Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 20 Mei 2011

Majlis Induksi Ke International Fellows Hall Of Fame

ptd-ndu1

WASHINGTON - Jeneral Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Tentera Darat Malaysia telah diraikan didalam satu majlis gilang gemilang di Fort Lesley J.Mcnair, National Defense University ( NDU ), Washington DC.

Pengiktirafan ini dianugerahkan kepada bekas penuntut yang telah mencapai jawatan tertinggi di dalam organisasi ketenteraan masing-masing atau memegang jawatan yang setaraf di dalam organisasi ketenteraan di peringkat antarabangsa. Di dalam majlis induksi ini, beliau telah di anugerahkan sijil penghargaan daripada National Defense University dan plaka. Gambar beliau juga akan dipaparkan di ruang legar International Fellows Hall of Fame.
read more...

Kunjungan PTD ke Pentagon

Kunjungan_Hormat_PTD_Pentagon_2011

PENTAGON – Jeneral Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Jeneral Martin E. Dempsey, Ketua Staf Tentera Darat US. Beliau merupakan PTD luar negara yang pertama diberi penghormatan melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Staf Tentera Darat US yang baru mengambil alih jawatan pada 11 Apr 11. Kunjungan hormat ini turut disertai oleh TYT Dato’ Sri Dr Jamaludin bin Jarjis, Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

Semasa kunjungan hormat ini, kedua-dua pihak turut membincangkan perkara-perkara ke arah mengukuhkan hubungan dua hala. Selain dari itu, pihak Angkatan Tentera Amerika Syarikat, mengucapkan terima kasih kepada ATM di atas kerjasama yang diberikan oleh kerajaan Malaysia bagi membantu usaha-usaha pembangunan semula dan penjanaan keupayaan di peringkat antarabangsa melalui penglibatan tentera di dalam PBB.
read more...

Al-Fatihah utk arwah ibuku

Al-Fatihah

Di Pusara Bonda

Hari yang dilalui kini tak seindah semalam
Bintang yang bersinar sudah tiada lagi
Mentari yang memancar kini semakin suram
Bayangan wajahmu sudah tiada lagi

Apa yang harus ditangisi
Penyesalan sudah tiada gunanya
Biar airmata darah ku tumpahkan
Tak bisa mengundur masa

Kini bonda tiada lagi
Apa yang ada hanya secebis kenangan
Ditabir seribu penyesalan
Kerana belum sempat ku menabur budi
Kau pergi menghadap ilahi

Oh bonda..
Ampunilah segala dosa anakmu ini
Bukan sengaja aku mengasarimu
Bukan jua ingin ku sakiti hatimu
Apakan daya diri ini tak terdaya
Menahan gelora membara
Akhirnya kau tersiksa sendiri

Bonda andai ku punya waktu
Ingin ku abadikan diri kepadamu
Kerana kasih yang kau curahkan
Belum tentu terbalas
Dengan curahan budi yang kusiramkan

Pada tanggal 14hb Ogos 2010 genaplah 11 bulan arwah ibuku meninggalkan kami seisi keluarga. Ramadhan kali ini mengenangkan aku masa silam, arwah lah paling sibuk sediakan juadah berbuka puasa kegemaranku dan pada hari rayalah dia juga paling sibuk mengejutkan aku dari tidur utk ke Masjid. Pagi itu kami bersalaman bermaafan tp kali ini hadirnya ramadhan dan menjelangnya hari raya, tiada makna buatku lagi. Ku terkenankan arwah ibu.

InsyaAllah akhir ramadhan kali ini awal september, ku akan bawa diri jauh dari tanah air. Ku akan sambut hari raya di negara asing tempat suci umah Islam....Labbaik Allahumma Labbaik

Buat Sahabat Respeks Group (RG), Kelakarian Group (KLK) dan Taman2 Syurga Group (TTS). Terima kasih atas doa kalian semua terutama pada moderator RG, KLK dan TTS.

Tanggal 14hb September 2009 / 24 Ramadhan 1430 Hijrah, Hari Isnin Jam 5.00 pagi menjadi detik hitam dalam hidupku. Bondaku KALSUM BINTI DAUD telah kembali ke Rahmatullah "Pergi Takkan Kembali" meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya, untuk mengadap Penciptanya. Al-Fatihah buat bondaku tercinta, amin.

Ya Allah, Engkau ampunilah segala dosa bondaku,
Engkau cucurilah rahmat pada roh bondaku
Engakau rahmati dan berkatilah roh bondaku
Tempatkanlah bondaku bersama orang2 beriman dan beramal soleh
Para muslimin dan muslimat
Limpahkanlah kurniamu kepada roh bondaku
Selamatkan bondaku dari seksa kubur, azab neraka
Bahagiakanlah roh bondaku di sana
Sejahterakanlah roh bondaku di sana
Amin amin rabbi alamin.

Bonda maafkanlah anakmu ini kerana tidak sempat berada di sisimu untuk kali terakhir di saat dirimu menyahut seruan Ilahi buat selamanya.

Apakan daya anakmu berada jauh dari kampung halaman untuk mencari rezeki dan menyara keluarga kita.

Bonda anakanda masih ingat lagi pada hari sabtu tengahari, 13hb September 2009. Anakanda menerima panggilan telefon dari ayahanda dan kekanda supaya balik ke kampung secepat mungkin kerana dirimu kritikal dalam keadaan tenat dan nazak. Ayahanda beritahu tanda2 bonda akan meninggalkan kami telah ada. Sudah 4 hari bonda tidak makan minum, sekarang bertarung untuk hayat terakhir. Ayahanda maklumkan lagi, perubahan ketara boleh nampak pada bonda dan bila2 masa akan meninggalkan kami sekeluarga. Kami hanya di beritahu oleh ayahanda bersiap sedia segala kemungkinan berlaku dan kami kena berada di sisi bonda untuk kali terakhir. Inilah peluang terakhir kami untuk menjaga dan melihatnya, mungkin inilah ramadan terakhir kami sekeluarga sambut bersama bonda. Untuk sambut hari raya bersama tidak tahu sempat atau tidak lagi. Kami belum bersedia untuk berpisah dengan bonda tercinta tapi kami redha jika inilah takdir Allah terhadap bonda "Pergi Takkan Kembali".

Bonda anakanda amat menyesal kerana tidak balik menaiki pesawat tapi sebaliknya anakanda balik menaiki bas. Andai anakanda balik dengan pesawat tentu anakanda sempat berada disisimu untuk kali terakhir. Bonda maafkan anakmu.

Bonda pada hari kematianmu, anakanda menelefon kepada kekanda sebaik tiba di Banda Kuala Terengganu untuk menanya kabarmu dan kekanda mengatakan ibu tengah nazak. Sedang anakanda mencari taxi untuk balik ke kampung, kak long menalifon mengata bonda telah kembali ke rahmatullah dan pergi takkan kembali buat selamanya detik jam 5.00 pagi hari isnin 14hb September 2009. Masa itulah air mata ini berderai keluar dan anakanda menangis seadanya bonda. Anakanda kehilangan bonda buat selamanya dan hilangnya tempat bergantung serta tempat anakanda bermanja, mendapat kasih sayang. Bondalah orang yang paling rapat dengan anakanda dan menuruti segala kemahuan anakanda tapi anakanda tidak sempat menunaikan hajat bonda untuk kali terakhir. Bonda anakanda amat merindui belaian kasihmu.

Bonda disaat anakanda sampai ke rumah jam 6.00 pagi, dirimu sudah terbujur kaku, diselimuti dengan kain semuanya dan tidak bernafas lagi. Disisi dirimulah anakanda menangis dan sedekahkan ayat2 suci al-quran untuk rohmu dan orang2 kampunglah memujuk anakanda supaya bersabar dan menerima ketentuan Allah kerana Allah terlebih dahulu menyayangimu. Anakanda menyesal kerana tidak berada disisimu buat kali terakhir. Ayahandalah orang yang paling sedih kerana bonda meninggal disisi ayahanda. Ayahanda dengan sabar menjaga dirimu semasa hayatmu sakit, memandikanmu. Walaupun ayahanda mengawal air mata dari mengalir tapi anakanda melihat ada airmata di kelopak mata ayahanda. Dalam masa yang sama kekanda semua sedang sibuk memaklumkan kepada orang kampung dan saudara mara dari Terengganu dan Kelantan. Orang kampung datang bergilir2 menziarahimu buat kali terakhir dan berbincang segala urusan memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan jasabmu dan pengkebumianmu.

Bonda walaupun anakanda tidak sempat berada disisimu untuk kali terakhir tapi anakanda berbangga dapat menunaikan kewajipan dan tanggungjawap anakanda untuk kali terakhir. Anakanda masih ingat lagi, tangan inilah telah mengangkat jasadmu untuk dimandikan. Tangan yang telah engkau pegang, pimpin semasa kecil dan besar inilah menjadi saksi, yang telah memandikanmu dari dada ke kepala dan menyirami air ke seluruh tubuhmu dengan dibantu oleh Kak Long, Kak Dek dan beberapa orang kampung. Anakanda masih ingat disaat bonda hendak dimandikan, kecoh seketika. Dengan lantang anakanda menghalau kakak dari rumah turun kebawah kerana tidak mahu memandikanmu untuk kali terakhir. Air mata ini berderai mengalir bonda. Anakanda dinasihatkan bersabar dan jangan bersifat kebudak-budakan tapi anakanda tak boleh sabar dan tahan bonda.

Anakanda juga sempat menunaikan tanggungjawap anak menyembahkanmu dan mengangkap kerandamu ke kubur serta mengkebumikanmu detik jam 12.00 tengah hari pada hari dan tarikh yang sama.

Bonda anakanda masih ingat lagi 3 minggu sebelum bonda meninggal dunia, semasa bonda telantar di hospital. Bonda memeluk anakanda, mencium anakanda dan menangis disisi anakanda. Anakanda juga membalas segala pelukanmu, menciummu dan menangis disisimu. Bonda minta ampun maaf dengan anakanda dan sebaliknya. Walaupun anakanda sempat mohon ampun dan maaf pada dirimu tapi anakanda tidak sempat memenuhi hasrat dan permintaanmu semasa terlantar kat hospital untuk melihat anakanda berumahtangga dan supaya ada orang menjaga anakmu.

Seminggu sebelum bonda meninggal dunia, bonda sempat berkata "bonda sudah hendak mati","anakanda tidak sayangkan bonda tapi bonda amat sayangkan anakanda" sambil bonda menangis disisi anakanda dan bonda juga menderita kesakitan. betapa sayu dan sedihnya anakanda. bonda juga tidak berselera untuk makan minum. Walaupun bonda sakit, anakanda melihat bonda sempat juga bergurau senda dengan ayahanda. Anakanda dan kekanda senyum riang melihat telatah bonda dan ayahanda. Itulah kali terakhir anakanda melihat bonda semasa hidup.

Ayahanda memaklumkan 3-4 hari sebelum bonda meninggal dan sedang nazak dengan tidak makan minum. Bonda bertanyakan kabar anakanda dan ayahanda menasihati bonda lupakan segala hal dunia, ingat pada Allah sebanyak2nya dan mengucap kalimah syahadah. Bonda juga beritahu, bonda akan pergi dahulu dari ayahanda dan tidak boleh bersama ayahanda lagi. Bonda juga meminta ayahanda membaca surah yasin dan ayat suci al-quran yang lain. Ayahanda memenuhi permintaan bonda sehinggalah bonda menghembuskan nafas terakhir disisi ayahanda.

Kini bonda telah pergi takkan kembali, meninggalkan anakanda, ayahanda dan keluarga buat selamanya. Bonda sejak bonda meninggalkan kami, anakanda meratapi kematian bonda, hidup anakanda jadi tak menentu arah bonda. anakanda hilang selera makan, anakanda duduk dikerusi tempat bonda meninggal sambil termenung dan mengalir airmata. hajat bonda untuk meninggal di rumah dan segala urusan jenazah bonda buat di rumah menjadi kenyataan. Ke mana anakanda pergi teringatkan bonda sambil menangis.

Bonda ketahuilah olehmu, anakmu ini amat merinduimu, meratapi permergianmu, menyesali segala perbuatannya padamu dan juga tidak sempat memenuhi hajatmu yang terakhir. Walaupun anakanda sempat memenuhi hasratmu dan ayahanda untuk menunaikan fardu haji tahun 2008 bersama dapat ditunaikan. Banyak kisah2 bonda ayahanda di Tanah Sudi kawan2 anakanda bercerita dan gambar bonda ayahanda di tanah suci jadi pengubat hati anakanda.

Bonda hari ini tanggal 4hb Oktober 2009 merupakan ulangtahun kelahiranmu tapi kita tidak dapat sambut bersama.

Al-Fatihah untuk arwah bondaku KALSOM BT DAUD dan juga arwah kakakku yang meninggal semasa lahir, semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersama dikalangan orang2 beriman dan beramal soleh, amin.

Tentang Bondaku :

Nama : Kalsom Bt Daud
Lahir : 4hb Oktober 1946 di Kg Meranti Pasir Mas Kelantan.
Meninggal : 14hb September 2009 di Sungai Tong Setiu Terengganu.
Usia : 63 Tahun
Usia Bernikah : 14 Tahun
Anak : 9 Orang - 8 Perempuan, 1 Lelaki dan seorang dah meninggal dunia semasa lahir. Ada sepasang anak kembar perempuan lelaki.

Suami : Mohamed Zain Bin Yusoff
Usia : 65 Tahun
Lahir : 22hb Jun 1944 di Kg Perol Jenerih P.Mas Kelantan.
Usia Bernikah : 16 Tahun

Nukilan Rasa
Mohammad Nakhaie Bin Mohamed Zain (naim)
Tarikh : 4hb Oktober 2009
Jam : 5.00 Petang

http://riwayat- hidupku.blogspot .com/2009/ 10/di-pusara- bonda.html

()"" ' )
( ,'o' )") Nakhai’e
(,,)(")(") "
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.
read more...

Khamis, 12 Mei 2011

Seminar SMR TD Tahun 2011

Seminar_SMR_TD_2011

KUALA LUMPUR - Peranan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) dalam pembentukan sahsiah anggota Tentera Darat amat penting kerana SMR adalah penghubung atau jambatan di antara pegawai atasan dan anggota bawahan. Oleh yang demikian, kredebiliti dan keterampilan semua SMR amat penting untuk menzahirkan organisasi yang utuh dan mantap.

Perkara tersebut ditekankan secara panjang lebar oleh Jen Dato’Sri Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Tentera Darat semasa majlis penutup Seminar SMR Peringkat Tentera Darat Tahun 2011 di Auditorium Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD). Hadir sama Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Wira Hj. Zulkifli Zainal Abidin dan pegawai kanan TD.

Dalam ucapanya, PTD menjelaskan tentang cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh TD dalam menentukan kesiapsiagaan tempur, pembangunan angkatan dan kualiti hidup dapat dibangunkan melalui trilogy Modal Insan (Man) – Mesin (Machine) – Tatacara (Method). Mengulas mengenainya beliau berkata setiap perkara sentiasa dikaji dan dikonsolidasi bagi mamastikan ketiga-tiga elemen tidak terjejas disebabkan beberapa kekangan yang dihadapi.

Seminar tahun ini dihadiri oleh 164 orang SMR dari Markas-Markas Formasi, Pusat Latihan dan Rejimen. Seminar diadakan dalam bentuk kolokium dengan menampilkan panel yang berpengalaman. Di antaranya tajuk pembentangan adalah Falsafah Kembali ke Asas (Back to Basic), Etos Kenteraan, Pengukuhan Undang-undang, Psikologi dan Kaunseling dan Hala Tuju Tentera Darat.
read more...

Reunion 1 RRD

reunion1rrd

Markas Tentera Darat telah menerima tetamu luar negara yang dianggap sebagai tetamu yang amat istimewa. Mereka merupakan sekumpulan 25 bekas pegawai tentera British dan ahli keluarga yang bertanggungjawab melatih kumpulan pertama anak watan Sarawak berbangsa Iban menyertai Rejimen Renjer DiRaja.

Kehadiran mereka ini dianjurkan oleh JK Bekas Renjer Sarawak (berpengkalan di Kuching) dan ditaja sepenuhnya oleh sebuah organisasi di mana yang pengerusinya merupakan salah seorang bekas pegawai RRD. Objektif penganjuran acara ini yang bermula mulai 28 Apr hingga 2 Mei 11 di antaranya adalah:

- Menghargai perintis-perintis yang berjaya menubuhkan Batalion Pertama Rejimen Renjer, di mana sehingga kini RRD berkembang kepada 10 batalion.

- Memberi peluang kepada semua bekas anggota 1 RRD berkhidmat di antara 1963 hingga 1967 berkumpul semula di suatu majlis yang dirancang khusus.

- Memberi peluang kepada pihak Tentera Darat untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai sejarah Rejimen Renjer DiRaja atau mendapatkan maklumat tambahan yang boleh memperkukuhkan asas sejarah.

- Menghargai pengorbanan wira Renjer yang terkorban sewaktu menjalankan tugas operasi.

- Memperlihatkan kepada perintis 1 RRD mengenai perkembangan RRD khususnya dan TD amnya. Seramai 25 bekas pegawai British yang terdiri dari 16 bekas pegawai manakala selebihnya adalah isteri atau saudara kepada bekas pegawai yang pernah berkhidmat dengan Batalion Pertama Rejimen Renjer seawal tahun 1963 sehinggalah kerajaan British menyerahkan secara rasmi Batalion Pertama Renjer sebagai sebuah batalion yang berkeupayaan beroperasi sepenuhnya serta mengambil alih tanggungjawab menjaga kedaulatan negara.

Selain itu, JK bekas pegawai dan anggota RRD Kawasan Sarawak juga turut mengkordinasikan pergerakan bekas pegawai Renjer dari Semenanjung dan kira-kira lebih kurang 600 bekas anggota yang pernah berkhidmat dengan Batalion Pertama Renjer pada tahun 1963/1964.

TD juga turut menganjurkan satu majlis jamuan makan malam WIsma Perwira 3 Bgd. Acara diserikan dengan sambutan ketibaan deligasi dengan tarian ngajat seterusnya mereka berpeluang menyaksikan pameran yang disediakan khusus untuk mereka oleh pasukan 1 RRD.

Saat yang mengujakan adalah di mana semua deligasi dari UK, Semananjung dan Sarawak dikumpulkan di Amphi Theater bagi acara bergambar.

Di antara peristiwa lain yang mengejutkan para hadirin adalah pengumuman Tan Sri Ahmad Johan yang berprihatin menubuhkan Yayasan 1 Renjer dengan menyumbangkan dana sebanyak Ringgit Malaysia Satu Juta bagi aktiviti kebajikan bekas anggota yang pernah berkhidmat mulai tahun 1963 sehingga 1971.

Acara kemuncak kepada reunion merupakan majlis makan malam yang diadakan di Sarawak Chamber, Riverside Majistic Hotel. Di antara tetamu yang hadir adalah Timbalan Panglima Tentera Darat Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Dato’ Wira Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, Brig Jen (K) Tan Sri Ahmad Johan TUDM dan Pengerusi RRD Mej Jen Datuk Mohd Zaki bin Hj Mokhtar.
read more...

Kejohanan Golf Tentera Darat Tahun 2011

Golf_TD_2011

Satu pertandingan Golf TD bagi Tahun 2011 telah diadakan di Port Dickson Golf and Country Club, Port Dickson, Negeri Sembilan bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun TD yang ke-78. Pertandingan ini telah dilaksanakan selama 2 hari iaitu mulai 7 hingga 8 Mei 2011. Seramai 120 pemain telah mengambil bahagian pada kejohanan utama manakala 100 pemain pula telah menyertai pada acara jemputan. Timbalan Menteri Pertahanan telah sudi bersama-sama menyertai acara kejohanan ini. RAJD telah menjadi Johan di dalam pertandingan antara Kor pada tahun ini diikuti oleh KPD dan tempat ketiga telah menangi oleh RRD. Bagi acara individu telah dimenangi oleh PW II Shaharudin bin Md Saleh daripada KPD dan hadiah telah disampaikan oleh Panglima Tentera Darat.
read more...

Pengiktirafan Kedua Hall of Fame Kepada PTD

Lawatan_PTD_Thai_1

BANGKOK - Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin kini dalam sesi lawatan rasmi ke Thailand selama 3 hari. Lawatan kali ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi persefahaman dan perhubungan dua hala dalam isu-isu berkaitan keselamatan dan pertahanan di antara dua buah negara.

Ketibaan PTD di Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok disambut oleh Jeneral Wilas Aroonsri, Asisten Ketua Staf Perisikan Tentera Darat Diraja Thailand dan Penasihat Pertahanan Malaysia di Thailand, Brig Jen Dato’ Azmy bin Hj Yahya.

Semasa sesi lawatan ke Royal Thai Army Command and Staff College (RTA C & SC), PTD telah dianugerahkan sijil Distinguish Alumnus oleh Panglima Tentera Darat Diraja Thailand, Jeneral Prayut Chan-O-Cha dan nama PTD telah dipahat di Hall Of Fame kolej itu.

Pengiktirafan ini merupakan pengiktirafan kedua yang diterima oleh PTD selepas pengiktirafan Hall of Fame dari United States of America.

Terdahulu, PTD membuat kunjungan hormat ke atas Panglima Tentera Darat Diraja Thailand, Jeneral Prayut Chan-O-Cha di Markas Tentera Darat Diraja Thailand.
read more...