ANTARA petanda kemusnahan
sahsiah masyarakat dan umat ialah apabila mereka begitu mudah mengikut hawa
nafsu. Mereka akan berusaha memenuhi segala kehendak hawa nafsu dan akan
menghapuskan segala rintangan yang menghalang mereka daripada memperoleh apa
yang dikehendaki.
Sabda Rasulullah SAW : Musuhmu yang paling ganas ialah nafsumu
sendiri yang berada antara dua sisimu." (riwayat Al-Baihaqi)
Mengikut Sheikh Said Hawa,
melawan hawa nafsu bermaksud menundukkan nafsu agar ia mengikut kehendak Allah
SWT dalam setiap perkara. Apabila nafsu dapat dikalahkan, seseorang akan
mengutamakan perkara yang dicintai Allah SWT dan mengetepikan kehendak
peribadi.
Sementara di dalam Ihya
Ulumuddin, Imam Al-Ghazali berkata, antara tanda kecintaan hamba kepada Allah
ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta
peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin.
Oleh itu, seseorang yang
mencintai Allah SWT sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup
melawan hawa nafsunya semata-mata kerana-Nya.
Menentang nafsu
Antara perkara utama yang
ditekankan oleh al-Quran bagi menentang hawa nafsu yang mendorong kepada
kejahatan dan maksiat kepada Allah SWT ialah dengan menunaikan ibadah solat. Ia
jika dilakukan dengan konsisten dan penuh harapan untuk mendapatkan
keredaan-Nya, maka ia akan menghasilkan satu kekuatan luar biasa untuk
menghadapi godaan hawa nafsu.
Maka tindakan menentang nafsu
untuk menunaikan fardhu solat pada waktu-waktu yang ditetapkan itu menjadi asas
yang teguh bagi kesempurnaan yang diidamkan. Sebaliknya Allah SWT memberi
amaran kepada mereka yang mencuaikan perintah solat dan sentiasa mengikut hawa
nafsu.
Firman Allah SWT: Kemudian mereka digantikan oleh
keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan
melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka).
(Maryam: 59)
Sesungguhnya jiwa dan diri
manusia itu memerlukan masa yang panjang untuk membetulkan tabiat dan sikap
mereka sehingga mereka mempunyai tenaga yang cukup untuk membendung hawa nafsu.
Umpamanya untuk menundukkan perasaan tamak haloba memerlukan perjuangan yang
panjang.
Seandainya sasaran untuk
dicapai oleh jiwa manusia itu ialah suatu peringkat dan keadaan di mana mereka
mencintai kebaikan, merasai kelazatannya dan membenci kejahatan serta
mengejinya, maka ia memerlukan perjuangan yang kental untuk mencapainya.
Firman Allah SWT: Kamu wahai orang-orang yang beriman
hendaklah bersyukur kerana Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai
serta diperhiaskannya dalam hati kamu dan menjadikan kekufuran dan perbuatan
fasik serta perbuatan derhaka itu: Perkara-perkara yang kamu benci, mereka yang
bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus.
(al-Hujurat: 7)
Dikawal
Sifat hawa nafsu itu perlu
dikawal, disekat dan ditentang. Keadaannya berbeza di antara seorang dengan
seorang yang lain. Di sana terdapat pelbagai sifat manusia antaranya cintakan
diri, cintakan wanita, cintakan harta, cintakan nama dan kemasyhuran. Ini adalah
contoh-contoh jenis naluri yang kebiasaannya dimiliki oleh manusia.
Ada orang yang mencintai
dirinya dan tidak lagi dapat dan mahu melihat orang lain. Ada pula orang yang
sangat mencintai harta kekayaan, sehingga malam dan siang bertungkus-lumus
mengumpulkan harta. Walau bagaimanapun, tamaknya kepada harta, itu bukanlah
pula untuk membelanjakannya sebagaimana tuntutan agama.
Seseorang itu tidak akan
berjaya dalam pertarungan jihadnya melainkan apabila dia melatih dirinya dengan
menentang hawa nafsunya dan berjalan terus menuju jalan yang lurus dalam
keadaan sabar dan tabah.
-----------------------------------------------------------
PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL
UMRAH
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
UPAH HAJI
|
RM 1400
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
UPAH HAJI PLUS
|
RM 2000
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI EXTRA
|
RM 2450
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI UZUR
|
RM 1900
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
Upah Umrah
|
RM 300
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
Upah Umrah Ramadhan
|
RM 400
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan
sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES (NS0103441-W)
|
Ibu Pejabat
|
|
No. 41, Jalan Siantan 3,
Taman Seri Paroi,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
|
Tel / Fax : 06-762 0817
Hotline : 013-212 7799
Website : www.raudhah2u.my
Weblog :
www.badalhaji1.blogspot.com /
www.badalhaji2u.blogspot.com
Email :
raudhah.umrahajj@gmail.com
|
|
Mohammad Nakhaie Hj Mohamed Zain
|
Pengurus HQ
|
H/P : 013-212 7799
|
0 ulasan: on " Mujahadah melawan nafsu"
Catat Ulasan