Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Sabtu, 25 Jun 2011

Bekas tentera diserap ke Jabatan Penjara


AHMAD Zahid Hamidi menyerahkan replika buku akaun bank kepada seorang banduan yang merupakan sebahagian Program Blue Ocean Strategy Kementerian Pertahanan pada majlis perasmian Pusat Pemulihan Pemasyarakatan di Kem Desa Pahlawan Bukit Cina, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU 21 Jun – Kementerian Pertahanan mencadangkan anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan diserapkan ke dalam Jabatan Penjara.

Langkah itu bertujuan mengisi kekosongan memandangkan golongan tersebut telah memiliki kemahiran dan mendapat latihan yang secukupnya.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pada masa kini, pihaknya sedang berbincang dengan Ketua Pengarah Jabatan Penjara dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi melaksanakan cadangan itu.

“Ini adalah usaha baru kita untuk anggota tentera. Sebelum ini, seramai 100 bekas tentera telah diserap ke dalam pasukan Polis Diraja Malaysia dan jumlah mereka yang memohon untuk menyertainya kini lebih 500 orang.

“Anggota tentera ini telah mendapat latihan yang secukupnya dan mereka hanya perlu menjalani kursus yang singkat dari aspek perundangan sahaja untuk diserapkan ke dalam Jabatan Penjara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan di Kem Desa Pahlawan di sini, hari ini.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain; Ketua Pengarah Penjara, Datuk Zulkifli Omar dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, Datuk Md. Alwi Che Ahmad.

Pusat pemulihan itu merupakan kerjasama di antara kementerian tersebut dengan Jabatan Penjara bagi menempatkan banduan untuk mengikuti pemulihan sebelum kembali ke pangkuan keluarga. Ia merupakan pusat yang kelima dibina dalam kawasan kem tentera.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pihaknya memohon peruntukan khas daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan untuk mengadakan program khusus bagi ‘orang yang diselia’ (ODS) di pusat tersebut menjalankan aktiviti dobi untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

“Kita telah mempelbagaikan kemahiran kepada ODS, kalau di Gemas dan juga di Kem Mahkota Keluang ada kemahiran tertentu yang kita lakukan bersama dengan Jabatan Penjara, di sini kita bawa mereka membuat persiapan sebagai usahawan dan pekerja di sektor awam atau swasta.

“Jadi, kami membuat permohonan ini kepada Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan untuk menunaikan tanggungjawab kami bagi menterjemahkan Blue Ocean Strategy,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, setakat ini, seramai 1,200 ODS sedang menjalani latihan di lima kem di seluruh negara termasuk 400 orang di Gemas.

Menurutnya, mereka yang menjalani latihan di pusat berkenaan dibayar elaun bulanan hasil pekerjaan mereka melalui akaun AmBank.

Dalam pada itu, katanya, kementerian tersebut tidak menolak kemungkinan untuk membina ‘bilik barakoh’ bagi memberi peluang kepada ODS di pusat terbabit untuk ‘bersama’ dengan isteri mereka.

“Ia tertakluk kepada kesesuaian dan tidak menyalahi peraturan pemulihan. Itu pun jika diizinkan oleh undang-undang, di luar negara sudah ada, di negara ini belum ada lagi,” katanya.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Bekas tentera diserap ke Jabatan Penjara"

Catat Ulasan