Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Isnin, 16 Julai 2012

Wasiat pejuang







WASIAT PEJUANG..

”Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu.
Seandainya ada 10 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu.
Seandainya hanya tinggal seorang pejuang Islam, pastikan dia ialah kamu....”
(Abu al-A’la al-Maududi)

Share this topic on Facebook

read more...

Jumaat, 13 Julai 2012

Lelaki Bosnia berjalan kaki ke Makkah menunaikan Haji 2012

Jika org lain sanggup berjln kaki, bebasikal atau belayar beribu ribu batu jauhnya hanya utk mencipta nama & sejarah dlm hidup, saudara kita ini melakukannya kerana Allah SWT.

Marilah sama2 kita berdoa agar saudara kita ini berjaya dlm niat murninya. Amin.

Lelaki Bosnia berjalan kaki ke Makkah menunaikan Haji



Demi memenuhi salah satu rukun Islam yang ke lima . Seorang lelaki Bosnia telah memulakan perjalanan untuk menunaikan haji dan mempersiapkan diri untuk menyeberang ribuan batu dengan berjalan kaki. Laporan daripada The Muslim Village portal pada Khamis Mac 15 yang lalu.

"Jujur saja sebelum saya memulakan perjalanan ini semua orang bimbang terhadap saya menanyakan bagaimana saya, sebagai seorang Muslim boleh memulakan perjalanan meskipun melalui negara-negara Kristian seperti Serbia dan Bulgaria" kata Senad Hadzic 47 tahun.

Bercita-cita untuk melakukan haji iaitu pada akhir Oktober nanti Hadzic akan berangkat untuk melakukan perjalanan panjangnya dari kampung halamannya di utara Bosnia pada Disember 2011.

Jaraknya kira-kira 3600 batu dari Bosnia ke Mekah dan ia akn menempuh di antara 12 hingga 20 batu setiap hari.

Dalam beg di belakangnya ia membawa mushaf Al-Qur'an dibungkus dalam plastik untuk melindunginya dari cuaca yang tak menentu.

Dia juga membawa peta dan bendera dari enam negara yang akan diseberanginya. Dia telah berjalan sejuah 600 batu setakat ini dan tentunya menghadapi bermacam-macam masalah.

Di Istanbul contohnya dia terkandas selama 20 hari dan berusaha untuk mendapatkan kebenaran untuk berjalan menyeberangi Jambatan Bosphorus yang menghubungkan Eropah ke Asia yang terbuka hanya untuk kenderaan.

Pada akhirnya berjaya ia memutuskan untuk meneruskan perjalanan menuju Makkah walaupun tanah Syria sedang bergolak.

"Saya akan memberitahu anda bahawa perjalanan ini telah mempunyai berjuta-juta masalah" kata Hadzic.

"Saya akan menjelaskannya kepada anda seperti ini: Insya Allah, saya akan masuk Asia hari ini, dan kemudian Syria. Dan saya tidak takut tank atau peluru, hanya Allah. Dan apabila saya boleh sampai ke Makkah dan saya akan berdoa untuk kita semua."

Jutaan Muslim dari seluruh dunia berkumpul di Mekah setiap tahun untuk menunaikan haji, salah satu daripada lima rukun Islam. Setiap Muslim dewasa yang berbadan sihat dan yang secara kewangan mampu membayar perjalanan haji wajib melakukan tuntutan ini sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.

Setelah berjalan melalui pelbagai negara, Hadzic mendapat banyak pengalaman dan menerima banyak kebaikkan daripada banyak orang.



"Ada seorang tua bijaksana Turki muncul dan ketika ia tahu bahawa saya datang dari Bosnia ke Istanbul dengan berjalan kaki maka ingin memberika saya duit supaya saya naik di dalam pesawat dan terus ke Makkah untuk haji" kata Hadzic.

"Tapi saya saya menolaknya." Musafir dengan bekalan duit yang sedikit, Hadzic mengatakan dia sangat menghargai pada kebaikan orang asing dalam perjalanan panjangnya.

"Di Serbia orang keluar di jalan dan memberi saya topi atau kaus kaki" kata Hadzic.

"Dalam satu cerita seorang profesor di Serbia mengundang saya untuk tinggal di rumahnya. Ini profesor Serbia yang beragama Kristian mengatakan kepada saya bahawa saya adalah muslim pertama yang melangkah di rumahnya dalam hidupnya. Ini adalah kehormatan besar bagi saya."

Hadzic mengatakan ia harus melakukan perjalanan dengan berjalan kaki kerana Allah membantunya dalam mimpi melihat perjalanan ini sebagai manfaat untuk dirinya sendiri dan semua orang yang ditemuinya.

"Dengan Langkah ini saya membuktikan bahawa semua yang saya lakukan adalah kerana kasih saya kepada Allah" kata Hadzic.

"Demi apapun yang ada di dunia saya tidak akan menghentikan apa yang saya lakukan." Meskipun belum setengan jalan namun banyak hal yang telah Hadzic pelajari.

"Pengalaman yang paling beharga yang saya dapat ialah, belajar erti 'berterima kasih' dan bersyukur dengan apa yang ada. Orang-orang miskin yang tinggal di luar bandar mencintai Allah dan menyokong saya dengan kemurahan hati" kata Hadzic.
read more...

Jumaat, 6 Julai 2012

Apabila kerani ada degree

Bila SPA membenarkan membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sektor awam, ia membawa 1001 kebaikan dan keburukan. Antara kebaikannya mungkin lambakan2 graduan degree yang masih belum dapat kerja tu peluang untuk mereka masuk ke gomen lebih cerah sebab boleh memohon macam2 jawatan sama ada pegawai, PTD ataupun jawatan yang tidak memerlukan pun sijil degree mereka seperti pembantu tadbir, office boy, driver dan sebagainya.

Tapi antara keburukannya adalah mereka mungkin akan menutup peluang orang2 yang hanya berkelulusan SPM yang mana jawatan yang mereka boleh pohon dalam gomen terhad dan juga mungkin bila orang yang ada degree ini membuat kerja2 bagi jawatan yang berkelulusan SPM, perkara2 seperti di bawah boleh berlaku.








Setuju atau tidak? Atau mungkin anda rasakan ada kelebihan atau keburukan yang lain.
read more...

Kudung kaki bukan alasan tidak solat


Kekurangan bukan kendala untuk ketaatan. Rasanya malu melihat foto seorang bapak ini. Di tengah keterbatasan fisik, beliau begitu semangat menunaikan sholat di masjid. Padahal bisa saja ia sholat dalam posisi duduk melihat kondisi tungkai kaki kanannya yang terpotong mulai dari bagian lutut ke bawah.

Namun subhanalloh, terlihat di salah satu masjid perkantoran, ia bersungguh-sungguh memperlihatkan keseriusan dalam posisi sholat yang sempurna. Bisa dibayangkan berdiri di atas satu kaki dalam waktu yang tidak sebentar.

Semoga gambar ini mampu memotivasi kita untuk lebih mensyukuri setiap anugerah yang telah Allah berikan. Termasuk mengingatkan kita akan keseriusan dalam ketaatan menuju Yang Maha Menggenggam Jiwa.

Sumber:

http://www.iswandibanna.com/2012/06/harusnya-kita-malu-melihat-gambar-ini.html
read more...

Aurat tidak dijaga


"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan cium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sama-samalah kita berpesan pada sahabat-sahabat muslimat kita semua supaya lebih menjaga aurat, biarpun sudah tertutup segalanya, tapi lebih elok dikemaskan lagi dengan cara pemakaian yang sempurna, barulah nampak cantik!
read more...

Datuk Lee Chong Wei dilantik Leftenan Komander (Kehormat)


KUALA LUMPUR 5 Julai 2012 - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Panglima Angkatan Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar memakaikan pangkat Leftenan Komander Kehormat kepada Datuk Lee Chong Wei pada majlis pemakaian pangkat pasukan simpanan TLDM di Wisma Pertahanan, di sini hari ini. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN
read more...

Komando selamatkan kanak-kanak dari mati lemas

Foto: Kisah ini adalah cerita benar dan baru sahaja berlaku (kelmarin) yang melibatkan seorang anggota Gerakkhas dari 21 komando yang telah menyelamatkan nyawa seorang kanak2 walaupun pada ketika itu beliau tidak bertugas dan sedang menunggu sebuah kenderaan tentera untuk menjemputnya kembali ke ke iskandar (kalau tak salah).  Peristiwa ini berlaku pada sekitar jam 6 petang di perhentian Jeti Mersing. Abg komando kita ini baru sahaja sampai di kawasan sekitar itu setelah turun dari bas. Sambil beliau sedang duduk menantikan kenderaan yang dijanjikan oleh salah seorang koperalnya? beliau terdengar satu jeritan orang ramai yang meminta tolong dari Jeti tersebut.  Tanpa berlengah lagi abg komando kita ini terus belari kearah suara orang ramai yang meminta pertolongan tad, Sesampai sahaja dia di jeti tersebut? beliau terlihat ada seorang budak yang sedang tengelam timbul dipermukaan laut  dan seperti sedang kelemasan. Beliau melihat diantara orang2 yang mula berkerumun itu tak ada siapa pun nampak nya ingin membantu selain dari hanya melihat anak kecil itu mati kelemasan dihadapan mereka.  Abg komando kita dengan hanya sempat mengeluarkan dompetnya dari seluar (mungkin takut dompetnya basah) terus  terjun kedalam air untuk menyelamatkan anak itu walaupun terjunan itu sebenarnya berisiko kerana ia dibuat di kawasan yang terdapat pokok bakau mati. Dengan latihan dan kepantasan beliau berfikir dalam keadaan kecemasan anak itu akhirnya dapat diselamatkan dan dibawa naik kedarat.  Kejayaan abg komando kita ini menyelamatkan seorang kanak2 yang hampir mati lemas telah disambut dengan tepukan yang bergemuruh oleh orang2 sekitar yang sedang berkerumun menyaksikan adegan REAL DEMO dari anggota gerakhas kita. Seorang wanita telah berlari mendapat kan anak itu dan bersyukur kanak2 itu selamat.   Tak tahu bagaimana hendak membalas budi abg komando kita ini wanita dan teman lelakinya telah menghulurkan RM50.00 diulangi RINGGIT MALAYSIA LIMA PULUH SAHAJA sebagai bayaran penghargaan jasa2 abg komando ini menyelamatkan nyawa.  Abg Komando kita merasa sangat terhina bukan kerana nilai 50 ringgit itu tapi dengan pemberian itu seolah2 jasa nya itu boleh dibayar dgn wang ringgit tak pun memang dia bekerja mencari upah menyelamatkan orang lemas di Jeti Mersing itu.  Wang kertas itu telah direnyuk dan dibaling kearah muka wanita yang memberinya tadi. Lalu berderai2 sumpah dan nasihat diberikan kepada pasangan tersebut ( yang mana kanak2 itu adalah anak saudara pada wanita itu dan dia berada disitu untuk berjumpa dgn teman lelaki nya)  Kepada yang menyaksikan sendiri kejadian tersebut ...sila lah membetulkan apa sahaja kesalahan fakta yang terdapat dalam cerita ini. Dan kepada wanita itu....cuba lah fikir masak2 bahawa tindakan awak memberi wang itu lebih kepada menghina  anggota komando itu daripada menghargai jasa beliau.  Kalau lah admin jadi wanita...budak komando itu automatik jadi anak/saudara admin. kat situ juga admin akan mengaku dia adalah saudara admin dan ingin terus berhubung dengan beliau untuk terus mengeratkan tali persaudaraan yang baru sahaja terikat itu tadi. Admin sendiri akan menalifon ibunya dan memberitahu kepada ibunya bahawa anak kesayangan beliau telah melakukan satu jasa yang tak terbalas oleh admin. TERIMA KASIH KEPADA IBU2 YANG TELAH MELAHIRKAN PERWIRA NEGARA.

Liked · 9 jam yang lalu


Jumaat 06 Jul 12 - Kisah ini adalah cerita benar dan baru sahaja berlaku (kelmarin) yang melibatkan seorang anggota Gerakkhas dari 21 komando yang telah menyelamatkan nyawa seorang kanak2 walaupun pada ketika itu beliau tidak bertugas dan sedang menunggu sebuah kenderaan tentera untuk menjemputnya kembali ke kem iskandar (kalau tak salah).

Peristiwa ini berlaku pada sekitar jam 6 petang di perhentian Jeti Mersing. Abg komando kita ini baru sahaja sampai di kawasan sekitar itu setelah turun dari bas. Sambil beliau sedang duduk menantikan kenderaan yang dijanjikan oleh salah seorang koperalnya? beliau terdengar satu jeritan orang ramai yang meminta tolong dari Jeti tersebut.

Tanpa berlengah lagi abg komando kita ini terus belari kearah suara orang ramai yang meminta pertolongan tadi, Sesampai sahaja dia di jeti tersebut, beliau terlihat ada seorang budak yang sedang tengelam timbul dipermukaan laut dan seperti sedang kelemasan. Beliau melihat diantara orang2 yang mula berkerumun itu tak ada siapa pun nampak nya ingin membantu selain dari hanya melihat anak kecil itu mati kelemasan dihadapan mereka.

Abg komando kita dengan hanya sempat mengeluarkan dompetnya dari seluar (mungkin takut dompetnya basah) terus terjun kedalam air untuk menyelamatkan anak itu walaupun terjunan itu sebenarnya berisiko kerana ia dibuat di kawasan yang terdapat pokok bakau mati. Dengan latihan dan kepantasan beliau berfikir dalam keadaan kecemasan anak itu akhirnya dapat diselamatkan dan dibawa naik kedarat.

Kejayaan abg komando kita ini menyelamatkanseorang kanak2 yang hampir mati lemas telah disambut dengan tepukan yang bergemuruh oleh orang2 sekitar yang sedang berkerumun menyaksikan adegan REAL DEMO dari anggota gerakhas kita. Seorang wanita telah berlari mendapat kan anak itu dan bersyukur kanak2 itu selamat.

Tak tahu bagaimana hendak membalas budi abg komando kita ini wanita dan teman lelakinya telah menghulurkan RM50.00 diulangi RINGGIT MALAYSIA LIMA PULUH SAHAJA sebagai bayaran penghargaan jasa abg komando ini menyelamatkan nyawa.

Abg Komando kita merasa sangat terhina bukan kerana nilai 50 ringgit itu tapi dengan pemberian itu seolah2 jasa nya itu boleh dibayar dgn wang ringgit tak pun memang dia bekerja mencari upah menyelamatkan orang lemas di Jeti Mersing itu. Wang kertas itu telah direnyuk dan dibaling kearah muka wanita yang memberinya tadi. Lalu berderai2 sumpah dan nasihat diberikan kepada pasangan tersebut ( yang mana kanak2 itu adalah anak saudara pada wanita itu dan dia berada disitu untuk berjumpa dgn teman lelaki nya)

Kepada yang menyaksikan sendiri kejadian tersebut sila lah membetulkan apa sahaja kesalahan fakta yang terdapat dalam cerita ini. Dan kepada wanita itu, cuba lah fikir masak2 bahawa tindakan awak memberi wang itu lebih kepada menghina anggota komando itu daripada menghargai jasa beliau.

Kalau lah admin jadi wanita...budak komando itu automatik jadi anak/saudara admin. kat situ juga admin akan mengaku dia adalah saudara admin dan ingin terus berhubung dengan beliau untuk terus mengeratkan tali persaudaraan yang baru sahaja terikat itu tadi. Admin sendiri akan menelefon ibunya dan memberitahu kepada ibunya bahawa anak kesayangan beliau telah melakukan satu jasa yang tak terbalas oleh admin. TERIMA KASIH KEPADA IBU2 YANG TELAH MELAHIRKAN PERWIRA NEGARA.

Sumber : Cerita di olah oleh Admin Page FB Rejimen Gerak Khas.
read more...