Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 4 Julai 2014

Membentuk iman, takwa di Bulan Ramadhan






Keimanan dan ketakwaan sangat penting dan berkait rapat antara satu sama lain. Beriman bermaksud mengiktikadkan dengan yakin dalam hati, berikrar dengan lidah serta mengerjakan dengan anggota badan dengan sungguh-sungguh kepada Allah dan rasul-Nya. Bertakwa iaitu mempunyai sifat takwa, taat mengerjakan perintah Allah SWT dengan penuh kesolehan.

Ibadah puasa di bulan Ramadan adalah pendidikan ke arah membentuk iman dan takwa. Dalam ibadah puasa tersurat dan tersirat pendidikan ini. Hanya puasa dengan penuh keimanan dan ketakwaan akan dapat mendidik hati dan jiwa manusia. Melalui keimanan akan mengajar dan mendidik manusia menyakini bahawa manusia perlukan pertolongan Allah SWT. Sementara, ketakwaan adalah pembuktian amal, reda dan taat kepada-Nya.

Puasa Ramadan menawarkan pelbagai tawaran dan ganjaran kepada setiap Muslim yang beriman. Orang-orang yang beriman sahaja mengetahui dan berusaha memanfaatkan kelebihan Ramadan. Sebagai seorang Muslim, kita seharusnya gembira menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh keimanan dan ketakwaan dan melakukan pelbagai ibadat dengan penuh ketaatan.



Berkaitan iman dan takwa dalam berpuasa Allah berfirman yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (al-Baqarah:183)

Ketegasan dalam ibadah ditegaskan bahawa puasa mesti dilaksanakan, jika tidak mampu melakukannya atas sebab-sebab tertentu, maka dimestikan untuk menggantikannya atau membayar fidyah serta mengerjakan amal kebajikan. Tujuannya untuk meningkatkan iman dan takwa.

Ini dijelaskan melalui firman Allah yang bermaksud : (Iaitu) beberapa hari tertentu. Maka barang siapa di antara kamu sakit atau dalam perjalanan (lalu tidak puasa), maka (wajib menggamit) sebanyak hari (yang dia tidak berpuasa itu) pada hari-hari yang lain. Dan bagi orang yang berat menjalankannya, wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin. Tetapi barang siapa dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itu lebih baik baginya dan puasa kamu itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (al-Baqarah: 184)

Petunjuk

Bulan Ramadan mempunyai beberapa kelebihan selain daripada ibadah puasa, bulan Ramadan juga diturunkan al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia.

Tanpa al-Quran umat Islam tidak mendapat penjelasan dan petunjuk ke arah jalan kebaikan dalam kehidupan.

Hal ini dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud : Bulan Ramadan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang benar dan yang batil). Oleh sebab itu, barang siapa di antara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah. Dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa), maka (wajib menggantinya), sebanyak hari yang ditinggalkan itu, pada hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya, yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur. (al-Baqarah: 185)

Begitulah besar dan agungnya bulan Ramadan, dalam bulan Ramadan diturunkan al-Quran sebagai petunjuk dan pedoman kehidupan manusia di dunia hingga ke akhirat. Oleh sebab itu, diwajibkan berpuasa untuk mendapat pahala dan manfaat dari bulan tersebut. Al-Quran ialah kitab suci yang diturunkan sebagai panduan hidup kepada umat manusia.

Tujuannya, Allah menurunkan al-Quran sebagai panduan hidup manusia untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Selain itu, menyelamatkan akidah manusia ke jalan yang benar. Sebagai pembimbing untuk mencegah sebarang penyelewengan. Begitulah keutamaan bulan Ramadan diturunkan al-Quran.

Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh rahmat, berkat, pengampunan dan pembebasan diri daripada azab neraka. Pada bulan ini Allah SWT menurunkan Lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Di dalamnya penuh keberkatan dan kesejahteraan sampai terbit fajar.

Oleh itu, siapkan diri untuk mendidik keimanan dan ketakwaan dari awal Ramadan sehinggalah ke akhirnya dengan penuh keimanan dan sentiasa tidak melepaskan peluang untuk memohon keampunan daripada-Nya. Persiapan mental dan kerohanian sangat penting dalam meneruskan puasa di bulan Ramadan dan menggandakan amalan-amalan lain dengan penuh keberkatan.

Semoga semua umat Islam dapat menghayati keagungan Ramadan yang penuh dengan gandaan pahala dan keberkatan.

PENULIS ialah bekas pendidik berkelulusan Ijazah Kedoktoran Persuratan Melayu, UKM.

-----------------------------------------------------------

PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH


Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :


PERKARA
HARGA
KETERANGAN
UPAH HAJI
RM 1400
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI PLUS
RM 2000
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI EXTRA
RM 2450
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI UZUR
RM 1900
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam

Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :

Klik disini Borang Upah Umrah Online

PERKARA
HARGA
KETERANGAN
Upah Umrah
RM 300
1.     Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
Upah Umrah Ramadhan
RM 400
1.      Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam

*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.

Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :

  • Sewa khemah wukuf di Arafah
  • Sewa khemah melontar di Mina
  • Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
  • Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
  • Upah tawaf dan saie' haji
  • Upah tawaf dan saie' umrah
  • Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil

Sila hubungi 013-212 7799 atau whatsapp 012-777 7190 untuk tempahan.

Umat Islam yang berhajat untuk membuat tempahan UPAH HAJI dan UPAH UMRAH untuk arwah ahli keluarga anda, kami bersedia membantu waris-waris yang berminat untuk melaksanakan Upah Haji dan Upah Umrah untuk arwah ibubapa, saudara mara terdekat, warga emas yang sudah lanjut usia yang tidak mampu lagi mengerjakan haji dan juga orang sakit yang sudah tiada harapan untuk sembuh.

Kami bersedia untuk bertemu dengan anda sekiranya perlu atau anda masih boleh berurusan dengan kami melalui atas talian (Online). Ini akan memudahkan anda dan anda tidak perlu bersusah-payah untuk bertemu dengan kami terutama bagi mereka yang terikat dengan pelbagai aktiviti harian.

Bayaran pendaftaran Badal Haji ialah mengikut pilihan pakej Badal Haji untuk satu permohonan. Raudhah Umrahajj Services akan mengeluarkan resit rasmi syarikat bagi setiap amaun bayaran yang diterima dari pemohon.

Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES (NS0103441-W)

MOHAMMAD NAKHAIN BIN HJ MOHAMED ZAIN
PENGARAH
No. 41, Jalan Siantan 3
Taman Seri Paroi
70400 Seremban
Negeri Sembilan
Hotline      : +6013-212 7799
Whatsapp : +6012-777 7190
Tel/Faks    : +606-7620817
Web          : www.raudhah2u.my
Weblog     : www.badalhaji1.blogspot.com / www.badalhaji2u.blogspot.com
Email        : raudhah.umrahajj@gmail.com

CAWANGAN UTARA (KEDAH, PERLIS, PULAU PINANG)

PN. HAZRIZA BINTI HARUN
PENGURUS CAWANGAN
No. 35, Lorong Baiduri 1/2,
Taman Teluk Baiduri,
Teluk Wang Kecil,
08000 Sungai Petani, Kedah.
H/P : 019-593 6046

CAWANGAN JOHOR

PN. AISHA BINTI RAHMAT
PENGURUS CAWANGAN
No. 10, Felda Redong 1,
85000 Segamat, Johor.
H/P : 012-740 6045

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Membentuk iman, takwa di Bulan Ramadhan"

Catat Ulasan