Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Isnin, 27 Jun 2011

Koperasi Tentera mahu jadi Bank Koperasi hujung 2014

KUALA LUMPUR 26 Jun - Koperasi Tentera berhasrat untuk muncul sebagai sebuah Bank Koperasi selewat-lewatnya menjelang hujung tahun 2014, memandangkan koperasi tersebut kini memiliki aliran tunai lebih RM500 juta.

Bagi tujuan itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan berbincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam masa terdekat.

"Koperasi Tentera sudah melepasi tahap minimum untuk menjadi sebuah bank iaitu sekurang-kurangnya memiliki RM300 juta aliran tunai. Saya harap usaha ini akan menjadi kenyataan antara tahun 2013 hingga 2014 nanti," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-46, di Kem Tentera Sungai Buloh, di sini hari ini.

Hadir sama, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Pengerusi Koperasi Tentera, Leftenan Kolonel Hamisan Mian.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan bahawa kadar bayaran dividen kepada ahli Koperasi Tentera untuk tahun depan adalah sebanyak 13.5 peratus, peningkatan 0.5 peratus berbanding bayaran dividen untuk tahun ini.

Pada masa sama, Ahmad Zahid memberitahu, kadar elaun kehadiran ke mesyuarat agung tahunan koperasi itu juga akan ditingkatkan kepada RM100 mulai tahun depan berbanding hanya RM50 buat masa sekarang.

"Pihak pengurusan sudah bersetuju dengan cadangan saya agar kadar bayaran dividen dan elaun kehadiran ditingkatkan mulai tahun depan. Peningkatan ini sempena tahun ke-50 penubuhan koperasi dan juga demi menghargai sumbangan ahli.

"Pada masa sama juga, saya akan membantu bagi memastikan sebahagian daripada program perolehan yang dimiliki Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) turut diagih kepada koperasi," katanya.

Terdahulu semasa berucap, Ahmad Zahid memberitahu, Koperasi Tentera meraih pendapatan RM187.35 juta pada 2010, peningkatan RM20.5 juta berbanding RM162.3 juta bagi tahun sebelumnya.

Menurutnya, peningkatan pendapatan tahunan tersebut membolehkan Koperasi Tentera mengekalkan bayaran dividen pada kadar 13 peratus dan lima peratus keuntungan ke atas wang simpanan anggota bagi tahun ini.

read more...

Ana Rafali promosi, sertai Askar Wataniah


ANA Rafali (tengah) bersama para pelajar pada Majlis Sambutan Hari Koperasi, Karnival Kokurikulum dan Kerjaya 2011 di Sekolah Menengah Taman Keramat, Kuala Lumpur, semalam. - Utusan Abdul Nazir Mohamed

KUALA LUMPUR 26 Jun - Penyanyi Ana Rafali hari ini 'turun padang' bagi mempromosikan Askar Wataniah (AW) dalam usaha menarik orang ramai menyertai pasukan sukarela itu.

Dalam program promosi di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat di sini, beliau menggunakan kesempatan itu untuk menarik pendaftaran ahli baru daripada kumpulan peminatnya sendiri.

Ia adalah inisiatif beliau yang akan memulakan latihan sebagai AW, Julai ini dalam usaha menyahut seruan kerajaan menerusi Kempen 'Jom Masuk Askar Wataniah bersama Selebriti' baru-baru ini.

"Saya amat berbesar hati dapat menyertai Askar Wataniah kerana semasa di universiti dulu saya tidak berpeluang menyertai Palapes (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan).

"Dengan menyertai Askar Wataniah, saya juga boleh meningkatkan stamina selain mengajar saya menjadi seorang yang lebih lasak," katanya pada sidang akhbar di sekolah itu di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Staf Markas Tentera Darat, Bahagian Pasukan Simpanan, Kapten Tajul Hisyam Mamat.

Sementara itu Tajul Hisyam berkata, penyertaan selebriti dalam pasukan AW memberi impak yang besar kepada masyarakat kerana masih ramai yang tidak mengetahui peranan sebenar pasukan itu.

"Apabila artis menyertai kita dan buat promosi, orang ramai akan dapat gambaran lebih jelas mengenai Askar Wataniah. Peranan Askar Wataniah adalah membantu Tentera Darat dalam satu-satu pertempuran," katanya.

Tambahnya, setakat ini lebih 20 peminat Ana Rafali dan orang ramai telah berdaftar sebagai AW sejak selebriti itu menyertai pasukan tersebut.

Hadir sama pada majlis ialah juara Akademi Fantasia 9, Hazama yang juga bekas pelajar sekolah itu.

read more...

Batalkan jika tidak mahu 'perang' - Omardin

KUALA LUMPUR 26 Jun - Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) memberi amaran kepada penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) supaya membatalkan hasratnya itu jika tidak mahu 'berperang' dengan pengamal seni silat di negara ini.

Mahagurunya, Tan Sri Omardin Mauju berkata, adalah menjadi tanggungjawab pengamal seni silat untuk mempertahankan negara sejak zaman pemerintahan kerajaan Melaka lagi dan mereka tidak akan teragak-agak untuk bertindak keras ke atas golongan yang cuba menimbulkan kekacauan serta huru-hara.

"PSSLM yang mempunyai ratusan ribu ahli juga akan turun pada 9 Julai itu sekiranya Datuk S. Ambiga masih mahu meneruskan perhimpunan haram tersebut. Kami tidak akan biarkan perkara itu berlaku kerana jelas sekali ia perbuatan yang menghina negara.

"Kami sebagai golongan pengamal silat merupakan pelindung kepada negara dan sultan sejak beratus tahun dahulu tidak akan berdiam diri. Sekiranya kami tidak mengambil apa-apa tindakan, kami akan dianggap dayus.

"Saya sendiri akan mengetuai persatuan silat ini walaupun saya berkerusi roda, saya akan turun dan berada di barisan paling hadapan. Kami tidak sanggup lagi melihat keamanan negara dipermainkan untuk tujuan politik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Omardin, PSSLM telah lama berdiam diri dan bersabar dengan tindak-tanduk segelintir golongan seperti Ambiga yang cuba menganggu gugat keamanan di negara ini.

Beliau menasihatkan Ambiga supaya membatalkan segera hasrat menganjurkan perhimpunan itu kerana khuatir tidak akan dapat mengawal emosi anak-anak didiknya jika mereka bertembung pada perhimpunan itu nanti.

"Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh beri jaminan bahawa kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut.

"Banyak lagi kaedah lain boleh dilakukan daripada berarak di jalan raya dan menyusahkan banyak pihak seperti polis, peniaga dan rakyat. Perkara ini boleh diselesaikan melalui cara meja bulat, jadi gunakanlah saluran yang betul," jelasnya.

read more...

Kerajaan tidak tolak kemungkinan guna ISA

HULU SELANGOR 26 Jun - Kerajaan tidak menolak kemungkinan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram Bersih jika ia benar-benar didapati menggugat keselamatan awam dan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun berkata, penggunaan akta tersebut buat masa ini masih belum diperlukan memandangkan pemantauan terhadap matlamat sebenar perhimpunan itu sedang dilakukan pihak berkuasa.

"Saya tidak kata kita tidak boleh guna ISA. Buat masa ini kita tidak memerlukannya. Kita sedang pantau Bersih dan hanya akan menggunakan akta ini (ISA) jika suatu perkara yang dilakukan menggugat keselamatan awam dan negara.

"Kita tidak pilih bulu, Pemuda UMNO dan Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia} juga kita tidak beri permit untuk adakan perhimpunan menentang Bersih. Kita akan adil, tindakan sama jika didapati menyalahgunakan kuasa dan undang-undang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Selangor di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, pertimbangan serius perlu dibuat sebelum ISA digunakan dalam isu Bersih kerana bimbang ia dieksploitasi oleh pihak tertentu dalam keadaan di mana masih ada undang-undang lain yang boleh digunakan.

"Bagaimanapun, saya ingin ingatkan kepada mereka yang akan terlibat dalam Bersih supaya jangan bermain dengan emosi dan mencampuradukkan apa yang kononnya diperjuangkan, tetapi mungkin ada matlamat lain yang boleh menimbulkan kemarahan pihak tertentu," katanya.

Beliau menegaskan, isu sebenar yang seharusnya ditimbulkan kepada rakyat ialah mengenai adakah perhimpunan haram Bersih itu betul-betul bersih dalam perjuangannya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, pembangkang sebenarnya tiada kekuatan di akar umbi, sebaliknya gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP memperkudakan Pas bagi mendapatkan sokongan rakyat terutama orang Melayu.

"Apa kita (ahli UMNO) perlu lakukan sekarang adalah dedahkan kepada rakyat bahawa Pas sudah hilang identitinya, mereka hanya diperkudakan oleh PKR dan DAP bertujuan mendapatkan sokongan rakyat terhadap pembangkang," katanya.

read more...

Kerajaan tidak tolak kemungkinan guna ISA

HULU SELANGOR 26 Jun - Kerajaan tidak menolak kemungkinan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram Bersih jika ia benar-benar didapati menggugat keselamatan awam dan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun berkata, penggunaan akta tersebut buat masa ini masih belum diperlukan memandangkan pemantauan terhadap matlamat sebenar perhimpunan itu sedang dilakukan pihak berkuasa.

"Saya tidak kata kita tidak boleh guna ISA. Buat masa ini kita tidak memerlukannya. Kita sedang pantau Bersih dan hanya akan menggunakan akta ini (ISA) jika suatu perkara yang dilakukan menggugat keselamatan awam dan negara.

"Kita tidak pilih bulu, Pemuda UMNO dan Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia} juga kita tidak beri permit untuk adakan perhimpunan menentang Bersih. Kita akan adil, tindakan sama jika didapati menyalahgunakan kuasa dan undang-undang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Selangor di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, pertimbangan serius perlu dibuat sebelum ISA digunakan dalam isu Bersih kerana bimbang ia dieksploitasi oleh pihak tertentu dalam keadaan di mana masih ada undang-undang lain yang boleh digunakan.

"Bagaimanapun, saya ingin ingatkan kepada mereka yang akan terlibat dalam Bersih supaya jangan bermain dengan emosi dan mencampuradukkan apa yang kononnya diperjuangkan, tetapi mungkin ada matlamat lain yang boleh menimbulkan kemarahan pihak tertentu," katanya.

Beliau menegaskan, isu sebenar yang seharusnya ditimbulkan kepada rakyat ialah mengenai adakah perhimpunan haram Bersih itu betul-betul bersih dalam perjuangannya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, pembangkang sebenarnya tiada kekuatan di akar umbi, sebaliknya gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP memperkudakan Pas bagi mendapatkan sokongan rakyat terutama orang Melayu.

"Apa kita (ahli UMNO) perlu lakukan sekarang adalah dedahkan kepada rakyat bahawa Pas sudah hilang identitinya, mereka hanya diperkudakan oleh PKR dan DAP bertujuan mendapatkan sokongan rakyat terhadap pembangkang," katanya.

read more...

Jangan biarkan golongan kiri cabar institusi raja, Islam


Beberapa individu dipercayai ahli Parti Sosialis Malaysia yang ditahan kelmarin diiringi polis ketika hadir di Mahkamah Majistret, Butterworth, Pulau Pinang, semalam.


KUALA LUMPUR 26 Jun – Tindakan golongan kiri yang sengaja mencabar dan mengelirukan persepsi rakyat terhadap institusi raja-raja dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara tidak wajar dibiarkan berlaku, apatah lagi memberi persepsi amalan raja berperlembagaan dikaitkan dengan istilah feudal yang negatif.

Kekeliruan ini diburukkan lagi apabila istilah kerajaan yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris disebut sebagai government yang sekali gus melupuskan status kewujudan institusi raja-raja sebagai pendukung kerajaan raja berperlembagaan.

Pakar Sejarah, Tan Sri Profesor Khoo Kay Kim berkata, istilah government seakan-akan menidakkan kewujudan istilah kuasa raja dalam kerajaan, sebaliknya penterjemahan ini, secara lateral menafikan kedudukan institusi raja dalam Perlembagaan Malaysia.

‘‘Perkataan Inggeris yang sesuai ialah kingdom atau monarki,” katanya ketika muncul secara langsung dalam program Bual Bicara Assalamualaikum terbitan TV Al Hijrah pagi ini.

Menurut Prof. Khoo, fakta sejarah menyebut pegawai British, Sir Hugh Clifford sendiri dalam ucapannya pada tahun 1927 mengakui, pihaknya mengadakan rundingan dengan raja-raja Melayu dipanggil Mohamoden Mornarchy, merujuk kepada istilah Mohamaden yang digunakan untuk orang Islam pada ketika itu.

‘‘British pada masa itu mengadakan perjanjian dengan raja-raja untuk menguasai pentadbiran, bukan pemerintahan, jadi dalam soal undang-undang, kuasa raja-raja Melayu kekal sebagai kuasa tertinggi,” katanya.

Prof. Khoo menjawab ketika ditanya pengacara Assalamualaikum, Amin Idris yang juga graduan Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Turut dijemput menjadi tamu ialah Mohamad Naser Disa, Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara, serta pengacara tetap program itu, Irma Hasmie.

Malah jelas Prof. Khoo, British melalui undang-undang mengiktiraf kedudukan raja-raja Melayu sebagai kuasa tertinggi.

‘‘British tidak pernah menjajah Tanah Melayu, apa yang dilakukan pada tahun 1948 ialah menggabung kuasa sembilan raja Melayu yang berdaulat untuk menjadi sebuah negara bangsa dan British menguasai pentadbiran sahaja,” jelasnya.

Justeru apa yang berlaku pada 1957, katanya, British dan raja-raja Melayu bersetuju membentuk negara bangsa dengan menyerahkan kuasa pentadbiran kepada kerajaan yang dipilih rakyat namun kuasa tertinggi mengenai Islam dan hak Melayu tetap pada raja-raja.

Mohamad Naser pula mengingatkan, adalah penting rakyat negara ini memahami mengenai kuasa prerogatif yang dimiliki raja-raja Melayu dalam isu pentadbiran agama Islam.

‘‘Walaupun raja bersetuju membentuk Majlis Agama Islam Negeri, tetapi kuasa mutlak tetap pada raja-raja dan majlis ini tidak berada di bawah kuasa kerajaan, sebaliknya melaporkan terus kepada raja-raja,” katanya.

Menurut Mohammad Naser, sejarah adalah fakta yang berlaku dan sejarah menjadi kuasa utama dalam membentuk jati diri rakyat Malaysia untuk hidup sebagai negara bangsa.

Raja-raja pada waktu itu, jelas Mohamad Naser lagi, bersetuju dalam pembentukan perlembagaan negara dengan meletakkan Islam sebagai agama negara.

‘‘Raja-raja mempunyai kuasa tertinggi berkaitan agama Islam dan hak istimewa orang Melayu, dan sekiranya perkara ini hendak diubah, ia mesti mendapat persetujuan raja-raja Melayu,” katanya lagi.

Mohamad Naser turut menjelaskan mengenai peranan ini adalah kelangsungan kuasa yang dimiliki oleh institusi raja sejak lama dahulu.

Catatan Batu Bersurat juga menyebut mengenai tatacara pemerintahan raja-raja Melayu yang tertera pada seawal tahun 1303.

“Seseorang raja hendaklah memerintah berdasarkan al-Quran dan Sunnah, rakyat yang patuh pada undang-undang boleh tinggal dalam negeri, sesiapa yang ingkar boleh tinggal dalam hutan… itu catatan sejarah,” jelasnya.

Assalamualaikum setiap Sabtu dan Ahad menyiarkan segmen Kenali Kuasa dan Peranan Institusi Raja-Raja Melayu dan Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Negara.

read more...

Usaha hidupkan komunis


KECEKAPAN Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membongkar sekali gus membanteras kegiatan antikerajaan yang dipercayai melibatkan sebuah parti pembangkang lengkap dengan bukti risalah dan pakaian prokomunis diperoleh selepas tangkapan ke atas mereka di Pulau Pinang, kelmarin.


KEPALA BATAS 26 Jun – Polis mengesan gerakan terancang pihak tertentu didakwa cuba menghidupkan semula fahaman komunis bagi tujuan menjatuhkan kerajaan melalui perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Gerakan itu juga didakwa sedang giat menyebarkan propaganda anti kerajaan termasuk melalui risalah yang secara terang-terangan menghasut rakyat menggulingkan pemerintah seperti berlaku di negara-negara Asia Barat.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, maklumat itu diperoleh hasil siasatan terhadap 31 penyokong Bersih diketuai Ahli Parlimen Sungai Siput yang juga pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr. Jeyakumar Devaraj yang ditahan semalam.

Menurutnya, selain membawa beribu-ribu risalah berunsur anti kerajaan, kumpulan itu juga membawa baju-T tertera gambar pemimpin komunis yang diangkat sebagai ‘kesatria’ termasuk pemimpin gerila komunis Cuba, Che Guavera dan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) seperti Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah CD dan Suriani Abdullah.

“Berdasarkan isi kandungan risalah, tulisan nama pemimpin PKM di bahagian belakang baju T, polis percaya kumpulan itu ada membawa unsur-unsur untuk menghidupkan semula fahaman komunis yang haram dari sudut undang-undang.

“Ini sesuatu yang serius kerana kempen Bersih itu nampaknya dimasukkan unsur-unsur seolah-olah untuk hidupkan semula fahaman komunis, bukannya semata-mata menuntut pilihan raya bersih,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, Jeyakumar bersama 30 lagi individu dipercayai penyokong Bersih ditahan ketika menaiki sebuah bas di Plaza Tol Sungai Dua, di sini.

Kumpulan itu ditahan kira-kira pukul 3.40 petang ketika menaiki bas pesiaran yang dipercayai dalam perjalanan dari Sungai Petani ke Pulau Pinang bagi mempromosikan perhimpunan tersebut.

Abdul Rahim berkata, pihaknya merampas 28 helai baju T tertera wajah pemimpin komunis, 15 batang bendera logo PSM, 5,000 risalah ‘Udahlah tu..Bersaralah’, 600 risalah perhimpunan Bersih, 1,500 risalah PSM dan dua banner tertulis ‘Udahlah tu, Cukup 54 Tahun, Bersaralah’.

Turut dirampas dalam bas berkenaan adalah dua alat pembesar suara dan mikrofon.

Pada sidang akhbar itu, Abdul Rahim turut membacakan salah satu ayat dalam risalah milik kumpulan berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan perhimpunan Bersih yang berbunyi:

“Kalau rakyat Marhaen di negara-negara Arab dapat menjatuhkan rejim-rejim kuku besi yang berdekad-dekad lama memerintah, tidak mustahil rakyat Malaysia menuntut perubahan politik di tanah air kita. Pemerintahan satu parti. Masa untuk perubahan”.

Menurut Abdul Rahim, tindak-tanduk kumpulan berkenaan jelas merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara apatah lagi melibatkan sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh undang-undang.

Katanya, kesemua yang ditahan berusia 16 hingga 64 tahun dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak lebih 20 tahun atau denda.

“Kesemua mereka kini ditahan bagi membantu siasatan polis manakala seorang daripadanya yang berusia 16 tahun dibebaskan kerana masih di bawah umur,” tambahnya.

read more...