Ramadan datang lagi dan bulan
yang mulia ini hanya datang sekali setahun. Setiap individu Muslim mukmin
menyambut ketibaannya dengan penuh ghairah dan teruja. Pada bulan ini Allah SWT
menawarkan dengan limpah keberkatan dan gandaan pahala bagi setiap kebajikan
yang dilakukan oleh sesiapa yang berpuasa dengan sempurna.
Maka untuk menyambut bulan ini
pelbagai program telah diatur setiap tahun seperti melantik para hafiz al-Quran
untuk membimbing solat tarawih, mengadakan tadarus al-Quran berkelompok,
berbuka puasa beramai-ramai, ceramah fadilat Ramadan, qiamullail dan
sebagainya.
Segala macam program ini
menarik minat jemaah untuk memenuhi ruang masjid dan surau. Mereka yang jarang
datang ke masjid dan surau turut hadir menunjukkan komitmen sepanjang sebulan
Ramadan. Mungkin itu yang dikatakan tarikan bulan penuh keberkatan dan
melembutkan hati sesiapa sahaja yang ikhlas mencari kebajikan dan pahala.
Dengan atur cara yang padat
ini,boleh katakan sebagai madrasah terbuka kepada sesiapa yang bersedia untuk
mengambil peluang keemasan itu.
Sebenarnya, segala macam
program yang diatur ialah sebagai pelengkap untuk mengisi keberkatan dan
kemeriahan Ramadan.
Namun secara khususnya,
difardukan berpuasa bagi sesiapa mencukupi syarat seperti umur baligh, sihat
tubuh badan dan sebagainya. Perkara utama yang dituntut kepada orang berpuasa
hendaklah meninggalkan makan minum dan tidak melakukan perkara-perkara yang
membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Ini
bermakna diharamkan kepada kita makan minum di siang hari walaupun ia halal.
Terapi baharu
Secara umumnya, kesan positif
puasa seringkali menjadi tumpuan kajian. Para doktor perubatan menjadikannya
sebagai amalan kesihatan atau sebagai jalan penyelesaian bagi penyakit-penyakit
moden yang sukar diatasi oleh rawatan-rawatan canggih hari ini tanpa memberi
kesan sampingan.
Dalam kalangan pengamal
perubatan moden menganggap ia merupakan penemuan terapi baharu. Keajaiban puasa
ini memaksa Mark Twain seorang doktor yang terkenal mencadangkan supaya rakan
pesakitnya agar berpuasa sepanjang 48 jam. Hal ini dijelaskan oleh Henry G.
Bieler dalam bukunya, Food Is Your Best Medicine. Namun demikian, sungguhpun
puasa itu hebat fungsinya, Islam tidak memberatkan kita seperti cadangan
melampau itu.
Dalam Islam, puasa Ramadan
setiap tahun melatih penganutnya supaya kesihatan sentiasa terkawal. Perkara
ini pernah dibahaskan dalam Kongres Antarabangsa di Casablanca Maghribi pada
1996 bertemakan Kesihatan dan Ramadan. Penemuan kongres ini bersepakat merumuskan
bahawa puasa adalah satu mekanisme penuh berpotensi mencegah dan menyembuh
pelbagai penyakit.
Nafsu perut
Sebenarnya Imam Al-Ghazali
lebih awal menjelaskan hal ini menerusi karya agungnya Ihya 'Ulummiddin.
Tegasnya bencana yang paling besar dalam kehidupan manusia ialah nafsu perut.
Beliau menyatakan pengambilan berlebihan akan menghilangkan kecergasan serta
akan hilang kecerdasan dan kebijaksanaan. Akhirnya mengundang sikap malas dan
melesukan fizikal.
Perspektif al-Ghazali menjawab
kesalahan tanggapan umum dengan mengambil makanan banyak ketika lapar akan
menambahkan tenaga, terutamanya ketika berbuka. Hal yang sama diingatkan oleh
al-Quran supaya pengambilan makanan dan minuman hendaklah tidak melampau.
(rujuk al-Araf: 31)
Secara amalinya, Nabi SAW
memberi panduan umum ketika menjamu selera iaitu, satu pertiga diisi dengan
makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga lagi untuk pernafasan.
Tetapi di bawah tekanan rasa lapar, ramai orang gagal mengatasinya kerana
dorongan ingin balas dendam" disebabkan berlapar sepanjang hari.
Ditambah pula, bazar Ramadan
menawarkan beraneka juadah makanan, kadang-kala membuatkan hilang pertimbangan
kerana desakan perut kosong dan dahaga. Begitu juga hotel dan restoran
berlumba-lumba mempromosikan bufet Ramadan.
Ketika berbuka kita disunatkan
memakan buah kurma agar memulih kehilangan tenaga melalui gula tulen dan serat
buah. Di kala ini, kita hendaklah pastikan juadahnya adalah halal serta
selamat, dan tiada pengambilan yang makruh seperti merokok. Malah kebanyakan
ulama memfatwakan merokok adalah haram. Kesilapan atau kealpaan kita mengambil
makanan atau minuman yang tidak menepati syariah akan merosakkan ibadah puasa
sepanjang hari.
Selain itu, Ramadan turut
menekankan ketepatan pengurusan masa, termasuklah melewatkan waktu sahur dan
berbuka pada awal waktunya. Manakala pada malam hari disunatkan menunaikan
sembahyang solat tarawih berjemaah dan membanyakkan membaca al-Quran.
Nikmat cabaran
Sebenarnya kesemua ini adalah
nikmat cabaran kepada sesiapa mencari keredaan Allah dan pahala yang berlipat
ganda. Mencari limpahan rahmat Lailatulqadar kemuncak cabaran kerana ia berada
di penghujung Ramadan disebabkan sudah keletihan" dan masing-masing sibuk
dengan pelbagai persediaan menyambut hari raya.
Budaya berlebihan menyambut
hari raya berbanding pengisian Ramadan harus diperbetulkan. Kemeriahan Syawal
hanyalah bagi mereka yang berjaya menghidupkan sepenuhnya Ramadan dengan
menunaikan segala tawaran daripada Allah SWT. Bukannya mengejar Syawal sehingga
terpinggir Ramadan disebabkan segala macam tawaran istimewa dari gedung-gedung
perniagaan.
Sekiranya, cabaran puasa hanya
menahan lapar dan dahaga, namun generasi awal Islam menghadapinya dalam suasana
genting tetapi tetap cemerlang.
Hakikat kecemerlangan ini
terbukti dengan kemenangan tentera pimpinan Nabi SAW dalam perang Badar di
bulan Ramadan. Kehebatan ini diteruskan di bulan Syawal iaitu dalam perang
Ahzab dan Hunain. Sudah tentulah kemenangan mereka disempurnakan dengan
kekuatan inteligensia, informasi, mental dan strategi yang cekap.
Amalan berpuasa terutamanya di
bulan Ramadan adalah latihan amali yang paling mujarab untuk mengikis penyakit
rohani, krisis mental dan penyakit fizikal manusia akibat mengejar nilai
kebendaan yang tiada kesudahan. Penyakit moden hari ini boleh dikesan daripada
kegagalan mengawal krisis mental dan rohani kerana terlalu sibuk dengan urusan
kerjaya dan tersepit di celah-celah krisis kehidupan.
Akibatnya fizikal manusia juga
menjadi mangsa melalui pelbagai penyakit yang menimpa. Bagi yang menemui
keberkatan bulan Ramadan, puasa akan menjadi modul tetap kehidupan bagi
bulan-bulan seterusnya kerana kemampuannya memberi kekuatan, kesihatan pada
rohani dan jasmani manusia.
PENULIS ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan, Jakim.
-----------------------------------------------------------
PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL
UMRAH
Jom fikir sebentar …..
Sudahkah anda membuat Upah Haji / Badal Haji untuk ibubapa, datuk nenek, adik beradik, rakan, jiran, kenalan yang telah meninggal dunia atau sedang uzur ?
Tahukah kita? Pada setiap tahun beberapa ramai jemaah yang SEDANG menunggu panggilan Haji TELAH MENINGGAL DUNIA belum sempat menunaikannya?
Jika masih belum tunai rukun islam ke 5. Bagaimana pula amalan mereka di akhirat nanti?
Selama ini mereka sudah berkorban segalanya untuk kita, maka kita sebagai PEWARIS, marilah menolong mereka. Bagaimana?
Buatkanlah UPAH HAJI untuk mereka. Semoga roh mereka terasa ketenangan abadi serta ditempatkan di kalangan orang orang yang telah menyempurnakan ke semua rukun islam, Amin!
Maka kami menawarkan pakej harga yang tidak membebankan pewaris, yang penting urusan ibadah Badal Haji dapat disempurnakan sebaiknya.
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
UPAH HAJI
|
RM 1400
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
UPAH HAJI PLUS
|
RM 2000
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI EXTRA
|
RM 2450
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI UZUR
|
RM 1900
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
Upah Umrah
|
RM 300
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
Upah Umrah Ramadhan
|
RM 400
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan
sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Sila hubungi 013-212 7799 atau whatsapp 012-777 7190 untuk tempahan.
Umat Islam yang berhajat untuk membuat tempahan UPAH HAJI dan UPAH UMRAH untuk arwah ahli keluarga anda, kami bersedia
membantu waris-waris yang berminat untuk melaksanakan Upah Haji dan Upah Umrah
untuk arwah ibubapa, saudara mara terdekat, warga emas yang sudah lanjut usia
yang tidak mampu lagi mengerjakan haji dan juga orang sakit yang sudah tiada
harapan untuk sembuh.
Kami bersedia untuk bertemu dengan anda sekiranya perlu atau anda masih
boleh berurusan dengan kami melalui atas talian (Online). Ini akan memudahkan
anda dan anda tidak perlu bersusah-payah untuk bertemu dengan kami terutama
bagi mereka yang terikat dengan pelbagai aktiviti harian.
Bayaran pendaftaran Badal Haji ialah mengikut pilihan pakej Badal Haji
untuk satu permohonan. Raudhah Umrahajj Services akan
mengeluarkan resit rasmi syarikat bagi setiap amaun bayaran yang diterima dari
pemohon.
Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
(NS0103441-W)
MOHAMMAD NAKHAIN BIN HJ MOHAMED ZAIN
PENGARAH
No. 41, Jalan Siantan 3
Taman Seri Paroi
70400 Seremban
Negeri Sembilan
Hotline : +6013-212 7799
Taman Seri Paroi
70400 Seremban
Negeri Sembilan
Hotline : +6013-212 7799
Whatsapp : +6012-777 7190
Tel/Faks : +606-7620817
Tel/Faks : +606-7620817
Web :
www.raudhah2u.my
Weblog :
www.badalhaji1.blogspot.com / www.badalhaji2u.blogspot.com
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com
CAWANGAN UTARA (KEDAH, PERLIS, PULAU
PINANG)
PN. HAZRIZA BINTI HARUN
PENGURUS CAWANGAN
No. 35, Lorong Baiduri 1/2,
Taman Teluk Baiduri,
Teluk Wang Kecil,
08000 Sungai Petani, Kedah.
H/P : 019-593 6046
CAWANGAN JOHOR
PN. AISHA BINTI RAHMAT
PENGURUS CAWANGAN
No. 10, Felda Redong 1,
85000 Segamat, Johor.
H/P : 012-740 6045
0 ulasan: on "Ramadhan : Nikmat di sebalik cabaran"
Catat Ulasan