Kelebihan puasa Ramadan tidak dapat disangkal, maka pendidikan mengenai
kewajipan melaksanakan ibadah ini perlu ditekankan seawal usia anak-anak.
SEBAGAIMANA ibadat-ibadat lain,
kewajipan berpuasa pada bulan Ramadan yang merupakan rukun Islam yang ketiga
ada tujuan dan matlamatnya.
Antaranya, ibadat puasa adalah bagi
pembinaan takwa sebagaimana penegasan Allah dalam dalam al-Quran yang
bermaksud: Hai orang-orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana yang
diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar bertakwa. (Al-Baqarah: 183)
Pun begitu sebagaimana ibadat-ibadat
lain dalam Islam yang tidak membebankan penganutnya, demikian halnya dengan
ibadat puasa, dalam beberapa keadaan, kecuali berpuasa pada bulan Ramadan.
Bagaimanapun pengecualian sama ada
kepada golongan wanita dalam keadaan haid atau bagi menyusukan bayi, orang yang
dalam musafir dan yang uzur syari'e, mereka kena menggantikan (qada) puasa
wajib bulan Ramadan pada bulan yang lain.
Tidak seperti sembahyang, kaum wanita
yang meninggalkan kerana haid atau nifas tidak diwajibkan qada bagi
sembahyang-sembahyang waktu yang ditinggalkan.
Pengecualian daripada kewajipan berpuasa
dan tuntutan mengqadanya, kalau tidak mampu qada kena dibayar fidyah
sebagaimana terkandung dalam firman-Nya yang bermaksud: (Iaitu) dalam
beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa di antara kamu ada yang sakit
atau dalam musafir (lalu ia berbuka), (maka wajib baginya berpuasa) sebanyak
hari yang ia yang tinggalkan itu berbuka) pada hari-hari yang lain. Dan wajib
atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya)
membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Barang siapa yang dengan
sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih daripada yang ditentukan itu, maka
itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih
baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (Al-Baqarah: 184)
Jika dibandingkan dengan sembahyang yang
diwajibkan melakukannya lima waktu sehari semalam sepanjang tahun, puasa hanya
diwajibkan sebulan dalam setahun.
Maka munasabahlah kalau terpaksa
ditinggalkan, ia diwajibkan qada.
Ini kerana puasa bulan Ramadan sangat
tinggi nilainya iaitu setiap amalan yang dilakukan diberikan pahala berganda.
Malah ada satu malamnya bila dilakukan
sesuatu amalan pahalanya sama nilainya dengan melakukan amalan 1,000 bulan.
Sedangkan umat Nabi Muhammad SAW hampir
tidak ada yang hidupnya sampai 1,000 bulan.
Demikianlah betapa Allah dalam ketegasan
memerintahkan hamba-hamba-Nya melaksanakan titah perintah-Nya, masih juga
diberi kelonggaran supaya hamba-hamba-Nya tidak merasa terbeban dengan apa yang
tidak mampu mereka lakukan. Namun ini bukan bermakna diberi kesempatan untuk
tidak dilaksanakan terus.
Oleh itu, adalah amat wajar diberi
seksaan yang amat pedih bagi hamba-hamba Allah SWT yang masih liat menunaikan
titah perintah-Nya dan memilih menyertai syaitan dan iblis laknatullah melakukan
apa yang dilarang-Nya.
Apatah lagi dari masa sepanjang 24 jam
sehari semalam, hanya kira-kira separuh darinya sahaja yang ditegah daripada
makan dan minum serta diharamkan berbuat apa yang dihalalkan pada bulan biasa.
Oleh RAMLI ABDUL HALIM
PENULIS ialah bekas pelajar Madrasah Al-Balaghulmubin, Rong Chenak, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan.
-----------------------------------------------------------
PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL
UMRAH
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
UPAH HAJI
|
RM 1400
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
UPAH HAJI PLUS
|
RM 2000
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI EXTRA
|
RM 2450
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI UZUR
|
RM 1900
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
Upah Umrah
|
RM 300
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
Upah Umrah Ramadhan
|
RM 400
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES (NS0103441-W)
|
Ibu Pejabat
|
|
No. 41, Jalan Siantan 3,
Taman Seri Paroi,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
|
Tel / Fax : 06-762 0817
Hotline : 013-212 7799
Website : www.raudhah2u.my
Weblog :
www.badalhaji1.blogspot.com /
www.badalhaji2u.blogspot.com
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com
|
|
Mohammad Nakhaie Hj Mohamed Zain
|
Pengurus HQ
|
H/P : 013-212 7799
|
0 ulasan: on "Ramadhan : Puasa bukan bebanan"
Catat Ulasan