Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa yang gembira dengan datangnya
bulan Ramadan, Allah haramkan jasadnya daripada sentuhan api neraka."
Safwak Sa'adallah al-Mukhtar
menceritakan, pada suatu hari ada sepasang suami isteri yang kaya raya sedang
makan bersama-sama di rumah mereka.
Tiba-tiba pintu rumah diketuk seseorang.
Setelah dibuka ternyata seorang pengemis meminta-minta.
Melihat pengemis itu, isterinya sangat
kasihan dan hiba dan ingin memberikan sesuatu.
Dia meminta izin daripada suaminya
bolehkan dia memberikan sesuatu kepada pengemis itu.
Suaminya dengan suara kasar berkata:
"Usir sahajalah, tutup pintu itu dan mari makan."
Setelah masa berlalu, kehidupan keluarga
itu mengalami masa suram. Perusahaan makin merosot dan menanggung banyak
hutang. Keluarga itu jatuh miskin, rumah tangga mereka kelam kabut sehingga
berlaku perceraian.
Kata Safwak, suaminya sangat menderita
dan bekas isterinya itu berkahwin pula dengan seorang pengusaha kaya dari
daerah lain.
Pada suatu hari, ketika pasangan suami
isteri yang baharu itu sedang makan bersama-sama, tiba-tiba pintu rumah
diketuk.
Setelah dibuka, ternyata yang datang itu
seorang pengemis yang meminta belas kasihan.
Wanita (isterinya) masuk dan meminta
izin pada suaminya: "Bolehkah saya memberikan sesuatu kepada pengemis
itu?"
Lalu dijawab suaminya: "Boleh,
boleh... berilah dia makan. Mana tahu dia sangat lapar dan berjalan dari daerah
yang jauh."
Setelah pengemis itu diberi makan,
alangkah terkejutnya si isteri, kerana ternyata yang dia beri makan itu adalah
bekas suaminya.
Dia menangis kerana merasa prihatin dan
hiba. Melihat keadaan itu, si suami dengan hairan lalu bertanya: "Mengapa
engkau menangis isteriku, adakah saya salah kalau menyuruhmu memberi makan
kepada pengemis itu?"
Isterinya menggeleng kepala dengan nada
sedih teresak-esak lantas berkata: "Saya sangat beruntung mendapatkan
suami yang baik sepertimu. Namun saya sedih melihat perjalanan takdir hidup
bagi seseorang yang sungguh menakjubkan hati, maafkan saya."
Akhirnya si isteri berkata:
"Tahukah engkau suamiku, siapa pengemis yang kita beri makan di luar itu?
Dia adalah bekas suamiku yang pertama dahulu."
Mendenar kata-kata itu, suaminya
terkejut namun tetap memperlihatkan sikap arif.
Beberapa saat kemudian, suaminya
bertanya: "Tahukah engkau, siapa saya yang saat ini menjadi suamimu
ini?" Isterinya menjawab, "Tidak tahu."
Kemudian suaminya berkata: "Suamimu
ini adalah pengemis yang pernah diusir dahulu oleh bekas suamimu dan Allah berikan
kepadaku rezeki hingga aku punya harta dan memberi pula rezeki-Nya hingga kita
pun dipertemukan Allah dalam satu ikatan akad sebagai suami isteri yang
insya-Allah mawaddah wa rahmah."
Kisah di atas mengajar kita bahawa hidup
dan kehidupan ini sesungguhnya seperti roda.
Kerap kali kita menyangka bahawa apa
yang kita peroleh hari ini tidak akan berubah esok atau lusa tetapi tidak
mustahil juga hilang dalam sekelip mata.
Hanya kerana kecuaian dan keangkuhan
kita terhadap sesama insan, kita menutup pintu pada orang yang miskin dan
kelaparan. Natijahnya, tertutup pintu rezeki rezeki kita.
Dalam al-Quran dinyatakan: "Dalam harta kamu ada hak peminta-minta
(sedekah)."
Ibadat puasa mendidik kita bahawa
sesuatu yang diberikan, waima seteguk air, sesuap nasi atau seulas kurma akan
menjadikan kita tetap kaya dalam erti nilaian pahala berlipat kali ganda di
sisi Allah SWT.
Ibadat puasa dapat menambah apa yang
ada, menutupi kekurangan serta membuka pintu rahmat, rezeki, berkat dan hikmah
Allah SWT.
Untuk mendapatkan apa yang kita
perlukan, maka berpuasalah untuk mendapat kemaafan Allah. Berpuasalah untuk
memperoleh syurga. Bahkan untuk memohon segala hajat kepada Allah maka
berpuasalah.
Ibnu Abbas RA berkata: "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda
bermaksud 'andai umatku tahu tentang rahsia yang terkandung dalam Ramadan,
pasti mereka mengharap seluruh bulan dalam setahun menjadi bulan Ramadan, sebab
Ramadan menghimpun segala kebaikan, doa-doa yang mustajab (dipenuhi), dosa
mereka diampunkan dan syurga merindukan mereka."
Oleh IBRAHIM ABDULLAH
-----------------------------------------------------------
PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL
UMRAH
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
UPAH HAJI
|
RM 1400
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
UPAH HAJI PLUS
|
RM 2000
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI EXTRA
|
RM 2450
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI UZUR
|
RM 1900
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
Upah Umrah
|
RM 300
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
Upah Umrah Ramadhan
|
RM 400
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES (NS0103441-W)
|
Ibu Pejabat
|
|
No. 41, Jalan Siantan 3,
Taman Seri Paroi,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
|
Tel / Fax : 06-762 0817
Hotline : 013-212 7799
Website : www.raudhah2u.my
Weblog :
www.badalhaji1.blogspot.com /
www.badalhaji2u.blogspot.com
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com
|
|
Mohammad Nakhaie Hj Mohamed Zain
|
Pengurus HQ
|
H/P : 013-212 7799
|
0 ulasan: on "Ramadan sarat ganjaran"
Catat Ulasan