi yang lebih murah dan menemukannya, di China yang nilainya rendah dibanding dolar.

Krisis Asia bermula pada pertengahan 1997 dan mempengaruhi mata wang, pasaran saham dan harga aset beberapa ekonomi Asia Tenggara. Bermula dengan kejadian di Amerika Selatan, pelabur Barat kehilangan kepercayaan dalam keamanan di Asia Timur dan mulai menarik kembali wang mereka.

Thailand

Dari 1985 ke 1995, Ekonomi Thailand mengalami pertumbuhan rata-rata 9% setahun. Pada 14 Mei dan 15 Mei 1997, mata wang baht,mengalami serangan spekulasi besar. Pada 30 Jun, Perdana Menteri Chavalit Yonchaiyudh berkata bahwa dia tidak akan menurunkan nilai Baht, tetapi pemerintah Thailand akhirnya menambat mata wang tersebut pada 2 Julai.

Pada 1996, "dana hedge Amerika telah menjual $ 400 juta mata wang Thai. Dari 1985 sampai 2 Julai 1997, baht ditambat pada 25 kepada dolar. Baht jatuh menjunam dan hilang setengah harganya. Baht jatuh ke titik terendah di 56 kepada dolar pada Januari 1998. Bursa saham Thailand jatuh 75% pada 1997. Finance One, perusahaan kewangan Thailand terbesar muflis. Pada 11 Ogos, IMF membuka pakej bantuan dengan lebih dari 16 juta dolar AS .Pada 20 Ogos IMF menyetujui, pakej "bailout" sebesar 3.9 juta dolar AS.kullakattachi

Filipina

Bank Pusat Filipina menaikan suku bunga sebesar 1.75% mata pada Mei dan 2% mata lagi pada 19 Jun. Thailand mula dilanda krisis pada 2 Julai. Pada 3 Julai, bank Pusat Filipina dipaksa untuk campurtangan secara besar-besaran untuk menjaga Peso Filipina dengan menaikkan suku bunga dari 15 % ke 24 % dalam satu malam.

Hong Kong

Pada Oktober 1997, dolar Hong Kong, yang ditambat 7.8 kepada dolar Amerika Syarikat (AS), mendapatkan tekanan spekulatif kerana inflasi Hong Kong lebih tinggi jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat selama bertahun-tahun. Pejabat kewangan menghabiskan lebih dari US$1 juta untuk mempertahankan mata wang tempatanl. Meskipun adanya serangan spekulasi, Hong Kong masih dapat mengatur mata wangnya ditambat ke dolar AS. Bursa saham menjadi tidak stabil, di antara 20 sehingga 23 Oktober, Index Hang Seng menjunam 23%. Pada 15 Ogos 1997, suku bunga Hong Kong naik dari 8 % ke 23 % dalam satu malam.

Korea Selatan

Korea Selatan adalah ekonomi terbesar ke-11 dunia. Dasar makro ekonominya bagus namun sektor banknya dibebani pinjaman. Hutang berlebihan menyebabkan kepada kegagalan besar dan pengambil alihan. Contohnya, pada Julai, pembuat kereta ketiga terbesar Korea, Kia Motors meminta pinjaman darurat. Di awal penurunan pasaran Asia, Moody's menurunkan rating kredit Korea Selatan dari A1 ke A3 pada 28 November 1997, dan diturunkan lagi ke Baa2 pada 11 Disember. Bursa saham Seoul jatuh 4% pada 7 November 1997. Pada 8 November, jatuh 7%, penurunan terbesar yang pernah tercatat di negara tersebut. Dan pada 24 November, saham jatuh lagi 7,2 % kerana ketakutan IMF akan meminta reform yang berat. Pada 1998, Hyundai Motor mengambil alih Kia Motors.

Malaysia

Pada 1997, Malaysia memiliki defisit akaun mata wang melebihi 6 % KDNK. Pada bulan Julai, ringgit Malaysia diserang oleh spekulator matawang. Malaysia menambat mata wangnya pada 17 Ogos 1997 dan ringgit jatuh menjunam. Empat hari kemudian Standard and Poor's menurunkan rating hutang Malaysia. Seminggu kemudian, agensi rating menurunkan rating Maybank, bank terbesar Malaysia. pada hari yang sama, Bursa saham Kuala Lumpur jatuh 856 mata, titik terendahnya semenjak 1993. Pada 2 Oktober, ringgit jatuh lagi. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad telah memperkenalkan kawalan "modal". Tetapi, mata wang jatuh lagi pada akhir 1997 ketika Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa kerajaan akan menggunakan 10 juta ringgit atas projek jalan, rel dan saluran paip.

Pada 1998, pengeluaran di berbagai sektor menurun iaitu Sektor pembinaan(construction) menyusut sebanyak 23,5 %, produksi menyusut 9 % dan agrikultur 5,9 %. Keseluruhan GDP negara menurun sebanyak 6,2 % pada tahun 1998. Tetapi Malaysia merupakan negara tercepat yang pulih daripada krisis ini dengan menolak bantuan IMF.

Indonesia

Pada Jun 1997, Indonesia terlihat jauh dari krisis. Tidak seperti Thailand, Indonesia memiliki inflasi yang rendah, perdagangan surplus lebih dari 900 juta dolar, persediaan mata wang luar yang besar, lebih dari 20 miliar dolar, dan sektor bank yang baik.

Tapi banyak perusahaan Indonesia banyak meminjam dolar AS. Di tahun berikut, ketika rupiah menguat terhadap dolar, praktisi ini telah bekerja baik untuk perusahaan tersebut -- level efektifitas hutang mereka dan biaya finansial telah berkurang pada saat harga mata wang lokal meningkat.

Pada Julai, Thailand megambangkan baht, Otoritas Moneter Indonesia melebarkan jalur perdagangan dari 8 % ke 12 %. Rupiah mulai terserang kuat di Ogos. Pada 14 Ogos 1997, pertukaran floating teratur ditukar dengan pertukaran floating-bebas. rupiah jatuh lebih dalam. IMF datang dengan paket bantuan 23 miliar dolar, tapi rupiah jatuh lebih dalam lagi kerana ketakutan dari hutang perusahaan, penjualan rupiah, permintaan dolar yang kuat. Rupiah dan Bursa Saham Jakarta menyentuh titik terendah pada bulan Septemer. Moody's menurunkan hutang jangka panjang Indonesia menjadi "junk bond".

Meskipun krisis rupiah dimulai pada Julai dan Ogos, krisis ini menguat pada November ketika efek dari devaluasi di musim panas muncul di "balance sheet" perusahaan. Perusahaan yang meminjam dalam dolar harus menghadapi biaya yang lebih besar yang disebabkan oleh penurunan rupiah, dan banyak yang bereaksi dengan membeli dolar, iaitu: menjual rupiah, menurunkan harga rupiah lebih jauh lagi.

Inflasi rupiah dan peningkatan besar harga bahan makanan menimbulkan kekacauan di negara ini. Pada Februari 1998, Presiden Suharto memecat Gobenor Bank Indonesia, tapi ini tidak cukup. Suharto dipaksa mundur pada pertengahan 1998 dan B.J. Habibie menjadi presiden.

Singapura

Ekonomi Singapura berhasil mengatur performa yang relatif sihat dibandingkan dengan negara lain di Asia selama dan setelah krisis finansial, meskipun hubungan erat dan ketergantungan ekonomi regional tetap membawa efek negatif terhadap ekonominya. Tetapi, secara keseluruhan kemampuannya menghilangkan krisis diperhatikan secara luas, dan meningkatkan penelitian kebijakan fiskal Singapura sebagai pelajaran bagi negara jirannya.

Sebagai ekonomi terbuka, dolar Singapura terbuka terhadap tekanan spekulatif seperti telah terjadi pada 1985. Ekonomi sangat penting dalam keberlangsungan Singapura sebagai negara merdeka, pemerintah Singapura berhasil mengatur suku pertukaran mata wangnya untuk menghindari potensi penyerangan speklulatif.

China

Republik Rakyat China tidak diganggu oleh krisis ini kerana renminbi yang tidak dapat ditukar dan kenyataan bahawa hampir semua pelaburan luarnya dalam bentuk pabrik dan bukan bidang keamanan. Meskipun Cina telah dan terus memiliki masalah solvensi parah dalam sistem perbankannya, kebanyakan deposit di bank-bank PRC adalah domestik dan tidak ada pelarian bank.

Amerika Syarikat dan Jepun

"Flu Asia" juga memberikan tekanan kepada Amerika Syarikat dan Jepun. Eknomi mereka tidak hancur, tetapi terpukul kuat.

Pada 27 Oktober 1997, Industri Dow Jones jatuh 554-point, atau 7,2 %, kerana kecemasan ekonomi Asia. Bursa Saham New York menunda sementara perdagangan. Krisis ini menuju ke jatuhnya konsumsi dan keyakinan mengeluarkan wang.

Jepun terpengaruh kerana ekonominya berperan penting di wilayah Asia. Negara-negara Asia biasanya menjalankan defisit perdagangan dengan Jepun kerana ekonomi Jepun dua kali lebih besar dari negara-negara Asia lainnya bila dijumlahkan, dan tujuh kali lipat Cina. Sekitar 40 % ekspor Jepun ke Asia. Pertumbuhan nyata GDP memelan di 1997, dari 5 % ke 1,6 % dan turun menjadi resesi pada 1998. Krisis Finansial Asia juga menuntun ke kebangkrutan di Jepun.

Laos

Laos terpengaruh ringan oleh krisis ini dengan nilai tukar Kip dari 4700 ke 6000 terhadap satu dolar AS.

Kesan

Krisis Asia berpengaruh ke mata wang, pasar saham, dan harga aset lainnya di beberapa negara Asia. Indonesia, Korea Selatan dan Thailand adalah beberapa negara yang terpengaruh besar oleh krisis ini.

Krisis ekonomi ini juga menuju ke kekacauan politk, paling tercatat dengan mundurnya Suharto di Indonesia dan Chavalit Yongchaiyudh di Thailand. Ada peningkatan anti-Barat, dengan George Soros dan IMF khususnya, keluar sebagai kambing hitam.

Secara budaya, krisis finansial Asia mengakibatkan kemunduran terhadap ide adanya beberapa set "Asian value", iaitu Asia Timur memiliki struktur ekonomi dan politik yang superior dibanding Barat. Krisis Asia juga meningkatkan prestise ekonomi Cina.

Krisis Asia menyumbangkan ke krisis Rusia dan Brasil pada 1998, kerana setelah krisis Asia, bank tidak ingin meminjamkan ke negara berkembang.

Krisis ini telah dianalisa oleh para pakar ekonomi kerana perkembangannya, kecepatan, dinamismenya; dia mempengaruhi belasan negara, memiliki efek ke kehidupan berjuta-juta orang, terjadi dalam waktu beberapa bulan saja. Mungkin para pakar ekonomi lebih teratarik lagi dengan betapa cepatnya krisis ini berakhir, meninggalkan ekonomi negara berkembang tak berpengaruh. Keingintahuan ini telah menimbulkan ledakan di pelajaran tentang ekonomi finansial dan "litani" penjelasan mengapa krisis ini terjadi. Beberapa kritik menyalahkan tindakan IMF dalam krisis, termasuk oleh pakar ekonomi Bank Dunia Joseph Stiglitz.

read more...

Krisis Perlembagaan Malaysia 1988

Bangunan Sultan Abdul Samad menempatkan Mahkamah Agung semasa krisis perlembagaan Malaysia 1988.

Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 merupakan satu siri peristiwa yang dicetuskan oleh pemilihan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1987 yang berakhir dengan penggantungan perkhidmatan dan kemudiannya penyingkiran Ketua Hakim Negara Tun Mohamad Salleh Abas dari jawatannya yang dijamin tidak boleh dipecat oleh Perlembagaan Malaysia. Pemecatannya oleh Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir bin Mohamad telah diperlihatkan sebagai satu penyekatan terhadap kebebasan kehakiman yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.

Campur tangan kehakiman dalam pertikaian politik

Pada tahun 1987, UMNO mengadakan pemilihan jawatan-jawatan partinya. Buat pertama kali sejak dua belas tahun yang lalu, jawatan Presidennya dicabar. Tengku Razaleigh Hamzah yang merupakan calon "Pasukan B" untuk kepresidenan mencabar Dr Mahathir daripada kem yang digelarkan "Pasukan A". [1]

Terwujud satu kempen yang amat gigih untuk mendapat sokongan daripada lebih kurang 1,500 wakil cawangan di seluruh negara yang akan memilih pegawai-pegawai parti. Penyokong-penyokong Razaleigh mengharapkan beliau akan menang, dan dalam Perhimpunan Agung UMNO tidak lama selepas pengiraan undi, terdapat khabar-khabar angin bahawa Razaleigh telah menang. Bagaimanapun, keputusan rasmi mengisytiharkan Mahathir sebagai pemenang, dengan 761 undi berbanding 718 undi untuk Razaleigh. Ghafar Baba, calon Pasukan A untuk Timbalan Presiden, menewaskan Musa Hitam daripada Pasukan B, dan Pasukan A juga memenangi 16 daripada 25 dalam Majlis Agung UMNO. [2]

Penyokong-penyokong Razaleigh berasa susah hati tentang pemilihan ini yang mereka berkeras mengatakan telah dimanipulasi. Mahathir membuat kemarahan mereka bertambah buruk apabila beliau menyingkirkan semua ahli Pasukan B daripada Kabinetnya. [3] Oleh itu, 12 orang ahli UMNO mengemukakan tuntutan mahkamah di Mahkamah Tinggi untuk memperoleh perintah mahkamah yang mengisytiharkan bahawa keputusan pemilihan tidak sah supaya dapat mengadakan pemilihan yang baru. Plaintif-plaintif itu mendakwa bahawa 78 orang wakil telah dipilih daripada cawangan-cawangan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan oleh itu, tidak layak mengundi. Mereka juga mendakwa bahawa beberapa dokumen mengenai pemilihan itu telah "diubah". Walaupun Razaleigh bukannya antara kedua belas plaintif itu, beliau dipercayai secara meluas sebagai pembiaya dan penyelaras tuntutan mahkamah ini. [4]

Kemudian, salah satu daripada dua belas plaintif itu menarik diri (mereka kemudiannya dikenali UMNO 11), tetapi sebelas plaintif yang tinggal meneruskan tuntutan mahkamah mereka. Mahkamah Tinggi akhirnya memberikan kedua-dua pihak dua minggu untuk mencapai penyelesaian di luar mahkamah. Sebuah "Panel Perpaduan" UMNO dibentuk untuk menangani perundingan-perundingan supaya dapat bertolak ansur. Bagaimanapun, perbezaan-perbezaan antara mereka jelas sukar diselesaikan — Pasukan B mendesak untuk mengadakan pemilihan baru, manakala Pasukan A mendesak bahawa tuntutan mahkamah ditarik balik dan satu penyelesaian menutup malu dicapai untuk membenarkan sebilangan ahli daripada Pasukan B untuk mengekalkan keahlian mereka dalam parti. Akhirnya, sebelas plaintif itu mengisytiharkan bahawa mereka akan mendapat penghakiman muktamad daripada mahkamah. [5]

Ini tidak menyenangkan hati Dr. Mahathir yang pernah beberapa kali bertelingkah dengan badan kehakiman. Dalam satu peristiwa, satu perintah kerajaan yang membatalkan permit kerja untuk dua orang wartawan asing yang kritis terhadap kerajaan Mahathir telah ditolak oleh Mahkamah Agung. Mahathir memulakan bidasan-bidasan hangat terhadap badan kehakiman, dan memberitahu majalah Time, "Badan kehakiman berkata, ' Walaupun kamu meluluskan undang-undang dengan menimbangkan sesuatu, kami berfikir bahawa fikiran kamu adalah salah, dam kami hendak memberikan tafsiran sendiri.' Kalau kita tidak bersetuju, Mahkamah-mahkamah akan berkata, 'Kami akan mentafsirkan pertentangan pendapat kamu.' Kalau kami [kerajaan dan Parlimen] mengikut, kami akan hilang kuasa perundangan." [6] Mahathir juga mengecam "kambing hitam [hakim]... yang hendak... kebebasan yang keterlaluan," dan menuduh mereka kerana bermuka-muka.

Sebaik sahaja Dr. Mahathir membuat kenyataan yang terakhir ini, kerajaan menugasi semula beberapa hakim Mahkamah Tinggi ke bahagian yang lain, termasuk Hakim Harun Hashim yang sedang mendengar kes UMNO. Bagaimanapun, oleh sejak kes itu telah berlangsung, pemindahan Harun tidak akan dikuatkuasakan sehingga kes itu ditutup. [7] Oleh itu, Harun terpaksa membuat keputusan terakhir untuk kes "UMNO 11".

Walaupun kebanyakan bukti yang dikemukakan oleh "UMNO 11" tidak dipertikaikan, peguam pembela UMNO memperdebatkan bahawa semua remedi yang mungkin masih belum dihabiskan dalam UMNO. Bagaimanapun, plaintif-plaintif itu menegaskan bahawa fakta tentang sekurang-kurang 30 cawangan tak berdaftar yang menghantar wakil-wakil mereka ke pemilihan UMNO itu harus mencukupi untuk membatalkan keputusan-keputusan pemilihan. Akhirnya, Harun membuang kes itu, dan menyebut Perkara 41 dalam Akta Pertubuhan 1966 yang mengatakan bahawa mana-mana satu pertubuhan akan menjadi "tidak sah" secara automatik jika mana-mana satu cawangannya tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. Oleh itu, Harun mengisytiharkan bahawa beliau tidak mempunyai pilihan lain kecuali untuk mengisytiharkan bahawa UMNO adalah sebuah "pertubuhan yang tidak sah" dan dengan itu, "apa yang terjadi pada tahun 1987" tidak sah di sisi undang-undang. Dalam keputusannya, Harun menyalahkan Parlimen untuk memaksakan tangannya: "Jika undang-undang lama masih wujud... [seseorang] boleh menggunakan prinsip common law tetapi pada kelihatannya, Parlimen, untuk memastikan pematuhan undang-undang yang sebenarnya, telah membuat peruntukan ini terlalu keras." [8]

Sebaik sahaja keputusan itu diumumkan, Dr. Mahathir meyakinkan ahli-ahli UMNO bahawa disebabkan keputusan ini didasarkan pada "keteknikan" yang kecil, parti UMNO boleh dipulihkan menjadi pertubuhan yang sah dengan mudah. Beliau juga memperingatkan orang ramai bahawa tarafnya sebagai Perdana Menteri tidak terancam kerana hanya undi tidak percaya yang sah boleh menyingkirkannya. [9]

Dua minggu selepas keputusan Harun, Dr. Mahathir mengumumkan pendaftaran UMNO Baru. Kepimpinan UMNO Baru hampir terdiri pada keseluruhannya daripada ahli-ahli Pasukan A yang kemudian memulakan pemindahan aset UMNO "lama" ke UMNO baru dalam bulan-bulan yang berikut. [10] UMNO 11 meneruskan kes mereka ke mahkamah yang tertinggi di dalam negara, iaitu Mahkamah Agung, untuk memulihkan status UMNO "lama" serta untuk mengadakan pemilihan baru. Bagaimanapun, rayuan mereka ditolak. [11]

Razaleigh kemudian memutuskan untuk membentuk parti baru yang menumpukan kepada "semangat 1946", iaitu tahun UMNO diasaskan. [12] UMNO Baru kemudian memutuskan bahawa perkataan "Baru" tidak diperlukan, dan menggugurkannya secara rasmi dan oleh itu, menuntut diri sebagai waris UMNO yang benar, bukannya parti Razaleigh. Akhirnya, Razaleigh menggunakan nama Semangat 46 untuk partinya yang baru. [13]

Pindaan-pindaan perlembagaan

Kes "UMNO 11" hanya merupakan salah satu daripada sebilangan kes yang menjengkelkan Dr. Mahathir dan kerajaannya. Kes terhadap dua orang wartawan yang tersebut di atas tertimbul ketika John Berthelsen dan Raphael Pura menulis sebuah siri makalah terhadap urusniaga-urusniaga kewangan yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang diragui tidak etika dan sah. Jurnal Asian Wall Street yang menerbitkan makalah-makalah itu diharamkan dengan segera, dan Dr Mahathir selaku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri membatalkan permit-permit kerja Berthelsen dan Pura. Bagaimanapun, Mahkamah Agung mengubah pembatalan permit kerja Berthelsen disebabkan dia tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan-tuduhan kerajaan. Disebabkan ini, pengharaman Jurnal Asian Wall Street juga ditarik balik. [14]

Dalam lagi satu kes, Mahkamah Agung menggunakan kuasa kajian semula kehakiman, dan membatalkan pindaan-pindaan kepada Kanun Prosedur Jenayah yang memberikan kuasa kepada Peguam Negara untuk memulakan prosiding jenayah di Mahkamah Tinggi tanpa melalui Mahkamah Majistret. Selepas Operasi Lalang pada tahun 1987 di mana kerajaan menahan beberapa penentang politik tanpa perbicaraan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA), Mahkamah Tinggi meluluskan permohonan Karpal Singh untuk dibebaskan daripada penahanan disebabkan keteknikan-keteknikan terhadap cara beliau ditahan. [15]

Dr Mahathir habis sabar terhadap kes yang terakhir ini. Pada minggu yang berikut, beliau menyerahkan beberapa pindaan perlembagaan kepada Parlimen untuk melucutkan "kuasa kehakiman Persekutuan" dan hanya memberikan mereka kuasa kehakiman sebagaimana yang Parlimen ingin memberikan. Sebagai justifikasi untuk pindaan-pindaan itu, Dr. Mahathir berkata: "...mahkamah-mahkamah telah memutuskan bahawa dalam penguatkuasaan undang-undang, mereka terikat kepada tafsiran-tafsiran sendiri dan bukannya terhadap alasan-alasan yang menyebabkan Parlimen merumuskan undang-undang ini... akhir-akhir ini, badan kehakiman telah berasa wajar untuk menyentuh perkara-perkara yang dahulu dianggap sebagai hanya dalam kuasa eksekutif." [16]

Ketua Hakim Negara untuk Mahkamah Agung, Salleh Abas, telah dipaksa oleh hakim-hakim sekerjanya untuk bergerak balas terhadap tindakan-tindakan kerajaan. Salleh memutuskan untuk mengadakan sebuah mesyuarat bagi kesemua 20 orang hakim daripada Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi di ibu negara Kuala Lumpur. Dalam mesyuarat ini, mereka bersetuju untuk tidak mengumumkan jawapan mereka terhadap kritikan-kritikan Dr. Mahathir. Sebagai ganti, mereka menulis sepucuk surat sulit kepada Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu bagi mengemukakan ketidakpuasan hati mereka. Surat yang ditulis oleh Salleh Abas, dan yang disetujui oleh semua hakim yang hadir dengan sebulat suara, menyatakan kekecewaan hakim-hakim terhadap "berbagai-bagai komen dan tuduhan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Perdana Menteri terhadap Badan Kehakiman," tetapi tidak mendesak sebarang tindakan yang khusus untuk diambil — sebaliknya, surat itu hanya berakhir dengan ungkapan "harapan bahawa kesemua tuduhan yang tidak berasas itu akan dihentikan". [17]

Penggantungan jawatan dan pemecatan Salleh Abas

Pada tahun 1988, Salleh Abas dihadapkan ke timbang tara yang diadakan oleh Dr. Mahathir, Perdana Menteri ketika itu, atas tuduhan salah lakunya. Timbang tara itu dikerusikan oleh Tun Hamid Omar. Sebagai tindak balas terhadap timbang tara, Salleh Abas mengambil tindakan guaman dalam Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur untuk mencabar keperlembagaanan timbang tara itu. Ketika meneruskan tindakan guamannya, beliau membuat permohonan untuk penggantungan sementara terhadap timbang tara sehingga 4 Julai 1988. Permohonannya ditolak.

Bagaimanapun, lima orang hakim Mahkamah Agung kemudian bersidang dan memberikan Salleh Abas perintah interlokutori terhadap timbang tara. Sebaik sahaja menerima perintah itu, peguam-peguam Salleh Abas pergi ke Parlimen untuk mengemukakan perintah interlokutori itu kepada pengerusi timbang tara. Bagaimanapun, pintu besar yang menujui ke bangunan Parliamen telah dikunci dan wakil Salleh Abas terpaksa memanggil polis untuk menjamin laluan masuk ke Parlimen. Akhirnya nya, perintah interlokutori itu dikemukakan kepada pengerusi timbang tara.

Tidak lama kemudian, kelima-lima hakim Mahkamah Agung itu digantung jawatan mereka. Daripada lima orang hakim itu, tiga orang hakim dipecat. Pemecatan-pemectan ini menyebabkan Mahkamah Agung Malaysia digantung dan oleh itu, cabaran terhadap kesahan timbang tara tidak dapat dibicarakan. Timbang tara kemudian memecatkan Salleh Abas daripada jawatannya.

Pemecatan luar aturan Salleh Abas menyebabkan Badan Peguam Malaysia enggan mengiktiraf Ketua Hakim Negara yang baru. Pada masa yang lebih kurang sama, Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk melucutkan "kuasa kehakiman Persekutuan" dan hanya memberikan kuasa kehakiman kepada badan kehakiman sebagaimana yang Parlimen ingin memberikan.

Pusaka

Walaupun banyak orang daripada pihak pembangkang, termasuk juga pihak bekas kerajaan seperti Tunku Abdul Rahman, menganggap bahawa pemecatan Salleh Abas adalah sesuatu yang sangat dibenci, penyokong-penyokong Dr. Mahathir berkeras mengatakan bahawa perbuatan ini telah membebaskan badan kehakiman Malaysia daripada cara pemikiran jajahan. Pemecatan beberapa hakim itu diberikan justifikasi bahawa mereka telah menyalahgunakan wang awam untuk belanja peribadi — umpamanya, pembelian perabot mewah dari Itali. Tuntutan juga dibuat bahawa pemecatan-pemecatan itu telah menghapuskan kayu mati dan memperbaik kecekapan mahkamah-mahkamah, seperti yang dapat diperlihatkan daripada pengurangan tunggakan kes. [18]

Kesan-kesan krisis ini masih dapat dirasa pada hari ini, disebabkan ketakutan badan kehakiman yang amat teruk sehingga badan itu tidak pernah berpulih daripada kebebasan pembuatan keputusan yang dahulu.

Kekesalan Kerajaan Malaysia

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, pada tahun 2008 membayangkan kerajaan Malaysia akan meminta maaf kepada Tun Salleh Abas yang dipecat serta mengembalikan semula hak-hak beliau seperti pencen dan sebagainya. Dalam ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada malam 17 April 2008 anjuran Majlis Peguam Malaysia di hadapan lebih kurang 600 orang, mengumumkan pembayaran ex-gratia kepada Tun Salleh Abas dan lima orang lagi hakim yang terlibat secara langsung dalam kes 20 tahun lalu iaitu: Datuk George Seah, Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdul Kader, Tan Sri Azmi Kamaruddin dan Tan Sri Hamzah Mohamed Salleh.

Dalam ucapannya[19], Perdana Menteri menyentuh:

  • Mengenai hakim-hakim yang dipecat dan digantung pada 1988:
“

For me and for many other Malaysians, these towering judicial personalities represent a very different era for the nation's judiciary. Many felt that the judiciary then was a venerable institution which could be trusted to deliver justice. Some even hailed Malaysia's judiciary as a model for other countries – independent and credible.

”

"Bagi saya dan ramai lagi orang Malaysia, personaliti-personaliti tinggi badan kehakiman ini mewakili era berbeza bagi badan kehakiman negara. Ramai yang merasakan badan kehakiman pada masa itu adalah institusi dihormati yang boleh dipercayai untuk menjalankan keadilan. Sesetengah mereka menyanjung tinggi badan kehakiman Malaysia sebagai model kepada negara lain - bebas dan boleh dipercayai."

  • Mengenai kehakiman:
“

No nation can call itself fair and just without an efficient and trusted judiciary. By "trusted", I mean a judiciary that delivers justice and is seen to deliver justice.

”

"Tiada satu negara boleh memanggil ia adil dan saksama tanpa mempunyai badan kehakiman yang cekap dan dipercayai. Mengenai "dipercayai", maksud saya adalah hakim menjalankan keadilan dan dilihat berlaku adil.

  • Mengenai pemisahan kuasa:
“

I can say with a clear conscience that I abided and will continue to abide by the principle of separation of powers, leaving the matter of justice to the judiciary. The judiciary must be fortified to be an institution that serves the democratic principle of separation of powers. The judiciary must be the guardian of the Constitution and the sentinel of the people's rights.

”

"Saya boleh mengatakan dengan ikhlas yang saya patuh dan akan sentiasa mematuhi prinsip pengasingan kuasa, membiarkan perkara berkaitan keadilan kepada badan kehakiman. Badan kehakiman mestilah diperkuatkan menjadi satu institusi yang berkhidmat untuk prinsip demokratik pemisahan kuasa. Badan kehakiman hendaklah menjadi penjaga kepada Perlembagaan dan pengawal kepada hak rakyat."

  • Mengenai suruhanjaya kehakiman:
“

I am pleased to announce to you tonight that the Government is proposing the setting up of a Judicial Appointments Commission to identify and recommend candidates for the judiciary to the prime minister.

”

"Saya dengan sukacitanya mengumumkan kepada anda sekalian pada malam ini bahawa kerajaan bercadang mewujudkan Suruhanjaya Perlantikan Hakim untuk mengenal pasti dan mencadangkan calon hakim kepada Perdana Menteri."

Ucapan Perdana Menteri mendapat pujian dari presiden Majlis Peguam yang mengatakan hakim-hakim yang dipecat sebagai hero yang menggadaikan hidup mereka dan merayu kepada Perdana Menteri untuk melihat kembali kes mereka yang ditahan di bawah ISA. Tiada kenyataan meminta maaf diucapkan tetapi hanya kekesalan.

Lihat juga

Nota dan rujukan

  1. ↑ Means, Gordon P. (1991). Malaysian Politics: The Second Generation (Politik Malaysia: Generasi Kedua), m.s. 201. Percetakan Universiti Oxford. ISBN 0-19-588988-6.
  2. ↑ Means, m.s. 204.
  3. ↑ Means, m.s. 204–205.
  4. ↑ Means, m.s. 206.
  5. ↑ Means, m.s. 215–216.
  6. ↑ Means, m.s. 216.
  7. ↑ Means, m.s. 217–218.
  8. ↑ Means, m.s. 218–219.
  9. ↑ Means, m.s. 223.
  10. ↑ Means, m.s. 224, 225, 226.
  11. ↑ Means, m.s. 227.
  12. ↑ Means, m.s. 228.
  13. ↑ Means, m.s. 230.
  14. ↑ Means, m.s. 140, 236.
  15. ↑ Means, m.s.. 236–237.
  16. ↑ Means, m.s. 237.
  17. ↑ Means, m.s. 238.
  18. ↑ Maidin, Zainuddin (1994). The Other Side of Mahathir (Mahathir Yang Sebelah Lain), m.s. 99, 101. Penerbitan & Penyedaran Utusan. ISBN 967-61-0486-8.
  19. ↑ Abdullah Ahmad Badawi, “Delivering Justice, Renewing Trust”, 17 April 2008 di JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur

Rujukan lain


read more...

Operasi Lalang

Sejarah Malaysia.png

Operasi Lalang atau Weeding Operation; atau Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh polis Malaysia / Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik 1987.

Dalam Operasi Lalang ini, 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.

Tahanan ISA

Antara mereka yang ditahan ialah :

  1. Lim Kit Siang - ketua pembangkang dan Setiausaha Agung DAP
  2. Chandra Muzaffar- Presiden ALIRAN
  3. Karpal Singh- Timbalan Pengerusi DAP
  4. Dato Lim Kim Sai - Timbalan Presiden MCA
  5. Chan Kit Chee - Ketua Perak
  6. Kua Kia Soong- Dong Jiau Zong
  7. Lim Fong Seng Pengerusi (Chinese Education Assosations)
  8. Halim Arshat - Ketua Pemuda PAS
  9. Ibrahim Ali Ahli Parlimen Pasir Mas, UMNO
  10. Mohamed Fahmi Ibrahim - Pemuda Pengerusi Pendidikan UMNO .

Walaupun kebanyakan tahananan telah dibebaskan sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, 40 orang telah dikeluarkan perintah penahanan dua tahun. Ini termasuk Lim Kit Siang dan Karpal Singh 5 pemimpin parti DAP, beberapa pemimpin PAS dan ramai aktivis sosial.

Kategorisasi dari mulaan orang tahanan, bilangan 97, memberikan kerosakan berikut: parti politikal: 37; gerakan sosial: 23; individu: 37.

Pendidikan Cina

Isu-isu sensitif diperkatakan dalam surat khabar Cina dan dibalas dengan surat khabar berbahasa Melayu. Isu-isu yang mencetuskan Peritiwa 13 Mei berulang semula seperti:

  • Lee Kim Sai antara lain menyatakan 'Melayu pun pendatang'. Hak keistimewaan Bumiputera dipertikaikan semula.
  • Tindakan Kementerian Pelajaran melantik 100 guru besar bukan berpendidikan Mandarin di sekolah jenis kebangsaan Cina telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan Persatuan Pendidikan Cina seperti Dong Jiau Zong, Kua Kia Soong dan lain-lain. Pemimpin MCA, Gerakan, DAP dan Dong Jiao Zong telah sepakat mempertahankan 'stail' pendidikan sekolah Cina.
  • Pada 11 Oktober 1987, seramai 2000 ahli Dong Jiau Zong telah berhimpun di Wisma Persatuan Hainan bersebelahan Tokong Thian Hou di Kuala Lumpur. Mereka mencadangkan murid-murid boikot sekolah ini selama 3 hari.

Stadium TPCA

Para pemimpin muda UMNO seperti Dato Muhammad Mohamad Taib - Menteri Besar Selangor, Ibrahim Ali, Fahmi Ibrahim, Rais Yatim , Anwar Ibrahim mahu UMNO menunjukkan rasa prihatin mereka. Najib Tun Razak ketika itu Timbalan Ketua Pemuda UMNO.

Stadium TPCA di Jalan Abdul Aziz, di Kampung Baru dihimpunkan 10,000 ahli pemuda UMNO. Di sininya bermulanya Peristiwa 13 Mei iaitu di hujung jalan Abdul Aziz , kediaman Dato Harun Idris.

  • Dato Muhamad Muhamad Taib dalam temubual radio RTM waktu tengah hari menggesa 'bawalah pisau - senang nak kupas limau'.

Nasib baiklah perhimpunan panas yang bermula jam 2.00 petang (hari Sabtu ?) ini disirami hujan lebat kira-kira 5.00 petang.

Di simpang-simpang jalan utama ke Kuala Lumpur, polis dan tentera telah mendirikan khemah dan sekatan jalan raya. Contohnya di Jalan Cheras-Kajang.

Perhimpunan pemuda UMNO di Stadium TPCA ini mendesak Lee Kim Sai selaku Timbalan Presiden MCA dan Menteri Buruh mestilah meletakkan jawatan. Gelaran Dato telah ditarik balik oleh Sultan Selangor. Lee Kim Sai telah 'dibenarkan melarikan diri' ke Australia.

Anwar Ibrahim selaku Menteri Pendidikan ketika itu mahu melancarkan perhimpunan raksasa (500,000) di Kuala Lumpur bagi menyambut ulang tahun UNNO ke-41.

Dato Zaman Khan selaku Pengarah Keselamatan Dalam Negeri tidak senang dengan perhimpunan yang dirancang oleh UMNO itu. Siaran waktu pagi, Dato Zaman Khan mengumumkan di radio akan kejadian 'huru-hara' di Jalan Chow Kit di mana Prebet Adam dari Kem Tentera Ulu Kinta telah membunuh dua orang Cina dengan senjata rifle M16. Berikutan itu, perhimpunan raksasa telah dibatalkan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Menteri Dalam Negeri.

Sebagai tindakan seimbang, pemimpin UMNO, DAP, PAS, Dong Jiao Zong dan pemimpin lain yang tiada kena mengena telah ditangkap. Lee Kim Sai yang sepatutnya diambil tindakan tegas, telah berlepas ke Australia (?).

Perhimpunn di Stadium TPCA sebelum Operasi Lalang

Stadium TPCA - pelbagai sepanduk

Perhimpunan balas

Nasib baik hujan lebat semasa perhimpunan

Rais Yatim dari Semangat 46 turut hadir

Kontroversi

Operasi Lalang ini menimbulkan kontroversi kerana mereka yang 'bersalah' terlepas. Sebaliknya pemimpin pembangkang yang berada di tepi 'arus' telah ditangkap dan dipenjarakan di Kem Tahan Kamunting, Taiping, selama 2 tahun atau lebih.

Tahanan politik ini ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan penahanan tanpa bicara, sama ada orang itu bersalah atau tidak. Malaysia telah mendapat kritikan di peringkat antarabangsa pada ketika itu. Ramai yang percaya ISA bertentagan dengan Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan al Quran sendiri.

Ironinya, Amerika Syarikat juga telah mencipta Akta Patriot yang menyerupai ISA dan menahan tahanan di Kem tahanan Teluk Guantanamo, Cuba.

April 1987 adalah persaingan sengit antara kem Mahathir - Tengku Razaleigh di mana Mahathir hanya mendapat majoriti 3 undi sahaja. Jadi Operasi Lalang dikatakan sebagai helah mengalihkan isu sebenar.

Lihat juga

Rujukan

  • Chow, Kum Hor (Nov. 6, 2005). "9/11 changed Hu's view of ISA". New Sunday Times, p. 8–9.
  • Mahavera, Sheridan (Nov. 6, 2005). "'When you play with fire, you will get burnt'". New Sunday Times, p. 9.
  • Othman, M. Husairy (Nov. 6, 2005). "Tajuddin bears no grudges". New Sunday Times, p. 9.
  • Tan, Choe Choe (Nov. 6, 2005). "Sim taught detainees Chinese during his stay". New Sunday Times, p. 8.

Pautan luar

read more...