SEMUA orang ingin menjadi orang
kaya, ada harta dan ada wang, kerana semua impian indah dapat dicapai apabila
wang melimpah. Dengan wang, musuh menjadi sahabat. Perkara susah, cepat menjadi
mudah. Keadaan muram, sekejap menjadi riang dan segala urusan, terasa menjadi
mulus.
Ramai orang yang beranggapan
bahawa nikmat Allah hanya satu iaitu wang. Sesungguhnya, wang memang
benar-benar telah menguasai kehidupan manusia.
Semua urusan dan kenikmatan
terasa hambar tanpa wang di tangan. Keadaan hambar ini begitu terasa
seolah-olah kitalah manusia termiskin dan amat susah di dunia.
Apabila memiliki wang yang
banyak, kita merasa seolah-olah kitalah manusia yang paling bahagia sekali di
dunia ini.
Bagi menyedari betapa banyaknya
nikmat Allah yang ada pada diri kita, maka sentiasalah bandingkan diri kita
dengan orang lain yang di bawah kita.
Firman Allah SWT bermaksud : Dan jika kamu menghitung nikmat Allah,
tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan
sangat mengingkari (nikmat Allah). (Ibrahim: 34)
Semua derita dan kesempitan
tidak seharusnya menimpa kehidupan kita andai kita menyedari hakikat nikmat
Allah. Derita kita semakin terasa berat, apabila banyak nikmat Allah yang kita
anggap sebagai bencana. Akibatnya, kita sentiasa hanyut dengan angan-angan dan
menderita kerana selalu berjuang untuk mewujudkan impian yang di luar kemampuan
diri sendiri.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang
bermaksud : Andai
engkau telah memiliki dua lembah emas, nescaya anda bercita-cita untuk mendapat
yang ketiga. Dan tidaklah ada yang mampu menghentikan cita-cita daripada
mengumpulkan harta kekayaan selain tanah (kematian). Dan Allah menerima taubat
orang yang kembali kepada-Nya." (riwayat Muttafaqun alaih)
Cita-cita untuk menguasai dunia
menjadikan kita semakin sengsara dan hidup terasa gersang. Sabda Nabi SAW yang
bermaksud : Barang
siapa yang urusan akhirat adalah pusat perhatiannya, Allah letakkan kekayaannya
dalam hatinya, urusannya menjadi bersatu dan rezeki dunia akan menjadi lapang.
Sedangkan orang yang pusat perhatiannya adalah urusan dunia, Allah letakkan
kemiskinannya ada di pelupuk matanya, urusannya tercerai berai dan rezekinya
menjadi sempit." (riwayat Tirmizi)
Ancaman Allah
Sesungguhnya, kita lalai bahawa
apapun yang Allah berikan kepada kita adalah yang terbaik bagi kita. Firman
Allah SWT yang bermaksud: Dan
jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya, tentulah mereka akan
melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan rezeki-Nya sesuai dengan
ukuran yang Ia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui (keadaan)
hamba-hamba-Nya lagi Maha Melihat. (as-Syura: 27)
Dalam ayat lain pula, Allah SWT
berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya
jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu
mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.
(Ibrahim: 7)
Dalam ayat di atas, Allah SWT
berjanji akan menambah dan melipatgandakan nikmat-Nya apabila kita mengakui
nikmat dan mensyukurinya. Namun sebaliknya, bila kita mengingkari (meremehkan)
nikmat Allah, Allah telah menyediakan untuk kita seksaan yang pedih.
Ancaman Allah pada ayat di atas
akan terjadi di dunia atau di akhirat. Seksaan Allah SWT juga boleh menimpa
kita di dunia dan juga di akhirat. Di dunia, nikmat dicabut dan digantikan
dengan derita. Di akhirat, tentu seksa neraka yang pedih telah menanti.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Semoga kesengsaraan sentiasa menimpa para
pemuja dinar, dirham dan baju sutera (pemuja harta kekayaan). Bila ia diberi ia
merasa senang, dan bila tidak diberi, ia menjadi benci. Semoga ia menjadi
sengsara dan semakin sengsara (bak jatuh tertimpa tangga). Dan apabila ia
tertusuk duri, semoga tiada yang sudi membantunya mencabut duri itu
daripadanya. (riwayat Bukhari)
Semoga kita dapat membebaskan
diri daripada belenggu wang yang pada zaman ini telah menindas kehidupan umat
manusia. Kita juga berharap agar dapat kembali kepada rahmat dan kasih sayang
Allah SWT dan dapat menjernihkan penilaian tentang harta dunia secara umum dan wang
secara khusus.
Oleh HASHIM AHMAD
-----------------------------------------------------------
PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL
UMRAH
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
UPAH HAJI
|
RM 1400
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
UPAH HAJI PLUS
|
RM 2000
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI EXTRA
|
RM 2450
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI UZUR
|
RM 1900
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
Upah Umrah
|
RM 300
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
Upah Umrah Ramadhan
|
RM 400
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan
sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES (NS0103441-W)
|
Ibu Pejabat
|
No. 41, Jalan Siantan 3,
Taman Seri Paroi,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
|
Tel / Fax : 06-762 0817
Hotline : 013-212 7799
Website : www.raudhah2u.my
Weblog :
www.badalhaji1.blogspot.com /
www.badalhaji2u.blogspot.com
Email :
raudhah.umrahajj@gmail.com
|
Mohammad Nakhaie Hj Mohamed Zain
|
Pengurus HQ
|
H/P : 013-212 7799
|
0 ulasan: on "Syukuri nikmat Allah"
Catat Ulasan