DALAM al-Quran mengenai ibadat
puasa di bulan Ramadan antaranya terkandung ayat yang secara khusus
membicarakan mengenai perihal berdoa. Di dalamnya Allah SWT perintahkan orang
beriman untuk berdoa kepada-Nya.
Allah SWT berjanji untuk
mengabulkan doa asalkan memenuhi syarat-syaratnya iaitu; Memohon hanya kepada
Allah SWT bukan selain-Nya, memenuhi segala perintah-Nya dan seterusnya,
beriman kepada Allah SWT sebagai Tuhan Yang Maha Berkuasa mengabulkkan permohonan
dan menetapkan takdir segalanya.
Firman Allah SWT yang bermaksud
: Aku mengabulkan permohonan
orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu
memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar
mereka selalu berada dalam kebenaran. (al-Baqarah: 186)
Bulan Ramadan merupakan bulan
di mana orang beriman mempunyai kesempatan begitu luas untuk berdoa kepada
Allah SWT. Waktu-waktu mustajab (saat doa dimakbulkan Allah) terdapat dalam
beberapa situasi, khusus sepanjang Ramadan.
Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud : Ada
tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak. Pertama, orang yang berpuasa
hingga ia berbuka. Kedua, imam yang adil dan ketiga, doa orang yang
dizalimi." (riwayat Tirmizi)
Dalam hal berdoa orang berpuasa
dibandingkan dengan pemimpin yang adil dan orang dizalimi. Doa orang berpuasa
mustajab. Didengar, tidak ditolak Allah SWT, bahkan dimakbulkan, insya-Allah.
Setiap orang yang faham maksud
hadis ini sangat gembira menyambut Ramadan. Justeru, ini bererti selama sebulan
ia berpuasa peluang doanya dimakbulkan Allah SWT sangatlah luas.
Lebih-lebih lagi, saat
menjelang berbuka puasa ketika menanti tibanya azan Maghrib. Kita seharusnya
memanfaatkan waktu sebaiknya untuk berdoa.
Kesempatan terbaik menjelang
berbuka dengan mengajukan berbagai-bagai permohonan kepada Allah SWT. Ini
kerana, sebahagian daripada masyarakat kita, lebih suka menghabiskan waktu
dengan berbual dan melakukan perkara yang remeh-temeh menjelang Maghrib di
bulan Ramadan al-Mubarak.
Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud : Sesungguhnya
orang yang berpuasa memiliki doa yang tidak tertolak pada saat berbuka." (riwayat
Ibnu Majah)
Berbuka
Rasulullah SAW membaca doa
ketika berbuka yang bermaksud : Jika
Nabi Muhammad SAW berbuka, ia berdoa : Telah hilang dahaga, telah basah
urat-urat dan semoga ganjaran didapatkan, insya-Allah."
(riwayat Abu Daud)
Mengapa di dalam doa berbuka
Nabi SAW mengatakan : ....dan semoga ganjaran didapatkan, insya-Allah?"
Ini kerana, sesungguhnya yang
sangat diharapkan bukan semata-mata kegembiraan pertama sewaktu berbuka di
dunia, melainkan yang lebih diharapkan orang beriman ialah kegembiraan kedua
iaitu saat bertemu Allah SWT di akhirat kelak. Orang beriman ketika itu
bergembira berjumpa Allah SWT kerana ibadat puasanya sewaktu di dunia diterima
Allah Yang Esa.
Demikianlah Nabi SAW bersabda
yang bermaksud : Bagi
orang yang berpuasa terdapat dua kegembiraan. Kegembiraan saat berbuka dan
kegembiraan saat ketika perjumpaannya dengan Allah SWT kerana ibadat puasanya. (riwayat
Bukhari)
Hidup manusia di dunia adalah
perggantian antara susah dan senang. Maka selama sebulan Ramadan, hendaklah
kita membaca yang Nabi SAW biasa membaca ketika menghadapi keadaan susah
mahupun menerima kurniaan.
Nabi SAW melazimkan kalimah
istighfar sebagaimana maksud hadis berikut : Barang siapa yang tetap melakukan istighfar, maka Allah SWT akan
membebaskannya daripada segala kesusahan dan melapangkannya daripada setiap
kesempitan serta akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak diduganya." (riwayat
Abu Daud)
Sedangkan ketika menerima
kurniaan atau nikmat, Nabi SAW menganjurkan kita agar membaca sebagaimana
maksud hadis berikut, Setiap
orang yang diberi kurnia Allah SWT lalu ia membaca Alhamdulillah maka Allah SWT
akan memberikan yang lebih utama daripada apa yang telah ia terima." (riwayat
Ibnu Majah)
Mohon ampun
Allah SWT telah memuji para
hamba-Nya yang gemar beristighfar, terutama pada waktu-waktu mulia dan
istimewa. Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : Orang-orang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan
hartanya (di jalan Allah) dan yang memohon ampun di waktu sahur. (Ali-Imran:
17)
Imam Ibnu Kathir berkata
tentang kalimah, memohon ampun di waktu sahur menunjukkan keutamaan istighfar
di waktu sahur (penghujung malam). Ada pendapat mengatakan, saat Nabi Yaakub
a.s berkata kepada anak-anaknya : Pasti
aku akan memohon keampunan kepada Tuhanku untuk kamu. (Yusuf
: 89). Beliau mengakhiri pelaksanaannya sampai waktu sahur.
Waktu sahur adalah waktu di
penghujung malam menjelang Subuh. Keutamaannya tidak didapatkan pada
waktu-waktu selainnya.
Kesempurnaan istighfar di waktu
ini diawali dengan kegiatan solat malam sebagaimana firman Allah SWT yang
bermaksud : Sesungguhnya
orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan di mata
air-mata air sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan
mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang
berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir-akhir
malam mereka memohon ampun (kepada Allah). (Az-Zariyaat: 15-18)
PENULIS ialah mantan Pegawai Agama Seranta, Lembaga Kemajuan
Pertanian Kemubu.
-----------------------------------------------------------
PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL
UMRAH
Jom fikir sebentar …..
Sudahkah anda membuat Upah Haji / Badal Haji untuk ibubapa, datuk nenek, adik beradik, rakan, jiran, kenalan yang telah meninggal dunia atau sedang uzur ?
Tahukah kita? Pada setiap tahun beberapa ramai jemaah yang SEDANG menunggu panggilan Haji TELAH MENINGGAL DUNIA belum sempat menunaikannya?
Jika masih belum tunai rukun islam ke 5. Bagaimana pula amalan mereka di akhirat nanti?
Selama ini mereka sudah berkorban segalanya untuk kita, maka kita sebagai PEWARIS, marilah menolong mereka. Bagaimana?
Buatkanlah UPAH HAJI untuk mereka. Semoga roh mereka terasa ketenangan abadi serta ditempatkan di kalangan orang orang yang telah menyempurnakan ke semua rukun islam, Amin!
Maka kami menawarkan pakej harga yang tidak membebankan pewaris, yang penting urusan ibadah Badal Haji dapat disempurnakan sebaiknya.
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
UPAH HAJI
|
RM 1400
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
UPAH HAJI PLUS
|
RM 2000
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI EXTRA
|
RM 2450
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI UZUR
|
RM 1900
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
Upah Umrah
|
RM 300
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
Upah Umrah Ramadhan
|
RM 400
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan
sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Sila hubungi 013-212 7799 atau whatsapp 012-777 7190 untuk tempahan.
Umat Islam yang berhajat untuk membuat tempahan UPAH HAJI dan UPAH UMRAH untuk arwah ahli keluarga anda, kami bersedia
membantu waris-waris yang berminat untuk melaksanakan Upah Haji dan Upah Umrah
untuk arwah ibubapa, saudara mara terdekat, warga emas yang sudah lanjut usia
yang tidak mampu lagi mengerjakan haji dan juga orang sakit yang sudah tiada
harapan untuk sembuh.
Kami bersedia untuk bertemu dengan anda sekiranya perlu atau anda masih
boleh berurusan dengan kami melalui atas talian (Online). Ini akan memudahkan
anda dan anda tidak perlu bersusah-payah untuk bertemu dengan kami terutama
bagi mereka yang terikat dengan pelbagai aktiviti harian.
Bayaran pendaftaran Badal Haji ialah mengikut pilihan pakej Badal Haji
untuk satu permohonan. Raudhah Umrahajj Services akan
mengeluarkan resit rasmi syarikat bagi setiap amaun bayaran yang diterima dari
pemohon.
Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
(NS0103441-W)
MOHAMMAD NAKHAIN BIN HJ MOHAMED ZAIN
PENGARAH
No. 41, Jalan Siantan 3
Taman Seri Paroi
70400 Seremban
Negeri Sembilan
Hotline : +6013-212 7799
Taman Seri Paroi
70400 Seremban
Negeri Sembilan
Hotline : +6013-212 7799
Whatsapp : +6012-777 7190
Tel/Faks : +606-7620817
Tel/Faks : +606-7620817
Web :
www.raudhah2u.my
Weblog :
www.badalhaji1.blogspot.com / www.badalhaji2u.blogspot.com
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com
CAWANGAN UTARA (KEDAH, PERLIS, PULAU
PINANG)
PN. HAZRIZA BINTI HARUN
PENGURUS CAWANGAN
No. 35, Lorong Baiduri 1/2,
Taman Teluk Baiduri,
Teluk Wang Kecil,
08000 Sungai Petani, Kedah.
H/P : 019-593 6046
CAWANGAN JOHOR
PN. AISHA BINTI RAHMAT
PENGURUS CAWANGAN
No. 10, Felda Redong 1,
85000 Segamat, Johor.
H/P : 012-740 6045
0 ulasan: on "Keutamaan doa dan istighfar di bulan Ramadhan"
Catat Ulasan